Notice: Undefined variable: galink_author_id in /home/pelabur1/public_html/wp-content/plugins/google-author-link/google-author-link.php on line 148

Tag Archives: modal kecil

PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

Pelaburan-Terbaik-Anak-Muda-Modal-Kecil PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

Pelaburan Terbaik Anak Muda Modal Kecil

Pelaburan terbaik anak muda modal kecil panduan mengurus kewangan peribadi, tips bina tabungan, cara menjana pendapatan sampingan dan mendapat pendapatan pasif sepanjang hayat.

Usia muda adalah masa terbaik memulakan sesuatu pelaburan atau perniagaan kerana mempunyai masa yang lebih panjang dan peluang yang lebih cerah untuk berjaya. Yang penting sekali adalah disiplin, usaha berterusan dan pengurusan kewangan yang bijak. Orang muda adalah mereka yang berusia muda, masih atau baru habis belajar, baru mula bekerja dan baru memulakan kehidupan sendiri.

Orang muda punya banyak tenaga, masa dan peluang untuk menjana pendapatan tambahan di zaman kini yang boleh dilakukan secara offline atau online. Zaman sekarang amat mudah, banyak peluang perniagaan dan info berkaitan bisnes tersedia yang boleh diceburi untuk jana pendapatan sampingan. Waktu usia muda adalah waktu terbaik membina tapak bagi  menjana pendapatan semaksimumnya dengan mengurus pendapatan atau duit gaji dengan baik dan seterusnya memperolehi pendapatan sampingan pasif seumur hidup.

Saya juga mula melabur pada usia muda, iaitu apabila mula bekerja saya membuat pinjaman ASN, melabur dana amanah Public Mutual hingga menjadi agen Public Mutual dan berniaga. Walaupun banyak skim pelaburan haram atau skim cepat kaya pada masa itu, namun kita boleh mengelak skim pelaburan tipu dengan menjauhi perasaan tamak dan mengenali skim pelaburan tipu. Klik CARA MENGENALI SKIM PELABURAN TIPU untuk anak muda mengenali dan mengelak dari terjerat dalam skim pelaburan tipu yang boleh menyebabkan kerugian wang dan nama tercemar. Saya sedikit terlewat mengenali dan menceburi pelaburan emas Public Gold pada tahun 2010 iaitu di usia 40 tahun. Jika saya menceburi perniaagaan emas Public Gold di usia muda, rasanya lebih cepat menjana pendapatan lumayan dan pendapatan pasif.

Pendapatan yang diperolehi anak muda hendaklah diuruskan dengan baik agar pendapatan itu akan semakin banyak dan berkembang selamanya. Ibaratnya, wang RM1000 digunakan untuk membeli seekor lembu betina dan lembu ini akan melahirkan anak setiap masa dan dapat menjana pendapatan selamanya. Orang tua zaman dahulu menjana pendapatan sampingan dengan memelihara lembu, bertani dan sebagainya. Di zaman mencabar ini anak muda juga perlu bekerja membina sumber pendapatan yang kedua dari sekarang. Iaitu sumber pendapatan yang bersifat pasif di mana duit yang bekerja untuk kita. Perkara ini sebenarnya sudah dibuat oleh moyang, datuk dan nenek kita dahulu dimana wang tunai di tukarkan kepada :

  • Binatang ternakan
  • Tanah supaya dapat bercucuk tanam.
  • Emas

Walaupun orang tua kelihatan susah pada zahirnya tetapi jika anak mereka dapat menyambung pelajaran ke universiti mereka sudah pun mempunyai harta untuk menampung kos pembelajaran anak-anak. Tetapi zaman sekarang memang mustahil untuk kita membela binatang ternakan atau membeli tanah kerana kita berada si taman perumahan dan perlukan modal besar untuk membeli tanah di usia muda. Hanya emas yang boleh di beli sebagai harta kerana perlukan modal yang rendah.

TIPS MENGURUS KEWANGAN BAGI ANAK MUDA

Panduan dan tips mengurus kewangan dan pendapatan bagi anak muda untuk menjana pendapatan seumur hidup. 5 langkah mengurus kewangan bagi anak muda :

  1. Disiplin Menabung Setiap Bulan.

Anak muda yang punya nafsu yang tinggi mestilah berdisiplin untuk mengawal perbelanjaan dengan cara paksaan menyimpan dari permulaan gaji. Apabila dapat gaji, terus di simpan wang paling minima 20% hingga 50% dari gaji terlebih dahulu sebelum di belanjakan. Wang tunai sememangnya susah di simpan kerana sudah menjadi lumrah manusia, wang untuk di belanjakan. Orang muda masih tak banyak komitmen, maka simpanan harus diutamakan.

  1. Buka akaun Tabung Haji.

Perkara utama yang perlu disegerakan bagi umat islam adalah membuka akaun Tabung Haji dan cukupkan duit minimum untuk daftar giliran haji terlebih dahulu. Ini adalah kerana giliran mengerjakan haji bergantung kepada masa daftar haji, jika lambat daftar haji, maka lambatlah untuk dapat menunaikan haji.

  1. Bina Dana Kecemasan, Umrah Dan Dana Persaraan.
kelebihan-Emas-Akaun-GAP-Public-Gold PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

kelebihan Emas Akaun GAP Public Gold

Simpanan atau tabungan setiap bulan adalah bertujuan untuk  membina dana kecemasan, dana harta, tabung kahwin, dana umrah dan dana persaraan. Rancang dana persaraan sejak hari pertama bekerja, bukan dekat-dekat apabila dah nak bersara. Kalau kerja kerajaan, jangan hanya bergantung kepada pencen. Kalau kerja swasta, jangan bergantung kepada simpanan KWSP. Walaupun masih tak ada calon, jangan dilupa untuk bina tabung kahwin. Kos majlis perkahwinan boleh melibatkan jumlah yang besar. Simpanan terbaik dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit melalui Program GAP Public Gold untuk  membina dana kecemasan, dana harta, tabung kahwin, dana umrah dan dana persaraan. Tabungan emas adalah simpanan terbaik kerana perlukan modal kecil serendah RM100 atau beli 1g emas GAP setiap bulan sebagai pelaburan, dana bekalan kecemasan, dana harta, tabung kahwin, dana umrah dan dana persaraan sambil mengelak kebocoran wang. Kata orang “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Klik KELEBIHAN PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat keistimewaan mengumpul emas fizikal, GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.

  1. Berjimat Cermat

Sikap berjimat cermat mestilah di terapkan dalam diri anak muda untuk mengawal perbelanjaan yang bijak mengikut kemampuan dan pendapatan. Terima hakikat memang ada barang-barang atau perkara-perkara yang tidak mampu dimiliki sekarang, tetapi dengan penyimpanan berterusan, barang atau perkara akan di miliki suatu hari. Bina satu impian atau cita-cita untuk mendapat sesuatu atau barang idaman, kerana dengan bermula impian akan menjadi suatu kenyataan. Impian akan memberi dorongan dan usaha untuk bekerja dengan lebih gigih.

  1. Tambah pendapatan Sampingan

Anak muda mesti menambah pendapatan sampingan seawal usia dan tidak boleh bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Anak muda mesti rebut peluang pendapatan sampingan kedua yang tidak menganggu kerja seharian atau menghasilkan pendapatan pasif. Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan aktif yang dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup seharian. Pendapatan pasif adalah pendapatan sampingan kedua yang dapat memberi pendapatan tanpa kerja aktif iaitu wang akan masuk dengan sendiri walau tidak bekerja secara aktif untuk mengekalkan harta kekayaan. Contoh pendapatan sampingan ialah menjadi pemandu Uber atau Grab. Namun pendapatan pasif terbaik adalah menjadi dealer atau peniaga emas Public Gold.

Contoh dari pengalaman saya sendiri, saya merupakan seorang guru, pendapatan aktif saya adalah dari gaji sebagai cikgu. Pendapatan pasif saya adalah dari Pelaburan Emas Public Gold iaitu melabur dan berniaga emas Public Gold. Jadi, saya mendapat 2 gaji setiap bulan, daripada gaji guru dan dari komisen setiap bulan hasil melabur dan berniaga emas public Gold. Untuk membina sumber pendapatan pasif iaitu pendapatan kedua, mesti bekerja keras pada peringkat awal sedikit demi sedikit untuk membina empayer perniagaan dan membina harta. Saya terlewat sikit iaitu membina perniagaan emas Public Gold pada umur 40 tahun, jadi anak muda yang mula bina perniagaan emas bersama Public Gold lebih awal akan lebih unrung dan dapat membina pendapatan pasif lebih awal.

Azam-Amiri-Dealer-Public-Gold PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

Azam Amiri Dealer Public Gold

Anak muda yang saya sanjungi yang merupakan dealer termuda iaitu Azam Amiri iaitu dealer Public Gold termuda yang baru berumur 19 tahun, tetapi telah mula membina perniagaan emas bersama Public Gold yang kini telah memiliki downline melebihi 100 orang mempunyai peluang amat cerah untuk mendapat pendapatan pasif lumayan lebih awal. Walaupun Azam Amiri merupakan anak muda yang masih belajar, telah menjadi dealer emas Public Gold aktif kerana perniagaan emas Public Gold amat mudah dilakukan dan menjamin pendapatan pasif untuk sepanjang hayat. Ikuti dan berkawan melalui facebook AZAM AMIRI untuk anak muda belajar mengenai pelabuan emas Public Gold.

Pakar kewangan malaysia Tuan Azizi Ali berkata, kalau nak kaya, fokus 70% waktu untuk bina perniagaan sendiri, lagi 30% sahaja untuk pelaburan. Jangan buang masa menghadap pelaburan sebab untung daripada perniagaan jauh lebih besar daripada pelaburan.

BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN PASIF ?

Pendapatan pasif untuk seumur hidup bagi anak muda akan dapat diperolehi dengan berniaga emas iaitu dengan menjadi dealer Public Gold. Daripada simpanan atau tabungan sedikit demi sedikit di langkah 3 iaitu program kumpul emas GAP modal kecil, anak muda boleh mula menjana pendapatan pasif dengan menjadi dealer Public Gold. Klik INFO TERKINI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD untuk maklumat syarat menjadi dealer Public Gold.

KAEDAH MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

3 Kaedah menjadi dealer Public Gold bagi anak muda :

  1. Cara Jadi Dealer Tanpa Modal.

Kaedah menjadi dealer tanpa modal ialah dengan membeli emas GAP minima RM100 dan terus jadi ahli Public Gold. Selepas menjadi ahli, mula promosikan kepada rakan-rakan atau saudara mara untuk membeli emas melalui nama anda sebagai introducer. Apabila dapat 50 frontline/downline dalam tempoh 2 bulan akan dapat jadi dealer Public Gold tanpa modal.

  1. Cara Menjadi dealer modal Kecil.

Beli emas GAP sedikit demi sedikit untuk mengumpul emas, apabila jumlah emas akaun GAP mencapai minima 100g boleh jualkan dan beli balik emas untuk jadi dealer Public Gold sambil hadiri seminar percuma di semua cawangan public Gold untuk peluang promosi beli emas jadi dealer modal kecil. Klik BELAJAR ILMU EMAS MELALUI SEMINAR EMAS PERCUMA untuk daftar belajar ilmu emas di seminar emas percuma Public Gold di semua 20 cawangan Public Gold.

  1. Cara Menjadi Dealer Modal Besar.

Beli emas 200g terus jadi dealer Public Gold, boleh beli emas akaun GAP 200g atau belian biasa gold bar berjumlah 200g.

KESAN PEMANSUHAN GST KEATAS EMAS

Bermula  1 Jun 2018 kerajaan Malaysia telah menghapuskan cukai GST. Industri Pelaburan Emas akan lebih rancak dan meriah kerana harga emas lebih murah tanpa cukai GST termasuk barang kemas. Pemansuhan cukai gst memberi kesan positif kepada industri emas kerana harga emas lebih murah tanpa cukai gst yang akan menyebabkan permintaan terhadap emas meningkat dan seterusnya merancakkan lagi perniagaan emas.

Gold-Bar-BungaMas-dan-Tai-Fook-Public-Gold PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

Gold Bar BungaMas dan Tai Fook Public Gold

Jongkong emas atau gold bar keluaran tempatan Public Gold bukan LBMA paling cantik yang bercirikan kesenian melayu iaitu gold bar BungaMas dan gold bar bercirikan kesenian Cina iaitu gold bar Tai Fook boleh dibeli dengan harga murah tanpa cukai gst. Produk emas pelaburan Public Gold seperti Bungamas dan Tai Fook buatan tempatan, non LBMA sebelum ni dikenakan cukai GST 6%, tidak lagi dikenakan Cukai GST bermula 1 Jun 2018.

Lebih istimewa jongkong emas Public Gold bukan LBMA seperti BungaMas dan Tai Fook boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Mula bertindak beli emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul emas pelaburan fizikal dan dapat keluarkan pelbagai gold bar dan emas dinar 999.9 LBMA atau Non LBMA.

Pelaburan-Emas-Modal-Kecil-Public-Gold PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

Pelaburan Emas Modal Kecil Public Gold

Anak muda mesti bertindak segera membeli emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul emas pelaburan fizikal melalui program akaun emas fizikal modal kecil, program GAP pertama di Malaysia dan Asia untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit untuk menjana harta, bekalan dana kecemasan dan disiplin elak kebocoran wang dan seterusnya emas yang terkumpul boleh digunakan untuk menjadi dealer Public Gold untuk menjana pendapatan pasif sepanjang hayat. Klik Whatsapp 0199185593 untuk panduan Pelaburan Emas Fizikal Public Gold atau klik CARA BELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk mula pelaburan emas modal kecil dengan membeli emas minima RM100 untuk mengumpul jongkong emas fizikal.

Please follow and like us:
follow_subscribe PELABURAN TERBAIK ANAK MUDA MODAL KECIL

Enjoy this blog? Please spread the word :)