KENAPA MEMILIH PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA

KENAPA MEMILIH PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA

pelaburan emas perak zaidiemas

KATA IKHLAS GUIDI ATAU ZAIDIEMAS :

Saya,  gu idi atau zaidiemas telah menemui atau menjumpai satu pelaburan yang terbaik untuk menjana keuntungan atau menjana kekayaan tanpa bekerja. Sebelum ini saya telah berpengalaman melabur dalam ASB,  ASN,  Public Mutual, Maybank, FOREX (tukaran wang asing), tanah (beli tanah pecah lot), perniagaan dan terbaru pelaburan emas. Di antara pelaburan tersebut, pelaburan yang terbaik, dimana kita memperolehi wang tanpa bekerja, menganggu tugas harian, tanpa risiko dan selamat adalah PELABURAN EMAS. Pernyataan saya dari perbandingan dengan pelaburan lain adalah setelah saya berpengalaman dan melakukan sendiri teknik pelaburan emas.

Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik kerana sebab-sebab berikut :

1.  PELABURAN EMAS PALING  MENGUNTUNGKAN, MUDAH DI JUAL BELI DAN LAKU SELURUH DUNIA.

Purata kenaikan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun. Pelaburan Jongkong Emas Public Gold dan Syiling Dinar Public Dinar, memudahkan kita membeli atau menjual emas kita secara online dengan sistem “lock harga” 24 jam. Emas sememangnya dikenali dan laku seluruh dunia. Pelarian, warga asing, penjahat hanya membawa emas untuk ke sesuatu negara lain, menjualnya dan memulakan hidup baru. Ini adalah kerana hanya emas yang bernilai dan senang di bawa. “ Dulu tubik dale surat koba, seore penjahat di tangkap di airpot kerana nok lari ke India…dale poket dio didapati ada  1 kg bar emas, kalu lepas kayo jugok dio di India mugo 1 kg tu lebih kure RM150,000”. Perbandingan dari pengalaman pelaburan kawe seperti berikut.

Jika melabur dalam ASB hanya dapat keuntungan 6% hingga 10% setahun.

Jika melabur dalam dana amanah dapat untung 0% hingga 20% dan berisiko tinggi..mungkin kerugian. Contoh, lebih kurang tahun 2005 dana amanah public mutual iaitu PCIF ( Public Chinese Islamic Fund) di buka dengan harga 25 sen  seunit, kini harganya 19 sen  seunit. “ doh la sebelum melabur doh ditolak 5% kos pengurusan, iaitu jika kita melabur RM100 kita sebenarnya hanya melabur RM95 jah..”

Jika melabur dalam FOREX, berisiko tinggi dan merugikan masa. Kita mungkin boleh untung beribu-ribu dalam sehari, mungkin kerugian berpuluh ribu juga dalam sehari dan mengikut penganalisis FOREX hanya 15% yang Berjaya dalam FOREX.

Jika melabur dalam hartanah, tiada risiko tapi memerlukan modal, kos dan masa yang banyak. Untuk membeli satu ekar tanah sekarang memerlukan modal beratus ribu. Untuk pecah lot tanah memakan masa lebih kurang setahun dan kena pelbagai kos seperti pecah lot, peguam, belanja-bejanji, minyak kereta dan sebagainya.

Jika melabur dalam perniagaan, bagus…sebab 9 dari 10 dari keuntungan adalah dari perniagaan, tapi memerlukan tumpuan dan masa yang mencukupi. Namun jika tersilap langkah boleh lingkup KECUALI  KEDAI EMAS..Kita tak pernah dengar Kedai emas bangkrap / lingkup kan…Kita hanya dengar tokey emas buat rumah besar, kaya raya dan sebagainya.

2.  PELABURAN EMAS MEMERLUKAN MODAL YANG SEDIKIT, MUDAH DI PECAH-PECAHKAN DAN NILAINYA SENTIASA MENINGKAT.

Pelaburan emas adalah mudah dan untuk semua golongan kerana ianya ada pelbagai jenis seperti 1 dinar, 5 dinar,  20g , 50g dan sebagainya mengikut kemampuan. Emas mudah di pecah-pecahkan atau mudah di bahagi-bahagikan. Jika kita mempunyai anak 5 orang dan ingin membahagi sekeping tanah, mesti ada yang kurang berpuas hati/berebut ingin tanah yang terbaik..”nok tanah hok atas gong la, nok hok dekat jale la, silap2 anok-anok buleh berbaloh..” Berbeza dengan emas, jika anda ada 100g  emas, bagi 20g seorang…tiada yang tidak berpuas hati atau berdengki. Jadi simpanlah emas untuk masa depan dan kedamaian kerana nilainya akan sentiasa meningkat.

3.  PELABURAN EMAS SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

Pelaburan emas adalah pelaburan yang tiada risiko. Harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang. Jika lihat graf harga emas, jangkamasa penurunan emas paling panjang adalah 4 bulan iaitu pada tahun 2008 iaitu masa krisis ekonomi global. “ pelaburan emas adalah anti inflasi iaitu jika negara mengalami inflasi atau peperangan atau bencana alam akan menyebabkan nilai wang akan jatuh dan tidak bernilai,pada masa ini barang yang bernilai adalah emas dan umum mengetahui nilai emas sentiasa tinggi, laku seluruh dunia dan senang dibawa kemana-mana”. Pelaburan emas adalah selamat dan suci berbanding dengan pelaburan wang. “ pelaburan emas hanyo melibatkan emas, kalu kito melabur dale dana amanah, kito tok tahu pitis kito tu dio melabur ko syarikat mano???”

4.  PELABURAN EMAS BERSIH.

Dalam pelaburan emas anda akan mendapat keuntungan bersih. Anda lah Pengurus Pelaburan membeli emas ataupun menjual emas. Jadi dalam pelaburan emas anda akan mendapat keuntungan bersih tanpa cukai kerajaan atau pun di tolak pelbagai kos. Dalam simpanan dana amanah, mula-mula anda mahu melabur sudahpun di tolak 5% kos pengurusan. Dimana jika anda melabur RM100, anda melabur hanya RM95 ringgit sahaja. “Setiap akhir tahun dio tolak pulok cukai kerajaan dan kos-kos lain dan selebihnya baru dio  wi ko kito, sebab tu buleh tok berapo banyok..” Pelaburan emas adalah bersih dan tidak menyalahi hukum syarak kerana kita menyimpan  emas semata-mata dan berdasarkan naik turun emas. “supo nego lah ni, beli muroh ,jual mahal sikit..ko rano?”

5. PELABURAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN DAN MENGUBAH HIDUP

Pelaburan emas dapat menjamin masa depan dengan simpanan emas yang sentiasa meningkat harganya dan dapat mengubah hidup kepada kehidupan yang lebih baik melalui peluang tambah pendapatan sampingan melalui simpanan emas atau jadi usahawan emas iaitu pengedar emas.

Website pelaburan emas public gold ini berlogokan infiniti iaitu pelaburan untuk jangka panjang yang tiada penghujungnya iaitu pelaburan emas dengan simpanan emas laku sampai bila-bila dan boleh diwarisi hingga ke anak cucu.

Pelaburan emas dan pelaburan perak melalui syarikat Public Gold Marketing Sdn Bhd atau Public Gold adalah pelaburan emas silver untuk jangka panjang yang tiada penghujungnya kerana tiada syarikat emas sah atau kedai emas yang bangkrap atau muflis dan jikapun public gold bangkrap atau ditutup pelabur emas public gold tidak akan rugi kerana mempunyai simpanan emas fizikal yang murah dan tulin.Bebaskan diri dari masalah kewangan dengan melabur emas fizikal publicgold dengan menjadi planggan public gold atau menjadi pengedar public gold iaitu jadi usahawan emas melalui perniagaan emas secara langsung.Lihat EMAS UBAH KEHIDUPAN MENAMBAH PENDAPATAN

6. PELABURAN EMAS FIZIKAL BOLEH DIMANIPULASIKAN

Kelebihan pelaburan emas fizikal iaitu melalui beli jongkong emas,duit syiling emas dinar,jongkong perak,syiling dirham atau barangan perhiasan emas adalah ianya boleh dimanipulasikan. Iaitu emas fizikal ini boleh digunakan untuk mendapat wang atau menambah modal. Pelaburan wang tidak boleh dimanipulasikan iaitu jika menyimpan RM100 dalam pelaburan wang,maka RM100 itulah modal pelaburan dan takkan bertambah,tapi berkurang dari segi nilai wang.

Melalui pelaburan emas public gold ini kita boleh manipulasikan emas untuk menambah modal pelaburan atau mendapat barang percuma. Lihat TEKNIK PELABURAN EMAS TERBAIK DAPAT BARANG PERCUMA UNTUNG

7.  PELABURAN EMAS MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG AMAT CERAH.

Pelabuaran emas mempunyai masa depan yang cerah  dengan peningkatan harga yang semakin tinggi kerana permintaan terhadap logam istimewa ini yang semakin tinggi. Ini adalah di sebabkan oleh :

a) Emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik, sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat). Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.

b) Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang. Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001. Ini adalah kerana sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun. Apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali dan menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit…

China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak!

c) Permintaan pelaburan emas meningkat. Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.

Dalam ayat World Gold Council sendiri…Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand. Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya… semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas, harga akan meningkat lagi..

d) Bank Pusat Sibuk Membeli Emas! Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, menghadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah – termasuk IMF – sebanyak 400 tan sahaja. Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran. Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka. Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).

Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.

Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga…

e) Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas

Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970. Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka — meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas. Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi. Dengan kata lain – emas bakal menjadi “wang baru” untuk kebanyakan negara — terutama sekali negara-negara Islam.

f) Emas Di Dalam Secular Bull Market

Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, harga memecut ke atas, membuatkan teknologi “bubble” (pada tahun 1998-2000) dan housing “bubble” (2007-2010) nampak kecil berbanding “bubble” emas yang akan berlaku.Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 25%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.

g) Permintaan Emas Hangat Di Asia. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas. Tapi sekarang… China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak dan secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi…Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?

Harga emas akan meningkat lagi…

Beli Emas Sekarang juga, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya…

jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sekarang.. sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut. Memang hebat produk bernama EMAS ni !!!

Mulai beli emas dan simpan emas sikit demi sedikit. Anda boleh mula beli emas  1 dinar sebagai tapak pelaburan emas. Klik segera CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk belajar cara mudah membeli emas secara online dengan menjadi pelanggan public gold dan seterusnya memulakan pelaburan emas melalui kemudahan membeli emas atau menjual emas secara online 24 jam sehari.

Simpan dapat untung, gadai dapat untung, jual pun dapat untung !!!

Beli emas sekarang..jangan tunggu kerana emas akan sentiasa meningkat…jika pun emas turun, harganya adalah sedikit dan tidak akan turun seperti harga hari ini.

Klik Daftar Public Gold  untuk daftar percuma seterusnya beli emas online, dengan mengklik LOGIN,REGISTER dan pada ruangan no introducer tuliskan PG001425, nama introducer MOHD ZAIDI BIN JUNUS, no mobile introducer 019-9185593 dan isi maklumat anda. Selepas mendapat username dan password anda klik LOGIN,PLACED ORDER untuk lock harga emas atau kunci beli emas dengan memilih jenis emas yang dikehendaki dan CAWANGAN PUBLIC GOLD terdekat anda untuk membayar dan mengambil emas anda.

Public gold sebenarnya adalah kedai emas online yang menjual dan membeli emas fizikal dalam talian sama ada website atau sms 24 jam sehari 7 hari seminggu. Beli emas akan dapat emas fizikal yang tulen dan murah. Anda kunci harga emas pada website, keesokkannya pergi ke cawangan public gold terdekat, bayar dan terus dapat emas yang dibeli.

Emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun…

Hubungi Zaidiemas segera 019-9185593

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *