INFO PELABURAN EMAS FORUM MASTER DEALER

Info Pelaburan Emas
Info Pelaburan Emas

Info pelaburan emas melalui perbincangan dalam forum master dealer public gold mengemukakan  berita terbaru, maklumat terkini, isu semasa dan syarat baru menjadi agen perniagaan emas

Saya pergi ke forum master dealer Public Gold dengan menunggang motosikal kawasaki Z1000sx seorang diri sambil makan angin pada musim cuti sekolah hujung bulan mac 2018. Walaupun sudah berpuluh kali ke Ibu Pejabat Public Gold, namun terlepas jalan menyebabkan terlajak dan tiba dibelakang Pejabat Public Gold. Dalam hati berkata “Nasib baik nampak label iklan besar di belakang office Public Gold”. Apabila sampai di HQ Public Gold di Bayan Lepas, rupa-rupanya saya orang pertama yang sampai…jadi seperti biasa lepak dulu di pondok pengawal polis bantuan Public Gold.

Public Gold Global Centre PGGC
Public Gold Global Centre PGGC

Mesyuarat Master Dealer bersama pihak pengurusan public gold iaitu Master Dealer Forum adalah perbincangan penambahbaikan segala proses dalam perniagaan emas Public Gold. Master dealer Public Gold mewakili ahli dan dealer public gold untuk memberi pendapat serta cadangan dalam pelaburan emas public gold bersama founder Public Gold sendiri iaitu Dato Wira Louis Ng dan isteri berserta semua staf public gold.

Polis Bantuan Public Gold
Polis Bantuan Public Gold

Seminggu sebelum berlangsungnya meeting master dealer, master dealer di kehendaki mengumpul pendapat dan idea mengenai segala kekurangan atau permasalahan dalam perniagaan Public Gold. Setiap cadangan dari master dealer di majukan terus kepada pengasas public gold dan pengasas public gold dan seterusnya Dato Wira Louis Ng terus mengarahkan kaki tangannya untuk menyelesaikan segala masalah atau kekurangan. Segala masalah, cadangan dan penambahbaikan terus dilakukan yang menjadikan Public Gold terus maju hasil dari idea pelbagai pihak.

Public Gold Marketing Sdn Bhd
Public Gold Marketing Sdn Bhd

Seperti biasa kami di sambut mesra oleh pihak pengurusan Public Gold Malaysia, Singapura dan Indonesia dan sebelum di adakan mesyuarat master dealer, kami berjumpa dan beramah mesra dengan sahabat master dealer seluruh Malaysia. Melalui forum master dealer tersebut, beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah di lakukan seperti di bawah.

INFO PELABURAN EMAS TERKINI DALAM FORUM MASTER DEALER

A. INFO PELABURAN EMAS DAN PERAK

1gm Gold Bar Raya 2018
1gm Gold Bar Raya 2018

1.Gold bar 1g 24k lbma tanpa gst untuk hari raya telah mulai dijual dan boleh dikeluarkan dari akaun emas GAP

2. Pewaris atau nominee sudah boleh di tulis di website public gold bagi yang memiliki akaun emas GAP public gold untuk menamakan penama untuk pemegang wasiat emas dalam akaun GAP.

3. Aplikasi khusus GAP dan SAP iaitu program kumpul emas dan perak akan di lancarkan untuk kemudahan jual beli atau tambah emas GAP/SAP dengan mudah

Forum Master Dealer Public Gold
Forum Master Dealer Public Gold

4. Founder Master Dealer di perkenalkan bagi master dealer yang aktif yang memiliki lebih dari 1000 frontline. Semasa pengumuman ini di buat, peristiwa lucu apabila sahabat saya Usraz Khairul Anuar Basri, mencelah dengan semangat berkata “Nak jadi Founder Public Gold Boleh Ke Dato”. Founder Public Gold Dato wira Louis Ng tersengih dan semua hadirin ketawa.

Syarat Menjadi Dealer Public Gold
Syarat Menjadi Dealer Public Gold

5. Syarat baru menjadi dealer Public Gold tahun 2018 di lancarkan dengan syarat pembelian emas yang lebih efisien. Syarat jadi Normal dealer lama ialah beli emas RM30k untuk jadi dealer telah di ubah kepada membeli emas 200g untuk menjadi normal dealer. Syarat jadi dealer berdasarkan pembelian emas adalah lebih baik kerana tidak di pengaruhi oleh kejatuhan nilai wang. Ahli public gold juga boleh upgrade menjadi dealer dengan hanya promosikan emas public gold kepada 50 orang dalam tempoh 2 bulan. Ini peluang terbaik bagi ahli public gold yang modal kecil untuk upgrade jadi dealer tanpa perlukan modal membeli emas 200g. Jadi bertindak membeli emas GAP minima RM100 untuk jadi ahli dan seterusnya dapatkan 50 downline untuk terus jadi dealer tanpa modal. Klik CARA BELI EMAS GAP MINIMA RM100 TERUS JADI AHLI TANPA YURAN.

Anugerah Dealer Public Gold
Anugerah Dealer Public Gold

6. Anugerah atau penghargaan kepada dealer Public Gold yang aktif telah di tambah seperti bronze, silver dan gold yang akan disampaikan pada Annual Dinner Public Gold setiap tahun.

Sip Oversea Public Gold
Sip Oversea Public Gold

7. Sales Incentive Program, SIP Oversea Public Gold tahun 2018/2019 di bincangkan dan telah di putuskan iaitu percutian ke negara-negara Balkan. Sales Incentive Program, SIP Mini Oversea yang baru di perkenalkan kepada dealer public gold yang baru yang dapat mendapat sales atau jualan minima RM500k dalam masa setahun, telah memiliki minima 100 frontlines dan telah menyertai Kursus Perniagaan JutawanEmas, kursus New Dealer Orientation dan PG Golden Tour.

8. Rancangan perpindahan cawangan Public Gold ke bangunan sendiri dan tempat baru bagi cawangan Public Gold Alor Setar, cawangan Public gold Kuantan dan cawangan Public Gold Johor.

B. INFO TERKINI MENGENAI PG MALL

1.PG MALL iaitu public gold mall pusat beli belah online shopping malaysia telah berkembang pesat dengan kini telah melebihi 1 juta produk dengan pelbagai produk berjenama dunia dan barangan tempatan. Kini Pg Mall merupakan pusat jual beli online tempatan terbesar Malaysia.

Online Shopping Pg Mall
Online Shopping Pg Mall

2. Berita menarik, setiap pembelian barangan online di pg mall akan diberi diskaun 5% dan setiap hari ada barangan free di hotsalesnoon, hotsales4pm dan horsales9pm yang menyediakan barang percuma atau diskaun hebat. Daftar percuma untuk beli barang murah secara online di pg mall sekarang klik CARA DAFTAR DI PG MALL

Payung Public Gold 10 Tahun
Payung Public Gold 10 Tahun

3. Public Gold mengeluarkan payung sempena 10 tahun penubuhan Public Gold, PG10 dan China Panda Coin iaitu Syiling Panda Cina mulai di jual di Pg Mall.

C. INFO TERBARU AURORA ITALIA

Rantai Emas Aurora Italia Public Gold
Rantai Emas Aurora Italia Public Gold

Rantai emas Aurora Italia telah mendapat sambutan hangat dengan melancarkan design terbaru dan diskaun hebat. Pelbagai design terbaru Aurora Italia seperti emas putih, emas rose dan sebagainya dengan menyediakan khidmat cuci emas percuma. Klik DAFTAR PERCUMA di website untuk melihat pelbagai koleksi, promosi terkini rantai emas aurora italia atau boleh terus membuat belian secara online. Aurora Italia boleh di beli menggunakan kad kredit tanpa caj.

D. BERITA TERKINI PUBLIC GOLD

1.PG GOLDEN TOUR mendapat sambutan hangat apabila setiap 2 minggu yang diadakan di hadiri oleh minima 2 bas untuk lawatan ke Public Gold, PG Gold Museum dan tempat menarik di Penang.

2. Annual Dinner Night Public Gold akan diadakan pada bulan 11/8/2018 di Royale Chulan Hotel kuala Lumpur untuk memberi pengiktirafan, penghargaan, anugerah dan hadiah kepada dealer aktif Public Gold

Mesyuarat Agen Emas
Mesyuarat Agen Emas

Mesyuarat MD Forum di akhiri dengan sesi bergambar dan pemberian saguhati RM200 untuk membeli belah di PG MALL. Selepas itu kami di hidangkan makanan tengahari dan buah durian. Yang peliknya, semua master dealar Public Gold berebut makan buah durian dahulu walaupun hidangan nasi istimewa dengan pelbagai lauk pauk termasuklah saya.

Forum master dealer adalah forum terbaik yang dapat memajukan syarikat emas Public Gold kerana ia adalah perbincangan penambahbaikkan dan idea baru yang berlangsung secara terus dari Master Dealer sebagai wakil pelanggan dengan pengasas Public Gold dan eksekutif pegawai pengurusan Public Gold.

Public Gold yang kini telah 10 tahun beroperasi adalah syarikat emas paling maju dan teguh di Malaysia kerana mempunyai banyak anak syarikat seperti pgmall, aurora italia, pg gold museum, arrahnu KDE, Public Safe, 20 cawangan di Malaysia Singapura serta Indonesia dan paling ramai ahli yang kini telah melebihi 180 ribu orang ahli berdaftar. Jadi, Public Gold tipu atau emas tipu tiada dalam diari public gold kerana kesemua 180 ribu ahli public gold yang beli emas, akan dapat emas yang dibeli semenjak 10 tahun.

Saya selalu di tanya melalui whatsapp oleh pelanggan baru. “Bagaimana nak pastikan beli emas dapat emas?”

Jawapan saya “Fikir secara logik, Public Gold sudah beroperasi lebih 10 tahun, punya 20 cawangan dan kini punyai 180,000 ahli berdaftar, semua yang beli emas dapat emas dan pembelian emas Public Gold juga boleh dibuat secara runcit dengan mengunjungi CAWANGAN PUBLIC GOLD BERDEKATAN MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA, bayar terus dapat emas, masa beli emas beritahu staf Public Gold Nama Introducer Mohd Zaidi Junus, PG001425”

Founder Master Dealer Public Gold
Founder Master Dealer Public Gold

Public Gold satu-satunya syarikat pelaburan emas yang menjual jongkong emas di iktiraf antarabangsa LBMA yang termurah kerana tanpa cukai gst dan pemasaran one level. Pengedar atau dealer emas hanya mendapat komisen satu tingkat (one level, bukan multi level) dengan dapatan komisen sedikit sahaja iaitu antara 1% hingga 2% sahaja. Namun, walau sedikit komisen, tapi apabila emas laku dan laris ia pastinya akan dapat pulangan yang lumayan yang berkekalan seumur hidup.

Urusan jual beli emas Public Gold paling mudah yang boleh di lakukan secara online (lock price) iaitu kunci harga beli emas 24 jam mengikut harga emas dunia yang berubah setiap 20 minit atau boleh terus kunjungi cawangan Public Gold berdekatan. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan beli emas Public Gold dalam talian atau luar talian terus menjadi ahli Public Gold tanpa yuran untuk memulakan pelaburan emas Public Gold. Bagi mendapat tips dan ilmu pelaburan emas whatsapp saya 0199185593 Mohd Zaidi bin Junus, Founder Master Dealer Public Gold.