Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

JENIS EMAS PALING BAIK UNTUK PELABURAN

jenis emas terbaik public gold

Dalam pelaburan emas,jenis produk emas yang paling baik untuk pelaburan adalah penting untuk memaksimunkan keuntungan.Emas pelaburan ialah terdiri daripada gold bar atau jongkong emas 999.9 dan syiling dinar 916. Barang kemas adalah emas 916 yang terdiri i-series dan D-series kurang sesuai untuk pelaburan emas kerana spreadnya tinggi,jadi lebih lambat untuk mendapat keuntungan iaitu sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Emas pelaburan yang terdiri daripada gold bar dan syiling dinar. Jenis emas pelaburan yang terbaik adalah syiling dinar.Rujuk gambar diatas untuk memahami dan membuat perbandingan.Ini adalah kerana syiling dinar lebih murah,tiada kos transpot dan lebih mudah dijual beli.Emas dinar public gold mempunyai banyak kelebihan berbanding gold bar public gold.

syiling dinar emas

Kelebihan syiling dinar 916 berbanding gold bar 999.9 ialah :

1. Emas dinar public gold lebih murah berbanding gold bar pada spread yang sama.

Syiling 1 dinar pada mempunyai spread harga yang sama dengan gold bar 20g iaitu 6%.Syiling 1 dinar hanya berharga lebih kurang RM700 sedangkan jongkong emas 20g berharga lebih kurang RM3500. Jadi dengan modal yang sedikit untuk membeli emas 1 dinar hanya RM700,anda mendapat untung dalam jangkamasa yang sama dengan membeli gold bar 20g yang berharga RM3500.

Begitu juga jika anda mempunyai modal yang lebih adalah lebih baik membeli jenis produk emas 10 dinar berbanding 100g gold bar.syiling 10 dinar lebih murah berharga lebih kurang RM7000 mempunyai spread yang sama dengan 100g gold barberharga RM17000.

Spread adalah perbezaan harga belian emas dengan harga jual emas.pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan dan didarab dengan 100. Untuk lebih faham tentang pengiraan spread emas, sila rujuk artikel CARA MAKSIMAKAN KEUNTUNGAN FAKTOR SPREAD HARGA EMAS

2.Syiling dinar tiada cas transport atau tidak dikenakan kos transpot (transportation cost) berbanding jongkong emas yang dikenakan kos transport bergantung kepada beratnya.

Public Gold mengenakan caj tambahan yang dinamakan “Transportation Cost” untuk belian emas di semua CAWANGAN PUBLIC GOLD. Caj ini dikenakan untuk setiap emas yang dibeli tak kira dealer ataupun pembeli emas.Kos transport emas public gold ini berbeza mengikut jenis emas dan berat emas.Lihat kos transport pada gambar di atas.
Kebaikkan syiling Dinar PG berbanding gold bar PG ialah TIADA “Transportation Cost” dikenakan. Harga emas dinar yang dipaparkan di website public gold  ialah harga bersih “net price” yang dikenakan oleh Public Gold kepada pembeli emas.

3.Emas dinar public gold lebih mudah dijual berbanding gold bar.

Emas dinar public gold mudah dijual kerana ianya lebih murah berbanding jongkong emas.syiling dinar lebih murah kerana ketulinan emas dinar 916 lebih rendah berbanding gold bar 999 dan berat emas dinar lebih rendah berbanding gold bar.contohnya, emas1 dinar 916 berat 4.25g sedangkan 20g gold bar 999 mempunyai berat 20g.

Jika anda adalah dealer public gold atau MAHU MENJADI DEALER PUBLIC GOLD belilah emas 1 dinar banyak-banyak dan jualkan emas dinar ini kepada rakan-rakan atau orang ramai  apabila harga emas tinggi dan menjadi peniaga emas.Emas dinar murah dan sesuai untuk jual beli hinggakan mahasiswa atau mahasiswi mampu membeli emas 1 dinar serta emas dinar paling sesuai sebagai hantaran mas kahwin.

Harga syiling 1 dinar sekarang adalah murah iaitu RM700 sedangkan pada bulan September 2011 harga emas 1 dinar RM800 lebih.Anda tidak akan rugi membeli emas kerana harga emas tidak akan turun banyak dan stabil. Pelaburan emas fizikal adalah selamat walaupun harga emas turun selagi anda tidak menjual emas anda. Beli emas sekarang Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk belajar cara menjadi pelanggan public gold dengan pelbagai cara mudah pembelian emas.

Kesimpulan untuk pilih jenis emas terbaik untuk pelaburan emas :

Pada pendapat saya produk emas paling baik untuk pelaburan emas adalah syiling dinar. Jika anda bermodal kecil jenis yang paling sesuai adalah 1 dinar dan jika bermodal sederhana jenis terbaik adalah 10 dinar.

Jika anda bermodal besar,jenis emas yang paling sesuai adalah gold bar 250g yang mempunyai spread hanya 4.5% dan jika membeli emas RM100k terus dapat menjadi priority dealer  lihat SYARAT PANGKAT DEALER DAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD.Untuk mendapatkan untung cepat melalui teknik spread dengan menjadi priority dealer hubungi atau SMS Zaidi 019-9185593