Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

CARA MUDAH SIMPAN EMAS MODAL KECIL SECARA TETAP

Cara Mudah Simpan Emas Modal Kecil Secara Tetap
Cara Mudah Simpan Emas Modal Kecil Secara Tetap

Cara mudah simpan emas modal kecil secara tetap setiap bulan dengan teknik beli emas arahan tetap bulanan bank untuk kumpul emas untuk jana harta kekayaan.

Cara berkesan jana kekayaan adalah dengan menabung atau disiplin menyimpan secara berterusan untuk menambah aset harta. Kekayaan bukannya kerana banyaknya harta yang dimiliki tetapi kekayaan sebenar adalah apabila memiliki simpanan dan bebas hutang. Kekayaan sejati adalah kebahagian iaitu apabila kehidupan tiada masalah dalam kehidupan atau bebas kewangan. Jadi untuk menjadikan hidup bahagia, hendakkan bebas kewangan dengan memiliki aset dana kecemasan. Tiada guna, banyak harta tapi juga banyak hutang, lebih baik memiliki sedikit harta, sedikit hutang dan memiliki tabung dana kecemasan.

Pengalaman saya sendiri sebelum simpan emas dahulu, walau kerja bertahun-tahun tapi tiada simpanan kerana wang susah disimpan disebabkan lumrah tabiat manusia “wang untuk dibelanjakan, emas untuk disimpan”.

Dahulu, sebelum menyimpan emas saya tiada simpanan kecemasan, tabung pendidikan atau tiada simpanan asas minima 3 bulan gaji. Tapi sejak mula menyimpan emas, saya mula memiliki dana kecemasan dan jumlah simpanan emas makin lama makin bertambah hasil dari paksa diri disiplin menabung emas sedikit demi sedikit. Walaupun tiada wang tunai dan hanya memiliki simpanan emas, namun memiliki emas bermaksub memiliki wang kerana emas mudah dicairkan dengan memajak atau menjual seluruh dunia. Emas mempunyai aura emas yang disayangi untuk dijual menyebabkan simpanan emas tidak bocor, malah akan semakin bertambah. Itu satu sebab kenapa ramai penyimpan emas tidak menyimpan duit tunai tetapi terus menukar sebahagian wang tunai kepada emas. Berbeza sekali jika simpan wang kertas, mesti otak terus fikir untuk berbelanja dan amat mudah berbelanja hinggalah dompet kering tanpa sedar dan menyebabkan tiada simpanan dana kecemasan minima 3 bulan gaji.

Emas Fizikal Dari Akaun Simpanan GAP Public Gold
Emas Fizikal Dari Akaun Simpanan GAP Public Gold

Bagaimana cara mudah simpan emas modal kecil sebagai aset harta?

Kaedah simpanan emas yang termudah, termurah dan patuh syariah adalah melalui akaun simpanan akaun emas fizikal GAP. GAP adalah singkatan kepada Gold Accumulation Program (Program Kumpul Emas). Program GAP adalah kaedah simpanan emas modal kecil yang diperkenalkan oleh Public Gold sejak tahun 2015 dengan modal permulaan RM100 iaitu membeli emas lebih kurang 0.5g mengikut harga emas semasa yang telus, termurah dan patuh syariah. Maklumat lanjut tentang kelebihan program GAP klik KELEBIHAN SIMPANAN EMAS GAP PUBLIC GOLD.

Kaedah simpan emas yang terbaik melalui akaun simpanan emas GAP untuk bina kekayaan adalah melalui Standing Instruction (SI) iaitu arahan tetap bulanan beli emas melalui akaun simpanan bank. Arahan tetap bulanan beli emas membolehkan simpanan emas setiap bulan untuk mengumpul emas. GAP Standing Instruction akan memudahkan simpan emas dengan konsisten setiap bulan. Program Arahan Tetap Bulanan GAP adalah sama seperti arahan tetap dari akaun gaji untuk simpan ke Tabung Haji atau ASB. Arahan Tetap Bulanan GAP pula adalah simpanan akaun emas GAP yang boleh ditukarkan kepada pelbagai emas fizikal dan boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sahaja. Program Arahan Tetap bulanan beli emas GAP pastinya amat mudah, murah, patuh syariah, jimat masa, jimat kos pengangkutan, mengelak kebocoran wang dan pelaburan terbaik.

KEMPEN ARAHAN TETAP BULANAN BELI EMAS GAP

Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold
Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold

GAP Monthly Standing Instruction Campaign atau Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold adalah arahan tetap bulanan beli emas GAP melalui auto debit bank setiap bulan. Arahan belian emas GAP bulanan boleh dibuat secara online melalui perbankan online atau dengan mengunjungi bank. Arahan tetap bayaran setiap bulan boleh dilakukan sendiri dengan mudah dengan menetapkan nilai RM/bulan untuk transfer dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold, tetapkan tarikh pemindahan wang ke akaun bank Public Gold dan tetapkan tempoh bulanan yang dikehendaki. Minimum belian emas GAP ialah RM100 dan jika ditetapkan tarikh 25hb untuk pemotongan, maka setiap 25 hb wang dari akaun bank akan di’transfer’ dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold setiap bulan. Maka, belian emas RM100 akan ditukar kepada nilai harga emas GAP semasa Public Gold.

SYARAT PENYERTAAN KEMPEN ARAHAN TETAP BULANAN GAP

  1. Minimum belian untuk kempen arahan tetap ini ialah RM100
  2. Setiap RM100/sebulan layak dapat 1 cabutan bertuah. Jika menyimpan emas RM300/bulan, maksudnya berpeluang menang 3 cabutan bertuah sebulan
  3. Pemenang hadiah emas cabutan bertuah akan dihubungi dan boleh diambil di mana-mana cawangan Public Gold berdekatan dengan syarat tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pengumuman.

KELEBIHAN KEMPEN ARAHAN TETAP BELI EMAS GAP

  1. Dapat kumpul harta modal kecil untuk pelaburan, dana kecemasan, pelindung kejatuhan wang dan elak kebocoran wang.
  2. Peluang menang emas berjumlah RM30k
  3. Peluang menang cabutan bertuah umrah.
  4. Peluang memenangi cabutan bertuah emas 0.5gram (RM150) atau 5gram(RM1100) jongkong emas setiap bulan.
  5. Cabutan bertuah di adakan secara “live” setiap bulan melalui facebook live atau seminar dan pemenang akan dihubungi.

TIPS BELI EMAS ARAHAN TETAP BULANAN GAP

Tips beli emas Kempen Arahan Tetap Bulanan GAP ialah dengan menetapkan tarikh arahan tetap bulanan pada akhir bulan kerana dari pengalaman pelaburan emas lebih 9 tahun, kebiasaannya harga emas rendah pada akhir bulan kerana urusniaga dunia kurang aktif pada akhir bulan.

KELEBIHAN SIMPANAN EMAS GAP TETAP SETIAP BULAN

  1. Menjimatkan masa kerana tidak perlu memasukkan duit ke akaun Public Gold secara bulanan kerana ia akan ‘auto transfer’.
  2. Menjimatkan kos kerana tidak perlu ke cawangan Public Gold atau kedai emas untuk membeli emas.
  3. Menguntungkan kerana mengumpul emas dan mengeluarkan emas fizikal yang besar yang rendah spread.
  4. Mendisiplin diri menabung serta berjimat cermat untuk mengumpul harta dan dana bekalan kecemasan.
  5. Mengelak kebocoran wang dengan menabung setiap bulan untuk bina kekayaan dan dana bekalan kecemasan.
  6. Pelaburan terbaik kerana masa kini harga emas di paras rendah yang amat sesuai mengumpul emas.
  7. Selamat dunia akhirat kerana simpanan emas GAP patuh syariah dan emas selamat dalam simpanan tanpa kejatuhan nilai seperti pepatah “Nilai simpanan emas makin lama makin bertambah sedangkan nilai simpanan wang makin lama makin menurun”

CARA BELI EMAS GAP MELALUI ARAHAN TETAP SETIAP BULAN

Cara beli emas GAP melalui arahan tetap bulanan dan seterusnya menyertai kempen GAP Monthly Standing Instruction Campaign untuk memenangi cabutan bertuah emas setiap bulan  :

1.Bukan Ahli Public Gold yang belum pernah beli emas Public Gold atau belum punya kod pg ahli perlu beli emas minima RM100 terus jadi ahli Public Gold dengan KLIK PANDUAN BELI EMAS GAP PUBLIC GOLD atau klik whatsapp 0199185593

2.Sudah Ahli Public Gold yang telah punya Kod PG ahli boleh mula buat arahan tetap bulanan GAP dengan mudah secara online yang hanya mengambil masa 2 minit seperti panduan di bawah :

A) Arahan Tetap Bulanan Maybank2u

Bagi pemilik akaun perbankan online maybank2u boleh buat arahan tetap bulanan (Monthly Standing Instruction) dengan mudah melalui komputer atau telefon bimbit yang hanya mengambil masa 2 minit seperti berikut :

Cara Mudah Beli Emas Tetap Bulanan
Cara Mudah Beli Emas Tetap Bulanan

i). Login akaun Maybank2u dengan memasukkan username dan password maybank2u

ii). Pada menu sebelah atas klik PAY & TRANSFER

iii). Pilih butang TRANSFER dan transfer to pilih Other Accounts (Maybank and other banks) dan klik Maybank

Arahan Tetap Bulanan Maybank2u
Arahan Tetap Bulanan Maybank2u

iv). Tuliskan nombor akaun bank Maybank untuk Public Gold Marketing Sdn Bhd bernombor : 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563. Jumlah pemindahan atau transfer amount tuliskan jumlah wang mahu beli emas setiap bulan seperti RM200 dan sebagainya dengan minima belian emas GAP ialah RM100. Klik pada Set Recurring untuk pilihan tempoh auto debit. Tempoh auto debit, effective date boleh di setkan ikut kemahuan seperti tarikh permulaan (start) autodebit boleh tarikh dikehendaki hingga akhir (end). Set tempoh auto debit untuk tempoh 12 bulan untuk menyertai kempen GAP Monthly Standing Instruction Campaign Public Gold. Akhir sekali tuliskan kod PG ahli anda di ruang Recepient’s Reference dan seterusnya klik TRANSFER.

v). Seterusnya ambil gambar/printscreen atau upload resit yang ACCEPTED sebagai bukti pembelian emas arahan tetap dan resit di hantar ke whatsapp staf public gold berdekatan atau kepada saya 019-9185593 untuk diproses. Resit bukti pembeian emas Arahan Tetap bulanan (Monthly Standing Instruction) hanya perlu di hantar sekali di permulaan untuk diproses pembelian dan penyertaan Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold.

B) Arahan Tetap Bulanan Cimb clicks atau bank lain.

Pengguna perbankan online lain boleh juga membuat arahan tetap bulanan dengan cara yang sama seperti Arahan Tetap Bulanan Maybank2u. Contoh bagi pemegang akaun cimb click perlu pilih scheduled Transfer seperti rajah di bawah.

Arahan Tetap Bulanan Cimbclicks
Arahan Tetap Bulanan Cimbclicks

Bagi ahli Public Gold yang tiada perbankan online, boleh juga melakukan arahan tetap bulanan dengan mengunjungi kaunter bank.

Arahan tetap bulanan beli emas GAP Public Gold adalah cara terbaik mengumpul tabungan emas setiap bulan secara otomatik. Pembelian emas dengan arahan tetap setiap bulan pastinya akan menambah aset harta tanpa disedari untuk pelaburan masa depan, dana pendidikan anak, dana bekalan kecemasan dan mengelak kebocoran wang. Bertindak segera melakukan arahan tetap bulanan pembelian emas gap sebagai pelindung kejatuhan wang akibat kenaikkan harga barang. Kenaikkan harga barang menyebabkan kos hidup meningkat kerana nilai wang jatuh mendadak, jadi tindakan terbaik adalah dengan menyimpan emas.