Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

PENGALAMAN PERCUTIAN DI JAKARTA DAN CIREBON INDONESIA

Pengalaman Percutian Di Jakarta Indonesia
Pengalaman Percutian Di Jakarta Indonesia

Pengalaman percutian di Jakarta dan Cirebon Indonesia untuk pertama kali sambil seminar peluang perniagaan emas Public Gold di Indonesia

Jakarta adalah ibu kota negara Indonesia yang terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa dengan jumlah penduduk yang padat iaitu 12.7 juta orang pada siang hari dan 9.9 juta orang pada waktu malam. Jumlah penduduk yang berbeza di kota Jakarta adalah kerana ramai penduduknya yang berada di luar kota datang ke kota untuk mencari rezeki pada waktu siang hari. Jakarta merupakan kota terbesar di Indonesia atau kota ke enam terbesar di dunia. Jakarta merupakan kota yang memiliki pasaraya atau mall terbanyak di dunia dimana mempunyai lebih dari 173 mall yang tersebar di seluruh kota Jakarta. Jakarta berada di tempat pertama sebagai kota dengan lalu lintas terpadat di antara 77 kota di dunia. Jakarta mempunyai stesyen Kereta Api Terbesar di ASEAN dengan jumlah 580 kereta api yang berulang-alik setiap hari.

Percutian Ke Jakarta Indonesia
Percutian Ke Jakarta Indonesia

Daripada fakta menarik mengenai kota Jakarta, saya telah dapat pengalaman percutian di Jakarta dan Cirebon apabila telah mengunjungi Jakarta, Indonesia bersama rakan Mr Kenneth Cheang Chee Wah. Perjalanan menaiki kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil masa 2 jam. Mr kenneth yang sudah biasa dan berpengalaman setiap bulan mengunjungi Jakarta terus mendapatkan kereta dengan aplikasi grab untuk ke hotel Ayaka Suites. Setelah berehat dan menyimpan barang di hotel, kami ke cawangan Public Gold Indonesia untuk berjumpa dan mengajak pengurus cawangan Public Gold Jakarta iaitu Mr Roman Loh makan malam bersama.

Cabang Public Gold Indonesia
Cabang Public Gold Indonesia

Apabila memasuki cawangan Public Gold Indonesia, aku tergaman dan terkejut kerana gambarku terpapar di dinding cawangan Public Gold Indonesia.

Investasi Emas Public Gold Indonesia
Investasi Emas Public Gold Indonesia

Roman Loh menjelaskan kota Jakarta adalah kota yang unik yang memiliki banyak kemudahan online seperti grab, kojek, uber dan sebagainya kerana kepesatan dan kesesakkan penduduknya. Semua jenis perkhidmatan dan barangan dari pengangkutan, makanan, pakaian dan sebagainya boleh di beli secara online dan terus sampai ke tempat pelanggan dengan cepat.

Grand Indonesia Jakarta
Grand Indonesia Jakarta

Perjalanan dari cawangan Public Gold Jakarta ke pasaraya terbesar jakarta, Grand Indonesia yang jauhnya lebih kurang 13 km sepatutnya hanya mengambil masa 15 minit, tapi kerana kesesakan lalulintas (macet) yang teruk telah mengambil masa hampir 2 jam. Mr Kenneth Cheang Chee Wah membawa kami makan malam di restoran kegemarannya iaitu Marco Padang Grill di Grand Indonesia yang terkenal dengan keenakkan sambal dan pelbagai makanan yang menyebabkan ia makan setiap bulan apabila mengunjungi Jakarta. Setelah selesai makan, aku memanggil pelayan restoran yang cantik manis untuk membayar “kira adik” pelayan cantik manis terdiam tak terkata, Mr Roman yang sudah berada di Jakarta melebihi setahun telah menyampuk “bil” barulah pelayan tersenyum dan mengambil bil.

Public Gold Indonesia
Public Gold Indonesia

Keesokkannya mengikut Mr Kenneth ke cawangan Public Gold Indonesia di Jakarta, tingkat 17, Suite 17-02B, bangunan Menara Palma untuk mendengar taklimat dan pembentangan mengenai investasi emas Public Gold Indonesia dari staf public gold cawangan Jakarta Indonesia.

Staf Public Gold Jakarta Indonesia
Staf Public Gold Jakarta Indonesia

Untuk masuk ke Menara Palma kita mesti mempunyai kad keselamatan yang boleh di perolehi di Kaunter dengan meletakkan kad lesen memandu atau kad pengenalan.

Emas Batangan Public Gold
Emas Batangan Public Gold

Disini aku mengambil peluang bergambar dengan emas batangan public gold Indonesia yang berbatik serta gold bar lbma Public Gold.

Kota Kasablanca Jakarta
Kota Kasablanca Jakarta

Petangnya aku dan Mr Kenneth jalan-jalan bandar Jakarta yang memiliki banyak pasaraya yang besar, dimana kami makan di Restoran Remboelan dalam pasaraya besar, Kota Kasablanca Mall. Harga Makanan di Jakarta murah berbanding Malaysia dimana harga makanan di restoran yang ada kelas dalam pasaraya hanya lebih kurang RM20 seorang dengan nasi, jus dan kuih.

Pusat Emas Cikini
Pusat Emas Cikini

Lepas makan, kami jalan-jalan di bandar Jakarta seperti mengunjungi Pusat Emas Cikini iaitu pasaraya emas atau pusat jual beli pelbagai emas. Malamnya kami menerima jemputan dari Vincent Tan iaitu pengurus pemasaran Public Gold malaysia di Plaza Semanggi.

Plaza Semanggi Jakarta
Plaza Semanggi Jakarta

Mengikut Roman Loh, kami sepatutnya makan di restoran tingkat atas Plaza Semanggi sambil melihat pemandangan Kota jakarta waktu malam, tapi restoran tersebut hanya di buka waktu malam, jadi kami makan di restoran lain. Sambil makan kami bercerita tentang Jakarta dan emas, namun adakalanya aku tak faham apabila mereka bercakap bahasa cina. Dalam hatiku berkata “Kena belajar bahasa cina juga ni”

Hari berikutnya kami membeli tiket kereta api untuk ke Cirebon bagi menghadiri seminar Peluang Perniagaan Emas untuk warga Indonesia. Malamnya kami makan bersama rakan Pelaburan Emas Public Gold, Mohd Zulkifli Shafei yang merupakan official speaker Public Gold yang akan berceramah tentang PELUANG PERNIAGAAN EMAS PUBLIC GOLD di Ceribon, Indonesia. Setelah 4 hari 3 malam berada di hotel Ayaka Suite dengan Mr Kenneth Cheang Chee Wah, pelbagai ilmu serta maklumat yang di perolehi apabila tinggal bersama dalam satu bilik. Mr Kenneth adalah staff awal Public Gold yang sentiasa berfikiran positif, di mana setiap pandangan atau apa-apa saja persoalan dia akan jawab “mestilah boleh”. Aku telah kenali Mr Kenneth Cheang Chee Wah semenjak 2010 lagi dan mengetahui sikapnya yang serba boleh di mana dalam Public Gold ia boleh bertindak menjadi pengurus seminar, mc, dj, tour guide, bonzer dan sebagainya yang menyebabkan ia menjadi orang penting dalam Public Gold.

Seawal jam 8 pagi, kami ke Stasiun Kereta Api Jakarta untuk ke Cirebon untuk seminar investasi emas batangan atau logam mulia public gold Indonesia di Cirebon. Perjalanan kereta api dari Jakarta ke Cirebon mengambil masa 3 jam. Mengikut staf Public Gold Indonesia, Eka Sari perjalanan berkereta mengambil masa 6 jam. Cirebon dikenali sebagai kota para wali atau kota udang yang mempunyai banyak tempat menarik seperti tempat-tempat bersejarah dengan keraton-keraton (istana) yang masih berdiri megah dan gua-gua bekas peninggalan sejarah.

Emas 1g Batik Kraton Public Gold
Emas 1g Batik Kraton Public Gold

Public Gold juga telah mengeluarkan emas batangan 1g batik BATIK KRATON yang bercirikan batik kerajaan sultan Indonesia. Gold bar 1 gram 24Karat lbma BATIK KRATON adalah keluaran khas pasaran Indonesia sudah berada di semua 19 cawangan Public Gold Malaysia. Emas batangan 1g Batik Kraton juga boleh dimiliki dengan mengeluarkannya dari akaun emas GAP yang lebih murah. Belian emas GAP iaitu program kumpul emas lebih murah, modal rendah dan jimat sambil mengelak kebocoran wang dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit untuk menjana harta serta pelindung kenaikkan kos sara hidup dan kejatuhan nilai wang. Klik KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS GAP bagi maklumat kebaikkan menyimpan emas GAP Public Gold.

Stasiun Kereta Api Cirebon Indonesia
Stasiun Kereta Api Cirebon Indonesia

Selain tempat sejarah, Cirebon terkenal dengan makanannya seperti nasi jamblang, empal gentong dan tahu gejrot. Cirebon juga terkenal dengan penghasilan batik dan merupakan pengeluar batik terbesar di pesisir Jawa. Apabila sampai di stasiun Kereta api Cirebon, rakanku di bawa begnya oleh pengangkut barang, jadi perlu di bayar atau diberi wang kepada pengangkut beg tersebut. Katanya “Ingatkan percuma kerana berpakaian seragam syarikat keretapi”.

Hotel Batiqa Cirebon
Hotel Batiqa Cirebon

Sampai di Cirebon, kami di sambut oleh staf Hotel Batiqa tempat kami menginap dan mengadakan seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold untuk warga Indonesia.

Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Petangnya pukul 3 petang adalah pembentangan peluang perniagaan emas di Cirebon pertama, 1st BOP in Cirebon, Indonesia Business opportunity presentation ( BOP ) yang di adakan di Hotel Batiqa, Ceribon. Sambutan seminar peluang perniagaan emas Public Gold di Cirebon amat mengalakkan walaupun pertama kali di adakan di Cirebon. Ini adalah kerana, Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas yang memberi peluang berniaga emas tanpa modal untuk mendapat pendapatan sepanjang hidup di Indonesia. Oleh kerana sambutan yang amat mengalakkan, seminar peluang perniagaan habis lewat hingga pukul 7 malam menyebabkan kami tidak berpeluang melawat tempat menarik di Cirebon.

Cirebon Indonesia
Cirebon Indonesia

Malamnya kami bersiar-siar di bandar Cirebon dan mengunjungi toko Batik Trusmi iaitu batik yang terkenal di Cirebon bersama saudara Eka Sari. Dalam hatiku, “Bukan saja batik yang cantik di Cirebon, cewek Cirebon pun cantik menawan manis”

Keesokkannya kami merasai “Nasi Jamblang” iaitu nasi popular di Cirebon Indonesia yang menyerupai nasi lemak di Malaysia. Kami balik dengan menaiki kereta api ke Jakarta dan seterusnya jalan-jalan bandar Jakarta sambil menunggu penerbangan ke Malaysia sebelah petang. Kami mengambil peluang membeli buku di toko gremedia kerana harga buku di Indonesia lebih murah berbanding Malaysia. Aku membeli 2 buah buku berjumlah 120 ribu rupiah iaitu nilai wang RM adalah RM40 untuk menambah ilmu perniagaan sambil belajar istilah bahasa Indonesia bagi promosikan emas Public Gold di Indonesia. “Buku hanyalah panduan ilmu teori, ilmu yang paling penting adalah pengalaman diri sendiri”

Pengalaman di Cirebon Indonesia
Pengalaman di Cirebon Indonesia

Perjalananku dari kelantan ke Kuala Lumpur ke Jakarta dan seterusnya naik keretapi ke Cirebon untuk peluang perniagaan emas adalah pengalaman yang amat berharga terutama tinggal bersama Mr Kenneth yang berlainan bangsa dan agama. Ribuan terima kasih kepada sahabatku Mr Kenneth atas layanan dan ilmu serta Public Gold yang memberi peluang berniaga emas bagiku memperolehi pendapatan tambahan pasif semenjak tahun 2010. Rebut peluang menjadi ahli Public Gold tanpa yuran dengan mula membeli emas minima 0.5g secara online atau beli emas GAP serendah RM100 sebagai penjana harta yang boleh diwarisi, pelaburan masa depan, tabung kecemasan, penyelamat kejatuhan nilai wang dan pengelak kebocoran wang. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk daftar percuma beli emas online dimana sahaja anda berada sama ada di Malaysia, Indonesia, Brunai dan sebagainya.
Bagi penduduk Indonesia, setelah pembelian emas secara online, emas batangan 24Karat boleh di poskan ke tempat anda atau boleh datang sendiri ke cawangan Public Gold Jakarta. Warga Indonesia juga boleh membeli emas Public Gold dengan walk in atau terus mengunjungi cawangan Public Gold Jakarta di alamat Menara Palma, 17th floor, Suite 17-02B, JL H.R. Rasuna Said, Blok X2 Kav.6, kuningan, Jakarta 12950, Indonesia atau Telefon +62 811-1719-916. Semasa membeli emas, beritahu staf Public Gold Nama Introducer Mohd Zaidi bin Junus dan Kod Introducer PG001425. Panduan Pelaburan Emas Public Gold, sila whatsapp Mohd Zaidi Bin Junus +6019-9185593 Star Master Dealer Public Gold