Tag Archives: teknik manipulasi emas fizikal

BAGAIMANA CARA MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS FIZIKAL

emas

emas

Tips cara bagaimana menjana keuntungan lumayan apabila mula melabur membeli atau menyimpan dan memanipulasi  emas fizikal.

Adakah benar pelaburan emas menguntungkan dan bagaimana cara untuk memaksimakan keuntungan ?. Pada pendapat saya pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan lain walaupun harga emas turun naik. Pengalaman saya sebagai pengedar emas public gold hampir 4 tahun mendapati pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan walaupun adakalanya seperti sekarang terpaksa menjual emas pada harga rendah kerana indeks harga emas yang jatuh semenjak oktober 2011. Saya juga terpaksa membayar upah simpan emas untuk menyambung gadaian emas di arrahnu kerana tidak dapat menjual emas pada harga emas rendah kini. Namun begitu ianya bukan suatu kerugian kerana saya telah mendapat keuntungan hasil overlapped gadai emas pada harga tinggi dulu dan juga hasil keuntungan jualan emas pada harga tinggi pada bulan September 2011.

Salah satu faktor menjana keuntungan dengan emas fizikal adalah masa memulakan pelaburan. Saya memulakan pelaburan emas fizikal public gold pada Ogos 2010 iaitu masa sesuai kerana harga emas rendah. Saya sempat melalui pengalaman mengembirakan bagi pelabur emas public gold iaitu pada September 2011 apabila harga emas meningkat tinggi dan mendapat keuntungan lumayan hasil daripada jualan emas dan berniaga emas. Mengikut Dato’ Louis Ng, pada masa itu public gold mengeluarkan purata RM2 juta setiap hari untuk membayar buy back atau jualan balik kepada pelabur emas public gold.

Daripada pengalaman saya, rahsia menjana keuntungan dengan emas bergantung kepada ilmu dan teknik mengenai emas. Terdapat 3 peringkat keuntungan dalam pelaburan emas fizikal yang perlu di ketahui :
1. Keuntungan atau kerugian sifar iaitu pelaburan emas fizikal tidak akan rugi atau mendapat keuntungan. Emas yang di simpan tidak akan rugi atau mendapat untung sehinggalah anda menjualnya.
2. Keuntungan biasa iaitu mendapat untung sederhana hasil dari menyimpan emas dan menjualnya apabila harga emas naik. Emas yang di simpan tidak berubah kuantitinya kecuali anda menjualnya. Jika anda menyimpan 100g emas, selepas 5 tahun ia tetap 100g.
3. Keuntungan lumayan melibatkan pelaburan emas berserta ilmu dan teknik memanipulasikan supaya dapat menambah kuantiti emas dan menjana keuntungan.

Tips menjana keuntungan dengan emas fizikal untuk mendapat keuntungan lumayan adalah dengan 8 cara seperti berikut :
1.  Perluaskan pengetahuan mengenai emas.
2. Jenis Emas Terbaik
3. Beli atau Jual Emas Harga dan Masa Sesuai
4. Teknik pemurataan harga
5. Tambah Modal dan Pelbagaikan   Pelaburan
6. Memanipulasikan Emas Fizikal
7. Melabur Sambil Berniaga Emas
8. Kelebihan Public Gold

Cara 1.  Perluaskan pengetahuan mengenai emas.

Emas unsur kimia bersimbol Au (Aurum) merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki².Ini menyebabkan emas sesuai untuk penyaduran komponen yang kecil seperti mikrocip, alatan computer dan sebagainya.
Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling,barangan kemas,penyadur komponen ektronik dan sebagainya

Jenis emas bergantung kepada kandungan atom Au (emas) dalam sebatiannya.
Contohnya, Emas 999.9 emas 24K mengandungi 99.9% kandungan atom Au(emas) dalam sebatiannya. Sifatnya lembut dan biasanya dalam bentuk gold bar atau jongkong emas. Emas 950, emas 23 K mengandungi 95.0% kandungan Au (emas) dalam sebatiannya. Mempunyai 5% kandungan lain seperti besi, aluminum dan sebagainya. Emas 916, emas 22 K mengandungi 91.6% kandungan Au (emas) dalam sebatiannya. Sifatnya sederhana keras biasanya dalam bentuk syiling dinar atau barang kemas dan kadang-kadang digunakan untuk diikat dengan permata. Emas 835 iaitu emas 20K mengandungi 83.5% kandungan atom Au (emas) dalam sebatiannya. Sifatnya keras, digunakan untuk meletakkan batu permata dan popular di Kelantan.

Untuk menjana keuntungan dengan emas, kita mestilah belajar dan sentiasa dapatkan ilmu tentang emas, berita dan pasaran emas dunia dengan merujuk website berikut :
www.google.com
www.kitco.com
http://www.marketoracle.co.uk
http://www.fxempire.com
http://www.tradingnrg.com

Cara 2. Pilih Jenis Emas Terbaik

Emas terdiri daripada 2 jenis iaitu barangan kemas dan emas pelaburan.

Emas pelaburan ialah terdiri daripada gold bar atau jongkong emas 999.9 dan syiling dinar 916. Barang kemas adalah emas 916 kurang sesuai untuk pelaburan emas kerana spread tinggi,jadi lebih lambat untuk mendapat keuntungan iaitu sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Pilihan terbaik membeli emas adalah emas pelaburan yang mempunyai spread yang rendah supaya mendapat keuntungan lumayan dan cepat iaitu seperti syiling dinar atau goldbar. Syiling emas dinar yang mempunyai spread harga emas yang rendah ialah 10 dinar dan gold bar pula adalah 100g gold bar atau 250g gold bar. Barang kemas tidak berapa sesuai kerana mempunyai spread yang tinggi. Klik JENIS EMAS TERBAIK UNTUK MELABUR untuk mengetahui mengenai jenis emas terbaik.

Cara 3. Membeli atau menjual emas pada harga dan masa sesuai

Masa yang paling baik membeli emas adalah pada masa harga emas rendah. Masa harga rendah adalah apabila berlaku sesuatu peristiwa atau krisis dunia yang menyebabkan indeks harga emas jatuh mendadak seperti sekarang. Membeli emas pada harga terendah seperti sekarang adalah peluang terbaik untuk menjana keuntungan lumayan kerana boleh menggunakan teknik memanipulasikan emas untuk menambah emas. Klik ALASAN-ALASAN MEMBELI EMAS SEKARANG sebagai bukti dan alasan bahawa harga emas kini adalah termurah dan paling sesuai memulakan pelaburan emas fizikal.

Jangan tunggu untuk membeli emas kerana harga emas akan sentiasa naik dan rezeki adalah ditangan yang maha kuasa.
Contoh, Wahid membeli emas pada harga RM100 dan Wahad membeli emas pada harga murah RM90, selepas 6 bulan pada hari yang sama mereka mahu jualkan emas tersebut, Wahid jual emas pada pukul 10 malam pada harga RM130 dan Wahad jualkan emas pada pukul 2 pagi dengan harga RM110, kita akan dapati Wahid mendapat untung RM30 sedangkan Wahad dapat untung RM20 sahaja. Kesimpulannya Wahid dapat untung lebih walaupun membeli emas pada harga tinggi, jadi jangan bimbang beli emas sekarang masa emas paling murah.

Tips membeli dan menjual emas pada masa dan harga terbaik :
i. Sebelum membeli emas semak graf sejarah harga emas hingga kini di www.kitco.com.
ii. Faktor masa sesuai membeli emas atau menjual emas.
iii. Ramalan Jangka Pendek untuk membeli atau menjual emas.
iv. Analisa teknikal harga emas

Cara 4. Teknik pemurataan harga

Harga emas tidak dapat di ramal oleh sesiapa, Cuma kita dapat ramal harga emas akan naik dalam jangkamasa sederhana atau panjang. Dalam jangkamasa singkat, harga emas turun naik, jadi cara paling selamat dan mengandakan keuntungan ialah dengan dengan menggunakan teknik pemurataan harga.
Contoh teknik pemurataan harga ialah katakan anda beli emas 1 dinar pada harga RM800, selepas itu harga turun anda beli lagi emas 1 dinar dengan harga RM780 dan beli lagi dengan harga RM760, jadi harga emas 1 dinar anda sebenarnya adalah RM800+RM780+RM760 bahagi 3 iaitu RM780

Cara 5. Tambah Modal dan Pelbagaikan Pelaburan

Harga emas sentiasa turun dan naik,jadi apabila harga turun dan mempunyai wang,belilah emas untuk menambah modal pelaburan emas. Jika harga emas turun mendadak dan mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman wang peribadi, inilah masa yang paling sesuai untuk menambah modal pelaburan emas seperti sekarang.
Interest pinjaman wang peribadi dari bank hanya dalam 5% sahaja sedangkan purata kenaikkan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun sebelum ini. Jadi anda tidak akan rugi membuat pinjaman peribadi dan lebih baik serta selamat jika merendahkan bayaran bulanan pinjaman peribadi anda dengan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman peribadi.

Disamping itu pelbagaikan modal untuk perniagaan, belian emas murah, dilelong, perniagaan atau pelaburan lain.

Cara 6. Memanipulasikan Emas Fizikal

Satu kelebihan emas fizikal adalah kerana kita dapat manipulasikan emas dengan teknik arrahnu dan sebagainya.
Jika menggunakan teknik Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan pelaburan emas, cuba kurangkan pinjaman arrahnu dengan menebus sedikit demi sedikit emas yang anda gadaikan.Sebenarnya inilah tujuan sebenar arrahnu iaitu menambah modal melalui pinjaman arrahnu dan akhirnya emas yang anda beli dari pinjaman arrahnu menjadi milik anda sepenuhnya. Klik TEKNIK GADAI EMAS DI ARRAHNU untuk belajar cara menjana keuntungan dengan mengadai emas di Arrahnu.

Jika anda adalah Pengedar emas Public Gold boleh  menggunakan teknik Jangka Pendek untuk menjana keuntungan. Klik STRATEGI JANGKA PENDEK FORMULA ONE untuk memahami kaedah teknik menjana keuntungan dalam jangkamasa yang singkat.
Strategi pelaburan emas public gold dalam jangkamasa pendek adalah kaedah mendapat keuntungan dengan cepat dan selamat melalui teknik formula one melibatkan penjualan emas segera dan berulang apabila telah mendapat keuntungan. Strategi penjualan emas dan pembelian emas dengan berulangkali akan membolehkan pelabur emas mendapat pendapatan bulanan melalui komisen yang diperolehi oleh pengedar emas public gold.
Cth, spread 10 dinar ialah 5%..tolak komisen belian normal dealer 1% dan jualan 0.5%..Jadi spread bersih 3.5%

Cara 7.  Melabur sambil Berniaga Emas

Cara mengandakan keuntungan yang paling cepat adalah  melabur sambil berniaga emas iaitu jual beli emas kepada rakan-rakan dengan menjadi dealer public gold.

Kelebihan dealer public gold adalah dapat berniaga emas atau jual beli emas kepada rakan-rakan atau kenalan tanpa menyewa kedai emas atau tempat menyimpan emas. Klik SYARAT PANGKAT KOMISEN DEALER untuk mngetahui tentang syarat pangkat dan komisen yang akan diperolehi oleh dealer atau pengedar emas public gold.

Mulai 1 februari hingga 31 mac 2014 public gold menawarkan promosi hebat iaitu pembelian gold bar akan dapat menjadi pengedar emas atau agen public gold, bertindak menjadi pelabur bijak sekarang dengar melabur emas fizikal sambil berniaga emas, klik segera PROMOSI EMAS PUBLIC GOLD TERBAIK 2014.

Cara 8. Kelebihan Public Gold

Public gold adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang mmberikan banyak kemudahan untuk membeli emas, menjual emas, mengadai emas atau menyimpan emas fizikal. Kelebihan yang diberikan oleh public gold ini boleh digunakan untuk menjana keuntungan yang maksima seperti system EPP (Easy Payment Purchase), tukar emas lama kepada emas public gold (x-plan) dan sebagainya. Klik KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD untuk  menjana keuntungan dengan emas fizikal.

Maklumat lanjut mengenai bagaimana memulakan dan menjana keuntungan dengan emas fizikal, sila hadir ke seminar saya pada 10 Februari 2014 pada pukul 8.30 malam yang diadakan di cawangan public gold Kelantan yang beralamat di Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu, Kelantan atau hubungi pg Kelantan 017-4859916 (may)atau hubungi saya, Zaidi 019-9185593.

Inline
Inline