Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

10 KEAJAIBAN DUNIA ARTIK DARI PENGALAMAN DI ICELAND

10 Keajaiban Dunia Artik
10 Keajaiban Dunia Artik

10 keajaiban dunia artik dari pengalaman di Iceland dengan melawat tempat menarik, melihat kejadian alam yang pelik, luar biasa dan unik di kutub utara

Bumi terdiri daripada dua kutub iaitu kutub utara yang dikenali artik dan kutub selatan yang dipanggil antartika. Kedua-dua kutub bumi merupakan kawasan yang bersuhu sejuk dan sebahagian besar kawasannya di lapisi ais. Secara sosial dan politik, wilayah Artik meliputi wilayah utara Kanada, Greenland, Rusia, Iceland, Norway, Sweden, Finland dan Amerika Syarikat. Kawasan artik atau kutub utara yang bersuhu sejuk mempunyai fenomena alam semulajadi yang pelik dan ajaib.

Saya telah mengunjungi negara Iceland atau dikenali juga Islandia dan telah mendapat pengalaman indah, unik dan pelik dengan kejadian alam semulajadi di kutub utara atau bumi artik. Islandia adalah salah satu negara paling indah di dunia dengan pemandangan alamnya yang menakjubkan dan mempunyai kejadian alam yang unik dan pelik. Walaupun negara Iceland berada jauh dan terpencil, namun ramai pengunjung, pelancong, pembuat filem atau fotografer yang datang kerana pemandangan alamnya yang indah yang tidak akan diperolehi di tempat lain serta kejadian alam semulajadi yang pelik dan unik yang membentuk antara 10 keajaiban dunia di bumi artik atau kutub utara. 10 keajaiban dunia di kutub utara berdasarkan pengalaman sendiri mengunjungi tempat-tempat menarik di Iceland yang menjadi rahsia alam seperti di bawah.

10 KEAJAIBAN DUNIA BUMI ARTIK DARI PENGALAMAN PERCUTIAN DI ICELAND

10 keajaiban dunia artik yang menjadi rahsia alam di sebabkan oleh kejadian alam atau fenomena alam yang pelik, unik dan indah yang hanya dapat disaksikan di bumi artik atau kutub utara ialah

  1. FENOMENA AURORA BOREALIS

fenomena Aurora Borealis
fenomena Aurora Borealis

Fenomena Aurora Borealis atau lampu kutub utara (aurora borealis) adalah paparan cahaya semula jadi di langit sekitar Artik yang menakjubkan dan hanya terdapat di kawasan kutub utara.

Aurora Borealis Iceland
Aurora Borealis Iceland

Pengalaman memburu Aurora Borealis semasa di Iceland. Pada pukul 11 malam dapat melihat Aurora Borealis tahap 3 menari-nari sangat cantik di langit. Kemunculan cahaya Aurora Borealis berdasarkan tahap 1 hingga 10 dimana tahap 10 adalah cahaya Aurora yang besar dengan pelbagai warna.

  1. KEJADIAN AWAM PERMUKAAN TASIK

Kejadian awam di atas permukaan tasik di sebabkan oleh wap air yang naik ke permukaan tasik dan berkumpul membentuk gumpalan wap air seperti awan.

Pingvellir national Park Iceland
Pingvellir national Park Iceland

Pengalaman menarik di Iceland apabila dapat melihat wap air seperti awam di atas permukaan tasik di Pingvellir national Park yang berada dalam kawasan Golden Circle Iceland. Wap air akan naik di permukaan tasik membentuk gumpulan wap air putih yang berupa awam yang amat menakjubkan yang hanya boleh dilihat di kawasan sejuk.

  1. KEJADIAN PLAT TEKTONIK

Plat tektonik adalah segmen keras kerak bumi yang disokong oleh bahan leburan yang dikenali sebagai magma di bawahnya. Disebabkan ini maka plat tektonik ini bebas untuk mengelongsor antara satu sama lain. Pergerakan antara plat tektonik ini tidak berlaku secara perlahan-lahan sebaliknya pergeseran antara tanah dan batu yang membentuk sempadan plat tektonik menyebabkan pergeseran itu berlaku tersentak-sentak.

Thingvellir National Park Iceland
Thingvellir National Park Iceland

Pengalaman hebat berjalan antara dua lapisan tektonik plat yang merupakan sempadan memisahkan antara Amerika dan Eropah di Thingvellir National Park Iceland. Thingvellir adalah perhentian kegemaran di kalangan pelancong sepanjang laluan Golden Circle di Iceland. Ia juga telah menjadi Taman Negara di Iceland sejak 1928 dan dinamakan tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2004.

  1. PANCUTAN MATA AIR PANAS ATAU GEYSIR

Semburan Air Panas Geysir
Semburan Air Panas Geysir

Geyser adalah mata air panas yang menyembur secara berkala. Geyser tidak hanya menyemburkan air panas tetapi juga menyemburkan wap air ke permukaan atau ke lapisan kulit bumi paling luar. Semburan air panas geysir berkala antara 10 minit hingga 2 jam dengan ketinggian semburan sehingga 30 meter dan suhu air panas antara 60ºC hingga 100ºC.

Strokkur Geyser Iceland
Strokkur Geyser Iceland

Pengalaman menarik dalam hidup dapat melihat pancutan air panas, geysir iaitu kejadian alam semulajadi yang amat menakjubkan yang hanya boleh didapati Geysir golden circle Iceland atau negara kutub.

  1. AIR TERJUN BEKU

Air Terjun Beku
Air Terjun Beku

Air terjun beku hanya boleh dilihat di kawasan kutub kerana suhu alam semulajadinya di bawah takat beku terutama pada musim sejuk.

Gullfoss waterfall Iceland
Gullfoss waterfall Iceland

Air terjun Gullfoss yang terletak di Golden Circle Iceland adalah air terjun yang membeku pada musim sejuk merupakan air terjun yang paling terkenal di Iceland. Pengalaman melihat sendiri air terjun Gullfoss yang separa membeku kerana belum musim dingin walaupun suhu sekitar pada waktu itu ialah -7ºC adalah pengalaman hebat yang tidak dapat dilupakan.Gullfoss atau Golden Waterfalls iaitu air terjun emas sangat indah terutama apabila ia membeku kerana warna seperti keemasan merupakan satu keajaiban dunia. KLIK video youtube  TEMPAT  PALING MENAKJUBKAN DI GOLDEN CIRCLE DENGAN LAGU JENNIE BLACKPINK untuk melihat video pemandangan menakjubkan fenomena alam awan di tasik, geysir dan air terjun gulfoss di Iceland.

  1. KEAJAIBAN GLASIER

Glasier Iceland
Glasier Iceland

Glasier atau ‘glasiar’ ialah sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar yang  terbentuk dari salji yang turun di kawasan pergunungan. Salji yang membeku di pergunungan menjadi ais dan turun ke kaki gunung melalui lurah sungai hasil tarikan graviti.

Jokulsarlon Lagoon Iceland
Jokulsarlon Lagoon Iceland

Salah satu keajaiban alam yang paling hebat di dunia dengan pembentukan glasier terdapat di Jokulsarlon Lagoon Iceland. The Glacier Lagoon Iceland adalah kejadian alam yang menakjubkan dan keindahan yang unik apabila glasier terbentuk dari gunung berapi yang membuat jalan melalui lagun yang besar ke Lautan Atlantik. Klik video youtube TEMPAT TERINDAH DENGAN PEMANDANGAN UNIK DI DUNIA IAITU GLASIER LAGOON ICELAND melihat video youtube keindahan glasier lagoon iceland.

  1. KEINDAHAN AISBERG

Aisberg merupakan sebuah ais air tawar yang terpisah daripada glasier salji atau dataran ais yang timbul di permukaan air. Aisberg berasal dari glasier seperti aisberg di Iceland yang dikenali Diamond Beach Iceland yang berasal dari glasier Jökulsárlón Lagoon Iceland yang terpisah dan bergerak ke pantai.

Iceberg Diamond Beach Iceland
Iceberg Diamond Beach Iceland

Pengalaman mengunjungi Diamond Beach dan dapat melihat dan memegang bongkah ais atau Aisberg adalah pengalaman indah yang tidak sama dengan melihat di televisyen atau video. Aisberg kelihatan berkilau seperti berlian di tepi pantai hitam lava gunung berapi pada waktu cerah yang memberi pemandangan indah dan menakjubkan seperti berada di dunia magik.

  1. PEMBENTUKAN GUA AIS

Gua ais adalah sejenis jenis gua semulajadi yang mengandungi sejumlah besar ais sepanjang tahun yang membentuk gua. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada gua mesti mempunyai suhu di bawah 0 ° C (32 ° F) sepanjang tahun yang hanya terbentuk di kawasan tertentu kutub.

Gua Ais Iceland
Gua Ais Iceland

Gua kristal di Iceland di glasier Vatnajökull membentuk fenomena kristal yang berasal dari proses aliran air sungai di atas bumbung gua dengan pembentukan warna-warna kebiruan ais yang menarik, ajaib dan mempesonakan.

  1. KOLAM AIR PANAS MENDIDIH

Kolam air panas atau geotermal pools atau dikenali sebagai tasik air panas berlaku apabila air bawah tanah dipanaskan oleh haba teras bumi. “Geo” bermaksud “dari bumi” dan “termal” bermaksud “panas” iaitu kolam geoterma hanya boleh didapati di kawasan gunung berapi yang berada di kutub utara atau kutub selatan.

Blue Lagoon Iceland
Blue Lagoon Iceland

Tempat menarik di Iceland adalah mengunjungi Blue Lagoon Iceland iaitu kolam air panas spa atau spa geoterma. Blue Lagoon adalah salah satu spa geoterma yang paling terkenal di Iceland. Walaupun sumber semulajadi, tetapi Blue Lagoon bukanlah fenomena semulajadi tetapi lagun tiruan yang dikelilingi oleh batu-batu lava yang indah dimana airnya berasal dari kilang kuasa geothermal Svartsengi di sekitarnya dan dikemaskini setiap dua hari.

Krauma Geoterma Iceland
Krauma Geoterma Iceland

Kolam air panas mendidih semulajadi boleh dilawati di Kruma Geothermal Iceland dengan kolam air panas semulajadi yang mendidih dan berasap. Pengalaman luar biasa dan menakjubkan apabila dapat melihat dan merasai kejadian alam yang unik ke kolam air panas Blue lagoon dan Krauma Geoterma Iceland.

  1. MEDAN LAVA LUMUT HIJAU

Lumut adalah tumbuhan yang umum di Kutub Utara yang bersuhu sejuk yang tumbuh di atas lava gunung berapi.

Lumut Hijau di Eldraun Lava Field Iceland
Lumut Hijau di Eldraun Lava Field Iceland

Lumut hijau atau moss adalah tumbuhan biasa di Iceland yang tumbuh subur di wilayah pergunungan dan merupakan ciri khas ladang lava di Iceland. Salah satu selimut lumut hijau yang paling luas, hebat dan indah terletak di pantai selatan Iceland ialah Eldraun Lava Field. Pemandangan indah dan menakjubkan apabila melalui jalan utama antara Vik dan Kirkjubæjarklaustur akan dapat melihat pemandangan hijau lumut di ladang lava Eldhraun yang menjadikan landskap ajaib dan misteri.

  1. AIR TERJUN TERINDAH

Air terjun terindah dan cantik banyak terdapat di kutub utara kerana rupa buminya yang bergunung ganang tanpa tumbuhan.

Air terjun Skogafoss Islandia
Air terjun Skogafoss Islandia

Pengalaman indah di Iceland apabila dapat melihat keindahan air terjun yang tinggi dan bertingkat. Iceland sememangnya terkenal dengan negara yang mempunyai banyak air terjun. Air terjun Skogafoss pula merupakan air terjun yang paling besar, indah dan paling menakjubkan di Iceland dengan terbentuknya pelangi akibat titisan air terjun.

Air Terjun Seljalandsfoss Iceland
Air Terjun Seljalandsfoss Iceland

Air Terjun Seljalandsfoss pula merupakan air terjun paling terkenal dikalangan pelancong di Iceland. Seljalandsfoss berada kira-kira 60 meter dari tebing gunung berapi dan pengalaman berjalan di belakang air terjun Seljalandsfoss adalah satu-satunya sebab kenapa ia unik untuk dinikmati.

Pengalaman percutian di Iceland adalah pengalaman paling hebat dan menarik kerana dapat melihat keajaiban alam semulajadi bumi. Kejadian atau fenomena alam semulajadi yang pelik yang merupakan keajaiban dunia banyak terdapat di kawasan kutub kerana iklim dan cuacanya bersuhu rendah, pelik dan melampau.Pengalaman melancong di Iceland adalah pengalaman paling berharga, menarik, unik dan menakjubkan kerana dapat melihat keindahan dan keajaiban semulajadi alam, bukannya keindahan buatan manusia. Klik PANDUAN PERCUTIAN MUSIM SEJUK untuk panduan dan persiapan untuk percutian ke tempat sejuk.