
Panduan ahli Public Gold setelah pertama kali beli emas dan teknik pelaburan emas bagi mendapat keuntungan maksima, menjana harta dan menambah pendapatan
Apabila membeli emas public gold pertama kali secara online atau belian runcit di cawangan public gold secara otomatik terdaftar sebagai ahli Public Gold tanpa yuran. Selepas menjadi ahli Public Gold atau pelabur emas, kita hendaklah mengurus sendiri pelaburan untuk mendapat keuntungan maksima.
Pelaburan emas adalah seperti berkebun dengan menanam pokok buah. Pekebun aakan menanam banyak pokok untuk mendapatkan hasil yang banyak dari setiap pokok yang di tanam. Selepas pokok di tanam ia hendaklah disiram, dibubuh baja dan paling penting mestilah mempunyai ilmu mengenai pokok yang ditanam agar pokok menjadi subur dan dapat menghasilkan banyak buah. Jika kebun yang luas, hanya di tanam satu atau dua pokok, pastinya hasil yang di perolehi adalah sedikit.

Begitu juga dalam konteks pelaburan emas, pelabur hendaklah sentiasa membeli emas untuk menambah pelaburan, menjana harta, disiplin diri mengelak kebocoran wang dan belajar ilmu mengenai pelaburan emas untuk mendapat keuntungan maksima. Pelabur yang bijak dan berilmu adalah pelabur emas yang tahu memilih emas pelaburan yang betul, membeli emas daripada syarikat yang betul, mengetahui peratus spread (susut nilai emas) yang betul, mengetahui cara memanipulasikan emas, mengetahui kelebihan pelaburan emas dan mengambil peluang dalam pelaburan emas yang dapat menjana keuntungan.
Petikan kata-kata hikmah Grant Cardone iaitu jutawan terkenal menyatakan,”In order to run, you have to first learn walk, To make a million dollar, you’ll first have to make 100k” yang bermaksub “Untuk Berlari, anda hendaklah belajar berjalan dahulu, Untuk mendapatkan sejuta, anda hendaklah mendapatkan 100K dahulu”.
KELEBIHAN MENJADI AHLI PUBLIC GOLD
Apa kelebihan menjadi ahli Public Gold?. Soalan ini kerap di ajukan pertanyaan kepada saya. Jadi secara ringkas di berikan kelebihan menjadi ahli Public Gold :
- Kemudahan jual dan beli emas online
- Mudah pantau harga dan penyata dalam pelaburan emas yang selamat secara online bila-bila masa atau dimana sahaja melalui aplikasi atau website.
- Kemudahan jual emas yang selamat dimana wang akan terus masuk ke akaun bank ahli
- Peluang produk lain Public Gold seperti PG MALL, PG JEWEL dan Aurora Italia untuk menambah pendapatan.
- Peluang menjadi dealer Public Gold untuk berniaga pelbagai produk public gold untuk menjana pendapatan pasif.
PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD SELEPAS BELI EMAS PERTAMA KALI
Panduan setelah membeli emas pertama kali otomatik terdaftar ahli Public Gold, pelabur emas hendaklah bertindak bijak dalam pelaburan emas dengan tujuan untuk menjana harta, memaksimakan keuntungan dan seterusnya dapat memberi pendapatan pasif seumur hidup.
1.DAPATKAN KOD PG AHLI DAN PASSWORD DARI EMEL
Public Gold akan menghantar emel yang disertakan kod pg dan password ahli selepas pertama kali membuat belian emas, sama ada belian emas secara runcit atau belian emas GAP telah sah menjadi ahli public gold. Bagi pembelian emas melalui aplikasi Public Gold, KOD PG otomatik telah berada dalam aplikasi. Public Gold juga menghantar emel makluman kepada Introducer atau dealer Public Gold.

Kod PG dan password yang diberi untuk ahli Public Gold LOGIN ke Aplikasi atau website public gold www.publicgold.com.my dimana pada USERNAME dituliskan KOD PG iaitu PG0XXXXXX dan PASSWORD asal ditulis NOMBOR IC. Klik LOGIN untuk masuk ke akaun di aplikasi atau website public gold semua urusan pelaburan emas Public Gold seperti penyata akaun gap, sales order belian emas, tambah emas gap, jual emas gap online, pajak Arrahnu emas gap online, lock harga beli atau jual emas dan sebagainya.
KOP PG dan PASSWORD di website Public Gold boleh digunakan di semua aplikasi dan website Public Gold Group lain seperti PUBLIC GOLD INDONESIA, PG MALL, PG JEWEL, AURORA ITALIA dan sebagainya.
2. MASUK AKAUN PERIBADI MY ACCOUNT PUBLIC GOLD
Setelah berjaya login masuk ke website public gold akan dapat melihat penyata akaun emas GAP bagi yang membeli emas GAP atau melihat sales order bagi yang membeli emas secara biasa (runcit). Maklumat peribadi Ahli Public Gold termasuklah Prefered Branch, iaitu cawangan Public Gold yang di minati menguruskan akaun. Prefered Branch tidak mempengaruhi apa-apa kerana emas public Gold boleh di ambil di mana-mana cawangan.

Panduan My Account Public Gold :
- ABOUT US : Mengenai Public Gold, perkembangan, peristiwa penting dan sebagainya
- PRODUCT : Produk emas dan perak Public Gold
- ORDER : Tempah atau lock harga beli atau jual emas runcit secara online atau beli emas secara ansuran SEPP (Syariah Easy Payment Purchase).
- MY GAP : Portal Akaun emas GAP untuk melihat penyata gap, beli emas, jual emas gap, pajak emas gap dan sebagainya
- EVENT : Seminar emas percuma dan cabutan bertuah Auto Debit
- FIND US : Public Gold Branches iaitu maklumat alamat dan telefon 19 cawangan Public Gold Malaysia dan Indonesia, lokasi Mesin ATM Public Gold, Helpdesk dan book an appointment mengambil emas besar melebihi 21g di cawangan Public Gold
- MY PG MALL : Beli belah online emas perhiasan dan barangan tempatan Malaysia
- MY PG JEWEL : Beli belah emas perhiasan 916 dan emas perhiasan 999
3. KEMASKINI MY ACCOUNT PUBLIC GOLD

Perkara pertama setelah menjadi ahli Public Gold adalah Update Profile. Pastikan Kemaskini atau update MY PROFILE dengan kemaskini Update Profile, Adress Book dan Update Bank Info di Aplikasi atau website Public Gold. Update profile dan terus CAPTURED gambar ic depan dan belakang atau upload gambar kad pengenalan. Kemaskini juga alamat tempat tinggal dan update bank info dengan upload gambar akaun bank untuk kemudahan pengeposan emas kerumah, jual emas dan sebagainya.
4. PANDUAN AKAUN EMAS GAP
Panduan akaun emas GAP untuk kemudahan jual beli atau pajak emas online di portal akaun GAP. Klik butang MY GAP untuk melihat penyata emas dalam akaun GAP atau beli emas GAP online (FPX)

Butang Akaun Emas GAP Public Gold:
- BUY ATAU TOP UP : Untuk beli emas GAP
- SELL : Untuk jual emas GAP online (tanpa keluarkan emas fizikal)
- WITHDRAWAL : Untuk keluarkan pelbagai emas fizikal, gold bar atau emas dinar
- AR-RAHNU : Untuk pajak emas dalam akaun gap
5. PANDUAN TAMBAH BELI EMAS GAP
Panduan tambah simpanan emas GAP mengikut kesesuaian dan kemudahan pelabur emas. Terdapat 3 cara tambah beli emas gap :

- FPX : Pembelian emas gap online perbankan internet sistem fpx yang cepat dan selamat
- BANK IN : Pembelian manual dengan upload resit bank pembelian emas bagi pelabur emas yang tiada perbankan internet
- AUTO DEBIT : Pembelian emas konsisten melalui potongan bank setiap bulan berpeluang menang cabutan bertuah emas setiap bulan.
A) CARA BELI EMAS GAP ONLINE SISTEM FPX melalui perbankan internet.
Cara terbaik recomended untuk pembayaran emas adalah melalui pembayaran FPX kerana lebih mudah, cepat, selamat dan terus update.

Pada portal MY GAP klik BUY atau TOP UP dan pilih PAY ONLINE FPX, tulis jumlah wang yang mahu beli emas dan seterusnya ikuti langkah pembelian perbankan online.
B) CARA TAMBAH BELI EMAS GAP BANK IN atau manual tiada perbankan online.
Bagi menambah emas dalam akaun GAP secara manual dengan Bank in / transfer RM??? (minima RM100) ke akaun bank PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD bernombor 5571-3923-8048 (maybank) ATAU 3167-52-0833 (public bank). Snap atau ambil gambar resit bank in/transfer dan upload gambar resit pada butang choose file attachment bank in.
C) CARA BELI EMAS GAP AUTO DEBIT

Cara terbaik menyimpan emas secara konsisten setiap bulan adalah melalui potongan bank setiap bulan iaitu Public Gold GAP AUTO DEBIT Campaign dengan peluang memenangi cabutan bertuah emas setiap bulan.
Cara pembelian emas gap Auto Debit iaitu Klik AUTO DEBIT pada pilihan pembayaran emas dan pilih tarikh untuk potongan wang bank setiap bulan. Syarat kempen GAP Auto Debit adalah dengan pembelian emas GAP minima RM200 sebulan.
6. PANDUAN BELI EMAS RUNCIT ATAU BELI EMAS SECARA ANSURAN (EPP)
Pembelian emas secara runcit (Outright Purchase) boleh dilakukan dengan bayaran penuh ATAU beli emas secara ansuran bulana , sEPP (Syariah Easy Payment Purchase) boleh dilakukan sendiri secara online di Aplkasi Public Gold atau website.
CARA BELI EMAS ONLINE DI WEBSITE PUBLIC GOLD
Beli emas (lock harga beli emas) sendiri di aplikasi/website public gold terus bayar online fpx atau bank in dan emas kecil 21g ke bawah diposskan ke rumah sementara emas besar 21g ke atas ambil di cawangan Public Gold berdekatan.
Cara Beli Emas Public Gold, Layari website Public Gold www.publicgold.com.my, atau Apps Public gold, LOGIN dan pilih ORDER (tempah) dan pilih BUY (beli) dengan pilihan bayaran FULL PAYMENT ATAU EASY PAYMENT PURCHASE atau klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan cara beli emas biasa (runcit) atau beli emas secara ansuran EPP (Easy Payment Purchase)
CARA BELI EMAS DI CAWANGAN ATAU MENARA PUBLIC GOLD
Pembelian emas juga boleh dilakukan di cawangan Public Gold namun Public Gold tidak terima tunai. Staf Public Gold tolong belikan atau bimbing cara buat belian emas di aplikasi atau website dan buat bayaran online fpx. Emas kecil diposkan ke rumah dan emas besar ambil di cawangan Public Gold.
7. PANDUAN JUAL EMAS YANG DISIMPAN
A) CARA JUAL EMAS ONLINE
Jual emas online atau lock harga jual emas dalam simpanan atau emas yang ada ditangan online 24 jam otomatik ikut harga jual emas semasa di website Public Gold. Caranya, Melalui Aplikasi atau website Public Gold www.publicgold.com.my, Login, klik ORDER danklik SELL untuk lock harga semasa jual emas, selepas itu emas hendaklah dihantar ke cawangan Public Gold berdekatan tempoh 24 jam. Contohnya, jika lock harga jual emas pukul 12 malam, esoknya perlu hantar emas yang dijual di cawangan Public Gold terdekat dan lusanya wang akan masuk ke akaun bank penjual.
B) CARA JUAL EMAS OFFLINE
Bawa emas yang mahu dijual ke cawangan public gold berdekatan untuk jual emas dimana wang jualan akan di masukkan kedalam bank ahli dalam tempoh lebih kurang 48 jam bekerja. Emas Public Gold juga boleh dijual di mana-mana sahaja kedai emas, cuma apabila di jual kepada syarikat emas berlainan harga jual emas akan di potong.
8. PANDUAN KELUARKAN EMAS FIZIKAL DARI AKAUN EMAS GAP

Emas dari akaun GAP mudah dikeluarkan bila-bila masa di mana-mana secara online melalui Aplikasi atau website Public Gold. Pengeluaran Emas dari akaun gap kecil, gold bar atau emas dinar 21 gram ke bawah terus diposkan ke rumah. Pengeluaran Emas GAP besar yang melebihi 21g kena ambil di cawangan Public Gold berdekatan.
CARA KELUARKAN GOLD BAR ATAU EMAS DINAR DARI AKAUN GAP

Login di Apps atau website Public Gold dan pilih WITHDRAWAL dan pilih item gold bar atau emas dinar yang diminati dengan klik ADD TO CART, Seterusnya buka CART proceed untuk buat bayaran fpx gold premium dan pos. Emas akan sampai ke rumah lebih kurang seminggu.
9. PANDUAN JUAL EMAS GAP
Emas dalam akaun GAP boleh dijual online tanpa keluarkan emas fizikal apabila kecemasan. Caranya, Login dan klik SELL untuk jual beberapa gram emas dari akaun gap, selepas 24 jam pihak pg akan call untuk pengesahan jualan dan duit masuk ke akaun bank.
Emas fizikal dari akaun GAP yang telah dikeluarkan boleh di jual di cawangan Public Gold atau seluruh dunia.
10. PANDUAN PAJAK EMAS DANA KECEMASAN
Simpanan emas adalah sebagai dana kecemasan kerana ia dengan mudah dicairkan kepada wang dengan menjual atau memajak emas di Arrahnu. Bila kecemasan atau kesuntukan wang jongkong emas Public Gold boleh digadai di Arrahnu di cawangan Public Gold atau di mana-mana Arrahnu seluruh negara. Emas dalam akaun GAP juga boleh di pajak secara online pada MY GAP dengan menekan butang ARRAHNU.
TEKNIK PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD
Tips teknik pelaburan emas untuk menjana harta dan dapat keuntungan maksima selepas menjadi ahli Public Gold dengan melakukan langkah berikut :
TARGET IMPIAN SIMPAN EMAS

Tetapkan matlamat simpan emas iaitu target impian hidup sebagai motivasi untuk menjana kekayaan seperti simpanan emas untuk pergi haji, untuk beli tanah, dana perkahwinan atau dana persaraan. Sejarah harga emas Malaysia telah membuktikan bahawa simpanan terbaik adalah pelaburan terbaik, selamat dan patuh syariah.

Teknik simpanan emas bermatlamat seperti beli emas GAP AUTO DEBIT sebagai simpanan utama yang konsisten. Teknik simpanan emas Gap Auto Debit iaitu dipilih pada tarikh akhir bulan kerana akhir bulan harga emas biasanya rendah dan gaji telah masuk. Apabila mempunyai lebihan wang terus beli emas sebelum wang habis, kerana tabiat azali maanusia “Wang Untuk Dibelanjakan, Emas Untuk Di simpan”. Pertambahan emas setiap bulan elak kebocoran wang itulah yang dikatakan emas menjana kekayaan.
KUMPUL EMAS GAP UNTUK KELUARKAN GOLD BAR BESAR

Beli emas GAP sedikit demi sikit untuk kumpul emas, apabila banyak emas terkumpul dalam akaun GAP, keluarkan jongkong emas yang besar yang mempunyai peratus spread yang rendah dan jimat caj gold premium untuk menjana harta dan maksimakan keuntungan. Tujuan utama beli emas sedikit demi sedikit adalah sebagai disiplin menabung, teknik pemurataan harga dan mengelak kebocoran wang. Tips pelaburan emas melalui akaun emas GAP ialah sentiasa membeli emas seperti 1 gram sebulan untuk mengumpul emas modal kecil sebagai bekalan dana kecemasan serta mendapatkan gold bar besar yang mempunyai peratus spread rendah dan jimat caj gold premium untuk keuntungan maksima kerana emas yang besar lebih rendah peratus spread. Peratus spread emas Public Gold adalah seperti rajah di atas.
JIMAT GOLD PREMIUM DAN YURAN EPP FEE
Gold premium adalah caj upah tukang/pengangkutan emas dari kilang ke cawangan Public Gold. Gold premium dikenakan kepada setiap belian emas Public Gold. Belian emas runcit atau outright purchase akan terus ditambahkan gold premium dengan harga semasa, manakala belian emas GAP caj gold premium dikenakan sewaktu mahu keluarkan emas fizikal.

Jadi, untuk mendapat harga emas murah dengan merendahkan caj gold premium iaitu dengan mengeluarkan jongkong emas yang lebih besar. Contoh, caj gold premium pengeluaran gold bar 1g ialah RM10, tapi jika keluarkan sekeping gold bar 100g hanya RM60 sahaja.
EPP atau Syariah Easy Payment Purchase adalah beli emas secara ansuran bulanan patuh syariah sama ada 4 bulan atau 10 bulan yang dikenakan EPP fee atau yuran EPP sebanyak RM1 setiap 1 gram emas. Contoh, jika membeli emas secara ansuran EPP gold bar 50 gram, maka yuran EPP adalah RM50.
BELI EMAS RUNCIT YANG BESAR
Ahli Public Gold yang berkemampuan dan modal besar sebaiknya membeli emas runcit yang besar untuk maksimakan keuntungan kerana gold bar yang besar lebih murah, lebih jimat gold premium dan peratus spread lebih rendah. Teknik beli gold bar besar dengan modal kecil ialah dengan beli emas secara ansuran EPP (Easy Payment Purchase). Saya sebagai kakitangan kerajaan dengan gaji bulanan, beli emas besar secara ansuran EPP 4 bulan atau 10 bulan untuk mengelak kebocoran wang dan memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas.
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN PG MALL DAN PG JEWEL

PG MALL adalah Public Gold Mall iaitu platform beli belah online tempatan terbesar Malaysia dan satu-satunya beli belah barang kemas secara online. Ahli Public Gold yang sudah memiliki KOD PG boleh login ke website PG MALL untuk beli belah online dan menjana pendapatan pasif dengan promosikan PG MALL. Ahli Public Gold terus boleh LOGIN di PG MALL, klik www.pgmall.my DAN www.pgjewel.my menggunakan KOD PG dan PASSWORD yang sama seperti login di website Public Gold.

Selepas LOGIN, dapatkan referral link di MY ACCOUNT untuk promosikan pembeli (shopper) atau peniaga (merchant) di PG MALL secara online. PG Mall adalah platform menjana pendapatan paling mudah kerana dengan membeli barang dan keperluan online di PG MALL dan promosikan pg mall kepada rakan-rakan atau orang ramai akan dapat menjana pendapatan pasif. Platform PG MALL menyediakan tempat menambah pendapatan dengan membeli apa saja barangan terus jadi ahli, dapat referral link dan terus dapat promosikan PG MALL kepada rakan atau orang ramai tanpa perlu jadi agen Public Gold. Apabila rakan daftar dan beli barang di pg mall iaitu menjadi downline, upline akan dapat komisen selamanya setiap kali downline membeli barangan sehingga 3 peringkat dan seterusnya dapat menjana pendapatan pasif sepanjang hayat.
UPGRADE AHLI KEPADA DEALER PUBLIC GOLD
Ahli Public Gold adalah pelabur, pengumpul dan penyimpan emas sebaiknya upgrade menjadi dealer Public Gold supaya dapat membeli emas dengan harga murah dan menjana pendapatan pasif dengan berniaga atau promosikan emas Public Gold.

Cara mudah menjadi dealer Public Gold dengan membuat belian emas pakej promosi dealer setiap bulan. Promosi menjadi dealer sentiasa di papar di website Public Gold, LOGIN dan klik ORDER dan buy. Promosi pakej dealer bulanan akan dipapar boleh buat belian emas bayar penuh atau secara ansuran bulanan. Selepas beli pakej promosi dealer mesti beli gold bar 0.5g wealth Card iaitu kad pengenalan emas dealer. Akhir sekali whatsapp nombor order belian emas pakej dealer dan nombor order wealth card kepada introducer untuk upgrade menjadi dealer.
Promosi beli emas jadi dealer juga boleh didapati di website Public Gold atau Fan Page Public Gold iaitu PUBLIC GOLD INTERNATIONAL.

Tips upgrade menjadi dealer Public Gold dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit dan apabila emas banyak terkumpul, boleh jual emas tersebut dan membeli balik emas untuk menjadi dealer Public Gold ATAU mengambil peluang pada promosi beli emas modal kecil untuk menjadi dealer Public Gold.
DAFTAR GAP JUNIOR PUBLIC GOLD

BELAJAR ILMU PELABURAN EMAS
Sertai Seminar Public Gold di cawangan public gold, menara Public Gold atau live untuk belajar dapat ilmu pelaburan emas, update semasa dan peluang perniagaan emas Public Gold.

Pelbagai seminar, karnival atau forum emas diadakan di setiap cawangan public gold dan menara Public Gold Kuala Lumpur yang boleh dilihat di website Public Gold pada butang EVENT atau FB page PUBLIC GOLD INTERNATIONAL.
HADIRI PG GOLDEN TOUR MENARA PUBLIC GOLD
Faktor utama kejayaan ialah kepercayaan atau “trust” terutamanya melibatkan pelaburan emas yang melibatkan pelaburan jangka panjang. Sebaiknya hadiri Golden Tour Trip ke Menara Public Gold Kuala Lumpur untuk keyakinan, maklumat sambil bercuti di Kuala Lumpur.

Keistimewaan PG Golden Tour Menara Public Gold :
- Pengangkutan VIP yang selesa sepanjang perjalanan
- Makanan tempatan yang sedap untuk memenuhi selera anda
- Penginapan mewah 2 hari 1 malam, penuh dengan keselesaan
- Lawatan eksklusif ke Menara Public Gold
- Melancong ke tarikan utama di Kuala Lumpur
Cara Sertai PG Golden Tour Menara Public Gold Kuala Lumpur dengan Hubungi staf sokongan Public Gold untuk penentuan tarikh.
MAKLUMAT TERBARU PELABURAN EMAS DAN BANTUAN SOKONGAN PUBLIC GOLD
Sentiasa dapatkan maklumat terbaru, update semasa atau promosi terkini di website Public Gold atau fanpage Facebook PUBLIC GOLD INTERNATIONAL SDN BHD dan fanpage saya EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD . Public Gold sentiasa update produk jongkong emas dan perak baru, barang kemas di PG Jewel, emas perhiasan Aurora Italia dengan pelbagai promosi menjadi dealer seperti Promosi beli emas perhiasan jadi dealer dan sebagainya.

Public Gold menyediakan pelbagai cara support membantu urusan dalam pelaburan emas Public Gold. Segala masalah, bantuan, pertanyaan urusan Public Gold, segera hubungi CHAT, HELPDESK di aplikasi dan website atau hubungi staf sokongan melalui WHATSAPP 011-10952916 atau hubungi INTRODUCER dealer atau boleh terus ke CAWANGAN Public Gold berdekatan.
EMAS PENJANA KEKAYAAN DAN BEKALAN DANA KECEMASAN
Kelebihan pelaburan emas fizikal adalah mudah dicairkan seluruh dunia untuk mendapat wang atau dipajak bila kecemasan. Simpanan emas merupakan penjana kekayaan kerana peningkatan nilai dan peningkatan simpanan kerana naluri manusia emas disayangi untuk dijual malah simpanan emas semakin meningkat.

Simpanan emas fizikal juga boleh dimanipulasikan dengan pajak emas apabila kecemasan wang atau pada masa harga rendah dimana belum sesuai untuk menjual emas. Namun begitu, pajak atau gadai emas hanya apabila kecemasan atau diguna untuk perkara penting seperti pusing modal perniagaan dan sebagainya. Emas adalah dana kecemasan terunggul kerana ianya mudah dicairkan yang berharga seluruh dunia dan penyelamat kejatuhan nilai wang.
Tahniah dan terima kasih kerana tindakan betul dan bijak dengan menyertai Pelaburan Emas Public Gold untuk melabur emas bagi menjana harta, penyelamat kejatuhan nilai wang, dana bekalan kecemasan, pengelak kebocoran wang dan seterusnya berpeluang berniaga bersama Public Gold untuk menambah pendapatan serta menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Klik CARA MENJADI DEALER ATAU AGEN PUBLIC GOLD untuk maklumat cara upgrade menjadi dealer Public Gold atau Whatsapp 019-9185593 Founder master Dealer Public Gold Mohd Zaidi bin Junus, PG001425 untuk panduan, promosi terkini dan maklumat lanjut.











