Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

10 CARA BERKESAN PROMOSIKAN PERNIAGAAN

cara promosi perniagaan
cara promosi perniagaan

Cara paling berkesan promosikan perniagaan atau iklan produk perniagaan untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan

Promosikan perniagaan adalah satu perkara paling penting yang mesti dilakukan setelah membuka peniagaan baru untuk memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan memastikan produk perniagaan yang murah, mutu produk yang berkualiti dan produk yang dikenali ramai. Cara berkesan untuk mempromosikan perniagaan adalah dengan pengiklanan berterusan yang boleh dilakukan secara online atau pengiklanan offline.

Pengiklanan perniagaan atau bisnes boleh dilakukan mengikut jenis perniagaan dan kemampuan individu atau syarikat perniagaan yang boleh dilakukan secara percuma atau iklan berbayar. Misalnya, perniagaan emas Public Gold dengan menjadi pengedar emas pelaburan fizikal mudah dilakukan kerana produk emas sememangnya sudah dikenali seluruh dunia dengan nilainya yang sentiasa meningkat iaitu suatu perniagaan yang kalis inflasi untuk sepanjang zaman tanpa risiko. Saya sebagai pengedar emas Public Gold menggunakan 8 dari 10 kaedah promosi dibawah bagi mempromosikan perniagaan emas fizikal public gold untuk memasarkan produk emas, mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan bagi mendapat pendapatan aktif dan pasif untuk sepanjang hayat.

CARA-CARA PROMOSI PERNIAGAAN YANG BERKESAN 

  1. Promosikan perniagaan secara langsung.

Cara promosikan perniagaan secara langsung iaitu dari mulut ke mulut adalah merupakan cara peengiklanan tradisional yang masih sangat berkesan sehingga sekarang. Cara yang paling mudah adalah memperkenalkan perniagaan kepada kawan-kawan terdekat atau saudara mara secara langsung dengan pemberian kad niaga atau brouchure. Public Gold menyediakan brouchure menarik dan lengkap secara percuma kepada pengedar emas Public Gold. Promosi secara langsung ini juga boleh dilakukan melalui perjumpaan, jemputan ceramah atau seminar perniagaan dengan menunjukkan produk perniagaan dan cara pengurusan perniagaan. Cara ini sesuai untuk orang yang peramah, bagi peniaga yang pemalu seperti saya, saya tidak menggunakan promosi perniagaan secara langsung tapi bermula dengan promosi kertas seperti cara 2 di bawah.

  1. Promosi perniagan dengan kertas seperti risalah brochure, kad perniagaan atau banner.
brochure public gold
brochure public gold

Gunakan kad perniagaan, brochure atau banner untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang perniagaan dengan memberikan kepada rakan-rakan dengan meletakkan nama, nombor telefon atau website. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan untuk membina penjenamaan dan mengembangkan sesuatu perniagaan.

  1. Promosi perniagaan melalui Media Sosial

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instalgram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja. Kaedah pengiklanan melalui laman sosial mudah dilaksanakan dan kaedah yang percuma dan berkesan. Perkenalkan produk perniagaan dengan menghantar gambar produk perniagaan serta kebaikkan penggunaan produk perniagaan untuk keyakinan rakan laman sosial dengan menyertakan website, blog atau nombor telefon perniagaan. Kaedah promosi melalui media soaial mempunyai banyak kebaikkan untuk membina kenalan baru atau hubungan perniagaan yang baik dan ikhlas sambil pertukaran peluang perniagaan.

Tiga media sosial yang popular masa kini untuk mempromosikan produk perniagaan ialah :

i) Promosi Produk Di Facebook

Facebook adalah media sosial yang paling popular masa kini untuk pengiklanan produk perniagaan yang boleh dilaksanakan secara percuma atau berbayar. Pertama sekali mesti mempunyai akaun facebook.

Teknik percuma pemasaran produk perniagaan melalui facebook adalah seperti berikut :

a) Paling penting adalah membina sebuah fanpage perniagaan.

Mula-mula sekali mesti bina FB fan page perniagaan yang boleh dibuat secara percuma untuk membina rakan facebook perniagaan. Cara bina FB Fanpage percuma, klik link  https://www.facebook.com/pages/create/. Contoh facebook fanpage saya, sila klik https://www.facebook.com/pelaburanemaspublicgoldmalaysiadotcom/ dan tekan LIKE untuk maklumat terbaru dan panduan pelaburan emas fizikal Public Gold. Melalui akaun facebook dan fan page ini seterusnya boleh dilakukan pengiklanan berbayar iaitu facebook ads yang akan diajar dalam artikel berikutnya.

b) Gunakan Wall Post

Wall post facebook digunakan untuk memasang ayat-ayat promosi dengan memasukkan link website atau nombor telefon perniagaan.

c) Gunakan Event

Isi keterangan ringkas tentang apa yang ingin anda sampaikan atau aktiviti yang ingin anda lakukan

d) Sampaikan artikel ringkas di dalam Note

Hasilkan artikel yang memberi informasi mengenai Affiliate yang ingin anda promosikan

e) Private message dan Chatting

Hantar mesej atau chatting dengan rakan-rakan FB secara beretika. Sambil berchatting selitkan beberapa link pengiklanan perniagaan atau website dengan kaedah Soft selling.

gold bar 0.5 gram raya
gold bar 0.5 gram raya

ii) Cara Promosi Produk Di Instagram

Instalgram adalah platform pengiklanan bisnes popular kini selepas Facebook. Buat atau create akaun instalgram untuk upload gambar produk perniagaan serta butiran perniagaan sambil membina followers. Followers yang ramai amat penting untuk meningkatkan keberangkalian keberkesanan dalam promosi perniagaan. Sila add akaun instalgram saya, ZAIDI EMAS PUBLIC GOLD untuk sama-sama membina followers di instalgram

iii) Promosi Produk melalui Youtube

Youtube adalah media soaial yang menggunakan video atau video bergambar. Pembinaan Youtube membolehkan kita mempromosikan produk perniagaan dengan menyelitkan barangan perniagaan dalam sesuatu video youtube. Klik contoh video youtube NAIK BELON UDARA DI CAPPADOCIA TURKI untuk promosi produk emas public gold.

  1. Promosi perniagaan berbayar dengan Fb ads, istalgaram, adwords dan sebagainya.

Mempromosikan perniagaan melalui pengiklanan berbayar seperti facebook, instalgram, adwords dan sebagainya adalah satu teknik pemasaran yang paling berkesan, namun perlukan modal dan teknik tertentu. Pengiklanan berbayar dengan facebook ads akan saya ajar dalam artikel selepas ini.

  1. Promosi Produk Perniagaan Menerusi Website atau Blog
pelaburan emas public gold
pelaburan emas public gold

Pemasaran produk perniagaan menerusi website atau blog adalah bisnes online paling menarik, berkesan dan berkekalan. Laman web atau blog adalah seperti kedai jualan online 24 jam yang memaparkan gambar produk, maklumat produk, borang tempahan, testimoni, cara hubungi dan sebagainya. Blog boleh di bina secara percuma tanpa had dengan hanya memiliki akaun gmail. Blog percuma terbaik adalah blog wordpress atau blogspot, namun lebih seo adalah wordpress. Website atau laman web perniagaan adalah promosi perniagaan berbayar iaitu perlu sedikit perbelanjaan sewa tapak server dan domain. Klik CARA MEMBINA WEBSITE SENDIRI untuk mula membina web perniagaan seperti saya ini.

  1. Pemasaran atau Promosi melalui Forum Website

Forum adalah tempat terbaik untuk anda membuat promosi perniagaan namun perlu dilakukan secara bijaksana dan berkhemah. Promosikan website atau produk perniagaan anda pada banner atau Signature forum. Forum perniagaan Malaysia yang boleh anda sertai atau join adalah seperti www.syok.org, http://gempakz.org dan sebagainya.

  1. Pemasaran online melalui telefon mobile dan emel

Pemasaran email merupakan teknik pemasaran atau promosi yang terbaik. Ia  mudah untuk dilakukan dengan salin atau copy ayat-ayat promosi dan kongsikan kepada rakan-rakan melalui group whatsapp atau emel. Dapatkan alamat e-mel atau nombor telefon bimbit pelanggan untuk maklumat, berita-berita terbaru, promosi atau follow up pelanggan dari masa ke semasa. Gunakan Autoresponder seperti Aweber, emailtik atau getrespond untuk mengumpul mailing list dan membuat penghantaran email secara sistematik dan beretika.

  1. Pengiklanan di tempat-tempat menunggu atau majalah

Pengiklanan melalui banner, templet, pelekat kecil tentang perniagaan dengan menampalkannya di tempat-tempat umum dan tumpuan orang ramai seperti perhentian bas, traffic light atau memberikan pelekat kereta percuma di tempat letak kereta yang menyatakan perkhidmatan perniagaan dan nombor telefon perniagaan. Pengiklanan berbayar perniagaan boleh dilakukan di majalah, surat khabar atau website tertentu.

  1. Promosi perniagaan melalui pengiklanan percuma

Pengiklanan percuma juga boleh dilakukan dengan meletakkan ayat promosi perniagaan dalam blog atau website pengiklanan. Cara ini kurang berkesan, namun boleh dilakukan untuk menambahkan lagi pengiklanan. Contoh blog atau website yang menyediakan promosi post percuma adalah www.mudah.my, www.iklandimudah.com, www.mudahiklan.biz, iklan1malaysia.blogspot.com dan sebagainya.

  1. Promosi perniagaan melalui surat.

Promosi perniagaan melalui surat kini sudah jarang dilakukan selepas timbul promosi online yang lebih mudah, namun promosi melalui surat adalah satu cara yang berkesan untuk memberi maklumat atau tawaran terbaru kepada pelanggan.

Perniagaan bukan suatu perkara yang mudah dan kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan adalah produk berkualiti dan promosi perniagaan. Kunci kejayaan dalam perniagaan adalah kesabaran dan usaha yang dilakukan berterusan. Perbezaan antara orang yang berjaya dan gagal adalah usaha yang dilakukan. Kejayaan dan wang tidak akan bergolek dengan sendirinya walaupun perniagaan secara online dan adakalanya perlu menghabiskan wang untuk melakukan pengiklanan berbayar.

peniaga emas dan perak public gold
peniaga emas dan perak public gold

Perniagaan emas bersama Public Gold adalah perniagaan terbaik untuk mendapat pendapatan aktif dan pasif yang boleh dilakukan secara online. Perniagaan emas Public Gold menjamin perniagaan yang berkekalan untuk sepanjang hayat dan boleh di warisi kerana semua mengenali dan mengetahui emas adalah kalis inflasi dan sentiasa di niagakan. Belum pernah kita dengar syarikat emas yang bangkrap walau harga emas turun, sebaliknya harga emas turun akan merancakkan lagi pembelian emas. Public Gold adalah syarikat emas terbesar malaysia yang kini telah mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia merupakan syarikat emas pelaburan yang tiada pesaing kerana kini HANYA Public Gold SATU-SATUNYA pengeluar emas pelaburan dan perak diiktiraf dunia, LBMA yang dapat pengecualian GST di Malaysia. Sempena bulan puasa Jun 2016, Public Gold memberi peluang mula membina perniagaan emas sendiri yang boleh diwarisi dengan menjadi dealer Public Gold modal rendah dalam PROMOSI MENJADI DEALER PUBLIC GOLD JUN 2016.

“Kini harga barang naik mendadak terutama bulan puasa dan harga barang yang naik takkan turun !!!” Kita mesti bersedia hadapi kenaikkan harga barang dan kos hidup meningkat dengan mula menyimpan emas yang kalis inflasi dan merupakan penyelamat kejatuhan wang. Emas pelaburan PALING MURAH TANPA CUKAI GST diiktiraf antarabangsa HANYA emas Public gold. Bertindak sekarang dengan mula menyimpan emas dengan membeli emas bermula HANYA RM100 atau beli emas 1g program GAP Public Gold. Panduan, dan bimbingan percuma pelaburan emas public Gold serta pertanyaan promosi dan maklumat terkini Public Gold Whatsapp 019-9185593 atau klik CARA-CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula beli produk emas public gold.

Selamat Berpuasa Dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016