Posted in RAMALAN HARGA EMAS

HARGA EMAS DIJANGKA MELONJAK NAIK TAHUN 2013

waktu sesuai melabur emas

Harga emas dijangka melonjak tahun 2013 kerana pengeluaran emas semakin berkurang,ekonomi eropah semakin pulih dan emas telah mendapat permintaan yang tinggi kerana harga emas yang rendah sekarang.Peramal emas dunia dan peramal emas tempatan telah meramalkan harga emas akan naik melonjak hingga awal tahun 2013.  Ini adalah artikel dari harian metro yang bertarikh 20 september 2012.

Harga emas dijangka melonjak

POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.
“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.
“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.
Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara.

Rujuk artikel bertarikh 20/9/2012 dalam harian metro,boleh klik dibawah,

http://www.hmetro.com.my/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/

Ulasan zaidiemas :

Poh Kong Holding Berhad menjangkakan harga emas melonjak tahun depan kepada RM6,121 setiap 28 gram.Ini bermaksub harga emas menjadi RM218 segram. Bagi pelabur emas public gold harga emas gold bar 20g tahun 2013 menjadi berharga RM4372 dan harga emas 1 dinar dijangkakan berhara RM927. Ramalan ini adalah logik kerana pengeluaran emas sudah semakin berkurangan dan selari dengan ramalan peramal emas dunia seperti artikel saya sebelum ini klik JANGKAAN HARGA EMAS NAIK 2000 us/oz AKHIR TAHUN 2012.

Harga emas sekarang (23/9/2012) adalah 1773 us/oz. Jika ditukar RM6,121 setiap 28 gram untuk menjadikan harga RM kepada harga dalam us dollar ialah  6,121/3.1 (kadar tukaran wang ke us dolar)= 1974 us/oz . Untuk makluman 1 oz bersamaan dengan 28.35 gram. Harga emas kini 1773 us/oz  masih di bawah resistance, jadi sekarang adalah masa sesuai untuk membeli emas.

Bagi yang ingin mula menceburi pelaburan emas, waktu sesuai melabur emas atau masa terbaik membeli emas adalah pada masa sekarang semasa harga emas masih rendah. Untuk mula menyimpan emas atau menjadi pelabur emas fizikal, anda boleh mula dengan membeli emas dengan MENJADI PELANGGAN PUBLIC GOLD atau PILIH MODAL UNTUK MULA MELABUR DALAM PLABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD.