Posted in ILMU EMAS

KISAH CEMAS PENYELESAIAN MENDAPAT WANG SEGERA

Kisah Cemas Penyelesaian Dapat Wang Segera
Kisah Cemas Penyelesaian Dapat Wang Segera

Kisah benar detik cemas dari pengalaman sendiri cara penyelesaian masalah untuk mendapat wang segera dan banyak untuk menanggung kos perubatan.

Cerita benar tentang pengalaman cemas yang benar-benar terjadi ke atas diriku minggu lepas. Kejadian ini terjadi di saat perlukan wang segera dalam tempoh 24 jam untuk pembelian alatan bagi pembedahan ibuku.

Kisah benar yang berlaku ke atas diriku sebagai iktibar dan pedoman dalam hidup. Kisah ini bermula  pada bulan disember 2015 apabila ibuku mengalami sedikit kemalangan sahaja dimana motosikal yang dinaiki terjatuh lubang menyebabkan ia sakit pinggang dan tak dapat duduk atau berjalan. Sejak dari hari itu ibuku hanya boleh terbaring sahaja walaupun telah dilakukan pelbagai usaha rawatan moden, rawatan tradisional, fisioterafi, tukang urut atau bomoh-bomoh. Semakin lama kaki ibuku semakin mengecil dan kesakitan pada belakangnya tidak berkurangan. Doktor-doktor Hospital Universiti Sains Malaysia (husm) kubang kerian juga tidak menemui punca penyakit ibuku walaupun setelah dibuat pelbagai pemeriksaan, x-ray, ct scan dan sebagainya. Banyak kos perubatan moden dan tradisional yang telah dikeluarkan untuk mengubati penyakit ibuku selama 6 bulan ia terlantar sakit.

Pada bulan jun 2016, Aku dan adik-adikku terpaksa membuat inisiatif sendiri dengan membawa ibuku ke Klinik Swasta Pakar Perdana, Kota Bharu untuk membuat pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging). Pemeriksaan penyakit MRI ini dikenakan bayaran RM1200 dan bayaran doktor pakar RM100. Alhamdulillah pemeriksaan MRI dan doktor pakar tulang pakar perdana telah berjaya menemukan punca penyakit ibuku iaitu disebabkab tulang belakang yang patah/reput. Doktor pakar tulang Klinik Pakar Perdana telah menjelaskan dengan terperinci dan menegaskan pembedahan segera perlu dilakukan kerana tulang belakang yang reput atau patah telah menyebabkan saraf tulang belakang terkepit dan memberi kesan kepada kaki. Doktor telah memberi surat susulan kepada doktor husm kubang kerian untuk pembedahan segera.

bilik pembedahan HUSM kubang kerian
bilik pembedahan HUSM kubang kerian

Pada 14 jun 2016, aku membawa ibuku masuk wad HUSM kubang kerian untuk pembedahan segera dan doktor memaklumkan bahawa kos rawatan pembedahan adalah sebanyak lebih kurang RM65 ribu. Namun kerana menggunakan surat GDL kerajaan kos pembedahan dikecualikan, namun perlu membayar segera dalam tempoh 24 jam sebanyak RM16,739 untuk pembelian besi yang akan di letakkan di tulang belakang. Besi tulang belakang ini mesti di bayar sebelum pembedahan di lakukan bagi melakukan pembedahan tersebut.

pembayaran alat perubatan
pembayaran alat perubatan

“Mana nak dapatkan wang yang banyak RM16,739 ni dalam tempoh 24 jam?”. Pada 15 jun 2016 aku menyuruh adikku pergi mengadai jongkong emas Public Gold sebanyak 2 keping iaitu gold bar 100g dan gold bar 50 gram di arrahnu Bank Islam di kota Bharu kerana aku bekerja. Sebelah petangnya, selepas pulang dari kerja aku terus memasukkan wang sebanyak RM16,739 tersebut ke akaun bank pembekal besi tulang belakang tersebut. Alhamdulillah, tugas selesai dan pembedahan boleh dilakukan keesokkannya setelah menjelaskan bayaran. “Nasib baik ada simpanan emas” fikirku.

HUSM kubang kerian
HUSM kubang kerian

Pada 16 jun 2016, ibuku telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang setelah berada di bilik bedah selama 4 jam. Kini keadaan ibuku nampak semakin pulih dan harapan serta doa semoga ibuku akan sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala.

Wad HUSM Kubang Kerian Kelantan
Wad HUSM Kubang Kerian Kelantan

Daripada pengalaman hidup ini, penyimpanan terbaik adalah menyimpan emas fizikal kerana ianya mudah dicairkan atau di tukar kepada wang selain bertindak sebagai pelaburan dan menjana keuntungan. Penyimpan emas fizikal takkan rugi kerana harganya akan sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang dan emas mudah di manipulasikan dengan pelbagai cara. Sememangnya emas adalah penyelamat waktu kecemasan, pelindung dari inflasi dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Jadi sepatutnya setiap orang perlu menyimpan emas sebagai bekalan kecemasan masa depan. Walaupun penyimpan emas tiada wang di tangan, namun penyimpan emas sebenarnya mempunyai wang dalam bentuk nilaian emas yang mudah dicairkan seluruh dunia.

Apakah simpanan terbaik masa kini?

Simpanan terbaik masa kini terutama di waktu kejatuhan nilai wang adalah menyimpan emas pelaburan fizikal. Penyimpanan wang di bank sebenarnya merugikan kerana nilai wang yang semakin berkurang, namun penyimpanan emas akan menguntungkan kerana nilai emas akan bertambah kerana penurunan nilai ringgit akan menyebabkan kenaikkan harga emas dalam ringgit Malaysia.

KEPENTINGAN MENYIMPAN EMAS

  1. Emas Fizikal Mudah Di Cairkan

Emas fizikal amat mudah di cairkan atau ditukar kepada wang seluruh dunia kerana emas laku seluruh dunia. Penyimpanan emas terbaik dan bijak adalah emas pelaburan kerana mempunyai susut nilai atau spread yang rendah. Memiliki barang kemas bukan satu tindakan yang bijak kerana susut nilai barang kemas tinggi iaitu lebih kurang 25% dari harga emas semasa. Emas fizikal juga mudah di tukar kepada duit dengan mengadai atau memajak di mana-mana pusat pajak emas atau arrahnu.

Pelaburan saham, hartanah dan bon susah di cairkan iaitu mengambil masa untuk mendapat wang. Contohnya, penjualan saham dana amanah mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja untuk mendapat hasil jualan saham.

  1. Emas Adalah Pelindung Dan Penyelamat Kejatuhan Nilai Wang

Simpanan emas adalah pelindung harta terbaik kerana emas kalis inflasi dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Simpanan emas akan bertambah nilainya terutama pada masa inflasi dan kejatuhan ringgit malaysia. Ini adalah kerana harga emas dalam ringgit malaysia akan meningkat apabila nilai ringgit malaysia jatuh kerana tukaran wang dolar kepada wang ringgit Malaysia akan bertambah.

Simpanan dalam bentuk wang tunai atau di bank akan sentiasa berkurang nilainya walaupun jumlah wang di dalam bank adalah sama. Kejatuhan nilai wang ringgit pada tahun 2015 adalah lebih kurang 15% iaitu penyimpanan dalam ASB yang mendapat dividen 8% setahun sebenarnya adalah satu kerugian kerana nilai wang yang jatuh.

  1. Emas Adalah Hak Mutlak Penyimpan

Emas yang disimpan oleh penyimpan adalah hak mutlak penyimpan dan diuruskan sendiri oleh penyimpan. Pastikan apabila membeli emas anda mendapat emas yang di beli. Syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia yang di akui sah dan SATU-SATUNYA pengeluar jongkong emas termurah tanpa cukai gst di Malaysia adalah Public Gold. Public Gold memberi jaminan mendapat emas yang dibeli mengikut harga emas dunia yang telus dan membeli balik emas yang hendak di jual pelanggannya. Beli emas pelaburan Public Gold terus dapat emas dan pembeli bebas menyimpan sendiri emas yang di beli. Produk emas Public Gold juga di akui antarabangsa dan mudah di pajak atau digadai di arrahnu. Klik SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk melihat gambar dan penerangan produk emas dan perak Public Gold.

Penyimpanan aset dalam bentuk lain seperti insurans, saham atau kwsp melibatkan pihak ketiga dan melibatkan prosedur penjualan atau pengeluaran wang yang ketat walaupun sebenarnya wang kita sendiri. Tambahan lagi tanpa kita sedari, kita dikenakan kos setiap penyimpanan aset, insurans atau saham. Contoh, jika kita membeli saham dana amanah, kita terus ditolak kos pengurusan sebanyak 5% iaitu jika anda membeli saham RM100, anda sebenarnya membeli saham RM95 sahaja.

  1. Penyimpanan Emas Terjamin Selamat.

Emas yang di simpan sendiri terjamin selamat walau dimana ia di simpan. Ini adalah kerana emas adalah logam lengai yang tidak bertindakbalas dengan unsur lain dan hanya melebur pada suhu 1083 darjah celcius. Penyimpanan emas adalah selamat walau dimana berada kerana ia kalis bencana alam, air, api atau binatang.

Penyimpanan wang atau aset lain seperti rumah, kedai, kereta, dokumen akan termusnah atau rosak jika berlaku bencana alam atau kebakaran yang menyebabkan nilainya akan hilang.

  1. Simpanan Emas Adalah Pelaburan Terbaik.

Penyimpanan emas adalah suatu pelaburan terbaik untuk masa depan kerana nilainya yang sentiasa meningkat. Bagi melabur emas hendaklah menyimpan emas dalam bentuk jongkong emas atau emas pelaburan kerana peratus spreadnya rendah, harga murah dan bebas gst.

Simpanan wang bukan satu pelaburan terbaik kerana nilainya berkurang walaupun jumlah wang simpanan tidak berubah atau bertambah sedikit kerana dapat dividen. Contoh mudah pengiraan penurunan nilai wang, harga teh ais tahun 2014 adalah RM1.00 dan kini harga teh ais adalah RM1.80. Penurunan nilai wang dalam tempoh 3 tahun adalah 80% iaitu penurunan nilai wang dari harga teh tarik adalah lebih kurang 25% setahun.

Kepentingan Menyimpan Emas
Kepentingan Menyimpan Emas

Kisah benar dari pengalaman hidup serta kepentingan menyimpan emas diharap memberi idea untuk mula menukar sebahagian wang ringgit kepada emas. Simpan sedikit emas fizikal sebagai tabungan di waktu kecemasan, kesempitan wang, kemalangan atau perubatan. Penyimpanan emas pelaburan adalah penting sebagai perlindungan insuran dan pelaburan terbaik kerana emas mudah dicairkan, harganya sentiasa meningkat, kalis inflasi dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Emas pelaburan terbaik, termurah, diiktiraf dunia LBMA dan bebas cukai gst hanya SATU-SATUNYA emas dan perak pelaburan Public Gold di Malaysia. Bertindak bijak dengan mula membeli emas pelaburan public gold bermula RM100 sahaja atau membeli jongkong emas 1g lbma bebas gst untuk menyimpan emas dengan klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD. Panduan dan bimbingan percuma dalam pelaburan emas Public Gold sila whatsapp 019-9185593 (Mohd Zaidi junus) Master Dealer Public Gold berpengalaman dalam pelaburan emas fizikal semenjak 2010.