KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND

Kisah-Perjalanan-Percutian-Ke-Iceland KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Kisah Perjalanan Percutian Ke Iceland

Kisah perjalanan percutian ke Iceland di kutub utara merupakan pengalaman hebat dengan fakta menarik dan unik mengenai Iceland

Pengalaman percutian ke Iceland iaitu negara sejuk yang berada di bumi artik pada bulan November 2018 adalah pengalaman hebat dan paling menakjubkan dalam hidup. Sebenarnya, melawat negara kutub adalah impian hidupku untuk melihat rupa bumi yang unik di hujung dunia. Alhamdulillah, impianku tercapai apabila diriku layak dan diumumkan dapat menyertai Percutian Percuma Ke Iceland dan Amsterdam dengan Tajaan penuh Public Gold melalui program Seminar Leadership Training (SIP) Public Gold.

Anugerah-Percutian-Ke-Iceland KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Anugerah Percutian Ke Iceland

Percutian ke Amsterdam dan Iceland adalah pelancongan percuma tajaan penuh Public Gold bagi dealer yang mencapai target jualan emas tahunan. Klik RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES untuk maklumat rahsia berjaya dalam bisnes Public Gold semasa Majlis dinner Award Recognition Night Public Gold tahun 2018.

Kuala-Lumpur-International-Airport-KLIA1 KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Kuala Lumpur International Airport KLIA1

Pada 23 November 2018, Aku bersama peserta program SIP Public Gold bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA1 ke Amsterdam yang mengambil masa lebih kurang 13 jam dan seterusnya menaiki kapalterbang ke lapangan terbang Reykjavik iaitu ibu kota Iceland yang mengambil masa lebih kurang 4 jam. Perjalanan keseluruhan ke Iceland dengan menaiki kapalterbang bertolak dari lapangan terbang Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 17 jam. Percutian ke Iceland dan Amsterdam adalah percutian 10 hari dari 23 November 2018 hingga 3 Disember 2018 dimana kami berada di Iceland selama 6 hari, berada di Amsterdam Belanda selama 2 hari dan perjalanan pergi balik mengambil masa selama 2 hari.

Pengalaman-Pertama-Kali-di-Amsterdam KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Pengalaman Pertama Kali di Amsterdam

Pengalaman pertama kali ke Iceland adalah pengalaman paling lama sampai ke destinasi iaitu mengambil masa lebih kurang 24 jam apabila kami transit selama 7 jam di Amsterdam. Kami sampai di lapangan terbang Amsterdam Schiphol Airport lebih kurang pukul 6 pagi dan bertemu dengan pengasas Public Gold, Dato Wira Louis Ng yang menaiki kapalterbang business class.

Pengalaman-di-Amsterdam KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Pengalaman di Amsterdam

Apabila keluar dari Airport Amsterdam, terasa kesejukan kerana suhu di Amsterdam pada masa itu adalah 3°C. Oleh kerana pertama kali jejaki kaki ke Amterdam dan transit selama 7 jam, Aku bersama sahabat Hafizul hakim dan Katrina berpakat kebandar Amsterdam untuk jalan-jalan di Amsterdam sambil minum air. Kami menaiki Train Splinter di Airport Amsterdam ke Amsterdam Central dengan tambang train €8.40 Euro pergi balik. Perjalanan hanya 15 minit dari Amsterdam Schiphol Airport ke Amsterdam Central.

Sebenarnya, kami bertiga tidak pernah jejaki kaki ke Amsterdam, namun beranikan diri sebagai pengalaman menaiki train, jalan-jalan dan pengalaman  di Amsterdam. Pemandangan Amsterdam waktu pagi amat indah dan damai hinggakan kami leka mengambil foto dan tidak sempat minum kerana kesuntukan masa. Kami bergegas naik train balik ke Lapangan Terbang untuk perjalanan berikutnya ke Iceland.

Detik cemas apabila kami sesat di Lapangan Terbang Amsterdam yang besar kerana tidak dapat mencari tempat pertemuan dengan rakan lain untuk ke Iceland. Kami berpusing beberapa kali di beberapa tingkat lapangan terbang yang besar tanpa penetapan lokasi dan tanpa internet. Saya lihat rakan, Katrina berpeluh, takut dan letih kerana jauh berjalan mengejar masa jauh di Lapangan terbang Amsterdam. Setelah berpusing-pusing, akhirnya kami sampai juga di tempat pertemuan dimana kami buat muka biasa sahaja (walau dalam hati berdebar).

Pengalaman-Percutian-Di-Iceland KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Pengalaman Percutian Di Iceland

Tempat pertemuan kami di Restoran Indonesia dalam Lapangan terbang Amsterdam tiada makanan nasi. jadi, ku ikut sahaja makanan yang mereka order iaitu sushi. Namun aku tak boleh makan sushi langsung, nasib baik dihabiskan oleh Katrina yang menyukai makanan Sushi. Terima kasih Dato Wira Louis Ng yang telah belanja kami semua makan sushi yang berharga lebih kurang 40 Euro iaitu bersamaan lebih kurang RM200 seorang.

Reykjavik-Airport-Iceland KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Reykjavik Airport Iceland

Perjalanan dari Amsterdam Schiphol Airport ke Airport Reykjavik, Iceland mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami sampai ke bumi Iceland lebih kurang pukul 4 petang, apabila keluar saja dari Lapangan Terbang Reykjavik aku sangat teruja melihat bumi Iceland yang gersang tanpa tumbuhan dan suhu yang amat sejuk walaupun sudah memakai pakaian 3 lapis dan jaket kerana suhu di bawah tahap beku. Walaupun Iceland baru pukul 4 petang, namun suasana di Iceland sudah gelap kerana waktu siangnya yang pendek iaitu hanya 6 jam.

Impian-Menjadi-Kenyataan-Ke-Iceland KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Impian Menjadi Kenyataan Ke Iceland

Kami dibawa menaiki bas ke hotel penginapan berdekatan dengan Airport reykjavik untuk tinggal semalaman sebelum berpindah ke hotel berikutnya. Saya tinggal sebilik dengan Hafizul Hakim iaitu Master Dealer Public Gold dari Serawak. Di sini juga detik perkenalanku dengan Dato Khairul Anuar (KA) iaitu suami kepada sahabat baikku Datin Ema yang ku anggap macam adik beradik dan selalu memanggilnya dengan panggilan “Kak Chik”.

Makan-Masakan-Thailand-di-Reykjavik-Iceland KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Makan Masakan Thailand di Reykjavik Iceland

Setelah masuk dan berehat di hotel penginapan, kami dibawa makan spesial makanan tempatan thai pada waktu malam. Kami makan malam di satu restoran malay-thai dekat Airport dengan penuh berselera, nasi tomyam dan mee lobster yang amat sedap setelah seharian tidak makan nasi. Kami diberi penerangan oleh tour guide yang merupakan orang malaysia dan telah menetap di Iceland. Sebelum balik ke hotel penginapan, kami mengelilingi bandar Reykjavik untuk memburu Aurora Barealis.

Alhamdulillah, impianku menjadi kenyataan apabila sampai ke Iceland melalui tajaan penuh Public Gold. Iceland atau islandia merupakan sebuah pulau terpencil di utara laut Atlantik juga dikenali negara api dan ais “The Land of fire and ice” kerana memiliki ais glasier terbesar di Eropah dan merupakan salah satu tempat gunung berapi paling aktif di bumi. Klik video LAGU MOTIVASI DAN LIRIK I HAVE A DREAM DI GLASIER ICELAND untuk melihat pemandangan indah glasier di Iceland dengan iringan lagu motivasi “i have a dream” untuk semangat bekerja dan berjaya dalam perniagaan sambil membaca fakta menarik dan unik mengenai Iceland.


FAKTA MENARIK DAN UNIK MENGENAI ICELAND

Fakta menarik, pelik dan unik tentang Iceland yang tiada di tempat lain iaitu :

  1. Cahaya Aurora Borealis boleh kelihatan di Iceland bermula bulan november. Cahaya Aurora Borealis hanya boleh dilihat di angkasa lepas iaitu pada tingkat ke tiga ruangan atmosfera. Jadi, melihat cahaya Aurora Borealis adalah seperti berada di angkasa lepas.
  2. Gunung berapi banyak terdapat di Iceland dan sebahagian besarnya adalah gunung berapi yang masih aktif.
  3. Iceland terbentuk oleh beberapa fenomena semulajadi yang sangat keras iaitu gunung berapi dan glasier menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat tumbuh dimana 11% daripada Iceland adalah ais.
  4. Penduduk Iceland sangat sedikit iaitu lebih kurang 320k sahaja dengan keluasan negara Iceland hampir sama dengan keluasan Malaysia. Jadi, apabila melalui jalanraya di Iceland tersangat susah untuk jumpa kawasan perumahan.
  5. Iceland adalah negara paling aman dengan kadar jenayah tersangat rendah dan hampir tiada jenayah kekerasan. Negara ini tidak mempunyai tentera yang tetap (sepenuh masa) dan anggota polisnya tidak membawa senjata api.
  6. Iceland terletak di Bulatan Artik mengalami musim sejuk dan musim panas yang sangat panjang dengan hampir 24 jam kegelapan atau senja pada bulan Disember dan hampir 24 jam siang pada bulan Jun. Ini bermakna pada musim panas, hampir tiada waktu malam dan hampir tiada waktu siang pada musim sejuk.
  7. Iceland memiliki rupa buminya yang sangat menarik dan unik seperti kewujudan cahaya Aurora Borealis, mata air panas atau geysir, glasier, air terjun yang menarik, matahari tengah malam, lampu northen, Viking dan sebagainya. Klik PANDUAN PERCUTIAN DAN PERSIAPAN PERCUTIAN MUSIM SEJUK untuk maklumat persiapan ke tempat sejuk dari pengalaman sendiri.

Pengalaman berada sendiri di Iceland adalah tidak sama dengan melihat video melalui skrin komputer ataupun televisyen. Pengalaman dapat menjejaki kaki ke bumi Iceland lebih berharga daripada emas kerana pengalaman ini sangat menakjubkan, unik, menarik dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli yang terpahat di memori menjadi kenangan sepanjang hidup. Alhamdulillah.

Mohd-Zaidi-Bin-Junus-Founder-Master-Dealer-Public-Gold KISAH PERJALANAN PERCUTIAN KE ICELAND
Mohd Zaidi Bin Junus Founder Master Dealer Public Gold

Terima Kasih kepada semua pihak Public Gold, keluarga dan semua rangkaian sahabat Pelaburan Emas Public Gold seluruh malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia atas segala sokongan, bantuan dan pertolongan yang menyebabkan impianku menjadi kenyataan dan semoga usaha dan kerjasama bersama akan dapat memenuhi impian kalian semua suatu masa nanti. Insyaallah.

Ikuti sambungan kisah percutian di Iceland dengan cerita pengalaman mengunjungi KLIK 10 KEAJAIBAN DUNIA ARTIK DARI PENGALAMAN DI ICELAND untuk maklumat dan kisah 10 keajaiban dunia artik dari pengalaman percutian di Iceland dengan melawat tempat menarik, melihat kejadian alam yang pelik, luar biasa dan unik di kutub utara.

Author: mohd zaidi junus

MASTER DEALER PUBLIC GOLD PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA Pelaburan emas public gold Malaysia cara mula melabur emas perak jual beli jongkong emas dinar silver perak menjadi dealer pengdar emas public gold percuma belajar buat website