PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS

Panduan-Ahli-Public-Gold-Dan-Teknik-Pelaburan-Emas PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Panduan Ahli Public Gold Dan Teknik Pelaburan Emas

Panduan ahli Public Gold setelah pertama kali beli emas dan teknik pelaburan emas bagi mendapat keuntungan maksima, menjana harta dan menambah pendapatan

Apabila membeli emas public gold pertama kali secara online atau belian runcit di cawangan public gold secara otomatik terdaftar sebagai ahli Public Gold tanpa yuran. Selepas menjadi ahli Public Gold atau pelabur emas, kita hendaklah mengurus sendiri pelaburan untuk mendapat keuntungan maksima. Pelaburan emas adalah seperti berkebun dengan menanam pokok buah. Pekebun aakan menanam banyak pokok untuk mendapatkan hasil yang banyak dari setiap pokok yang di tanam. Selepas pokok di tanam ia hendaklah disiram, dibubuh baja dan paling penting mestilah mempunyai ilmu mengenai pokok yang ditanam agar pokok menjadi subur dan dapat menghasilkan banyak buah. Jika kebun yang luas, hanya di tanam satu atau dua pokok, pastinya hasil yang di perolehi adalah sedikit.

Petikan-Grant-Cardone PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Petikan Grant Cardone

Begitu juga dalam konteks pelaburan emas, pelabur hendaklah sentiasa membeli emas untuk menambah pelaburan, menjana harta, disiplin diri mengelak kebocoran wang dan belajar ilmu mengenai pelaburan emas untuk mendapat keuntungan maksima. Pelabur yang bijak dan berilmu adalah pelabur emas yang tahu memilih emas pelaburan yang betul, membeli emas daripada syarikat yang betul, mengetahui peratus spread (susut nilai emas) yang betul, mengetahui cara memanipulasikan emas, mengetahui kelebihan pelaburan emas dan mengambil peluang dalam pelaburan emas yang dapat menjana keuntungan. Petikan kata-kata hikmah Grant Cardone iaitu jutawan terkenal menyatakan,”In order to run, you have to first learn walk, To make a million dollar, you’ll first have to make 100k” yang bermaksub “Untuk Berlari, anda hendaklah belajar berjalan dahulu, Untuk mendapatkan sejuta, anda hendaklah mendapatkan 100K dahulu”.

KELEBIHAN MENJADI AHLI PUBLIC GOLD

Apa kelebihan menjadi ahli Public Gold?. Soalan ini kerap di ajukan pertanyaan kepada saya. Jadi secara ringkas di berikan kelebihan menjadi ahli Public Gold :

  1. Kemudahan jual dan beli emas online
  2. Kemudahan memantau harga dan penyata dalam pelaburan emas secara online.
  3. Kemudahan jual emas yang selamat dimana wang akan terus masuk ke akaun bank ahli
  4. Peluang produk lain Public Gold seperti PG MALL dan Aurora Italia untuk menambah pendapatan.
  5. Peluang menjadi dealer Public Gold untuk berniaga pelbagai produk public gold untuk menjana pendapatan pasif.

PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD SELEPAS BELI EMAS PERTAMA KALI

Panduan setelah membeli emas pertama kali otomatik terdaftar ahli Public Gold, pelabur emas hendaklah bertindak bijak dalam pelaburan emas dengan tujuan untuk menjana harta, memaksimakan  keuntungan dan seterusnya dapat memberi pendapatan pasif seumur hidup.

1.DAPATKAN KOD PG AHLI DAN PASSWORD DARI EMEL

Public Gold akan menghantar sales order yang disertakan kod pg dan password ahli selepas pertama kali membuat belian emas, sama ada belian emas secara runcit atau belian emas GAP telah sah menjadi ahli public gold. Public Gold juga menghantar emel makluman kepada Introducer atau dealer Public Gold seperti di bawah.

Makluman-Untuk-Introducer-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Makluman Untuk Introducer Public Gold

Buka emel dimana pada Sales Order terdapat kod pg dan password. Kod PG dan password yang diberi untuk ahli Public Gold LOGIN ke website public gold www.publicgold.com.my dimana pada username dituliskan kod pg iaitu pg00XXXXXX dan pada password dituliskan password yang diberi. Klik LOGIN untuk masuk ke akaun di website public gold, lihat penyata akaun gap atau sales order belian emas online (penyata belian emas GAP akan update selewatnya tempoh 48 jam dan belian emas online perlu bayar selewatnya TIGA hari di cawangan Public Gold secara tunai atau bayar online) beli tambah emas gap, jual emas gap online, pajak Arrahnu emas gap online, lock harga beli atau jual emas dan sebagainya.

2. MASUK AKAUN PERIBADI MY ACCOUNT PUBLIC GOLD

Setelah berjaya login masuk ke website public gold akan dapat melihat penyata akaun emas GAP bagi yang membeli emas GAP atau melihat sales order bagi yang membeli emas secara biasa (runcit). Maklumat peribadi Ahli Public Gold termasuklah Prefered Branch, iaitu cawangan Public Gold yang di minati menguruskan akaun. Prefered Branch tidak mempengaruhi apa-apa kerana emas public Gold boleh di ambil di mana-mana cawangan.

My-Account-Ahli-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
My Account Ahli Public Gold

Panduan My Account Public Gold :

  • ABOUT US : Mengenai Public Gold, perkembangan, peristiwa penting dan sebagainya
  • PRODUCT : Produk emas dan perak Public Gold
  • ORDER : Tempah atau lock harga beli atau jual emas runcit secara online atau beli emas secara ansuran EPP (Easy Payment Purchase).
  • EVENT : Peristiwa semasa seminar emas percuma, kursus JutawanEmas Leadership Training (JLT) dan peristiwa Sales Incentive Program Public Gold.
  • WHERE TO BUY : Public Gold Branches iaitu maklumat alamat dan telefon 19 cawangan Public Gold Malaysia, Singapura dan Indonesia
  • MY GAP : Portal Akaun emas GAP untuk melihat penyata gap, beli emas, jual emas, pajak emas gap dan sebagainya.

3. KEMASKINI MY ACCOUNT PUBLIC GOLD

Kemaskini-My-Account-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Kemaskini My Account Public Gold

Kemaskini atau update MY ACCOUNT di website Public Gold dengan mengupload gambar kad pengenalan dan upload gambar akaun bank untuk kemudahan jual emas atau wang komisen bagi dealer.

4. PANDUAN AKAUN EMAS GAP

Panduan akaun emas GAP untuk kemudahan jual beli atau pajak emas online di portal akaun GAP. Klik butang MY GAP untuk melihat penyata emas dalam akaun GAP atau beli emas GAP online (FPX)

My-GAP-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
My GAP Public Gold

Klik butang menu MY GAP:

  • PURCHASE : Untuk beli emas GAP
  • PG BUYBACK : Untuk jual emas GAP online (tanpa keluarkan emas fizikal)
  • TRANSFER : Untuk transfer atau pindah emas GAP bagi bayar kursus atau PG MALL
  • AR-RAHNU : Untuk pajak emas dalam akaun gap

5. PANDUAN TAMBAH BELI EMAS GAP

Panduan tambah beli emas GAP mengikut kesesuaian dan kemudahan pelabur emas. Terdapat 3 cara tambah beli emas gap :

  • A). Pembelian emas gap online perbankan internet sistem fpx bagi yang mempunyai perbankan internet.
  • B). Pembelian manual WhatsApp kepada dealer/staf public gold bagi pelabur emas yang tiada perbankan internet
  • C). Pembelian emas GAP di cawangan public gold bagi pelabur emas yang mempunyai masa.

A): CARA BELI EMAS GAP ONLINE SISTEM FPX melalui perbankan internet.

Panduan-Beli-Emas-GAP-Online PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Panduan Beli Emas GAP Online

Pada portal MY GAP klik PURCHASE dan pilih PAY ONLINE FPX, tulis jumlah emas yang mahu di beli dan seterusnya ikuti langkah pembelian perbankan online ATAU selepas login klik pada butang BUY NOW pada harga gap di website Public Gold untuk pembelian emas GAP secara online dengan FPX.

B): CARA TAMBAH BELI EMAS GAP bagi tiada perbankan online dengan WhatsApp kepada dealer/staf public gold.

Panduan-Tambah-Beli-Emas-Gap PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Panduan Tambah Beli Emas Gap

Bagi menambah emas dalam akaun GAP, Bank in / transfer RM??? (minima RM100) ke akaun bank PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD bernombor 5571-3923-8048 (maybank) ATAU 3167-52-0833 (public bank). Snap atau ambil gambar resit bank in/transfer dan dihantar ke whatsapp dealer atau staf public gold preferred branch untuk diproses berserta maklumat di bawah :

  • PG000????? BELI GAP RM???
  • Tarikh belian :
  • Masa belian :
  • Nama penuh :
  • Nombor IC :
  • Nombor Tel :
  • Email :
  • Item pembelian : Beli Gap RM???
  • Nama introducer : Mohd Zaidi Junus
  • Kod pg introducer : PG001425
  • disertakan resit pembelian bank in/transfer

C): CARA BELI EMAS GAP DI CAWANGAN PUBLIC GOLD BERDEKATAN.

Kunjungi cawangan Public Gold berdekatan untuk membeli emas GAP atau membeli emas runcit secara tunai atau apa-apa sahaja urusan. KLIK ALAMAT 19 CAWANGAN PUBLIC GOLD untuk mendapatkan alamat serta nombor telefon 19 cawangan Public Gold Malaysia, Singapura dan Indonesia.

6. PANDUAN BELI EMAS RUNCIT ATAU BELI EMAS SECARA ANSURAN (EPP)

Pembelian emas secara biasa atau runcit (non GAP) boleh dilakukan dengan bayaran penuh ATAU beli emas secara ansuran, EPP (Easy Payment Purchase) boleh dilakukan sendiri secara online atau secara offline di cawangan Public Gold.

A) CARA BELI EMAS ONLINE DI WEBSITE PUBLIC GOLD

Beli emas (lock harga beli emas) sendiri di website public gold iaitu beli emas mesti bayar dan ambik emas di cawangan Public Gold berdekatan. Caranya, Layari website Public Gold www.publicgold.com.my, Login, pilih ORDER/TEMPAHAN dan pilih PURCHASED ORDER atau klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan cara beli emas biasa (runcit) atau beli emas secara ansuran EPP (Easy Payment Purchase)

B) CARA BELI EMAS OFFLINE

Beli emas dengan hubungi whatsapp dealer atau staf public gold atau kunjungi cawangan public gold berdekatan.

7. PANDUAN JUAL EMAS YANG DISIMPAN

A) CARA JUAL EMAS ONLINE

Jual emas online atau lock harga jual emas dalam simpanan atau emas yang ada ditangan online 24 jam otomatik ikut harga jual emas semasa di website Public Gold. Caranya, Layari website Public Gold www.publicgold.com.my, Login, klik PLACED SELL BACK, selepas jual emas online, emas yang disimpan hendaklah dihantar ke cawangan Public Gold berdekatan tempoh 24 jam. Contohnya, jika lock harga jual emas pukul 12 malam, esoknya perlu hantar emas yang dijual di cawangan Public Gold terdekat dan lusanya wang akan masuk ke akaun bank penjual.

B) CARA JUAL EMAS OFFLINE

Bawa emas yang mahu dijual ke cawangan public gold berdekatan atau boleh dijual emas di mana-mana seluruh dunia, pengalaman jual emas public gold di kedai emas tertentu atau negara luar lebih bernilai tinggi.

8. PANDUAN JUAL EMAS GAP

A) CARA JUAL EMAS GAP ONLINE

Emas dalam akaun GAP boleh dijual online tanpa keluarkan emas fizikal apabila kecemasan. Caranya, Login, klik MY GAP dan klik BUY BACK untuk jual beberapa gram emas dari akaun  gap, selepas 24 jam pihak pg akan call untuk pengesahan jualan dan akaun bank penjual.

B) CARA JUAL EMAS GAP OFFLINE

Emas dalam akaun GAP boleh dijual secara offline dengan mengunjungi mana-mana cawangan Public Gold. Emas dalam akaun GAP juga boleh dikeluarkan emas fizikal dan terus jual emas fizikal tersebut.

9. PANDUAN KELUARKAN EMAS FIZIKAL DARI AKAUN GAP

Emas-Fizikal-Akaun-GAP-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Emas Fizikal Akaun GAP Public Gold

Emas dari akaun GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold dengan menghubungi cawangan Public Gold berdekatan terlebih dahulu untuk bertanya atau tempah jenis emas GAP yang mahu dikeluarkan sama ada Gold Bar 24K (999.9) LBMA, Emas Dinar 24K (999.9) LBMA, Bungamas 24K (999.9) NON LBMA atau TaiFook 24K (999.9) NON LBMA. Emas fizikal dari Akaun GAP juga boleh dihantar kerumah (dikenakan caj penghantaran) dengan menghubungi cawangan Public Gold untuk proses penghantaran.

10. PANDUAN PAJAK EMAS EMAS DANA KECEMASAN

Simpanan emas adalah sebagai dana kecemasan kerana ia dengan mudah dicairkan kepada wang dengan menjual atau memajak emas di Arrahnu. Bila kecemasan atau kesuntukan wang jongkong emas Public Gold boleh digadai di Arrahnu Public Gold di cawangan Public Gold, 75 cawangan Arrahnu Pos Malaysia, Arrahnu KoopBank atau di mana-mana Arrahnu seluruh negara. Emas dalam akaun GAP juga boleh di pajak secara online pada MY GAP dengan menekan butang ARRAHNU.

TEKNIK PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Tips teknik pelaburan emas untuk menjana harta dan dapat keuntungan maksima selepas menjadi ahli Public Gold dengan melakukan langkah berikut :

  1. KUMPUL EMAS GAP UNTUK KELUARKAN GOLD BAR BESAR
Peratus-Spread-Harga-Emas-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Peratus Spread Harga Emas Public Gold

Beli emas GAP sedikit demi sikit untuk kumpul emas, apabila banyak emas terkumpul dalam akaun GAP, keluarkan jongkong emas yang besar yang mempunyai peratus spread yang rendah dan jimat caj gold premium untuk menjana harta dan maksimakan keuntungan. Tujuan utama beli emas sedikit demi sedikit adalah sebagai disiplin menabung, teknik pemurataan harga dan mengelak kebocoran wang. Tips pelaburan emas melalui akaun emas GAP ialah sentiasa membeli emas seperti 1 gram sebulan untuk mengumpul emas modal kecil sebagai bekalan dana kecemasan serta mendapatkan gold bar besar yang mempunyai peratus spread rendah dan jimat caj gold premium untuk keuntungan maksima kerana emas yang besar lebih rendah peratus spread. Peratus spread emas Public Gold adalah seperti rajah di atas.

  1. JIMAT GOLD PREMIUM DAN YURAN EPP FEE

Gold premium adalah caj pengangkutan emas dari kilang ke cawangan Public Gold. Caj gold premium Sabah dan Serawak lebih mahal kerana lebih tinggi kos pengangkutan. Gold premium dikenakan kepada setiap belian emas Public Gold. Belian emas runcit (non Gap) akan terus ditambahkan gold premium dengan harga semasa, manakala belian emas GAP caj gold premium dikenakan sewaktu mahu keluarkan emas fizikal.

Public-Gold-Premium-EPP PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Public Gold Premium EPP

Jadi, untuk mendapat harga emas murah dengan merendahkan caj gold premium iaitu dengan mengeluarkan jongkong emas yang lebih besar. Contoh, caj gold premium pengeluaran gold bar 1g ialah RM10, tapi jika keluarkan sekeping gold bar 100g hanya RM60 sahaja.

EPP atau Easy Payment Purchase adalah beli emas secara ansuran bulanan 4 bulan atau 10 bulan yang dikenakan EPP fee atau yuran EPP sebanyak RM1 setiap 1 gram emas. Contoh, jika membeli emas secara ansuran EPP gold bar 50 gram, maka yuran EPP adalah RM50.

  1. BELI EMAS RUNCIT YANG BESAR

Ahli Public Gold yang berkemampuan dan modal besar sebaiknya membeli emas runcit yang besar untuk maksimakan keuntungan kerana gold bar yang besar lebih murah, lebih jimat gold premium dan peratus spread lebih rendah. Teknik beli gold bar besar dengan modal kecil ialah dengan beli emas secara ansuran EPP (Easy Payment Purchase). Saya sebagai kakitangan kerajaan dengan gaji bulanan, beli emas besar secara ansuran EPP 4 bulan atau 10 bulan untuk mengelak kebocoran wang dan memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas.

  1. JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN PG MALL
PG-Mall-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
PG Mall Public Gold

PG MALL adalah Public Gold Mall iaitu platform beli belah online tempatan terbesar Malaysia dan satu-satunya beli belah barang kemas secara online. Ahli Public Gold yang sudah memiliki KOD PG boleh login ke website PG MALL untuk beli belah online dan menjana pendapatan pasif dengan promosikan PG MALL. Ahli Public Gold terus boleh LOGIN di PG MALL, klik www.pgmall.my menggunakan KOD PG dan PASSWORD yang sama seperti login di website Public Gold.

Link-Promosi-Pg-Mall PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Link Promosi Pg Mall

Selepas LOGIN, dapatkan referral link di MY ACCOUNT untuk promosikan pembeli (shopper) atau peniaga (merchant) di PG MALL secara online. PG Mall adalah platform menjana pendapatan paling mudah kerana dengan membeli barang dan keperluan online di PG MALL dan promosikan pg mall kepada rakan-rakan atau orang ramai akan dapat menjana pendapatan pasif.  Platform PG MALL menyediakan tempat menambah pendapatan dengan membeli apa saja barangan terus jadi ahli, dapat referral link dan terus dapat promosikan PG MALL kepada rakan atau orang ramai tanpa perlu jadi agen Public Gold. Apabila rakan daftar dan beli barang di pg mall iaitu menjadi downline, upline akan dapat komisen selamanya setiap kali downline membeli barangan sehingga 3 peringkat dan seterusnya dapat menjana pendapatan pasif sepanjang hayat.

  1. UPGRADE AHLI KEPADA DEALER PUBLIC GOLD

Ahli Public Gold adalah pelabur, pengumpul dan penyimpan emas sebaiknya upgrade menjadi dealer Public Gold  supaya dapat membeli emas dengan harga murah dan menjana pendapatan pasif dengan berniaga atau promosikan emas Public Gold.  Banyak cara untuk upgrade atau menjadi dealer Public Gold sama ada menggunakan modal membeli emas dalam jumlah tertentu atau tanpa modal.

Panduan-Menjadi-Dealer-Public-Gold PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD DAN TEKNIK PELABURAN EMAS
Panduan Menjadi Dealer Public Gold

Tips upgrade menjadi dealer Public Gold dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit dan apabila emas banyak terkumpul, boleh jual emas tersebut dan membeli balik emas untuk menjadi dealer Public Gold ATAU mengambil peluang pada promosi beli emas modal kecil untuk menjadi dealer Public Gold.

  1. AHLI PUBLIC GOLD PROMOSIKAN EMAS PUBLIC GOLD

Ahli Public Gold juga boleh terus promosikan emas Public Gold untuk bina empayer perniagaan dengan mengajak rakan atau orang ramai membeli emas Public Gold. Jika berniat menjadi dealer, boleh terus promosikan atau ajak saudara atau rakan supaya membeli emas public gold mendaftar/beritahu staff Public Gold nama anda sebagai INTRODUCER untuk mula bina downline.  Jika ahli Public Gold dapat rekrut (promote) ahli seramai 50 orang dalam tempoh 3 bulan, akan dapat upgrade jadi dealer Public Gold.

Ahli Public Gold tidak dapat komisen, tapi bila sudah upgrade jadi dealer, terus dapat banyak komisen apabila ramai downline, kerana setiap kali downline beli emas, dealer akan dapat komisen selamanya. Ahli Public Gold juga boleh berniaga atau jual emas dari akaun gap yang murah kepada harga emas jualan biasa (cth, harga emas 1g gap RM184, tapi harga belian biasa gold bar 1g RM250)

  1. BELAJAR ILMU PELABURAN EMAS

Hadiri Seminar Percuma Public Gold di cawangan public gold berdekatan untuk ilmu emas, cabutan bertuah melalui seminar emas percuma Public Gold. Seminar emas percuma di setiap cawangan public gold setiap minggu boleh dilihat di website Public Gold pada butang EVENT.

  1. HADIRI PG GOLDEN TOUR

Faktor utama kejayaan ialah kepercayaan atau “trust” terutamanya melibatkan pelaburan emas yang panjang. JADI, sebaiknya hadiri Golden Tour Trip ke penang untuk keyakinan, maklumat sambil bercuti melawat hq pg, pg gold museum (muzium emas pertama malaysia), public safe (peti simpanan emas terbesar malaysia) dan sebagainya. KLIK PG GOLDEN TOUR PUBLIC GOLD untuk maklumat pengalaman lawatan tempat menarik, makanan enak dan lawatan ilmu emas ke Penang.

  1. DAPATKAN MAKLUMAT TERBARU

Dapatkan maklumat terbaru dan promosi terkini di website Public Gold, sila LIKE  fanpage Facebook PUBLIC GOLD INTERNATIONAL SDN BHD dan fanpage saya EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk mendapat maklumat dan berita terkini terbaru. Public Gold mengeluarkan pelbagai produk jongkong emas dan perak, barang kemas 916 di pG MALL dan Rantai tangan Aurora Italia dengan pelbagi promosi menjadi dealer seperti Promosi beli Emas Aurora Italia RM5k dapat jadi dealer dan sebagainya. Maklumat rantai emas Aurora Italia adalah www.auroraitalia.net yang boleh dimasuki dengan LOGIN guna kod PG dan password yang sama di website public gold

  1. EMAS BEKALAN DANA KECEMASAN

Kelebihan pelaburan emas fizikal adalah mudah dicairkan seluruh dunia untuk mendapat wang atau dipajak bila kecemasan. Simpanan emas fizikal boleh dimanipulasikan dengan pajak emas apabila kecemasan wang atau pada masa harga rendah dimana tidak sesuai untuk menjual emas. Namun begitu, pajak atau gadai emas hanya apabila kecemasan atau diguna untuk perkara penting seperti pusing modal perniagaan dan sebagainya. Emas adalah dana kecemasan terunggul kerana ianya mudah dicairkan yang berharga seluruh dunia dan penyelamat kejatuhan nilai wang.

Tahniah dan terima kasih kerana tindakan betul dan bijak dengan menyertai Pelaburan Emas Public Gold untuk melabur emas bagi menjana harta, penyelamat kejatuhan nilai wang, dana bekalan kecemasan, pengelak kebocoran wang dan seterusnya berpeluang berniaga bersama Public Gold untuk menambah pendapatan serta menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Klik CARA MENJADI DEALER ATAU AGEN PUBLIC GOLD untuk maklumat cara upgrade menjadi dealer Public Gold atau Whatsapp 019-9185593 Founder master Dealer public Gold Mohd Zaidi bin Junus, PG001425 untuk panduan, promosi terkini dan maklumat lanjut.