Posted in RAMALAN HARGA EMAS

POTENSI SIMPANAN PERAK UNTUK PELABURAN SILVER PUBLIC GOLD

Potensi simpanan perak untuk pelaburan silver Public Gold
Potensi simpanan perak untuk pelaburan silver Public Gold

Potensi simpanan perak untuk pelaburan silver Public Gold setelah kenaikan harga perak 100 peratus tahun 2025 dan ramalan harga perak

Harga perak naik melonjak pada Disember 2025 yang menarik perhatian baharu daripada pelabur, pengguna industri dan syarikat perlombongan. Pada 9 Disember, harga perak spot melepasi paras US$60 setiap auns troy, menandakan paras harga perak tertinggi dalam sejarah.

Harga Perak Naik $64 Apabila Defisit Bekalan Mungkin Mencecah $100
Harga Perak Naik $64 Apabila Defisit Bekalan Mungkin Mencecah $100

Harga perak mencapai paras tertinggi sepanjang masa kepada $64 iaitu kenaikan harga perak 98% dalam tempoh setahun dan telah melepasi harga puncak perak tahun 2011 dengan ramalan harga perak mungkin mencecah $100. Setelah kenaikan harga perak yang hampir satu kali ganda pada tahun 2025, apakah potensi untuk simpanan dan pelaburan perak ?

APAKAH POTENSI PELABURAN PERAK

Harga Perak Naik Disember 2025
Harga Perak Naik Disember 2025

Walaupun harga perak telah naik, namun potensi pelaburan perak amat cerah kerana harga perak masih di paras terendah ‘undervalued’ dengan peluang tinggi kenaikan berterusan harga perak kesan permintaan tinggi dalam industri kehidupan moden seperti pengeluaran kegunaan elektronik, panel solar, kereta elektrik dan produk lain.

Potensi pelaburan perak atau silver menawarkan keuntungan lebih tinggi kerana pergerakan harganya lebih agresif dan dianggap masih diparas rendah ‘undervalued’ yang didorong oleh permintaan industri yang tinggi (44% penggunaan perak) dan bekalan lombong yang terhad, menjadikannya pelindung nilai inflasi dan aset selamat semasa krisis.

KELEBIHAN PELABURAN PERAK

Simpanan jongkong perak untuk pelaburan mempunyai  banyak kelebihan di antaranya :

1.Harga perak benilai rendah ‘Undervalued’

Harga perak masih diparas rendah dan pada masa ini berbanding potensi pertumbuhannya. Perak di anggap “Gold in Future”. Secara purata, nisbah harga emas dan perak (gold-silver ratio) berada sekitar 80:1. Ini bermaksud harga perak kini masih jauh lebih murah berbanding emas, memberi potensi kenaikan harga yang lebih tinggi apabila pasaran logam berharga meningkat.

2.Volatiliti Tinggi

Ukuran perubahan harga emas tinggi iaitu harga perak boleh meningkat lebih tinggi (2-3 kali ganda) berbanding emas apabila pasaran naik, menawarkan potensi keuntungan lebih besar. Kenaikan tahunan harga emas tidak lebih 40% setahun, namun kenaikan tahunan harga perak melebihi 100% setahun.

3.Permintaan Industri

Permintaan tinggi perak dalam industri di zaman moden iaitu 44% perak digunakan dalam industri (elektronik, solar), meningkatkan permintaan perak fizikal selain pelaburan.

4.Kenaikan Permintaan Negara Membangun

Peningkatan permintaan jongkong perak negara kelas pertengahan di China dan India.

5.Pelindung Inflasi

Simpanan dan pelaburan perak melindungi kuasa beli semasa inflasi dan ketidakstabilan ekonomi, seperti emas.

Kelebihan Pelaburan Perak
Kelebihan Pelaburan Perak

Pelaburan jongkong perak Public Gold lebih mudah, mudah dan menguntungkan serta selamat patuh syariah melalui pembelian perak yang telus mengikut harga silver antarabangsa yang boleh dilakukan secara online melalui aplikasi atau website Public Gold. Urusan jual beli perak lebih mudah dan terjamin dengan tersedia 19 cawangan Public Gold seluruh malaysia. Jongkong perak juga boleh dipajak di Arrahnu KDE di cawangan Public Gold. Penyimpan dan pelabur perak Kuala Lumpur dan Penang boleh menyimpan perak di dalam peti besi dengan kadar sewa yang rendah.

Silver Accumulation Program SAP Public Gold
Silver Accumulation Program SAP Public Gold

Public Gold juga telah merendahkan peratus spread harga perak untuk lebih keuntungan kepada penyimpan dan pelabur perak beberapa tahun lepas. Public Gold juga menyediakan kepelbagaian dalam pelaburan perak seperti pembelian perak modal kecil SAP (silver Accumulation Program) atau pembelian perak fizikal dengan modal lebih besar.

RAMALAN HARGA PERAK 2026 DAN SETERUSNYA

Peramal industri Perak meramalkan defisit perak yang berterusan sehingga tahun 2026, dengan unjuran kekurangan pada tahun 2025 sahaja pada kira-kira 117 juta auns (3,660 tan) iaitu salah satu yang terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun sesetengah penganalisis melihat jurang yang semakin sempit di hadapan, ketidakseimbangan struktur yang berterusan daripada pengeluaran lombong yang lembap (~813 Moz setiap tahun) dan permintaan perindustrian yang mencatat rekod terus memberi tekanan harga yang meningkat.

Ramalan Harga Perak
Ramalan Harga Perak

Peningkatan permintaan daripada teknologi hijau, penggunaan perindustrian dan pelaburan memacu pengimbangan semula ini. Bank of America menaikkan sasaran perak 12 bulannya kepada $65 setiap auns selepas hasil sebenar mengecil dan aliran masuk ETF mengukuh. Bank-bank utama lebih yakin, dengan BNP Paribas mencadangkan perak boleh meningkat setinggi $100 setiap auns menjelang akhir tahun 2026 apabila pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah inflasi yang berterusan dan risiko geopolitik.

Ramalan harga perak untuk tahun 2026 yang lebih optimis mencadangkan kemungkinan lonjakan kepada $116.52. Ramalan konsensus untuk 2027–2030 mencadangkan harga perak akan meningkat kepada $133.53–$143.20. Sesetengah pakar meramalkan pertumbuhan kepada $236.60.

CARA MULA PELABURAN SILVER PUBLIC GOLD

Cara mula pelaburan perak dengan klik DAFTAR PUBLIC GOLD untuk daftar ahli Public Gold Percuma dan mula beli Silver Accumulation Program, SAP Public Gold serendah RM100 untuk kumpul perak sedikit demi sedikit ATAU beli jongkong perak fizikal, Physical Outright Purchase.

Selepas membuat pembelian perak, klik PANDUAN AHLI PUBLIC GOLD

Daftar Public Gold
Daftar Public Gold

Selepas DAFTAR Public Gold, install APLIKASI PUBLIC GOLD untuk LOGIN (tulis NOMBOR IC pada username dan password) di aplikasi atau website Public Gold untuk mula beli silver.

1.Pelaburan Perak Modal Kecil

Pelaburan Silver Modal Kecil
Pelaburan Silver Modal Kecil

Pelaburan perak modal kecil minima RM100 melalui Silver Accumulation Program (SAP) merupakan program kumpul perak sedikit demi sedikit minima RM100 dan dapat mengeluarkan pelbagai jongkong perak fizikal dari akaun SAP. Silver Accumulation Program (SAP) adalah sama seperti Gold Accumulation Program (GAP). Program SAP Public Gold adalah kemudahan simpan silver modal kecil patuh syariah iaitu boleh beli silver minima RM100 setiap kali belian dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram dan boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram silver bar, asalkan cukup perak terkumpul dalam Akaun Silver SAP.

Apa yang penting ialah konsistensi menyimpan sedikit demi sedikit, kerana nilai masa depan logam berharga dibina atas disiplin hari ini.

2.Pelaburan Perak Fizikal Outright Purchase

Pelaburan Perak Fizikal
Pelaburan Perak Fizikal

Pelaburan silver fizikal melibatkan pembelian jongkong perak seketul dengan modal yang lebih besar. Pelaburan silver boleh dimulai dengan membeli perak 10 dirham yang berharga RM375 hinggalah 5 kg. Jongkong perak yang dibeli mestilah disimpan sendiri sebagai simpanan pelaburan yang boleh dipajak atau dijual setelah harga perak naik di cawangan Public Gold

Dalam dunia pelaburan moden, perak kini mula mendapat perhatian semula kerana potensinya yang unik dan hubungannya yang rapat dengan sektor teknologi, tenaga hijau, dan permintaan industri global. Pelaburan terbaik untuk masa depan yang paling selamat dari pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik adalah pelaburan emas atau pelaburan perak seperti hadis dibawah  :

Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”