PERCUMA DAFTAR AHLI ATAU BELI EMAS PUBLIC GOLD

PERCUMA DAFTAR AHLI ATAU BELI EMAS PUBLIC GOLD

Pendaftaran percuma jadi ahli public gold atau cara mula membeli emas minima RM100 atau beli gold bar 1g 24 karat lbma bebas gst. BACA LAGI »

CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA

CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA

Alamat cawangan public gold seluruh malaysia, singapura dan Indonesia untuk urusan jual beli emas Public Gold. BACA LAGI »

KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

Kelebihan program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold atau kebaikkan program kumpul emas fizikal modal kecil pertama di Malaysia. BACA LAGI »

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

Kelebihan emas public gold bukti produk emas public gold adalah pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia. KLIK BACA LAGI »

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM OTOMATIK JADI AHLI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM OTOMATIK JADI AHLI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

Program GAP public gold, pelaburan emas terbaik patuh syariah dan modal terendah hanya RM138 cara mudah membeli gold bar 1 gram untuk mengumpul jongkong emas fizikal dan tukar kepada gold bar 20g dan sebagainya..klik BACA LAGI »

SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Senarai produk emas dan perak Public Gold untuk memilih produk pelaburan terbaik dari jenis gold bar, emas dinar atau silver bar termurah tanpa cukai gst...KLIK SEGERA BACA LAGI »

 

KISAH DAN PENGALAMAN PERCUTIAN DI SEPANYOL

Kisah dan Pengalaman Percutian Di Sepanyol

Kisah dan Pengalaman Percutian Di Sepanyol

Kisah dan pengalaman percutian di Sepanyol iaitu cerita benar pertama kali menjejaki negara eropah

Pengalaman pertama kali mengunjungi Sepanyol yang tidak pernah di impikan telah menjadi kenyataan apabila mendapat percutian percuma melalui Sales Insentif Program Leadership seminar Public Gold Spain 2017. Setiap tahun Public Gold mengadakan percutian percuma ke negara tertentu untuk dealer atau pengedar emas Public Gold yang mencapai target jualan emas tertentu.

Sales Incentive Program Spain

Sales Incentive Program Spain

Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi mendapat satu tiket percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke Sepanyol. Tahun lepas saya juga telah dapat satu tiket percutian percuma ke Turki. Jadi, saya telah menghubungi pihak Public Gold untuk mendapatkan harga satu lagi tiket pakej untuk pasangan. Public Gold menyatakan bayaran untuk satu tiket pakej ke Sepanyol selama 9 hari 7 malam tersebut adalah RM15k. Saya pun memujuk pasangan dengan baik semasa berada di dalam bilik “Sayang, harga pakej ke Sepanyol RM15k, jika RM8k mungkin mampu bayar…nanti kita usaha percutian program SIP tahun depan ke Iceland yea”. Saya sememangnya sudah dapat mengagak pakej percutian Public Gold memang mahal dari pengalaman percutian ke Turki sebelum ini yang mewah seperti berada di hotel 4 atau 5 bintang, menaiki belon udara Cappadocia yang berharga 250 euro seorang, menyewa sebuah bot cruise besar khas yang dapat memuatkan ratusan penumpang hanya untuk peserta program yang hanya 25 orang dan sebagainya. Klik 15 TEMPAT MENARIK DI TURKI untuk melihat pengalaman dan tempat-tempat menarik di Turki.

MD Mohd Zaidi Junus di Airport KLIA

MD Mohd Zaidi Junus di Airport KLIA

Di lapangan terbang Kota Bharu saya berjumpa dengan miss Susan Foo iaitu staff Public Gold yang sama-sama menyertai percutian ke Sepanyol. Dalam hatiku berkata “Nasib baik ada teman untuk bersama, awek cantik pulak tu”.

Dealer Public Gold ke Sepanyol

Dealer Public Gold ke Sepanyol

Kami pun bersama-sama menaiki kapal terbang ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk bersama peserta program sip Public Gold yang lain untuk menaiki kapal terbang ke Spain.

Staff Public Gold ke Sepanyol

Staff Public Gold ke Sepanyol

Kenneth Cheang yang merupakan pengurus, ketua, taiko, pengawal percutian “Banyak jawatan kenneath kerana dialah yang mengurus dan menjayakan percutian ini” memaklumkan bahawa perjalanan ke Sepanyol mengambil masa 16 jam dimana akan transit di Dubai selama 2 jam.

kisah percutian ke Sepanyol

kisah percutian ke Sepanyol

Perjalanan dalam Kapal terbang dari kuala lumpur ke Dubai mengambil masa 7 jam dimana aku duduk bersebelahan dengan perempuan cantik yang aku tidak kenali, Maka aku menegur dan berbual mesra sambil berkenalan dengannya. Wanita cina ini sangat peramah, lemah lembut dan cantik dimana namanya ialah Fiona. Dalam hatiku berkata “nama Fiona, macam tajuk lagu dari kumpulan 4u2c”.

Dealer Public Gold di Lapangan terbang Dubai

Dealer Public Gold di Lapangan terbang Dubai

Apabila sampai di lapangan terbang Dubai, kami transit selama 2 jam dan aku terkejut kerana awek Cina, Fiona juga bersama kumpulanku menyertai Program SIP Public Gold ke Sepanyol. Aku bertanyakan miss Susan mengenai wanita tersebut yang bukan dikalangan Master Dealer Public Gold, ia mengatakan dengan ringkas “Big Buyer”. Aku memahami maksub big buyer dan akan mencungkil rahsia mengenai Fiona dalam penerbangan dari Dubai ke Madrid.

Dato Louis Ng bersama Master Dealer Public Gold ke Sepanyol

Dato Louis Ng bersama Master Dealer Public Gold ke Sepanyol

Ketua rombongan iaitu pengasas Public Gold, Dato’ wira Louis Ng terus tetap segar ceria dan bersemangat. Aku yang tak dapat tidur rasa mengantuk terus mengajak Shariffuddin yang juga perokok mencari tempat merokok di Airport Dubai. Selepas sembahyang subuh di lapangan terbang Dubai, kami menaiki kapalterbang Emirates ke Madrid Sepanyol.

Dalam perjalanan 7 jam ini aku mengcungkil rahsia mengenai Fiona, ia mengatakan bahawa suaminya mempunyai beberapa buah kilang di Johor Bahru. Dalam hatiku berkata “memang patut la, big buyer mempunyai kilang sendiri”. Big Buyer adalah pembeli besar emas atau perak Public Gold yang membeli emas dalam jumlah yang banyak melebihi RM3 juta dalam masa setahun untuk dapat menyertai Program SIP Public Gold. Jadi, kita akan memahami bahawa peniaga cina menggunakan wang untuk mendapatkan wang dengan membeli aset atau melabur dalam pelaburan yang sah dan tanpa risiko untuk menjana keuntungan. Emas dan perak Public Gold digunakan oleh peniaga untuk menambah aset, pelaburan dan pusing modal perniagaan. Berbeza dengan sebilangan peniaga melayu yang baru berjaya dalam perniagaan menggunakan wang perniagaan dengan memberi aset yang jatuh nilainya atau pertambahan kos kehidupan seperti kereta mewah baru, pakaian berjenama, kahwin baru dan sebagainya. Klik CARA MUDAH BINA PERNIAGAAN untuk menjana pendapatan pasif untuk sepanjang hidup.

Kami sampai di Lapangan terbang Madrid, Airport Barajas sebelah petang dan tourist guard kami, Pepe sudah menunggu di lapangan terbang Madrid. Kami di hantar ke hotel penginapan kami berdekatan dengan Air Port Madrid iaitu Marriott Hotel.

Hotel Marriott Madrid

Hotel Marriott Madrid

Selepas menyimpan pakaian dan berehat, kami di bawa menjelajah di Kota Madrid. Madrid merupakan kota paling besar sekaligus ibukota negara Sepanyol. Kota Madrid yang terletaknya di sisi Sungai Manzanares dan di tengah Spanyol kaya dengan warisan sejarah, kesenian, kebudayaan dan keindahan alam semula jadinya dimana mempunyai banyak tempat menarik dan popular dengan kelab bola sepaknya Real Madrid yang mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia.

mohd zaidi junus di madrid

mohd zaidi junus di madrid

Kami di bawa menaiki bas besar yang boleh memuatkan 40 penumpang untuk hanya 25 peserta program sip Public Gold menyebabkan aku dapat bertukar tempat duduk untuk menikmati pemandangan kota madrid dengan seni bina bangunan yang indah serta penduduknya yang cantik.

cerita benar di sepanyol

cerita benar di sepanyol

Kami di letakkan di Pusat Bandar Madrid untuk berjalan-jalan atau membeli belah di Kota Madrid. Aku mengambil peluang berkenalan dengan seorang lagi “big buyer” Public Gold yang belum di kenali iaitu Mr Chew. Mr Chew adalah orang kaya Serawak bergiat dalam bidang hartanah dan perumahan. Katanya ekonomi yang teruk kini menyebabkan perniagaan kurang memuaskan dengan kejatuhan nilai wang, perlukan aset yang bernilai tinggi seperti emas sebagai perlindungan. Pelaburan atau perniagaan lain seperti hartanah, rumah, perniagaan memerlukan modal yang besar, tapi pelaburan emas hanya perlukan modal yang rendah. Hanya bermula RM100 atau membeli 1 gram emas dan mengumpul sedikit demi sedikit akan menjana kekayaan sambil mengelak kebocoran wang untuk masa depan. Klik CARA BELI 1GRAM EMAS GAP UNTUK MEMULAKAN PELABURAN EMAS sebagai tapak pelaburan dan seterusnya mengumpul emas sedikit demi sedikit untuk perlindungan, bekalan kecemasan, menjana keuntungan dan seterusnya menjadi dealer Public gold untuk membina perniagaan, menjana pendapatan pasif dan peluang percutian, kereta, rumah percuma dan sebagainya. Saya juga memulakan pelaburan emas dahulu pada tahun 2010 bermula dengan membeli emas 1 dinar lama public gold iaitu 22Karat atau emas 916 yang berharga lebih kurang RM400. Kini emas dinar baru public gold adalah 24K atau emas 999.9 lbma untuk dapat pengecualian cukai gst.

Makanan Sepanyol

Makanan Sepanyol

Setelah bersiar-siar di bandar Madrid, kami balik ke hotel untuk makan malam dan berehat setelah menempuhi perjalanan yang panjang menaiki kapal terbang. Kami berada di musim panas dimana waktu siang lebih panjang dari malam di Sepanyol. Suasana cerah mulai jam 7 pagi manakala pada jam 9.30 malam masih lagi cerah iaitu baru masuk waktu Maghrib.Walaupun kepenatan, tapi pemandangan serta keunikan bangunan di bandar Madrid menyebabkan kepenatan kami hilang. Pengalaman mengunjungi dan berada di bandar eropah seperti Madrid adalah pengalaman yang luar biasa yang saya tak pernah fikirkan kerana kosnya yang tinggi. Selepas makan kami tidur awal kerana keletihan dan tidak sabar untuk melawat tempat menarik di Madrid keesokannya.

Terima kasih kepada Public Gold yang telah memberi peluang percutian percuma yang akan di kenang sepanjang hidup. Kami akan berada di Sepanyol selama 9 hari untuk mengunjungi bandar-bandar menarik sekitar Madrid hingga ke Barcelona. Esoknya adalah hari yang menarik, kerana kami akan memasuki muzium bola sepak di stadium Santiago Bernabeu dan seterusnya menyaksikan perlawanan bola sepak antara Real Madrid lawan Atletico Madrid. Selepas itu barulah mengunjungi tempat-tempat yang unik dan menarik di Madrid hingga Barcelona. Kisah, cerita, tempat menarik serta pengalaman berada di Sepanyol akan di kongsi dalam artikel seterusnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BACA ARTIKEL TERBARU PELABURAN EMAS PUBLIC GOLDclose