Notice: get_bloginfo was called with an argument that is deprecated since version 2.2.0! The siteurl option is deprecated for the family of bloginfo() functions. Use the url option instead. in /home/pelabur1/public_html/wp-includes/functions.php on line 4029
SENARAI PERKHIDMATAN DAN SERVIS PUBLIC GOLD | PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA

SENARAI PERKHIDMATAN DAN SERVIS PUBLIC GOLD

senarai servis public gold

senarai servis public gold

Senarai perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh Public Gold dengan pelbagai pilihan membeli emas dalam pelaburan jongkong emas dan perak fizikal

Public Gold ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebuah syarikat pelaburan emas dan perak fizikal terbesar di Malaysia yang menjalankan urusniaga jual beli jongkong emas dan perak serta barang kemas telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan servis untuk memenuhi kemampuan dan kehendak pembeli emas seluruh dunia. Pelaburan emas dan perak fizikal Public Gold adalah pelaburan emas terbaik dengan urusniaga emas yang sah, cekap, telus dan adil. Produk emas dan perak public gold adalah produk yang terbaik diiktiraf dunia pada harga emas termurah dengan susut nilai yang terendah dan dilengkapi dengan kemudahan yang terbaik seperti proses lock harga jual dan beli emas 24 jam secara online, kemudahan 18 cawangan di seluruh Malaysia, perkhidmatan yang terbaik dan yang paling penting beli emas akan dapat emas fizikal. Public Gold sentiasa membuat pelbagai perubahan perkhidmatan serta penambahan servis untuk kemudahan dan pilihan pelabur emas agar dapat di sertai oleh semua golongan usia dan bangsa, setiap masa walaupun dimana berada di seluruh dunia. Walaupun Public Gold baru berusia 7 tahun bertapak di Malaysia, namun public gold adalah syarikat pelaburan emas paling terkenal, teguh dan maju di Malaysia.

Bermula tahun 2014 Public Gold telah mengeluarkan jongkong emas dan perak serta emas dinar baru untuk mendapat pengecualian cukai gst. Jongkong emas dan emas dinar public gold baru kesemuanya berketulenan 24 karat diiktiraf LBMA yang bebas gst.  Kesemua emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery. Dinar emas 24K LBMA public gold adalah satu-satunya dinar emas yang mendapat pengecualian cukai gst di Malaysia. Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery adalah usahawan islam di Turki bernama Nadir Tütüncü. Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

emas public gold diiktiraf dunia LBMA

emas public gold diiktiraf dunia LBMA

Bagi memenuhi kehendak dan kemampuan semua golongan, public gold telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan supaya semua golongan dari semua tempat dapat membeli dan menyimpan emas fizikal. Dibawah di senaraikan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat emas fizikal Public Gold dalam urusniaga jual beli emas dan perak, khusus untuk pelaburan iaitu gold bar, jongkong perak dan emas dinar Public Gold.

SENARAI PERKHIDMATAN DAN SERVIS PUBLIC GOLD

1. PERKHIDMATAN MENJUAL EMAS FIZIKAL TERUS DAPAT EMAS DAN MEMBELI BALIK EMAS.

Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan atau ahli Public Gold yang membeli emas secara online atau offline dan terus dapat emas fizikal yang dibeli di cawangan public gold berdekatan. Pembelian emas yang tidak bercop LBMA seperti gold bar Bungamas dan Tai fook akan dikenakan cukai gst. Pembelian pertama emas public gold secara online akan membolehkan pembeli emas terus mendapat kod pg ahli public gold supaya dapat kemudahan kunci beli harga emas atau kunci harga menjual emas secara online 24 jam sehari serta kemudahan lain. Klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

emas fizikal termurah tanpa gst

emas fizikal termurah tanpa gst

Pembelian emas secara online di website public gold, akan diberikan pilihan Storage Service dan pilihan bayaran penuh atau ansuran (EPP).
Kelebihan perkhidmatan jual beli emas public gold :
Kemudahan membeli emas murah dan bebas cukai GST secara online 24 jam sehari dimana sahaja dan terus dapatkan emas fizikal di cawangan terdekat.
Kelemahan kunci harga beli emas terus dapat emas :
Pembeli emas yang berada jauh dari cawangan mesti ke cawangan public gold terdekat untuk mengambil jongkong emas atau syiling dinar yang dibeli kecuali pilihan storage service

2. SERVIS MENJUAL EMAS FIZIKAL DAN DISIMPAN ( STORAGE SERVICE )

Pelanggan public gold boleh memilih perkidmatan membeli emas fizikal terus di simpan dalam peti simpanan keselamatan public gold (Storage service) dengan dikenakan caj penyimpanan emas dan pelanggan boleh mengambil emas bila-bila masa di semua cawaangan public gold terdekat jika memerlukannya atau boleh dijual terus secara online.
Servis beli emas terus di simpan di peti simpanan Public Safe public gold ini dikenali perkhidmatan Allocated Gold Storage Service (AGSS). Pembelian emas melalui perkhidmatan AGSS ini boleh di lakukan secara online di seluruh dunia. Hanya klik pada ruangan storage service semasa membeli emas secara online.

servis public gold storage service

servis public gold storage service

Tujuan perkhidmatan Allocated Gold Storage Service (AGSS) :
Objektif perkhidmatan AGSS adalah untuk pelabur emas yang berada di luar negara, takut menyimpan emas di kediaman sendiri atau tiada masa untuk ke branch Public Gold bagi membuat pembelian atau penjualan semula emas.
Kelebihan perkhidmatan AGSS public gold :
Keselamatan emas terjamin, boleh mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa di cawangan public gold, yuran penyimpanan rendah dan kemudahan menjual emas secara online.
Kelemahan storage service :
Yuran atau caj penyimpanan dikenakan minima RM50 atau 1% daripada harga jual emas setahun.

3. PERKHIDMATAN MENJUAL JONGKONG EMAS SECARA ANSURAN ( EPP )

Kemudahan beli emas fizikal public gold secara ansuran atau Easy Payment Purchase (EPP) adalah belian emas secara ansuran dan dibayar ansuran sebanyak 4 kali atau 4 bulan dan dapat mengambil emas di cawangan public gold berdekatan apabila telah selesai menjelaskan semua bayaran. Pembelian emas secara ansuran ini boleh dilakukan semasa membeli emas secara online dengan memilih cara pembayaran, payment option belian emas.

beli emas ansuran epp public gold

beli emas ansuran epp public gold

Tujuan perkhidmatan EPP public gold untuk pembeli emas fizikal modal rendah yang ingin menyimpan emas fizikal sendiri ditangan.
Kelemahan belian emas ansuran EPP ialah dikenakan kos pengurusan 0.5% daripada harga emas. Tutorial mengenai belian emas secara ansuran EPP klik BELI EMAS SECARA ANSURAN EPP PUBLIC GOLD

4. KEMUDAHAN KUMPUL EMAS MODAL RENDAH, PROGRAM GAP DAN SAP.

Program GAP (Gold Accumulation Program) dan SAP (Silver Accumulation Program) adalah program kumpul emas atau perak fizikal modal rendah pertama di Malaysia dan Asia. Program GAP Public gold adalah servis pelaburan emas modal kecil dimana orang ramai boleh membeli emas minima RM100 atau beli emas 1g 24k dengan harga emas semasa dan murah. Kaedah belian emas GAP ini mirip Akaun Emas bank seperi Gold Investment Account, GIA public bank atau akaun emas Maybank Gold Passbook, bezanya program GAP adalah belian emas fizikal yang patuh syariah kerana pembeli dapat keluarkan gold bar 24k lbma atau emas dinar 24k lbma fizikal dimana-mana cawangan public gold terdekat. Klik CARA BELI EMAS MODAL RENDAH PROGRAM GAP untuk maklumat atau cara membeli emas 1 gram program gap.

Akaun pelaburan emas GAP

Akaun pelaburan emas GAP

Kebaikkan program GAP :
Boleh beli emas modal kecil serendah RM100 atau emas 1 gram 24k dengan harga murah dan boleh tambah simpanan emas dari masa ke semasa dengan keselamatan emas terjamin tanpa kos penyimpanan emas, iaitu simpanan emas percuma di Public Safe yang dilindungi insurans.
Kekurangan program GAP :
Kena tinggal baki 1 gram dalam akaun GAP dan harga belian gandaan 1 gram lebih mahal jika dibanding dengan harga seketul jongkong emas yang besar seperti gold bar 100g. Jadi jika anda mempunyai modal yang besar lebih baik membeli emas secara terus dapat emas.

5. KEMUDAHAN MENJADI AGEN JUALAN EMAS PUBLIC GOLD, TANPA YURAN

Public Gold memberi peluang kepada pembeli emas atau perak public gold untuk menjadi pengedar emas public gold tanpa yuran, hanya membeli emas sahaja. Syarat untuk menjadi pengedar emas public gold ialah membeli emas minima RM30k dalam satu resit. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui cara menjadi pengedar emas atau agen public gold.

Tawaran menjadi agen atau dealer public gold melalui program gap adalah membeli emas program gap minima 100g emas 24 karat, hubungi whatsapp saya 019-9185593 untuk bantuan serta bimbingan.
Banyak kelebihan apabila menjadi pengedar emas atau dealer Public Gold, klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui keistimewaan bergelar pengedar emas public gold.

6. PERKHIDMATAN BELI EMAS ATAU TUKAR EMAS JENAMA LAIN, X-PLAN.

Public Gold membeli barang kemas atau emas jenama lain dengan harga tinggi dan perkhidmatan menukar emas jenama lain kepada emas public gold, xplan. X-plan adalah servis menukar emas jenama lain kepada emas public gold dengan harga tinggi iaitu harga beli public gold, pg buy tanpa dipotong harga jualan emas.
Keistimewaan x-plan public gold :
Tukar emas jenama lain kepada emas public gold di cawangan public gold terdekat dengan memberitahu staff public gold Nama Introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan Kod PG introducer PG001425 dan terus menjadi ahli atau dealer public gold.
Kelemahan xplan :
Pemilik emas mesti kunjungi sendiri ke cawangan public gold untuk menjual atau menukar emas. Klik TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD jika anda mempunyai emas lama atau mahu menukar emas.

7. PENYEDIAAN PUSAT GADAIAN EMAS DAN PERAK, ARRAHNU KDE

Public Gold menubuhkan pusat gadaian emas dan perak pertama di Malaysia dimana penyimpan emas atau perak boleh memajak emas atau perak di Arrahnu Koperasi Dagang Emas Bhd (KDE) yang merupakan anak syarikat public gold. Arrahnu public gold pertama ini telah beroperasi di penang.
Keistimewaan Arrahnu Koperasi Dagang Emas :
Koperasi Dagangan Emas Bhd (KDE) menerima gadaian emas dan perak. Nilai gadaian (Nilai Marhun) adalah berdasarkan harga semasa produk emas dan perak.

8. PERKHIDMATAN SEWA PETI SIMPANAN EMAS, PUBLIC SAFE.

peti simpanan keselamatan public gold

peti simpanan keselamatan public gold

Perkhidmatan sewa simpanan emas dan perak boleh dilakukan di Public Safe sdn bhd yang beralamat di Public Safe Management Sdn Bhd, 88E & 88F, Ground Floor, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Public Safe mempunyai lebih 5000 peti simpanan untuk penyimpanan emas dan perak dengan bayaran sewa peti simpanan yang berpatutan. Maklumat tentang peti simpanan public safe layari http://www.publicsafe.com.my

9. MUZIUM EMAS PERTAMA DI MALAYSIA DAN ASIA, PG GOLD MUSEUM.

PG Gold Museum adalah muzium emas pertama di Malaysia dan Asia beroperasi di Pulau Pinang pada 1 mei 2015 yang bertempat di No. 95, Lebuh Bishop, Pulau Pinang, Malaysia.

Muzium emas pertama di Malaysia

Muzium emas pertama di Malaysia

 

Keistimewaan PG Gold Museum :
Muzium emas public gold melibatkan kos pembinaan bernilai RM20 juta berkonsep gua emas, dimana pelawat berpeluang menghayati pengalaman seolah-olah berada dalam gua batu untuk melihat sendiri proses mengorek, mendulang dan membuat emas serta memegang jongkong emas seberat 50 kilogram bernilai RM7.5 juta dan jongkong perak seberat 30 kilogram bernilai RM75,000, di samping efek bunyi dan lampu yang istimewa.
Pengedar emas public gold serta pelajar berpeluang dapat tiket diskaun memasuki PG Gold Museum.

10. SERVIS PENEMPAAN KHAS PERIBADI KORPORAT

Public gold menawarkan perkhidmatan reka bentuk, cetakan dan pengeluaran jongkong emas atau syiling emas peribadi mengikut rekabentuk sendiri untuk pelanggan korporat, organisasi, kumpulan atau syarikat perniagaan. Pelanggan yang telah mendapatkan khidmat public gold untuk mereka bentuk dan mengeluarkan jongkong emas public gold adalah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Vietinbank iaitu Bank Perdagangan Terbesar Vietnam dan Syarikat telekomunikasi termurah, Redone. Maklumat lanjut mengenai panggilan percuma dan postpaid termurah hanya RM8 sebulan, klik RED ONE.

perkhidmatan penempaan emas khas

perkhidmatan penempaan emas khas

Pelbagai perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh public gold untuk kemudahan melabur emas dan perak fizikal public gold. Pilihan perkhidmatan atau servis public gold bergantung kepada modal, tempat tinggal, peribadi pelabur dan sebagainya. Pilihan servis yang ditawarkan oleh public gold, khidmat nasihat serta bimbingan dalam pelaburan emas fizikal public gold, hubungi atau whatsapp pengedar emas berpengalaman 019-9185593, Mohd Zaidi Junus, Master dealer Public Gold semenjak tahun 2010.

Pembeli emas fizikal juga boleh terus mengunjungi CAWANGAN PUBLIC GOLD BERDEKATAN SETIAP NEGERI MALAYSIA DAN SINGAPURA untuk membeli jongkong emas dan perak serta syiling emas dinar dengan memberitahu staff public gold bertugas, Nama Introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan Kod PG introducer PG001425 semasa membeli emas public gold.

PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD PENJANA SERTA PELINDUNG HARTA UTAMA DAN PENGELAK KEBOCORAN WANG

SEKIAN TERIMA KASIH

<b>z35W7z4v9z8w</b>