Posted in ILMU EMAS

PENCEROBOHAN LAHAD DATU

pencerobohan lahad datu sabah
pencerobohan lahad datu sabah

Pencerobohan Lahad Datu adalah krisis pencerobohan oleh pengganas kumpulan bersenjata kesultanan sulu di  lahad datu 2013.

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.

Pada 7 Oktober 2012, Presiden Filipina, iaitu Benigno Aquino telah mengumumkan bahawa rangka kerja perjanjian damai yang melibatkan antara kerajaan Filipina dan Barisan Utama Pembebasan Islam Moro. Bagaimanapun, pewaris Kesultanan Sulu berasa diketepikan dalam perundingan tersebut. Sebagai tindak balas, Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu, beliau telah menetapkan pada 11 November 2012 bahawa kontinjen awam dan tentera harus menuntut hak-hak wilayah di Borneo Utara.

11 Februari 2013, Agbimuddin Kiram pewaris kesultanan sulu dan seramai 100 pengikutnya tiba di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

12 Februari 2013,Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Februauri 2013, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari selatan Filipina.

14 Februari 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Februari 2013, Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Februari 2013, Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Februari 2013, Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari 2013, Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac 2013, Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac 2013, Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampunganair Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itumenyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac 2013, Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan airitu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampungitu.

4 Mac 2013,  Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai. Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac  2013, Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan. Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

6 Mac 2013, Datuk Seri Hishamudin dan Zaid Hamidi mendedahkan bahawa 13 Mayat Penceroboh ditemui pada petang tadi manakala CID dan Forensik pula telah menemui kubur 7 penceroboh yang maut. Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.

senjata kumpulan pengganas
senjata kumpulan pengganas di lahad datu sabah

“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu,” laporan dipetik dari Utusan Malaysia. Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, dipindahkan ke Dewan Embara, dekat Lahad Datu susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu. Seorang anggota pengganas Sulu ditembak mati oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

pindah kerana pengganas di lahad datu
pindah kerana pengganas di lahad datu

7 Mac 2013, Pasukan keselamatan masih mengesan pergerakan musuh di kawasan Kampung Tanduo dalam operasi mencari dan menggeledah. Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

8 Mac 2013, Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh

Pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu Sabah menyebabkan nyawa terkorban, merugikan harta benda ,memberi kesan negatif terhadap pelancong dan ekonomi negara. Pencerobohan ini menyebabkan penduduk huru hara,sunyi sepi kerana ketakutan,bank akan ditutup dan mesin ATM akan kehabisan wang dan mungkin menyebabkan perpindahan sementara penduduk.Pada waktu perpindahan kita akan membawa barang kecil dan bernilai sahaja. Apakah barang yang ringan kecil yang mudah dibawa?.Jawabnya emas. Jadi beli emas untuk simpanan waktu kecemasan,darurat dan sebagai pelaburan yang menjamin masa depan. Klik CARA BELI EMAS untuk membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan masa depan.

Saya masih ingat lagi, 10 tahun lepas saya mengajar di Sandakan, Sabah selama 4 tahun. Pada waktu itu kehidupan di Sabah adalah aman dan damai dimana saya dengan bebas dapat mengunjungi lahad datu, Kunak, Tawau, Semporna dan seluruh Sabah. Diharap keadaan di Sabah akan pulih dengan segera, aman dan makmur