Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

11 TIPS PENTING MEMULAKAN PELABURAN EMAS

tips memulakan pelaburan emas
tips memulakan pelaburan emas

Tips memulakan pelaburan emas untuk dapat keuntungan maksima dengan asas ilmu emas, pemilihan emas, cara pembelian emas dan teknik pelaburan emas terbaik

Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik kini sebagai pelindung, insurans, penjana keuntungan dan penyelamat semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan  kejatuhan nilai wang, kenaikkan harga barang, peningkatan kos sara hidup serta inflasi. Pada masa peningkatan kos sara hidup kerana kenaikan barangan dan kejatuhan nilai wang, emas dan perak akan menjadi pilihan utama kerana harganya yang sentiasa meningkat terutamanya apabila kejatuhan nilai wang. Umumnya telah mengetahui bahawa nilai wang semakin berkurang dan nilai emas semakin bertambah dalam jangkamasa panjang namun kejatuhan nilai wang yang tinggi pastinya akan meningkatkan lagi harga emas.

Pelaburan emas menjadi pilihan pelabur waktu ekonomi yang tidak menentu kerana pelabur akan bertukar kepada pelaburan yang selamat seperti emas yang kalis inflasi sebagai pelindung kejatuhan nilai wang. Permintaan tinggi terhadap emas akan menyebabkan harga emas meningkat di tambah dengan kejatuhan nilai wang akan menyebabkan harga emas meningkat berganda untuk menjana keuntungan dalam pelaburan emas.

Namun, pelaburan emas juga perlukan ilmu pengetahuan bagi menjana keuntungan maksima dengan memahami pengetahuan asas mengenai emas, pemilihan produk emas terbaik untuk pelaburan, pemilihan syarikat emas, pemilihan cara pembelian emas dan teknik pelaburan emas yang betul.

Pengetahuan asas ilmu emas :

  • 24 Karat iaitu emas 999.9 berketulenan 99.99% emas
  • 22 Karat iaitu emas 916 berketulenan 91.6% emas
  • Emas LBMA, London Bullion Market Association iaitu emas bebas gst
  • Emas bukan LBMA termasuk barang kemas kena cukai gst
  • LBMA Gold Bar iaitu jongkong emas LBMA bebas gst berbentuk empat segi
  • LBMA Gold Wafer iaitu jongkong emas LBMA bebas gst berbentuk bulat
  • LBMA Gold Wafer Dinar iaitu emas dinar berbentuk bulat
  • Non LBMA ialah emas bukan LBMA seperti jongkong emas bungamas atau Tai Fook Public Gold kena cukai gst
  • GAP iaitu Gold Accumulation Program (24K) iaitu harga emas 24 karat GAP
  • LBMA Silver Bar adalah jongkong perak LBMA bebas gst

Senarai di bawah adalah 11 tips penting untuk mula membeli emas bagi memulai pelaburan emas yang betul dan selamat untuk mendapat keuntungan maksima mengikut kesesuaian modal dan citarasa pelabur emas.

Gold Investment Public Gold
Gold Investment Public Gold

11 TIPS MULA PELABURAN EMAS :

  1. Beli Emas Pelaburan Bukan Barang Kemas.

Produk pelaburan emas terbaik adalah membeli dan menyimpan emas pelaburan iaitu gold bar atau emas dinar untuk pelaburan bukan barang kemas . Jongkong emas dan emas dinar sememangnya di buat khusus untuk pelaburan dimana peratus spread atau susut nilai emas yang rendah antara 5% hingga 9% sahaja berbanding peratus spread barang kemas antara 25% hingga 30%. Kesilapan pelaburan emas yang menyimpan barang kemas sebagai pelaburan kerana harga belian emas tinggi kerana dikenakan upah tukang, dikenakan cukai gst seterusnya dapat harga jual yang rendah kerana peratus spread yang tinggi.

  1. Beli Jongkong Emas Termurah Bebas Cukai GST Untuk Keuntungan Maksima.

Jongkong emas yang mendapat pengecualian cukai gst adalah emas yang di iktiraf dunia seperti emas LBMA (London Bullion Market Association). Jongkong emas LBMA akan dapat pengecualian gst semasa membeli atau menjual emas. Elakkan membeli jongkong emas yang dikenakan cukai gst kerana harga emas menjadi mahal sebanyak 6% iaitu peratus spread akan bertambah 6% dari peratus spread asal seperti jongkong emas Bungamas atau Tai Fook Public Gold yang dikenakan gst kecuali untuk mengumpul emas koleksi kerana bentuk seninya yang menarik. Maklumat mengenai jongkong emas LBMA bebas gst klik APAKAH JONGKONG EMAS LBMA.

  1. Beli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Patuh Syariah.

Pembelian emas melalui urusniaga patuh syariah penting untuk keyakinan, keselamatan dan kebersihan seperti yang dituntut dalam islam. Pengesahan patuh syariah hendaklah daripada badan antarabangsa yang di akui bukannya daripada akuan perseorangan atau sesuatu syarikat emas. Pengesahan patuh syariah bukannya boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana memerlukan penelitian, peraturan dan kesahan yang ketat seperti kekukuhan syarikat emas, stok emas, cara urusniaga emas dan sebagainya. Kesilapan pelabur emas ialah mempercayai pelaburan emas patuh syariah yang di istiharkan sendiri pihak tertentu yang menggunakan nama untuk menutupi pelaburan emas tipu atau haram, sedangkan membeli emas tidak dapat emas atau emas tertunggak dengan janji manis imbuhan lumayan.

pelaburan emas patuh syariah
pelaburan emas patuh syariah

Setelah 9 tahun berurus niaga dalam pelaburan emas, pada 8 Februari 2017 Public Gold telah mendapat pengesahan urusniaga emas yang patuh syariah. Public Gold SATU-SATUNYA syarikat pelaburan emas di Malaysia yang telah mendapat pengesahan pelaburan emas patuh syariah. Klik BAGAIMANA URUSNIAGA EMAS PATUH SYARIAH untuk maklumat syarat urusniaga emas yang patuh syariah.

  1. Beli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Sah Dan Kukuh.

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang, jadi untuk mengelak kesukaran atau potongan harga jual emas hendaklah membeli atau menyimpan emas dari syarikat emas yang sah dan kukuh. Kesilapan dalam pelaburan emas jika membeli jongkong emas dari syarikat atau kedai emas yang kecil kerana susah untuk dijual atau mendapat harga jual yang rendah apabila menjual emas kepada syarikat emas yang berlainan. Harga jual emas adalah berlainan walaupun sesuatu jongkong emas berketulenan dan berat yang sama terutama jika menjual kepada syarikat yang berlainan. Public Gold adalah SATU-SATUnya pengeluar emas pelaburan terbesar dan terkukuh Malaysia yang mengeluar emas dan perak untuk pelaburan iaitu gold bar, emas dinar, silver bar di iktiraf dunia LBMA yang dikecuali dari cukai gst dan patuh syariah di Malaysia. Public Gold kini mempunyai 19 cawangan public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Cawangan Public Gold Brunei dan Filipina dirancang akan di buka pada tahun ini 2017. Klik SENARAI CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA.

  1. Beli Emas Program GAP Bagi Pelabur Modal Kecil.

Pelabur emas modal rendah, sibuk, jauh dari cawangan atau takut menyimpan emas sendiri sesuai beli emas Program GAP ( Gold Accumulation Program) untuk kumpul emas sedikit demi sedikit. Program emas akaun GAP membolehkan penyimpan emas membeli emas dan tersimpan di dalam akaun GAP. Modal yang kecil diperlukan untuk membeli emas GAP iaitu minima RM100 atau 1 gram emas 999.9 atau 24 Karat untuk mengumpul emas, namun boleh keluarkan gold bar atau emas dinar 24K LBMA bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Harga emas 1 gram 24K GAP adalah lebih murah daripada harga belian terus gold bar 1g 24K akan memberi peluang menjana keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan mengeluarkan gold bar atau dinar emas 24K lbma bebas gst yang besar yang mempunyai peratus spread yang rendah. Kesilapan dalam pelaburan emas ialah mengumpul gold bar yang kecil seperti membeli dan mengumpul gold bar 1g yang mempunyai peratus spread tinggi. Klik CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP untuk panduan mula membeli emas modal kecil minima RM100 atau 1g emas 24Karat terus jadi ahli public gold tanpa yuran hangus.

  1. Beli Emas Pelaburan Fizikal Terus Dapat Emas Bagi Pelabur Modal Besar.

Pelabur emas yang mempunyai modal besar iaitu minima modal boleh membeli emas 1 dinar atau gold bar 10g LBMA bebas gst, lebih baik membuat pembelian emas biasa, beli terus dapat emas untuk memaksimakan keuntungan kerana peratus spread lebih rendah. Pembelian jongkong emas fizikal terus dapat emas akan memaksima keuntungan kerana mengurangkan peratus spread emas, mengurangkan risiko ditipu, selamat, mudah di bawa dan mudah di pajak apabila kecemasan, kesempitan wang atau bencana. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli emas secara online, dalam tempoh selewatnya 3 hari pergi bayar di cawangan Public Gold berdekatan dan terus dapat emas.

  1. Beli Emas Jadi Dealer Tanpa Yuran Hangus.

Dealer atau pengedar emas adalah pelabur dan peniaga emas. Dealer akan mendapat banyak kelebihan dan keuntungan dalam pelaburan emas iaitu untung dalam pelaburan dan untung apabila berniaga emas. Peringkat terakhir dalam pelaburan emas ialah menjadi dealer atau pengedar emas untuk menjana pendapatan. Public Gold memberi peluang menjadi dealer atau pengedar emas dengan hanya membeli emas tertentu sahaja tanpa yuran hangus. Syarat biasa jadi dealer Public Gold ialah membeli emas minima RM30K terus jadi dealer tanpa yuran, namun boleh juga berpeluang menjadi dealer modal rendah melalui promosi-promosi tertentu seperti promosi pembelian emas 100g, promosi khas untuk penjawat awam dan sebagainya. Maklumat lanjut, promosi terbaru serta info pelaburan emas Public Gold, sila whatsapp 019-9185593 atau boleh di perolehi di fan page facebook EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD. Sila klik dan LIKE untuk mendapat info dan promosi terkini pelaburan emas dan Perak Public Gold.

promosi jadi pengedar emas
promosi jadi pengedar emas

Promosi jadi pengedar emas Public Gold bulan Februari 2017 adalah membeli gold bar 100g 24 Karat LBMA bebas gst secara ansuran 10 bulan. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas terus jadi dealer Public Gold secara online. Pada Select Payment Option, pilih Easy Payment EPP untuk membeli emas ansuran 10 kali atau 10 bulan.

  1. Beli Emas Pelaburan Mudah Dibeli dan Dijual Dengan Harga Telus.

Pelaburan emas melibatkan urusniaga jual beli emas, jadi harga emas mestilah telus dengan kemudahan jual beli emas sepanjang masa, kemudahan tempat jual beli emas seperti mempunyai banyak cawangan dan harga emas telus mengikut harga emas dunia yang di paparkan sepanjang masa. Kesilapan dalam pelaburan emas jika membeli jongkong emas tidak berjenama, tidak memaparkan harga jual beli emas, peratus spread tinggi atau emas yang kena cukai gst kerana akan mengalami kesukaran atau kerugian untuk mengadai atau menjual balik emas.

  1. Membeli Emas Pelaburan Rendah Spread Atau Susut Nilai Emas.

Cara mendapat keuntungan yang maksima dalam masa yang singkat ialah dengan membeli emas pelaburan yang mempunyai peratus spread (susut nilai) paling rendah. Lagi rendah peratus spread emas, lagi cepat dan banyak keuntungan di perolehi. Bagi penyimpan emas GAP lebih baik mengeluarkan emas fizikal yang besar yang mempunyai spread rendah. Kesilapan dalam pelaburan emas membeli jongkong emas kecil yang mempunyai peratus spread tinggi dengan banyak untuk mengumpul emas. Perlu di ketahui, keuntungan pelaburan emas berbeza walau beratnya sama. Contoh, memiliki sekeping gold bar 20g dengan memiliki 20 keping gold bar 1 g, walau beratnya sama namun sekeping gold bar 20g adalah lebih untung.

tips beli emas public gold
tips beli emas public gold

Disenaraikan peratus spread dan gold premium gold bar dan emas dinar LBMA bebas gst sebagai rujukan untuk membeli emas berdasarkan bajet atau modal yang anda miliki. Pelbagai jenis produk emas pelaburan yang boleh di miliki dari keluaran syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia, Public Gold sebagai pilihan yang dapat memenuhi citarasa dan matlamat pelaburan. Klik KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD untuk melihat kelebihan emas Public Gold untuk dijadikan perbandingan dengan syarikat emas lain.

  1. Membeli Emas Dari Wang Simpanan Atau Lebihan.

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang yang mempunyai spread emas. Jadi hendaklah membeli emas dari wang simpanan atau lebihan wang bukannya dari wang yang akan diguna dalam masa terdekat kerana penjualan emas dalam masa singkat akan mengalami kerugian kerana belum melepasi peratus spread. Kesilapan pelaburan emas ialah membeli emas dari wang yang akan digunakan dalam masa terdekat, akan mengalami kerugian menjual emas balik kerana belum melepasi spread emas.

  1. Beli Emas Sekarang.

Waktu paling sesuai mula membeli emas adalah sekarang juga. Jangan tunggu harga rendah untuk membeli emas pada permulaan pelaburan emas. Pembelian pertama pembelian emas adalah tapak pelaburan atau ‘benchmark’ (tanda pengukur) harga emas untuk pembelian emas seterusnya. Dimana jika harga emas turun lagi, boleh tambah beli emas dan pastinya akan merendahkan lagi harga emas melalui konsep pemurataan harga. Waktu terbaik untuk membeli emas adalah sewaktu mempunyai wang dan bukannya sewaktu harga emas murah kerana tiada siapa dapat meramal harga emas dan keuntungan pelaburan emas bukan bergantung kepada pembelian emas yang rendah, tapi bergantung juga kepada harga emas semasa menjual emas.

11 tips penting memulakan pelaburan emas semoga bermanfaat untuk mulakan pelaburan emas sebagai pelindung kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang, ketidaktentuan ekonomi dan bina disiplin menabung emas. Adalah suatu kerugian membiarkan menyimpan wang tunai dalam bank waktu kejatuhan nilai wang kerana nilai wang yang menyusut dengan cepat. Tukar wang kepada emas untuk mengelak penyusutan nilai wang, bekalan dana kecemasan, mengelak kebocoran wang dan menjana harta untuk masa depan.