APAKAH PUBLIC GOLD AWARD RECOGNITION NIGHT

Apakah Public Gold Award Recognition Night
Apakah Public Gold Award Recognition Night

Apakah Public Gold Award Recognition Night (ARN), kepentingan sertai ARN, jenis anugerah dan majlis penyampaian anugerah kepada dealer Public Gold 2019.

Mengenai Public Gold Award Recognition Night iaitu Annual Dinner Public Gold yang di adakan setiap tahun untuk pengedar atau dealer emas Public Gold berkumpul makan malam, bertemu rakan, terima pengiktirafan dan anugerah daripada pengasas Public Gold Dato’ Wira louis Ng. Majlis makan malam tahunan Public Gold, Award Recognition Night tahun 2019 di adakan di hotel 5 bintang iaitu Hotel Pullman Bangsar Kuala Lumpur pada 27 Julai 2019.

Public Gold Award Recognition Night
Public Gold Award Recognition Night

Dealer, kakitangan serta keluarga Public Gold seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia hadir untuk mengeratkan silaturrahim, meraikan kejayaan sendiri atau rakan-rakan dalam suatu majlis yang hanya di adakan sekali setahun. Anugerah penghargaan public Gold ini diberikan kepada pasangan suami isteri dealer atau keluarga yang menunjukkan bahawa bisnes Public Gold adalah bisnes keluarga yang boleh di warisi. Saya membawa keluarga bersama dan menyewa di Hotel Pullman Bangsar Kuala Lumpur untuk hadiri majlis Annual Dinner Public Gold sambil bercuti.

APA KEPENTINGAN AWARD RECOGNITION NIGHT PUBLIC GOLD

Semenjak 9 tahun lepas, saya sentiasa hadiri annual dinner Public Gold walaupun saya tidak menerima apa-apa anugerah. Bezanya tahun-tahun lepas saya pergi seorang diri tapi kini bersama keluarga setelah menerima anugerah dari Public Gold. Kepentingan sertai Award Recognition Night Public Gold :

  1. Dapat motivasi diri untuk berusaha dan berjaya. Annual Dinner Public Gold bukan sekadar melihat orang berjaya dalam perniagaan Public Gold tetapi juga untuk motivasikan diri supaya lebih bersemangat dan berjaya. Jika syarikat direct selling, majlis pengiktirafan begini boleh dikatakan di adakan hampir setiap bulan untuk menaikkan motivasi dan semangat.
  2. Dapat kenal mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan keluarga, rakan atau sahabat dealer Public Gold seluruh Malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia. Perniagaan Public Gold tanpa sempadan dan memiliki rakan dan sahabat dealer dari seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Di majlis seperti ini sahaja akan dapat bertemu menegur, bertemu mata dan mengenali sahabat atau downline dealer yang jauh. ARN Public Gold bukan hanya sekadar makan malam atau menerima anugerah tetapi yang penting adalah silaturrahim yang terjalin dalam keluarga Public Gold dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Di majlis dinner tahunan Public Gold ini dapat bertemu, saling mengenali, beramah mesra di kalangan sahabat serta keluarga Public Gold. Kata pepatah,“If you want to walk fast, walk alone, but, if you want to walk far, walk together”.
  3. Dapat bertemu dan mengenali pihak pengurusan, staf serta kakitangan Public Gold. Public Gold award recognition night melibatkan kesemua staf utama Public Gold dari 18 cawangan seluruh Malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia. Mengenali dan berkawan dengan staf Public Gold seluruh cawangan Public Gold amat penting untuk memudahkan urusan terutama melibatkan ahli-ahli Public Gold dari cawangan yang berlainan.
  4. Dapat promosikan diri serta menjenamakan diri sebagai pengedar emas Public Gold yang aktif dan dipercayai.
  5. Dapat ilmu, berita, maklumat terbaru dan semangat baru untuk mencipta impian baru. Apabila dapat input, semangat baru dari majlis pengiktirafan dan kisah-kisah kejayaan, fikiran secara otomatik akan meletak impian. Apabila diri telah bersemangat dan yakin boleh berjaya, sebenarnya diri sudah berada separuh kejayaan yang diimpikan.
  6. Dapat peluang bercuti yang bermunafaat. Award Recognition Night adalah peluang cuti setelah penat bekerja setahun sebagai ganjaran kepada diri sendiri. Saya bersama keluarga bercuti di kuantan dan seterusnya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Annual Dinner Public Gold.
  7. Dapat makan malam sambil berhibur bersama keluarga dan rakan.

ANUGERAH DEALER PUBLIC GOLD DAN PENERIMA ANUGERAH AWARD RECOGNITION NIGHT 2019

Anugerah yang diterima oleh penerima anugerah di majlis Award Recognition Night bukan dalam bentuk barangan berharga, hanya sijil atau medal tetapi amat berharga dalam diri penerima dan pastinya memberi kesan aura positif emas untuk meningkatkan usaha. Anugerah Public Gold sebenarnya tidaklah penting kerana dealer Public Gold telah dapat ganjaran komisen setiap bulan tetapi yang utama adalah dapat motivasi dan semangat untuk terus berusaha. Anugerah yang disampaikan kepada dealer di majlis Award Recognition Night, ARN Public Gold 2019 ialah:

Anugerah Dealer Public Gold
Anugerah Dealer Public Gold

1. Club 100 iaitu dealer yang dapat mengrekrut atau membimbing minima 100 orang rekrut baru menjadi ahli atau dealer Public Gold. Tahniah kepada generasi y yang celik emas Public Gold yang telah dapat anugerah dalam Award Recognition Night, ARN Public Gold 2018/2019 walaupun masih muda dan belajar di institut pengajian tinggi.

2. New Master Dealer iaitu dealer yang telah berjaya menjadi Master Dealer Public Gold yang baru.

3. Star Master Dealer Public Goldiaitu Master Dealer yang mempunyai saiz empayar bisnes melebihi 1,00o orang. Dimana 1 star yang melebihi 1,000 orang, 2 star yang melebihi 5,000 orang, 3 star yang melebihi 10,000 oran, dan 4 star yang melebihi 50,000 orang

4. Sales Superstar Dealer iaitu dealer yang dapat membuat sales atau jualan emas peribadi melebihi RM300k dalam tempoh setahun.

Public Gold Mini SIP Vietnam
Public Gold Mini SIP Vietnam

5. Percutian percuma ke Vietnam melalui Mini Sales Incentive Program, SIP vietnam setelah dapat membuat jualan emas kurang dari 3 juta dalam tempoh setahun.

Public Gold SIP Balkan
Public Gold SIP Balkan

6. Percutian percuma ke Balkanmelalui Sales Incentive Program, SIP Balkan setelah dapat membuat jualan emas kumpulan minima 3.3 juta dalam tempoh setahun.

Anugerah Public Gold 2019
Anugerah Public Gold 2019

7. Million Dollar Dealeriaitu dealer yang dapat membuat sales atau jualan emas peribadi minima sejuta dalam masa setahun.

8. Champion Dealer iaitu anugerah tertinggi Public Gold.

“Tahniah kepada semua penerima anugerah Public Gold 2019”

PUBLIC GOLD AWARD RECOGNITION NIGHT 2019

Annual Dinner Public Gold 2019
Annual Dinner Public Gold 2019

Pembukaan majlis annual dinner Public Gold, Award Recognition Night Public Gold 2019 meriah dengan gandingan pengacara hebat TV Mr Terence Dass dan Queen. Ucapan alu-aluan dan pembukaan ARN Public Gold oleh Founder Public Gold Dato wira Louis Ng. Satu teks ucapan menarik dari founder PG Dato Wira Louis Ng iaitu “Success is not about how much money you can earn, its about how many life you change along the way”. Kata-kata diatas adalah bertepatan dalam bisnes public gold dimana kejayaan bukan tentang berapa banyak wang yang diperolehi, tetapi berapa banyak kehidupan yang diubah.

Idola Bisnes Public Gold
Idola Bisnes Public Gol

Dato Wira Louis Ng dan sifu Syukor Hashim adalah idola saya dalam perniagaan Public Gold semenjak 2010 kerana sifat peribadi terbaik, berfikiran hebat dan berpandangan jauh dalam perniagaan. Semenjak 2008 Public sentiasa adakan Forum Master Dealer untuk perbincangan, maklumat dan idea baru untuk kemajuan perniagaan Public Gold. Pada tahun 2011, Public Gold hanya ada 4 cawangan dan ku masih ingat tahun 2011 dalam Forum Master Dealer, Dato Louis Ng berkata, public gold akan berkembang maju dan punyai banyak cawangan seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia. Pada masa tu dalam hatiku tak berapa percaya. Tapi, kini tahun 2019 terbukti apabila Public Gold sudah berkembang pesat menjadi PUBLIC GOLD GROUP yang punya 18 cawangan seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia serta anak syarikat lain seperti Ar-Rahnu KDE, PG Mall, Aurora Italia, PG gold museum dan Public Safe. Semua kata-kata dan impian yang diucapkan oleh dato Louis Ng sebelum ini dilaksanakan dan telah terlaksana, cuma seingat saya hanya satu saja kata-kata beliau yang belum terlaksana, iaitu “memiliki kapalterbang/pesawat Public Gold sendiri untuk bawa ahli keluarga Public Gold berjalan-jalan”. Namun sudah ada replika pesawat terbang di meja meeting hq public gold dan di meja dato Louis. Inilah cara mencapai impian dengan meletakkan/tulis/objek sesuatu impian sebagai pencetus semangat. “Semoga suatu hari, impian akan menjadi kenyataan”

Public Gold Group
Public Gold Group

Majlis dinner Public Gold 2019 diteruskan dengan pelancaran logo Kumpulan Public Gold baru, PG GROUP iaitu simbol bar emas di mana pg bermula. Logo Public Gold Group mencerminkan semua aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Public Gold seperti Pelaburan dan Perniagaan Emas Public Gold, Public Safe iaitu peti simpanan emas terbesar Malaysia, PG gold musuem iaitu muzium emas terbesar Malaysia, pgmall iaitu beli belah online terbesar Malaysia, PG Jewel iaitu barang kemas 916 Public Gold, aurora Italia dan KDE iaitu arrahnu Public Gold. Sertai perniagaan PUBLIC GOLD GROUP dengan mula beli emas GAP minima RM100 untuk menjadi ahli Public Gold. Klik CARA BELI EMAS 1 GRAM GAP PATUH SYARIAH PUBLIC GOLD. Award Recognition Night, ARN Public Gold 2019 diserikan dengan penyanyi undangan berbakat besar iaitu Oya Suria yang sedap menyanyi, comel, sporting dan peramah. Klik lihat video youtube ANUGERAH AWARD RECOGNITION PUBLIC GOLD 2019  

Anugerah Public Gold ARN Mohd Zaidi Bin Junus
Anugerah Public Gold ARN Mohd Zaidi Bin Junus

Pada majlis Award Recognition Night Public Gold tahun 2019, saya telah menerima 2 anugerah iaitu percutian percuma ke Balkan melalui Sales Incentive Program, SIP Balkan dan Sales Superstar Dealer. Alhamdulilah, impian menjadi kenyataan apabila mendapat percutian percuma ke negara-negara Balkan tajaan penuh Public Gold. Percutian istimewa tajaan penuh ke Balkan adalah percutian percuma kali ke empat yang diperolehi melalui SIP Public Gold. Ribuan terima kasih kepada Public Gold Group, semua sahabat Pelaburan Emas Public Gold, keluarga dan semua rakan-rakan.

Sales Incentive Program Public Gold New Zealand
Sales Incentive Program Public Gold New Zealand

Award Recognition Night Public Gold 2019 diteruskan dengan tayangan video Sales Incentive Program, SIP New Zealand 2020. Saya bergerak bersendirian tanpa mentor, tapi dapat pencetus semangat dari Public Gold Group terutama dato Louis Ng dan Mr Kenneth Cheang Chee Wah yang sentiasa beri semangat dan tunjuk ajar. Percutian percuma melalui program Sales Incentive program, SIP bagi tahun 2020 adalah pelancongan percuma ke New Zealand. Semasa berjumpa dengan sahabat Mr Kenneth, ia berkata “kena kuat usaha lagi untuk ke New Zealand tahun depan”. Ku sentiasa ingat kata-katanya hingga kini “mesti boleh”. Kata orang tua, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Aku akab berusaha gigih dan teruskan usaha murni untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menyimpan emas. Sales Incentive Program, SIP New Zealand akan menjadi impian baru untuk mendapat percutian percuma taraf VIP ke New Zealand atau mini Sales Incentive Program ke negara Asia tahun 2020.

Pertunjukan Emas Perhiasan Public Gold
Pertunjukan Emas Perhiasan Public Gold

Annual Dinner Public Gold diakhiri dengan pertunjukan fesyen emas perhiasan 916 dari pg jewel dan emas perhiasan Aurora Italia dan sesi beramah mesra dan pengambaran bersama sahabat serta rakan-rakan keluarga Public Gold.

Public Gold ARN 2019
Public Gold ARN 2019

Majlis makan malam anugerah Public Gold sebenarnya memberi menjadi kenangan manis, pembakar semangat dan mengeratkan silaturrahim dalam keluarga besar Public Gold. Award atau anugerah tidaklah penting, tetapi pendapatan dan suntikan semangat yang terbina lebih utama yang akan memberi inspirasi supaya lebih fokus dan berusaha dengan lebih gigih.

PERBEZAAN DEALER EMAS PUBLIC GOLD DENGAN DEALER BARANGAN

Perbezaan Dealer Emas Public Gold Dengan Dealer Barangan
Perbezaan Dealer Emas Public Gold Dengan Dealer Barangan

Banyak perbezaan antara dealer emas atau agen perniagaan Public Gold dengan dealer perniagaan lain. Perbezaan utama agen Public Gold mengajak beli emas untuk tabiat menyimpan wang seterusnya dapat tambah nilai wang, sedangkan agen perniagaan barangan mengajak beli barangan untuk suruh berbelanja wang seterusnya mengurangkan wang seperti rajah di atas. Kelebihan utama dealer Public Gold adalah menjana pendapatan pasif sepaanjang hayat yang boleh diwarisi. Klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk sama-sama berniaga perniagaan PUBLIC GOLD GROUP.

“Tukar Wang kepada EMAS, Tambah aset selamat dari LEMAS”