Posted in ILMU EMAS

5 TEMPAT TERBAIK SIMPAN DUIT UNTUK MENJANA PENDAPATAN

5 Tempat Terbaik Simpan Duit Untuk Menjana Pendapatan
5 Tempat Terbaik Simpan Duit Untuk Menjana Pendapatan

5 tempat terbaik simpan duit untuk menjana pendapatan tanpa kerja yang selamat dan patuh syariah serta mengelak daripada terkena scam

Masyarakat Malaysia ramai yang kurang berpengetahuan tentang cara simpan duit dan menguruskan wang dengan bijak. Semua orang faham dengan konsep “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, namun hanya sekadar menyimpan wang sahaja seperti simpan wang dalam akaun simpanan bank semata-mata adalah suatu kesilapan. Kebanyakan akaun simpanan hanya menawarkan kadar faedah sebanyak 0.05% hingga 0.25% setahun. Sebenarnya, wang dalam simpanan berpotensi untuk ‘beranak-pinak’ iaitu tahu cara buat duit dengan simpan wang menjana pendapatan pasif.

Pengurusan kewangan untuk buat duit tanpa kerja penting untuk kehidupan yang sejahtera. Kunci utama pengurusan kewangan adalah corak perbelanjaan dimana pendapatan masuk mesti lebih besar daripada pendapatan keluar dan memiliki simpanan.

Kadar Inflasi Malaysia 2024
Kadar Inflasi Malaysia 2024

Simpanan wang hendaklah berkembang supaya tidak di mamah iflasi kerana nilai wang semakin rendah nilainya. Kadar inflasi setahun yang menyebabkan nilai wang jatuh iaitu lebih kurang 2% setahun, oleh itu simpanan wang mesti dapat dividen melebihi 2% setahun untuk elak kerugian. Jadi, elakkan simpan duit di bank kerana simpanan tidak berkembang, elak berhutang  dan elak melabur skim pelaburan tipu.

Pesara Guru Rugi Lebih Setengah juta Ditipu Syarikat Pelaburan Emas
Pesara Guru Rugi Lebih Setengah juta Ditipu Syarikat Pelaburan Emas

Saya terpanggil membuat artikel ini setelah melihat berita Pesara Guru Rugi Lebih Setengah Juta Ditipu Syarikat Pelaburan Emas. Saya telah menulis mengenai CARA MENGENALI SKIM CEPAT KAYA iaitu pelaburan tipu sejak tahun 2012 lagi dimana cara mudah kenali skim pelaburan tipu adalah menjanjikan keuntungan luar biasa dan beli emas tak dapat emas. Wang ganjaran persaraan sepatutnya digunakan untuk bekalan seumur hidup mestilah digunakan sebaiknya. Jangan jadi miskin ketika tua, kerana miskin ketika tua lebih merana kerana sudah tiada tenaga. Pesara TIDAK sepatutnya menggunakan wang ganjaran persaraan untuk membeli liabiliti seperti kereta baru, berhutang atau memberi hutang, melakukan perkara yang berisiko seperti melabur, mula perniagaan dan sebagainya.

Saya juga baru bersara pasti mencari-cari tempat simpanan wang untuk menyimpan wang ganjaran persaraan. Prinsip asas simpanan atau pelaburan ialah “Don’t Put All Your Eggs in One Basket” iaitu jangan letak simpanan atau pelaburan pada satu tempat. Disenaraikan 5 tempat terbaik untuk simpan wang sambil menjana pendapatan yang selamat patuh syariah dari pengalaman sendiri.

5 TEMPAT TERBAIK SIMPAN WANG SAMBIL MENAMBAH PENDAPATAN TANPA KERJA

1. SIMPANAN WANG VERSA DAPAT DIVIDEN HARIAN

Versa Tempat Simpan Wang Terbaik
Versa Tempat Simpan Wang Terbaik

Versa ialah platform penyelesaian kekayaan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dana simpanan save Versa ialah untuk Versa Cash dan Versa Cash-i (i ialah islamik patuh syariah) ialah Affin Hwang Enhanced Deposit Fund dan Affin Hwang Aiiman Enhanced i-Profit Fund, masing-masing. Versa juga menawarkan pelaburan unit trust melalui aplikasinya yang mesra pengguna.

Simpanan wang dalam Versa akan dapat dividen harian iaitu Versa Cash 3.52% p.a dan Versa Cash-i 3.38% p.a setahun. Kelebihan versa cash mempunyai rate booster melalui promosi yang boleh meningkatkan kadar dividen hingga 7% setahun.

Versa sesuai untuk parking wang sementara kerana ianya sangat cair iaitu mudah dikeluarkan dengan dapatan dividen harian sebagai dana kecemasan, pusingan modal perniagaan atau menunggu masa beli aset atau pelaburan lain yang lebih baik.

Simpanan dalam Versa hanya serendah RM10 tanpa limit simpanan dan pengeluaran wang cepat dalam tempoh  lebih kurang sehari. Rebut peluang mula menyimpan wang dalam Versa atau unit amanah Versa perolehi percuma RM10 dengan simpanan minima RM100. Cara mula simpanan wang Versa :

  1. Download the Versa app KLIK: https://download.versa.com.my/1bAf/referral?deep_link_value=Y7QN8GYQ
  2. Sign up tulis kod Y7QN8GYQ
  3. Mula simpan wang min. RM100

2. SIMPAN WANG GO+ PEROLEHI DIVIDEN HARIAN DI TOUCH ‘N GO (TNG)

Touch 'N Go Simpanan Wang Go+
Touch ‘N Go Simpanan Wang Go+

Touch ‘n Go melalui simpanan GO+ ialah dana pasaran wang yang ditawarkan kepada pengguna e-dompet Touch ’n Go melalui aplikasinya. E-dompet itu diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd dan merupakan salah satu yang paling popular di Malaysia. E-dompet TNG selamat yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Simpanan wang dalam GO+ pada asasnya melabur dalam Dana e-Tunai Utama (diuruskan oleh Principal Asset Management Berhad, sebuah usaha sama antara Principal Financial Group dan CIMB Group Holdings Berhad) yang melabur dalam gabungan tunai (di bank) sebagai serta penempatan deposit Islam dalam denominasi ringgit, instrumen pasaran wang Islam dan/atau sukuk yang patuh syariah.

Simpanan GO+ minima RM10 sehingga maksimum RM20,000 akan dapat pulangan harian dividen harian 3.60% setahun selepas ditolak fes pengurusan dan pemegang amanah masing-masing sehingga 0.45% dan 0.03% setahun dengan pengeluaran segera ke baki e-dompet serta boleh menggunakan dana dalam GO+ untuk pembayaran jika baki e-dompet tidak mencukupi.

Touch ‘n Go sesuai untuk simpanan jangka pendek kerana ianya sangat cair mudah dikeluarkan dengan dapatan dividen harian sebagai dana kecemasan atau menunggu masa beli aset atau pelaburan lain yang lebih baik.

3. SIMPANAN EMAS

Sejarah Harga Emas Malaysia
Sejarah Harga Emas Malaysia

Simpanan emas adalah simpanan terbaik untuk jangkamasa panjang yang selamat dan patuh syariah. Kenaikan harga emas boleh mencecah sehingga 20% setahun yang dapat mengatasi simpanan wang lain. Simpanan emas terbaik selamat patuh syariah di Malaysia adalah Public Gold sejak 2008. Saya sendiri telah mula simpan emas Public Gold sejak 2010 dimana semua pembeli emas dapat emas yang dibeli.

Sejarah Harga Emas 999 Malaysia
Sejarah Harga Emas 999 Malaysia

Pembelian emas adalah suatu perbelanjaan bijak dengan menukar wang kepada aset berharga yang sentiasa meningkat harganya. Simpanan emas Public Gold boleh mula dengan membeli emas minima RM100 untuk kumpul aset emas sedikit demi sedikit. Klik DAFTAR PERCUMA PUBLIC GOLD untuk daftar percuma mula simpanan emas seterusnya saya beri panduan berikutnya atau maklumat MENGENAI PROGRAM KUMPUL EMAS GAP MINIMA RM100

Penyimpanan emas dapat mengukuhkan ekonomi keluarga dan negara. Simpanan emas tiada dividen seperti simpanan wang, ianya 100% bersandarkan kepada harga emas dunia. Simpanan emas telah terbukti menguntungkan dalam jangkamasa panjang, bukan sahaja keuntungan atas kenaikan harga, namun emas sebagai dana kecemasan, dana persaraan, pelindung kejatuhan wang, pengelak kebocoran wang yang seterusnya menjana kekayaan.

Banjir Pantai Timur 2024 lebih Buruk
Banjir Pantai Timur 2024 lebih Buruk

Kini 29 N0vember 2024 banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berdasarkan unjuran daripada sistem amaran awal Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Bencana alam seperti wabak covid19, banjir, perang atau kemesetan ekonomi akan menaikkan harga emas kerana simpanan emas adalah selamat “safe haven” kalis inflasi dan kalis bencana. Bayangkan jika simpan wang di rumah yang banjir, wang kertas akan rosak tidak bernilai, berbeza dengan simpan emas yang tidak rosak terkena air atau api dan emas mudah dibawa yang laku seluruh dunia.

Secara peribadi saya, simpanan emas adalah pelaburan utama untuk jangkamasa panjang, dimana simpanan lain adalah simpanan sementara untuk menunggu pembelian atau pembayaran pembelian emas secara Syariah Easy Payment Purchase.

4. SIMPANAN ASB MELALUI ASNB

Amanah Saham Bumiputera
Amanah Saham Bumiputera

ASNB merupakan platform pelaburan popular yang mendapat perhatian ramai serta dijamin oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Tempat simpanan terbaik ASNB adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB). ASB menjadi pilihan kerana ia mampu memberikan keuntungan kepada pelabur dengan pulangan dividen antara 5% hingga 7% setahun.

ASB merupakan satu pelaburan berbentuk simpanan. Simpanan/pelaburan ASB sangat cair iaitu boleh keluarkan wang bila-bila masa di bank ataupun secara online aplikasi MyASNB. Aplikasi ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) disokong oleh sokongan kerajaan, memastikan kebolehpercayaan dan kredibiliti. Aplikasi ASNB menyediakan pengguna dengan platform yang mudah untuk melabur dalam pelbagai dana unit amanah yang ditawarkan oleh ASNB seperti Ria.

Simpanan wang mudah cepat adalah melalui Aplikasi MyASNB. Sertai simpanan wang ASB atau unit amanah RIA Ingin guna kod rujukan saya N6ZWG3 untuk dapat RM10. Aplikasi MyASNB boleh di install di google playstore.

5. SIMPANAN WANG TABUNG HAJI

Simpanan Wang Tabung Haji
Simpanan Wang Tabung Haji

Tabung Haji adalah tempat simpanan wang popular untuk rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah haji di Mekah. Simpanan Tabung Haji akan dapat dividen atau keuntungan antara 3% – 4% setahun dan dijamin Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Simpanan Tabung Haji adalah simpanan jangka panjang untuk menunaikan haji atau pelaburan yang bersih setelah ditolak zakat. Simpanan dan pengeluaran di Tabung haji mudah tanpa had di kaunter bank atau secara online.

5 tempat simpan wang terbaik di atas adalah pengalaman tempat saya sendiri menyimpan wang setelah membuat kajian dan penelitian. Tempat simpan wang terbaik berdasarkan pendapat peribadi dari faktor keselamatan, patuh syariah, perolehan dividen/keuntungan dan platform dari syarikat tempatan Malaysia.