PERKHIDMATAN PUBLIC GOLD UNTUK PELABURAN EMAS FIZIKAL

senarai perkhidmatan public gold
senarai perkhidmatan public gold

Perkhidmatan dan servis Public Gold bagi urusniaga jual beli emas bagi memenuhi kemampuan kewangan serta pilihan pembeli emas dalam pelaburan emas fizikal

Public Gold ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas pelaburan yang terbesar di Malaysia. Pelaburan emas dan perak fizikal Public Gold adalah urusniaga yang sah, telus dan adil. Produk emas dan perak public gold adalah produk yang terbaik pada harga yang terbaik dengan susut nilai yang terbaik dan dilengkapi dengan kemudahan yang terbaik seperti proses lock harga jual dan beli 24 jam secara online, kemudahan 18 cawangan di seluruh Malaysia, perkhidmatan yang terbaik dan yang paling penting beli emas akan dapat emas fizikal. Public Gold sentiasa membuat pelbagai perubahan perkhidmatan serta penambahan service untuk kemudahan dan pilihan pelabur emas agar dapat di sertai oleh semua golongan usia dan bangsa, setiap masa walaupun dimana berada di seluruh dunia. Walaupun Public Gold baru berusia 7 tahun bertapak di Malaysia, namun public gold adalah syarikat pelaburan emas paling terkenal, teguh dan maju di Malaysia.

public Gold, Nadir metal dan oracle
public Gold, Nadir metal dan oracle

Bermula tahun 2014 Public Gold telah mengeluarkan jongkong emas dan perak serta emas dinar baru untuk mendapat pengecualian cukai gst. Jongkong emas dan emas dinar public gold baru kesemuanya berketulenan 24 karat diiktiraf LBMA yang bebas gst. Kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery. Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery adalah usahawan islam di Turki bernama Nadir Tütüncü. Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

Bagi memenuhi kehendak dan kemampuan semua golongan, public gold telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan supaya semua golongan dari semua tempat dapat membeli dan menyimpan emas fizikal. Dibawah di senaraikan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat emas fizikal Public Gold untuk urusniaga jual beli emas dan perak pelaburan iaitu gold bar, jongkong perak dan emas dinar Public Gold.

SENARAI PERKHIDMATAN PUBLIC GOLD :

  1. Perkidmatan Menjual Emas Fizikal Terus Di Beri Emas.

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan atau ahli Public Gold yang membeli emas secara online atau offline terus dapat emas fizikal. Perlu di ingatkan membeli emas yang tidak bercop LBMA seperti gold bar Bungamas dan Tai fook akan dikenakan cukai gst. Pembelian pertama emas public gold secara online akan membolehkan pembeli emas terus mendapat kod pg ahli public gold supaya dapat kemudahan kunci beli harga emas atau kunci harga menjual emas secara online 24 jam sehari serta kemudahan lain. Klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD. Pembelian emas secara online, akan diberikan pilihan Storage Service dan pilihan bayaran penuh atau ansuran (EPP).

emas fizikal tanpa gst public gold
emas fizikal tanpa gst public gold

Kelebihan perkhidmatan jual beli emas public gold :

Kemudahan membeli emas murah dan bebas cukai GST secara online 24 jam sehari dimana sahaja dan terus dapat emas fizikal di cawangan terdekat.

Kelemahan kunci harga beli emas terus dapat emas :

Pembeli emas yang berada jauh dari cawangan mesti ke cawangan public gold terdekat untuk mengambil jongkong emas atau syiling dinar yang dibeli.

  1. Perkidmatan Menjual Emas Fizikal Terus di Simpan Dalam Peti Simpanan (Storage service).

Servis beli emas terus di simpan di peti simpanan Public Safe public gold ini dikenali perkhidmatan Allocated Gold Storage Service (AGSS). Pembelian emas melalui perkhidmatan AGSS ini boleh di lakukan secara online di seluruh dunia. Hanya klik pada ruangan storage service semasa membeli emas secara online.

storage service AGSS public gold
storage service AGSS public gold

Tujuan perkhidmatan Allocated Gold Storage Service (AGSS) :

Objektif perkhidmatan AGSS adalah untuk pelabur emas yang berada di luar negara atau offshore, takut menyimpan emas di kediaman sendiri atau tiada masa untuk ke branch Public Gold bagi membuat pembelian atau penjualan semula emas.

Kelebihan perkhidmatan AGSS public gold :

Keselamatan emas terjamin, boleh mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa di cawangan public gold, yuran penyimpanan rendah dan kemudahan menjual emas secara online.

Kelemahan storage service :

Yuran atau caj penyimpanan dikenakan minima RM50 atau 1% daripada harga jual emas setahun.

  1. Menjual Emas Fizikal Secara Ansuran (EPP).

Kemudahan beli emas fizikal public gold secara ansuran atau Easy Payment Purchase (EPP) adalah belian emas secara ansuran dan dibayar ansuran sebanyak 4 kali atau 4 bulan dan dapat mengambil emas di cawangan public gold berdekatan apabila telah selesai menjelaskan semua bayaran.

cara beli emas ansuran epp
cara beli emas ansuran epp

Tujuan perkhidmatan EPP public gold untuk pembeli emas fizikal modal rendah yang ingin menyimpan emas fizikal ditangan.

Kelemahan belian emas ansuran EPP ialah dikenakan kos pengurusan 0.5% daripada harga emas. Tutorial mengenai belian emas secara ansuran EPP klik BELI EMAS SECARA ANSURAN EPP PUBLIC GOLD

  1. Menjual Emas Fizikal Program GAP atau SAP

Program GAP (Gold Accumulation Program) dan SAP (Silver Accumulation Program)  adalah program kumpul emas atau perak pertama di Malaysia dan Asia. Program GAP Public gold adalah servis pelaburan emas modal rendah dimana orang ramai boleh membeli emas minima RM100 atau beli emas 1g 24k dengan harga murah. Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas bank seperi Gold Investment Account, GIA public bank atau akaun emas Maybank Gold Passbook, bezanya program GAP adalah belian emas fizikal yan patuh syariah kerana pembeli dapat keluarkan gold bar 24k lbma atau emas dinar 24k lbma fizikal dimana-mana cawangan public gold terdekat. Klik CARA BELI EMAS MODAL RENDAH PROGRAM GAP untuk maklumat atau cara membeli emas 1 gram program gap.

pelaburan emas fizikal GAP public gold
pelaburan emas fizikal GAP public gold

Kebaikkan program GAP :

Boleh beli emas modal kecil serendah RM100 atau emas 1 gram 24k dengan harga murah dan boleh tambah simpanan emas dari masa ke semasa dengan keselamatan emas terjamin tanpa kos penyimpanan emas, iaitu simpanan emas percuma di Public Safe yang dilindungi insurans.

Kekurangan program GAP :

Kena tinggal baki 1 gram dalam akaun GAP dan harga belian gandaan 1 gram lebih mahal jika dibanding dengan harga seketul jongkong emas yang besar seperti gold bar 100g. Jadi jika anda mempunyai modal yang besar lebih baik membeli emas secara terus dapat emas.

  1. Tawaran Menjadi pengedar emas Public Gold tanpa yuran.

Public Gold memberi peluang kepada pembeli emas atau perak public gold untuk menjadi pengedar emas public gold. Syarat untuk menjadi pengedar emas public gold ialah membeli emas minima RM30k dalam satu resit. Tiada yuran atau caj untuk menjadi pengedar emas hanya perlu beli emas sahaja. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui cara menjadi pengedar emas secara online atau offline.

Tawaran menjadi dealer melalui program gap adalah membeli emas program gap minima 100g emas 24 karat, hubungi whatsapp saya 019-9185593 untuk bantuan serta bimbingan.

Banyak kelebihan apabila menjadi pengedar emas atau dealer Public Gold, klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui keistimewaan bergelar pengedar emas public gold.

  1. Perkhidmatan beli emas atau tukar emas lain kepada emas public gold, X-Plan

Public Gold membeli barang kemas atau emas jenama lain dengan harga tinggi atau perkhidmatan menukar emas jenama lain kepada emas public gold. Xplan adalah servis menukar emas jenama lain kepada emas public gold dengan harga tinggi iaitu harga beli public gold, pg buy tanpa dipotong harga jualan emas.

Keistimewaan x-plan public gold :

Tukar emas jenama lain kepada emas public gold dengan harga tinggi dan terus menjadi ahli atau dealer public gold.

Kelemahan xplan :

Pemilik emas mesti kunjungi sendiri ke cawangan public gold untuk menukar emas. Klik TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD jika anda mempunyai emas lama atau mahu menukar emas.

  1. Pusat Gadaian Emas Dan Perak, Arrahnu Public Gold

Public Gold menubuhkan pusat gadaian emas dan perak pertama di Malaysia dimana penyimpan emas atau perak boleh memajak emas atau perak di Arrahnu Koperasi Dagang Emas Bhd (KDE) yang merupakan anak syarikat public gold. Arrahnu public gold pertama ini telah beroperasi di penang. Arrahnu baru akan dibuka di cawangan public gold kelantan baru apabila perpindahan cawangan public gold ke bangunan public gold sendiri iaitu bangunan Masterskill yang telah dibeli oleh Public Gold beberapa tahun lepas.

arrahnu public gold kelantan
arrahnu public gold kelantan

Keistimewaan Arrahnu Koperasi Dagang Emas :

Koperasi Dagangan Emas Bhd (KDE) menerima gadaian emas dan perak. Nilai gadaian (Nilai Marhun) adalah berdasarkan harga semasa produk emas dan perak.

  1. Peti simpanan emas Public Safe Public Gold.

Perkhidmatan simpanan emas dan perak boleh dilakukan di Public Safe sdn bhd yang beralamat di Public Safe Management Sdn Bhd, 88E & 88F, Ground Floor, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

peti simpanan keselamatan public safe
peti simpanan keselamatan public safe

Public Safe mempunyai lebih 5000 peti simpanan untuk penyimpanan emas dan perak dengan bayaran sewa peti simpanan yang berpatutan. Maklumat tentang peti simpanan public safe layari http://www.publicsafe.com.my

  1. Muzium Emas Pertama Malaysia dan Asia, PG Gold Museum

PG Gold Museum adalah muzium emas pertama di Malaysia dan Asia beroperasi di Pulau Pinang pada 1 mei 2015 yang bertempat di No. 95, Lebuh Bishop, Pulau Pinang, Malaysia..

Keistimewaan PG Gold Museum :

Muzium emas public gold melibatkan kos pembinaan bernilai RM20 juta berkonsep gua emas, dimana pelawat berpeluang menghayati pengalaman seolah-olah berada dalam gua batu untuk melihat sendiri proses mengorek, mendulang dan membuat emas serta memegang jongkong emas seberat 50 kilogram bernilai RM7.5 juta dan jongkong perak seberat 30 kilogram bernilai RM75,000, di samping efek bunyi dan lampu yang istimewa.

PG GOLD MUSEUM malaysia
PG GOLD MUSEUM malaysia

Pengedar emas public gold serta pelajar berpeluang dapat tiket diskaun memasuki PG Gold Museum..

  1. Servis penempaan khas public gold.

Public Gold menyediakan kemudahan penempaan khas emas atau pembuatan emas jenama sendiri meliputi penempaan peralatan, rekabentuk dan pengeluaran jongkong emas dan syiling emas. Public gold menawarkan perkhidmatan reka bentuk, cetakan dan pengeluaran jongkong emas atau syiling emas peribadi mengikut rekabentuk sendiri untuk pelanggan korporat, organisasi, kumpulan atau syarikat perniagaan. Pelanggan yang telah mendapatkan khidmat public gold untuk mereka bentuk dan mengeluarkan jongkong emas public gold adalah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Vietinbank iaitu Bank Perdagangan Terbesar malaysia dan Syarikat telekomunikasi termurah, Redone. Maklumat lanjut mengenai panggilan percuma dan postpaid termurah hanya RM8 sebulan, klik RED ONE.

servis penempaan emas khas
servis penempaan emas khas

Pelbagai perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh public gold untuk kemudahan melabur emas dan perak fizikal public gold. Pilihan perkhidmatan atau servis public gold bergantung kepada modal, tempat tinggal, peribadi pelabur dan sebagainya. Pilihan servis yang ditawarkan oleh public gold, khidmat nasihat serta bimbingan dalam pelaburan emas fizikal public gold, hubungi atau whatsapp pengedar emas berpengalaman 019-9185593, Mohd Zaidi Junus, Master dealer Public Gold semenjak tahun 2010. Pembeli emas fizikal juga boleh terus mengunjungi CAWANGAN PUBLIC GOLD BERDEKATAN SETIAP NEGERI MALAYSIA DAN SINGAPURA untuk membeli jongkong emas dan perak serta syiling emas dinar dengan memberitahu staff public gold bertugas, Nama Introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan Kod PG introducer PG001425 semasa membeli emas public gold