Posted in EMAS BERITA TERKINI

PELABURAN TERBAIK

Produk emas Public Gold

Pelaburan terbaik yang menjamin masa depan ialah pelaburan emas public gold kerana telah terbukti public gold adalah syarikat pelaburan emas yang sah dan telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.Klik PELABURAN EMAS DIJAMIN SAH PUBLIC GOLD DAPAT KELULUSAN BNM

Pemilihan pelaburan yang paling baik untuk masa depan adalah berdasarkan kesahan sesuatu syarikat dan perkembangan sesuatu syarikat. Bagi saya syarikat pelaburan terbaik adalah plaburan emas yang menjamin masa depan kerana harganya sentiasa meningkat dan syarikat pelaburan emas terbaik di Malaysia adalah Public Gold berdasarkan perkembangan syarikat yang semakin berkembang.

Perkembangan terbaru Public Gold adalah :

1. Public Gold telah membuka  Arrahnu Koperasi Dagang Emas bagi memudahkan pelabur emas dan perak memajakkan emas dan perak public gold.

2. Public Gold sentiasa menambah cawangan public gold untuk memudahkan peminat emas membeli dan menjual emas di cawangan public Gold. Cawangan Public Gold yang baru dibuka dan telah beroperasi adalah cawangan Public Gold Klang dan Kota Kinabalu. Kini Public Gold telah mempunyai 18 buah cawangan seluruh Malaysia.

3. Public Gold telah melancarkan produk emas gold bar terbaru yang dinamakan Tai Fook Series. Gold Bar Tai Fook Series adalah jongkong emas yang diminati oleh bangsa Cina. Saya telah dihubungi oleh ramai kaum cina yang berminat mengetahui dan membeli emas Public Gold.

Tai fook series goldbar

4. Public Gold adalah syarikat emas pertama yang berusaha dan merancang untuk disenaraikan dalam bursa saham Malaysia. Mengikut Pengerusi Public Gold iaitu Datuk Louis Ng,Public Gold akan disenaraikan dalam bursa saham pada tahun 2014.

5. Public Gold telah merendahkan ‘spread’ emas d-series daripada 18% kepada 15% dan tanpa kos upah buat emas. Emas d-series adalah emas 916 pelbagai bentuk dan berat yang cantik untuk dipakai oleh semua golongan wanita.

Pelaburan terbaik adalah pelaburan emas Public Gold.Pelaburan emas Public Gold tidak menjanjikan pulangan lumayan kerana keuntungan adalah berdasarkan harga emas antarabangsa,namun begitu dalam pelaburan emas public Gold anda tidak akan rugi kerana anda mempunyai emas fizikal yang tulen dan umum mengetahui harga emas akan sentiasa naik dengan purata kenaikkan harga emas 20% hingga 40% setahun.   Jangan tunggu untuk melabur dalam pelaburan emas Public Gold kerana harga emas sentiasa meningkat. Mari mula mendaftar secara percuma sebagai pelanggan Public Gold dan boleh mula membeli pelbagai jenis emas dan perak public gold atau menjadi dealer public gold.Klik DAFTAR PERCUMA AHLI.

Mengikut Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng, Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar dalam pelaburan emas atau ingin membeli emas supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu. Berita ini diterbitkan oleh Berita Harian pada 26 November 2012.

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar

2012/11/26 – 06:36:46 AM Oleh Shahrizan Salian Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Public Gold Group Sdn Bhd yang menyasar disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2014, mengingatkan pelabur emas membuat pelaburan berasaskan maklumat supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu.
Syarikat penempa, penulen dan dagangan jongkong emas serta perak itu berharap orang ramai dan pembeli emas tahu logam itu sebenarnya lebih terarah sebagai instrumen pelindung nilai daripada inflasi, justeru bukannya kelas aset pemberi pulangan.Sehubungan itu, pelabur dan orang ramai yang mahu membeli emas sebagai alat pelindung nilai perlu mendapat maklumat menyeluruh daripada pihak yang pakar dalam bidang itu sebelum membuat keputusan pembelian.

Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng, berkata ramai pembeli terperangkap dengan modus operandi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pulangan segera tidak munasabah daripada pembelian emas.
Syarikat skim pelaburan emas menjual emas jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar di samping menjanjikan peratus pulangan tertentu setiap bulan. Kumpulan itu juga biasanya menetapkan harga dan tempoh belian balik tertentu mengikut kontrak, di samping beroperasi menggunakan model Skim Ponzi, katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini. Ng berkata, syarikat pelaburan emas yang tulen tidak mengemukakan tawaran sedemikian, sebaliknya berurusniaga mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa.
Pembeli perlu mendapat maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber tulen sebelum membuat keputusan mendapatkan emas (untuk pelaburan), katanya.

Beliau mengulas mengenai ramai kalangan pelabur yang terperangkap dengan pelaburan emas apabila pihak berkuasa menyerbu dan membekukan aset beberapa syarikat pengendali dipercayai beroperasi seperti skim cepat kaya.
Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, Bank Negara mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dalam sebuah syarikat pelaburan jongkong emas.
Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya pada awal Oktober lalu memberitahu membekukan aset dan akaun yang disita hasil serbuan dilakukan terhadap empat syarikat yang menawarkan skim pelaburan jongkong emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Public Gold ialah antara syarikat yang bergiat dalam perniagaan emas dengan kegiatan terasnya termasuk menempa dan menulen emas. Ia juga menawarkan perkhidmatan dagangan dan tukaran emas serta menyediakan kemudahan simpanan selamat kepada pelanggan. Syarikat itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang, menerusi anak syarikatnya, Public Gold Marketing Sdn Bhd akhir bulan lalu dikeluarkan daripada senarai Peringatan Pengguna Bank Negara Malaysia selepas model perniagaannya didapati tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna. Mengulas lanjut, Ng berkata, operasi perniagaan Public Gold hanyalah semata-mata dagangan jongkong emas dan perak bagi tujuan simpanan kekayaan.
Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk masa depan.
Public Gold mengamalkan model perniagaan telus di mana kami hanya membeli dan menjual jongkong emas dan perak tanpa memberikan tawaran tidak realistik kepada pelanggan, katanya.

Petikan:

Berita harian online,isnin 26/11/2012

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelaburemasmestiikutnasihatpakar/Article/index_html

DAFTAR DAN BELI EMAS GOLD BAR SYILING DINAR SILVER PUBLIC GOLD SEKARANG…KLIK

Daftar Public Gold