APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999

Apa-Beza-Emas-916-Dengan-Emas-999 APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999
Apa Beza Emas 916 Dengan Emas 999

Apa beza emas 916 dengan emas 999 dari segi perbezaan ketulenan emas, ciri, fungsi dan panduan beli emas perhiasan 916

Apa beza emas 916 dan emas 999? Apakah ciri-ciri, fungsi dan perbezaan antara 2 jenis emas yang paling di kenali ramai di malaysia. Pada zaman dahulu emas dijadikan matawang untuk beli belah, selepas itu emas 916 dijadikan perhiasan wanita dan aset yang boleh diwarisi. Bermula tahun 2000, era kemunculan jongkong emas sebagai pelaburan daripada jingkong emas berketulenan 999.9 atau 24 karat. Pelopor pertama yang menulis artikel dan dijemput oleh syarikat emas Public Gold untuk memulakan Pelaburan emas Public gold ialah pensyarah Universiti Multimedia iaitu Tuan Syukor Hashim pada tahun 2008. Selepas itu bermulalah era emas 999 sebagai emas pelaburan hingga kini.

Apa perbezaan emas 916 dengan emas 999?. Walaupun nama sama iaitu emas namun mempunyai banyak perbezaan seperti kenderaan iaitu kereta dengan lori yang mempunyai fungsi berlainan. Kereta digunakan sebagai pengangkutan manusia manakala lori digunakan untuk pengangkutan barangan dan perniagaan. Adalah tidak sesuai untuk mengangkut barangan berat menggunakan kereta.

Kisah-Benar-Beli-Emas-916 APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999
Kisah Benar Beli Emas 916

Begitu juga emas yang mempunyai berbagai jenis mengikut fungsi masing-masing berdasarkan ketulenan emas atau kandungan peratus emas. Contoh,  jika emas 999 mengandungi peratusan emas 99.9% atau 24 Karat manakala emas 916 mengandungi kandungan emas 91.6% atau 22 Karat. Emas 999 atau 999.9 tidak bercampur dengan logam lain sesuai untuk pelaburan manakala emas 916 bercampur dengan logam lain untuk menjadikan emas 916 lebih kuat, lasak dan sesuai untuk perhiasan wanita. Emas ada pelbagai jenis selain emas 916 dan emas 999, klik INFO TENTANG EMAS JENIS KETULENAN DAN KEGUNAANNYA

Emas 999 pula terbahagi kepada 3 jenis manakala emas 916 terbahagi kepada 2 jenis.

JENIS EMAS 999

  1. Emas 999 berketulenan 99.9% digunakan untuk penghasilan barang kemas seperti rantai jenis gajah, jongkong emas atau dinar emas yang bergred 999. Barang kemas 999 lembut, mudah patah dan rosak tidak sesuai untuk di pakai.
  2. Emas 99.99 berketulenan 99.99% dikenali “Pure gold” adalah emas yang diproses dari lombong.
  3. Emas 999.9 berketulenan 99.99% dikenali “Fine gold” iaitu emas yang diproses dengan baik dari sumber kitar semula emas-emas yang sedia ada.

JENIS EMAS 916

Emas 916 dikenali juga emas 917 di beberapa negara dan merupakan emas yang sama iaitu hasil dari peratusan 22K/24K yang menghasilkan 91.6666 yang dikenali 916 atau dibundar 917.

PERBEZAAN EMAS 999 DENGAN EMAS 916

CIRI DAN FUNGSI EMAS 999

  1.  Emas 24k iaitu emas kelas pertama
  2.  Kandungan Emas 99.99%
  3.  Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan logam lain atau benda asing
  4.  lembut tidak sesuai untuk barang kemas atau perhiasanan
  5.  Lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar
  6.  Sesuai untuk PELABURAN / SIMPANAN aset dalam bentuk jongkong atau syiling emas
  7.  Peratus SPREAD / SUSUT NILAI RENDAH antara 5% hingga 9%
  8. TIADA UPAH TUKANG (ada premium yang rendah)
  9.  Harga  gadaian di ar-Rahnu tinggi

CIRI DAN FUNGSI EMAS 916

  1.  Emas 22k iaitu emas kelas ketiga
  2.  Kandungan emas hanya 91.6% sahaja
  3.  Emas bercampur dengan 8.4% logam lain seperti tembaga, zink, besi, perak atau logam lain.
  4.  Keras kerana bercampur logam lain sesuai untuk perhiasan.
  5.  Cepat pudar kerana kurang kandungan emas
  6.  Sesuai untuk EMAS PERHIASAN tidak sesuai untuk pelaburan
  7.  Peratus SPREAD / SUSUT NILAI TINGGI antara 20% hingga 30%
  8.  Mempunyai UPAH TUKANG YANG TINGGI bergantung kepada design.
  9.  Harga gadaian di ar-rahnu rendah

PANDUAN BELI EMAS 916

Pelanggan-Serbu-Kedai-Emas-Patuhi-SOP-Atau-Berdepan-Tindakan APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999
Pelanggan Serbu Kedai Emas, Patuhi SOP Atau Berdepan Tindakan

1.Beli emas perhiasan 916 untuk digunakan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk elak kerugian bila dijual balik kerana peratus spread atau susut nilai emas 916 tinggi 20% hingga 30%. Contoh pengiraan mudah, jika beli emas 916 berharga RM100, harga jual selepas 2 tahun dengan kenaikkan harga emas 15% setahun iaitu RM130 – 20% (spread) – 10% (upah tukang) menghasilkan harga jual balik ialah RM100. Manakala, jika beli emas 999 berharga RM100, harga jual selepas 2 tahun dengan kenaikkan harga emas 15% setahun iaitu RM130 – 6%  menghasilkan harga jual balik emas 999 ialah RM124.

2. Jangan beli emas 916 untuk aset pelaburan kerana peratus spread tinggi 20% hingga 30% dan dikenakan upah tukang yang tinggi dimana jika purata kenaikkan emas 15% setahun, jika emas perhiasan dijual sebelum 2 tahun masih lagi rugi dimana harga upah tukang tidak dikira semasa jual balik emas 916.

3. Jangan terpengaruh dengan promosi, emas perhiasan TANPA UPAH TUKANG sedangkan pekedai meninggikan harga emas

4. Jangan terpengaruh dengan promosi, emas perhiasan 916 HARGA MURAH sedangkan pekedai mengenakan upah tukang yang lebih tinggi

5. Elakkan beli emas 916 yang ada batu permata kerana nilainya sangat rendah untuk jual balik dan tidak diterima untuk gadaian.

Emas-916-Online-PG-Jewel APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999
Emas 916 Online PG Jewel

6. Beli emas 916 hendaklah dicampur harga emas dengan upah tukang untuk membuat perbandingan harga. Cara kira harga emas 916 ialah jumlah gram x harga segram + upah tukang.

7. Perbandingan harga dengan upah tukang yang paling mudah adalah secara online melalui emas perhiasan 916 pg jewel di pg mall. Cara kira harga emas 916 bersih untuk dibuat perbandingan ialah jumlah harga yang dibeli termasuk upah tukang bahagi dengan jumlah gram emas.

Rantai-Tangan-Emas-916-Online-di-PG-Mall APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999
Rantai Tangan Emas 916 Online di PG Mall

Public Gold juga ada menjual emas 916 berketulenan 22 karat, dikenali sebagai Public Jewel secara online melalui pg mall iaitu boleh memilih pelbagai emas perhiasan secara online dengan mudah, murah dan selamat dari covid19 dimana barang kemas akan sampai ke rumah. Sempena PKP covid19 pembelian online adalah cara terbaik untuk menghindari wabak covid19 dengan hanya duduk di rumah. Emas 916 pg jewel mempunyai pelbagai design terbaru dengan upah tukang yang murah. Jadi, sebelum membeli barang kemas 916 di kedai emas boleh lihat harga emas PG JEWEL di PG MALL sebagai perbandingan. Klik DAFTAR PERCUMA DI PG MALL untuk beli pelbagai barangan dan emas 916 secara online di PG MALL.

Emas perhiasan 916 dan emas 999 adalah aset berharga dengan peratus spread atau susut nilai yang kekal yang akan memberi keuntungan apabila di simpan dalam jangkamasa panjang. Berbeza dengan simpanan barang lain seperti kereta dimana peratus spread atau susut nilainya akan menjadi sifar. Contoh kereta yang dibeli 10 tahun yang lepas susut nilai harganya telah berkurang 80% dan jika disimpan lebih lama nilainya menjadi sifar.

Emas merupakan salah satu aset yang sentiasa tinggi nilainya. Memiliki dan menyimpan emas merupakan sesuatu yang baik jika difikirkan pulangannya untuk masa depan. Namun emas 999 dan emas 916 mempunyai perbezaan dan fungsi tertentu bergantung kepada MATLAMAT pembeli. Jika matlamat beli emas untuk perhiasan wanita, belilah barang kemas 916 dan jika matlamat sebagai aset pelaburan yang lebih menguntungkan maka simpan emas 999.9 khas untuk pelaburan. Paling baik adalah memiliki kedua-dua jenis emas iaitu isteri memakai emas 916 dan suami menympan emas pelaburan 999.9 untuk pelaburan masa depan.

Emas-999.9-Menjadi-Barang-Kemas-916 APA BEZA EMAS 916 DENGAN EMAS 999
Emas 999.9 Menjadi Barang Kemas 916

Sebenarnya jongkong emas 999.9 juga boleh dijadikan emas perhiasan 916. Cerita benar apabila adik meleburkan gold bar emas 20g 999.9 menjadi 30 gram emas 916 dengan hanya upah tukang emas. Adik mahu beli barang kemas, maka ku beri cadangan leburkan gold bar 20g simpanannya buat barang kemas 916. Hanya lakar design yang dikendaki dan berikan gold bar kepada tukang emas. Gold bar 20g 999.9 dapat menghasilkan emas perhiasan 916 lebih kurang 30 gram kerana emas 916 di tambah logam lain untuk menjadikannya kuat. Jadi, wanita-wanita juga simpanlah jongkong emas pelaburan 999.9 bukan saja untuk pelaburan, dana kecemasan,penyelamat kejatuhan nilai wang dan pengelak kebocoran wang, tapi boleh buat barang kemas 916. Cara paling baik dengan beli EMAS PROGRAM GAP hanya minima RM100 untuk kumpul emas sedikit demi sedikit dan dapat gold bar atau emas dinar 999.9 atau 24 Karat.

Author: mohd zaidi junus

FOUNDER MASTER DEALER PUBLIC GOLD, PG001425 Pengalaman dalam pelaburan dan perniagaan emas fizikal sejak 2010 Pelaburan emas public gold adalah pelaburan terbaik untuk menjana aset harta, pelaburan masa depan, pelindung kejatuhan nilai wang, mengelak kebocoran wang dan peluang perniagaan untuk menjana pendapatan pasif seumur hidup yang boleh di warisi. Maklumat lanjut Whatsapp 019-9185593