TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN

Tempat-menarik-Di-Balkan-Dari-Pengalaman-Percutian TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Tempat Menarik Di Balkan dari Pengalaman Percutian

Tempat Menarik di Balkan dari pengalaman percutian Balkan ikut ranking lokasi percutian terbaik di Bosnia, Croatia, Montenegro, Slovenia dan Itali

Tempat menarik di Balkan antara tarikan ribuan pelancong melawat negara Balkan setiap tahun, iaitu negara di bahagian Tenggara Eropah. Banyak lokasi yang mempunyai pemandangan yang cantik menjadi destinasi menarik di Balkan untuk dilawati.

Percutian-Ke-Balkan-Public-Gold-SIP TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Percutian Ke Balkan Public Gold SIP

Balkan atau dikenali semenanjung Balkan terdiri dari 13 negara iaitu Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo (kedaulatan dipertikai), Yugoslavia, Macedonia, Serbia, Moldova, Romania, Slovenia dan Turki. Tempat menarik di negara-negara Balkan hasil dari pengalaman sendiri percutian 10 hari mengunjungi 5 negara Balkan melalui program Sales Incentive Program (SIP) Public Gold Balkan tahun 2019 iaitu percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke 5 negara Balkan iaitu Bosnia, Croatia, Montenegro, Slovenia dan Itali.

TEMPAT MENARIK DI NEGARA BALKAN

Tempat menarik di negara-negara Balkan mengikut susunan tempat yang paling menarik di negara Balkan.

1.TEMPAT MENARIK DI CROATIA BALKAN

Croatia secara rasmi dipanggil Republik Croatia ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah dan Balkan. Ibu negara Croatia ialah Zagreb. Tempat menarik di Croatia ialah :

i) TASIK PLITVICE LAKE CROATIA

Plitvice-Lake-Croatia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Plitvice Lake Croatia

Tasik Plitvice Lake adalah tasik paling cantik yang berada dalam Taman Negara Plitvice Lakes Croatia. Tasik Plitvice Lake memiliki kecantikan tasik air jernih bersih menghijau dengan kelihatan ikan-ikan terapung berenang dan anak-anak air terjun yang indah. Taman Negara Plitvice Lakes adalah salah satu taman negara tertua dan terbesar di Croatia. Pada tahun 1979, Taman Negara Plitvice Lakes telah ditambah ke senarai Warisan Dunia UNESCO.

ii) DUBROVNIK OLD TOWN CROATIA

Dubrovnik-Old-Town-Croatia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Dubrovnik Old Town Croatia

Dubrovnik Old Town atau kota lama Dubrovnik adalah salah satu kota cantik tepi laut Adriatik yang dipanggil “Pearl of Adriatic” mempunyai kota lama berbenteng tepi laut Adriatik. Sebalik benteng kota lama terdapat bangunan-bangunan cantik khas abad pertengahan dengan gabungan benteng, kastil, jalanan dari batu-batu kecil, serta pesisir laut biru hingga diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Dunia sejak 1979. Dubrovnik adalah kota persinggahan perdagangan kerajaan asal Turki yaitu Dinasti Usmaniyah yang menyimpan banyak sejarah di balik tembok-tembok bangunannya hingga menjadi tempat difilemkan cerita “Game Of Thrones”.

Klik video PENGALAMAN HEBAT BERJALAN KOTA LAMA DUBROVNIK CROATIA

iii) KOTA LAMA SPLIT CROATIA

Tempat menarik di Croatia ialah kota lama Split seperti istana Diocletian yang dibina pada 305 SM oleh Maharaja Rom Diocletian dengan bangunan lama, lorong-lorong sempit, lorong tersembunyi dan menjadi tapak warisan UNESCO. Disini juga tempat pengambaran filem Game Of Thrones dan menjadi tarikan utama pelancong. Di luar istana Diocletian terdapat deretan restoran, taman dan pantai untuk bersantai.

Split-Old-Town-Croatia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Split Old Town Croatia

Split adalah bandaraya kedua terbesar di Croatia merupakan bandar yang menarik yang mempunyai keseimbangan antara tradisi dan kemodenan. Di bandar Split terdapat Istana Diocletian iaitu Tapak Warisan Dunia Unesco dan salah satu monumen Roman yang paling mengagumkan di dunia. Diluar istana Diocletian akan dapat melihat atau makan di restoran, bar, kedai cenderamata, taman di sepanjang pantai yang dipenuhi dengan bot-bot.

iv) ZAGREB CROATIA

Zagred-Croatia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Zagred Croatia

Zagreb adalah ibukota di bahagia barat daya Croatia, dibezakan oleh senibina Austro-Hungary abad ke-19. Di pusat bandarnya iaitu Upper Town adalah tapak Gothic, Ban Jelacic Square, Zagreb Cathedral dan Gereja St. Markus ke-13, dengan bumbung jubin berwarna. Berdekatannya adalah Tkalčićeva Street yang mesra pejalan kaki, dipenuhi kafe-kafe luaran. Lower Town mempunyai dataran utama, Ban Jelačić, ditambah kedai, muzium dan taman.

v) MASJID ZAGRED

Masjid-Zagred-Croatia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Masjid Zagred Croatia

Masjid Zagreb iaitu islamic center zagred terletak di bandar Zagreb, adalah masjid terbesar di Croatia. Di kawasan masjid terdapat restoran halal dan Sekolah Menengah Islam “Dr. Ahmed Smajlović” dan pusat kebudayaan beroperasi di dalam masjid. Pembinaannya bermula pada tahun 1981 dan selesai pada tahun 1987.

2.TEMPAT MENARIK DI NEGARA BOSNIA BALKAN

Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina. Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Ibu negara dan bandar terbesar Bosnia ialah Sarajevo.

i) SARAJEVO IBU NEGARA BOSNIA

Sarajevo-Bosnia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Sarajevo Bosnia

Sarajevo Bosnia Herzegovina adalah tempat tarikan pelancong, bandar terbaik dan tempat terbaik untuk dilawati di Bosnia atau Balkan kerana menyimpan sejarah dan kepelbagaian budaya. Sarajevo adalah Ibu kota terbesar Bosnia dan Herzegovina memiliki bangunan hebat dari pelbagai budaya dan agama. Sarajevo indah dan dikenali “Yerusalem Eropah”. Kota Sarajevo terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama seperti Masjid Gazi Husrez-beg, jambatan Latin, bascarsija Bazaar, Old Town Bazaar, Sarajevo Sebilj dan banyak lagi tempat yang terkenal di Sarajevo.

ii) MOSTAR BANDAR SEJARAH DAN TERKENAL DUNIA

Mostar Bosnia Herzegovina adalah salah satu tempat paling popular yang menjadi tarikan pelancong dan tempat paling ramai dikunjungi di Bosnia dan Herzegovina dengan keindahan alam semula jadi, senibina, tempat paling terkenal Stari Most sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Bandar Mostar merupakan salah satu bandar menarik, popular dan indah di Bosnia dan Herzegovina yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia melalui tempat popular seperti jambatan stari most, Old Bazar, masjid Koski Mehmed Paša dan Blagaj Tekija.

Mostar-Bosnia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Mostar Bosnia

Mostar penuh dengan seni bina Ottoman klasik, dengan pelbagai restoran tradisional, gerai pasar, masjid-masjid dan lain-lain bangunan-bangunan bersejarah. Salah satu tempat paling terkenal di mostar dan juga Bosnia ialah Stari Most atau ‘Jambatan Lama’.

iii) BLAGAJ TELIJA MOSTAR

Blagaj-Tekija-Bosnia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Blagaj Tekija Bosnia

Blagaj Tekija berada di sumber mata air alam di sungai Buna di Blagaj, 12 km dari Mostar merupakan salah satu dari bangunan peninggalan sejarah semasa pemerintahan Ottoman paling indah di Bosnia adalah Rumah Dervish (Darwis). Bangunan ini dibangun pada abad ke-16 dan mempunyai nilai keagamaan dan sejarah khusus bagi Bosnia. Blagaj Monsatery adalah Biara Blagaj yang terletak di kaki bukit, dengan pemandangan indah kolam dan contoh seni bina ottoman klasik, dengan bingkai tingkap kayu dan bumbung tergantung. Biara yang menempatkan restoran dengan meja yang menghadap air memberi pemandangan indah dan tenang sewaktu makan tengah hari.

iv) MASJID GAZI HUSREV-BEG

Gazi-Husrev-beg-Mosque-Sarajevo TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Gazi Husrev-beg Mosque Sarajevo

Masjid Gazi Husrev-beg iaitu masjid tertua di bandar Sarajevo Bosnia Herzegovina yang dibina pada abad ke-16 merupakan masjid sejarah terbesar di Bosnia Herzegovina dan merupakan salah satu struktur Uthmaniyyah yang paling terkenal di Balkan. Satu pengalaman hebat dapat bersembahyang di Masjid Gazi Husrev-beg Sarajevo

3.TEMPAT MENARIK DI NEGARA SLOVENIA BALKAN

i) POSTOJNA CAVE SLOVENIA

Postojna-Cave-Slovenia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Postojna Cave Slovenia

Postojna Cave ini terkenal sebagai gua yang terbesar di Eropah. Ia telah terbentuk sejak berjuta-juta tahun dahulu dan telah diterokai pada awal 1800-an. Postojna Cave atau Gua Postojna, Slovenia adalah tempat menakjubkan dan unik dengan gua kedua terpanjang di dunia dan satu-satunya tempat di mana dapat melihat pelbagai bentuk stalagmit paling pelik dan juga bertemu bayi naga. Gua Postojna Cave boleh dimasuki dengan menaiki keretapi yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke tengah gua. Sepanjang perjalanan dapat melihat pemandangan menakjubkan dan pelik seperti gunung-gunung, anak sungai dan ruang bawah tanah yang luas, sebab itulah postojna cave dikenali queen of underground world. Dalam gua dapat melihat spesis yang menjadi lagenda dikatakan anak naga, yang menyerupai seperti naga atau dragon. Anak naga ini dikenali human fish menyerupai naga dan dikatakan boleh hidup 100 tahun dan boleh hidup sehingga 10 tahun tanpa makanan.

KLIK lihat video GUA POSTOJNA TEMPAT SERAM DAN LUAR BIASA DI SLOVENIA

ii) PULAU BLED SLOVENIA

Bled-Island-Slovenia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Bled Island Slovenia

Pemandangan indah di Bled Island, Slovenia dengan latarbelakang rumah di puncak bukit dan gunung bersalji boleh di perolehi dengan menaiki bot lebih kurang 20 minit. Lake bled sesuai untuk mereka yang suka hiking dan brisk walking atau berjalan kaki di sekeliling tasik. Anda boleh mandi manda di tepi tasik dan menaiki sampan(plenta) ke tengah-tengah tasik. Terdapat sebuah pulau di tengah-tengah tasik iaitu Pulau Bled yang boleh dikunjungi dengan menaiki sampan (plenta).

iii) LJUBLJANA SLOVENIA

Ljubljana-Slovenia TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Ljubljana Slovenia

Ljubljana merupakan ibu negara dan bandar besar di Slovenia. Ljubljana terkenal dengan naga/dragon yang dikenali bandar naga. Bandar Ljubljana menjadi pusat budaya, pendidikan, pusat pentadbiran, dan ekonomi sejak Slovenia merdeka pada tahun 1991 dari Yugoslavia.

4.TEMPAT MENARIK DI ITALI

i) VENICE ITALI

Venice atau Venezia adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Venice dikenali sebagai “La Dominante”, “Serenissima”, “Ratu Adriatik”, “Bandar Raya Air”, “Bandar Raya Jambatan-jambatan”, dan “Bandar Raya Cahaya” juga terkenal dengan nama “kota romantik”. Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini. Pengalaman menaiki gondola melalui terusan di Venice akan menjadi kenangan hebat dalam hidup.

Venice-Itali TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Venice Itali

Bangunan-bangunan di bandar ini adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge’s Palace.

5.TEMPAT MENARIK DI MONTENEGRO

i) KOTOR MONTENEGRO

Kotor-Montenegro TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Kotor Montenegro

Kotor ialah nama bandar yang tidak kotor tapi bersih, cantik, menakjubkan dengan pantai bersih hingga nampak ikan berenang di pantai yang dikelilingi oleh teluk kotor menghadap Laut Adriatik. Negara Montenegro bermaksub bukit hitam. Kota lama kotor dikelilingi tembok tinggi kaya dengan seni bina di zaman Venetian dan digelar juga kota kucing kerana banyak kucing comel berbulu tebal berkeliaran dan merupakan Tapak Warisan. Hard Rock Cafe Kotor Montenegro merupakan satu-satunya Hard Rock di Balkan.

Program-SIP-Public-Gold-Balkan TEMPAT MENARIK DI BALKAN DARI PENGALAMAN PERCUTIAN
Program SIP Public Gold Balkan

Pengalaman Percutian Ke Balkan selama 10 hari di rasakan sekejap berlalu kerana mengunjungi banyak tempat-tempat menarik yang menjadi lokasi tarikan pelancong yang meninggalkan jutaan kenangan manis dalam hidup. Jutaan terima kasih kepada Public Gold Group yang beri peluang percutian mewah percuma setiap tahun kepada dealer Public Gold berkelayakan sebagai motivasi dalam perniagaan emas Public Gold.

Selain percutian percuma, Public Gold juga beri duit poket untuk makan-makan semasa bercuti sambil berbincang santai mengenai bisnes Public Gold yang terus berkembang sejak 2008 dengan pelbagai bentuk perniagaan bukan sahaja Pelaburan Emas Public Gold tapi juga beli belah online PG Mall, barang kemas 916, barang kemas Aurora Italia dan sebagainya. Perniagaan yang besar akan lebih kukuh akan menghasilkan lebih keyakinan dan lebih pendapatan aktif dan pasif sepanjang hayat. Pelaburan dan perniagaan emas dan Perak Public Gold terbaik untuk menjana pendapatan, percutian, aset dan pendapatan pasif sepanjang hayat yang boleh diwarisi. klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.

“Terima Kasih Public Gold”

Author: mohd zaidi junus

FOUNDER MASTER DEALER PUBLIC GOLD, PG001425 Pengalaman dalam pelaburan dan perniagaan emas fizikal sejak 2010 Pelaburan emas public gold adalah pelaburan terbaik untuk menjana aset harta, pelaburan masa depan, pelindung kejatuhan nilai wang, mengelak kebocoran wang dan peluang perniagaan untuk menjana pendapatan pasif seumur hidup yang boleh di warisi. Maklumat lanjut Whatsapp 019-9185593