Posted in ILMU EMAS

10 CARA SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK

10 Cara Simpanan Pendidikan Anak
10 Cara Simpanan Pendidikan Anak

10 cara simpanan pendidikan anak terbaik serta kelebihan dan kekurangan setiap tabung pendidikan ke pusat pengajian tinggi, universiti dan tabung kecemasan.

Ibu bapa berperanan membentuk simpanan atau pelaburan untuk anak-anak dari kecil sebagai aset atau hadiah tabung pendidikan untuk masa depan anak-anak yang boleh digunakan untuk anak menyambung pelajaran di Universiti, melangsungkan perkahwinan, duit deposit rumah pertama atau dana bekalan kecemasan.

Kos hidup dan dana pendidikan untuk anak semakin lama semakin tinggi seiring dengan kenaikkan harga barang dan kejatuhan nilai wang dan perlu diketahui pinjaman ptptn untuk pendidikan dikenakan bunga/interest sebanyak 4%, jadi pelaburan dan simpanan pendidikan terbaik mestilah mengambil kira penurunan nilai wang dan kos pengajian tersebut. Duit yang disimpan tetap dimakan inflasi setiap tahun di sebabkan kejatuhan nilai wang yang menyebabkan kuasa beli jatuh setiap tahun. Contohnya, pada zaman persekolahan saya iaitu tahun 80 an, duit belanja ke sekolah hanya 50 sen cukup untuk makan nasi, tapi kini perbelanjaan ke sekolah adalah RM5 sehari, iaitu kosnya meningkat 10 kali ganda. Dengan kata lain, kuasa beli duit kertas telah menyusut 100% dalam tempoh 25 tahun. Ini bermakna kuasa beli atau penyusutan nilai wang menurun purata 4% setahun. Pelaburan pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah simpanan atau pelaburan dari awal yang tidak terjejas oleh penurunan nilai wang dan peningkatan kos pendidikan bagi mengelak dari hutang pinjaman pelajaran ptptn disamping sebagai bekalan dana kecemasan.

Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA adalah sebanyak RM6,000 setahun iaitu lebih kurang berjumlah RM30,000 untuk pengajian selama 5 tahun. Selepas 10 tahun nilai yuran pengajian akan meningkat menjadi RM40,000 setelah dikira penyusutan wang 4% dalam tempoh 10 tahun.

Apakah simpanan pendidikan terbaik agar dapat mengelak bebanan hutang pendidikan PTPTN, mengelak dari penurunan nilai wang dan sebagai dana kecemasan. Senarai simpanan pendidikan mengikut turutan cara pelaburan atau simpanan pendidikan terbaik untuk anak-anak sebagai panduan untuk ibu bapa membuat pilihan seperti di bawah.

CARA SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK

Berikut adalah beberapa jenis pelaburan atau simpanan untuk pendidikan anak-anak sebagai tabungan pendidikan masa depan. Setiap jenis simpanan pendidikan disertakan kelebihan dan kekurangan simpanan pendidikan supaya ibu bapa dapat membuat pilihan yang terbaik.

  1. SIMPANAN EMAS UNTUK PENDIDIKAN
Simpanan Emas
Simpanan Emas

Ramai yang telah mengetahui bahawa emas adalah aset bernilai yang nilainya pasti meningkat, namun ramai yang belum tahu kewujudan simpanan emas fizikal modal kecil untuk dana pendidikan anak-anak dari kecil. Simpanan pendidikan anak terbaik adalah simpanan emas kerana nilainya sentiasa meningkat selari penurunan nilai wang dan merupakan simpanan paling selamat yang kalis inflasi dan boleh dimanipulasi seperti di pajak bila kecemasan. Nilai emas dijamin meningkat dalam tempoh panjang kerana bila nilai wang menurun, harga emas akan meningkat hinggakan emas dikenali aset yang ‘kalis inflasi’.

Pengiraan kasar penyimpanan emas untuk pendidikan anak dalam tempoh 10 tahun :

Katakan ibubapa menyimpan emas 1 gram, RM170 sebulan untuk tempoh 10 tahun, iaitu jumlah emas yang terkumpul ialah 1g X 12 X 10 iaitu berhasil mengumpul emas 120g.

Harga emas 1 gram 999.9 atau 24 Karat kini ialah RM170 segram dan harga emas selepas 10 tahun di anggarkan RM374 segram (andaian purata kenaikkan harga emas minima 12% setahun, iaitu 120% selama 10 tahun).

Jumlah nilaian emas yang dikumpul selepas 10 tahun ialah 120 X RM374 iaitu RM44,880 iaitu CUKUP untuk perbelanjaan pendidikan anak. Maksubnya, 120 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi atau kejatuhan nilai ringgit malaysia dimana anak-anak tidak perlu ambil pinjaman PTPTN.

Cara terbaik untuk simpan emas 1 gram sebulan ialah melalui program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Akaun emas GAP mudah dibeli, dijual atau dipajak secara online atau dikeluarkan pelbagai jongkong emas fizikal bila-bila masa dari akaun emas GAP di mana-mana 20 cawangan Public Gold. Emas GAP boleh disertai oleh anak kecil melalui akaun bersama (joint account) ibu bapa. KLIK CARA BELI EMAS 1 GRAM GAP PUBLIC GOLD untuk panduan cara beli emas GAP minima RM100 atau 1 gram untuk kumpul jongkong emas pelaburan.

KELEBIHAN SIMPANAN EMAS : Modal = rendah, Keuntungan = Tinggi, Risiko = tiada atau rendah, Dana kecemasan = amat mudah di pajak, Pelaburan = Patuh syariah dan selamat. Kemudahan = Beli, pajak atau jual online atau offline, peluang berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold

KEKURANGAN SIMPANAN EMAS : Risiko harga emas turun namun tiada risiko kerana emas boleh dipajak dan harga emas naik dalam tempoh panjang

  1. SIMPANAN ASB AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan untuk anak yang paling popular dan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang selamat, dijamin kerajaan, berisiko rendah dan mempunyai keuntungan yang stabil dan kompetitif dengan pasaran. Bagi tahun 2016, dividen yang diagihkan adalah 6.75% manakala bonus 0.50% iaitu lebih kurang 7 % dividen yang diperolehi setiap tahun. Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru yang membolehkan pelaburan dibuat untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, iaitu Akaun Remaja.

Pengiraan kasar penyimpanan ASB untuk pendidikan anak dalam tempoh 10 tahun :

Katakan ibubapa menyimpan wang dalam ASB sebanyak RM170 sebulan untuk tempoh 10 tahun, iaitu jumlah wang yang terkumpul ialah 170 X 12 X 10 iaitu berhasil mengumpul wang RM20,400 dan dividen RM8090 seperti pengiraan di bawah.

Dividen ASB iaitu lebih kurang 7% setahun, selepas 10 tahun akan dapat dividen tahun pertama RM170 x 12 x 7% iaitu RM172, tahun kedua RM170 x 24 x +RM172 x 7% iaitu RM297, tahun ketiga dapat dividen RM449, tahun ke empat dapat dividen RM602, tahun ke lima dapat dividen RM756, tahun ke enam dapat dividen RM909, tahun ke tujuh dapat dividen RM1063, tahun ke lapan dapat dividen 1216, tahun ke sembilan dapat dividen RM1370, tahun kesepuluh dapat dividen RM1428 iaitu jumlah dividen dalam tempoh 10 tahun ialah RM8090.

Jumlah wang dalam ASB yang dikumpul selepas 10 tahun ialah RM20,400 + RM8090 iaitu RM 28,490 iaitu TIDAK CUKUP untuk perbelanjaan pendidikan anak. Maksubnya penyimpanan wang dalam ASB sebanyak RM170 sebulan tidak cukup untuk tampung pendidikan anak-anak.

KELEBIHAN SIMPANAN ASB : Modal = rendah, Keuntungan = Tinggi, Risiko = rendah namun amat mudah wang dikeluarkan, Dana kecemasan = Ada namun perlu jual, Pelaburan = selamat dan dijaminan kerajaan, Kemudahan = Beli online atau offline

KEKURANGAN SIMPANAN ASB : Dividen hanya lebih kurang 7% setahun dan tiada kemungkinan untuk lebih tinggi dan terlalu mudah untuk mengambil wang

  1. SIMPANAN PELABURAN HARTANAH UNTUK PENDIDIKAN

Simpanan dan pelaburan dalam bentuk tanah, rumah atau kedai sebagai bekalan pendidikan anak-anak adalah satu simpanan yang menguntungkan kerana harga hartanah sentiasa meningkat. Pelaburan hartanah fizikal melibatkan pembelian tanah, rumah atau kedai dan jual atau sewakan atau usahakan sendiri. Pelaburan hartanah fizikal melibatkan pemilikan hartanah yang wujud secara nyata yang boleh digunakan untuk pendidikan anak-anak. Namun pemilikan hartanah perlukan modal yang besar, perlukan tenaga, perlukan usaha, perlukan kos dan memakan masa yang lama.

Pengiraan kasar simpanan tanah untuk pendidikan anak dalam tempoh 10 tahun :

Katakan ibubapa menbeli tanah yang bernilai RM20,400 dengan pinjaman bank yang dikenakan interest sebanyak 4% setahun dalam tempoh 10 tahun. Maka ibubapa perlu membayar interest sebanyak 4% x 10 tahun iaitu RM8160.

Katakan kenaikkan harga tanah dalam tempoh 10 tahun ialah 150%  iaitu harga tanah yang boleh dijual dalam tempoh 10 tahun ialah RM51000 apabila naik 150%, maka setelah di tolak interest bank iaitu RM8160 jumlah bersih ialah RM42,840.

Jumlah jualan tanah wang selepas 10 tahun ialah RM42,840 iaitu cukup untuk perbelanjaan pendidikan anak. Maksubnya pelaburan hartanah cukup menampung pendidikan anak-anak namun perlukan modal besar dan kos tambahan seperti kos jualan, kos penyelengaraan, tidak boleh dipecahkan, susah dijual beli dan susah di cairkan bila kecemasan wang.

KELEBIHAN PELABURAN HARTANAH : Keuntungan = Tinggi, Risiko = rendah namun susah dapatkan wang segera, Dana kecemasan = Tiada kerana susah dijual waktu kecemasan, Pelaburan = selamat,

KEKURANGAN PELABURAN HARTANAH: Modal = Tinggi, Dana Kecemasan = Tiada kecuali jual semuanya, Kemudahan = Susah beli atau jual hartanah dan perlukan kos

  1. SIMPANAN TABUNG HAJI

Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan untuk anak yang boleh menjadi sebuah pelaburan yang selamat. Purata dividen tabung haji yang diagihkan purata 4.25% manakala bonus Haji 1.5%. Apabila mendaftar akaun kanak-kanak boleh juga terus mendaftar haji untuk si kecil supaya cepat dapat mengerjakan haji.

KELEBIHAN SIMPANAN TABUNG HAJI: Modal = Rendah, Risiko = rendah dan suci kerana zakat telah dibayar, Dana kecemasan = Ada dan amat mudah keluarkan wang, Pelaburan = Patuh syariah dan selamat, Kemudahan = Beli online dan pengecualian cukai tafsiran

KEKURANGAN SIMPANAN TABUNG HAJI: Keuntungan = Sederhana dimana dividen lebih kurang 6% setahun dan dan tiada kemungkinan untuk lebih tinggi dan terlalu mudah untuk mengambil wang yang boleh menyebabkan kebocoran wang.

  1. SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau akaun SSPN-i untuk anak boleh dibuka bermula usia anak 1 tahun. PTPTN telahpun mewajibkan peminjam supaya ada akaun SSPN untuk membuat pinjaman ptptn.

KELEBIHAN SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN: Modal = Rendah, Risiko = rendah, Dana kecemasan = Ada dan amat mudah keluarkan wang, Pelaburan = Selamat dan dijamin kerajaan, Kemudahan = Beli online dan pengecualian cukai taksiran

KEKURANGAN SIMPANAN PENDIDIKAN SSPN: Keuntungan = rendah dimana dividen lebih kurang 5% setahun dan berpeluang tidak dapat menampung kejatuhan nilai wang.

  1. SIMPANAN DANA AMANAH UNIT TRUST

Dana amanah atau unit trust adalah sejenis pelaburan yang lebih berisiko berbanding Tabung Haji atau ASB. Modal permulaan adalah RM1,000 dan berpeluang mendapat agihan mengikut peratus keuntungan semasa. Dana amanah adalah pelaburan menguntungkan dalam jangka masa sederhana atau panjang namun berisiko kerugian apabila tersilap memilih unit trust atau kemelesetan ekonomi. Keuntungan dana amanah sebelum tiga tahun rendah, namun selepas 3 tahun keuntungan antara 10%-15% setahun.

KELEBIHAN SIMPANAN DANA AMANAH: Keuntungan = Tinggi namun berisiko, Dana kecemasan = Ada namun lambat iaitu dapat wang selepas 5 hari jual unit trust, Pelaburan = Selamat namun berisiko

KEKURANGAN SIMPANAN DANA AMANAH: Modal = Sederhana, Risiko = Tinggi

  1. SIMPANAN INSURANS TAKAFUL

Insuran takaful adalah pelaburan dan perlindungan untuk pendidikan anak. Plan endownment hanya membenarkan membuat pengeluaran selepas tamat tempoh maturity. Jika plan tempoh maturity adalah 10 tahun anda hanya boleh membuat pengeluaran selepas 10 tahun. Jumlah simpanan setiap bulan adalah tetap. Kelebihan endownment plan ialah dilindungi perlindungan insuran atau takaful. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, premium bulanan tidak perlu dibayar dan anak masih boleh menikmati tabung pendidikan tersebut selepas tarikh matang. Namun tabung pendidikan takaful lebih bersifat perlindungan berbanding menyimpan wang iaitu hanya sebahagian wang yang di belanjakan setiap bulan digunakan untuk simpanan atau pelaburan.

KELEBIHAN SIMPANAN INSURANS TAKAFUL : Modal = Rendah, Dana kecemasan = Tiada kerana simpanan tetap, Risiko = Rendah dan ada perlindungan insuran, Pengecualian Cukai Pendapatan

KEKURANGAN SIMPANAN INSURANS TAKAFUL : Keuntungan = Rendah, Pelaburan = Rendah iaitu hanya sebahagian disimpan dari nilai yang di bayar setiap bulan, Risiko jika tidak buat bayaran bulanan yang boleh menyebabkan nilai tiada nilai simpanan walau telah membayar bertahun-tahun.

  1. SIMPANAN SKIM PERSARAAN SWASTA

Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu membuat simpanan bagi persaraan. Setiap PRS mengandungi pelbagai dana persaraan yang boleh dipilih oleh individu untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan mereka sendiri, matlamat dan ketahanan risiko.

  1. SMPANAN WANG HARIAN

Simpanan wang harian adalah membina disiplin menabung setiap hari dengan cara yang menarik, mudah dan untung. Simpanan nilai wang seperti mengikut tarikh haribulan bagi suami isteri secara bergilir-gilir akan mengeratkan hubungan dan dapat sejumlah tabungan setiap bulan. Suami dan isteri hendaklan berjanji mesti memasukkan wang selang sehari mengikut giliran kedalam tabung. Suami memasukkan wang RM1 pada 1hb dan esoknya, 2hb isteri pula memasukkan RM2 dan seterusnya. Pada akhir bulan, jumlah tabung wang ialah  1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Bila sampai hujung bulan, duit simpanan dikeluarkan duit simpanan tersebut dan dilaburkan di tempat yang betul untuk dana pendidikan anak seperti membeli emas, simpan dalam ASB dan sebagainya.

  1. SIMPANAN WANG DI BANK

Simpanan wang di bank adalah simpanan wang asas yang dilakukan di bank. Keuntungan atau faedah yang diperolehi dalam simpanan bank biasa adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 1-3% sahaja. Bagi tabung pendidikan untuk anak, boleh juga manfaatkan peluang jangka masa panjang untuk pelaburan yang lebih menguntungkan iaitu simpanan tetap atau dikenali sebagai “FD” (fixed deposit). Simpanan tetap adalah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap dimana pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan. Faedah simpanan tetap tinggi sedikit dari akaun simpanan biasa antara 3% hingga 4% setahun. Simpanan wang di bank mendapat pulangan yang rendah dan kalah inflasi atau kejatuhan nilai wang.

Pengiraan kasar penyimpanan wang untuk pendidikan anak dalam tempoh 10 tahun :

Katakan ibubapa menyimpan wang di bank RM170 sebulan untuk tempoh 10 tahun, iaitu jumlah wang yang terkumpul ialah RM170 X 12 X 10 iaitu berhasil mengumpul wang RM20,400 dengan faedah 3% setahun pastinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak kerana kejatuhan nilai wang atau inflasi adalah 4% setahun.

Kini, hampir 90 peratus graduan di Malaysia dibelenggu hutang pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebaik sahaja tamat pengajian. Anak muda kini menanggung beban hutang yang banyak walaupun belum memperolehi kerja tetap atau kediaman sendiri. Jadi ibu bapa seharusnya memulakan simpanan pendidikan anak dengan memilih simpanan atau pelaburan yang terbaik bagi mengelak dari pinjaman ptptn, tabung pendidikan, pelaburan dan dana bekalan kecemasan. Klik RAHSIA TERSEMBUNYI KELEBIHAN SIMPANAN EMAS untuk maklumat keistimewaan apabila menyimpan emas.