Posted in PG MALL

PG MALL DAN POS MALAYSIA JALIN KERJASAMA

Pg Mall dan Pos Malaysia Jalin Kerjasama
Pg Mall dan Pos Malaysia Jalin Kerjasama

Pg Mall dan Pos Malaysia jalin kerjasama logistik untuk perluas e-dagang iaitu beli belah barang dan perkhidmatan online melalui perkhidmatan pos laju

PG MALL iaitu Public Gold Mall adalah anak syarikat Public Gold merupakan platform atau pusat beli belah barangan dan perkhidmatan online malaysia melalui tempahan secara dalam talian yang murah, mudah dan selamat. Public Gold adalah syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia yang mempunyai 19 cawangan Malaysia, Singapura dan Indonesia mengembangkan lagi perniaggan dengan menyediakan platform atau pusat beli belah online Malaysia. Pembelian secara online kini semakin popular apabila penggunaan telefon bimbit dan internet yang semakin meluas. Pembelian barangan dan perkhidmatan menjadi pilihan pengguna kini bagi mengurangkan kos pengangkutan, kesesakan jalan raya, menjimatkan masa, lebih mudah memilih serta membandingkan harga barang, dapat membeli barang tanpa sempadan dan boleh membeli belah setiap masa 24 jam sehari. Pusat Perniagaan Global PG Mall terletak di Pulau Pinang diuruskan oleh pasukan tenaga kerja cemerlang dan sokongan dealer Public Gold yang memastikan prestasi cemerlang pg mall, sama ada kepada peniaga dalam mengembangkan perniagaan mereka secara online atau kepada pembeli di PG MALL. Setiap produk di PG MALL dipilih dengan teliti untuk memastikan produk yang berkualiti terbaik dan selamat tiba ke tangan pembeli.

Kerjasama Pos Malaysia dan Pg Mall
Kerjasama Pos Malaysia dan Pg Mall

Pg mall telah menandatangani kerjasama logistik eksklusif dengan Pos Malaysia Bhd untuk perkhidmatan cabang kuriernya iaitu Pos Laju untuk perkhidmatan penghantaran barangan yang di tempah melalui pg mall. Satu majlis menandatangani jalinan kerjasama telah diadakan di ibu pejabat pos Malaysia di bangunan Dayabumi, KL pada 5 Oktober 2017. Kerjasama antara Pos Malaysia dan pg mall pastinya akan memberi faedah bagi kedua-dua pihak. Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, kerjasama itu dijangka meraih pendapatan RM500,000 dalam tahun pertama operasi dengan purata 300 penyerahan barang dalam sehari. “Kerjasama strategik ini adalah bahagian penting strategi sedia ada kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan logistik e-dagang eksklusif bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi juga di peringkat global,” katanya kepada pemberita selepas pemeteraian kerjasama itu bagi pihak Pos Laju.

PG Mall diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Wira Louis Ng. Mohd Shukrie berkata, kerjasama itu akan membolehkan Pos Laju memberi perkhidmatan kepada lebih 5,300 peniaga aktif PG Mall. “Ketika ini, majoriti syarikat e-dagang di Malaysia menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dan terkini kami menjalankan kerjasama strategik bersama PG Mall Sdn Bhd (PG Mall) iaitu syarikat penyedia platform membeli-belah dalam talian, PG Mall,” katanya pada majlis menandatangani kerjasama antara Pos Malaysia dan PG Mall. “Selain perkhidmatan penghantaran, Pos Laju bersedia menawarkan perkhidmatan berkaitan e-dagang lain seperti tunai ketika penyerahan, kad kredit ketika penyerahan, pengendalian khas barang besar serta perkhidmatan e-pemenuhan,” katanya.

Ketika ini, perkhidmatan berkaitan e-dagang menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pendapatan Pos Malaysia manakala untuk Pos Laju, ia menyumbang kira-kira 80 peratus. Sementara itu mengenai Bajet 2018, Mohd Shukrie menjangka kerajaan akan mengumumkan lebih banyak insentif untuk e-dagang di bawah Zon Perdagangan Bebas Digital(DFTZ). Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) optimis sumbangan perniagaannya berkaitan e-dagang mampu meningkat melebihi 40 peratus selepas kerajaan melaksanakan Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ) menjelang hujung tahun ini.

“Dengan keunikan PG Mall, saya percaya kita boleh berkembang dengan pesat berbanding dengan pemain lain dalam industri ini,” katanya sambil menambah ia akan didorong oleh 300 item yang dijemput setiap hari dari PG Mall.

Pusat Beli Belah Online Pg Mall
Pusat Beli Belah Online Pg Mall

PG Mall menyediakan kemudahan pemasaran online untuk semua peniaga-peniaga di Malaysia memasarkan barang-barang dan perkhidmatan secara PERCUMA ke seluruh dunia. Jalinan kerjasama antara Pos Malaysia melalui pos laju akan memberi keyakinan perkhidmatan yang tepat dan cepat kepada pengguna melalui tempahan di PG MALL. Jual beli dalam talian atau online shopping kini amat popular di zaman maklumat di hujung jari dengan kesibukan masa, waktu kemelesetan ekonomi, kos hidup yang meningkat dan kenaikkan harga barangan. Peniaga dapat mengiklan perniagaan melalui platform beli-belah dalam talian pg mall secara percuma untuk mengembangkan perniagaan bukan sahaja dalam Malaysia, malah ke seluruh dunia. Klik CARA IKLAN PERNIAGAAN PERCUMA DI PG MALL untuk panduan bagi peniaga atau merchant mendaftar perniagaan di PG MALL untuk pengiklanan online percuma bagi memperluas dan mengembangkan perniagaan.

Pengalaman percutian saya ke jakarta sambil mengunjungi cawangan Public Gold Jakarta Indonesia mendapati perbelanjaan secara online di Jakarta lebih maju dan telah berkembang pesat berbanding di Malaysia, mungkin kerana kepadatan penduduk, jalan raya yang macet, internetnya telah berkembang maju. Satu aplikasi terkenal di jakarta iaitu Kojek, merupakan aplikasi tempahan pelbagai barangan serta perkhidmatan online, sehinggakan pesanan makanan tengahari pada waktu rehat pejabat di lakukan melalui tempahan online kojek. Kata-kata orang tua zaman dahulu, “jauh perjalanan, luas pengalaman” adalah benar kerana apabila berjalan jauh ke tempat lain, banyak pemandangan dan pengalaman baru yang di perolehi. Begitu juga negara Malaysia, tempahan atau perbelanjaan online akan menjadi popular dan pesat dalam masa terdekat, tambahan lagi selepas kerajaan melaksanakan Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ) menjelang hujung tahun ini. Klik PENGALAMAN PERTAMA KALI KE JAKARTA DAN CIREBON untuk cerita pengalaman pertama kali mengunjungi Jakarta dan Cirebon Indonesia.

Aplikasi Pg Mall
Aplikasi Pg Mall

Perbelanjaan secara online semakin popular di kalangan rakyat Malaysia dengan tersedianya rangkaian internet yang luas, kesibukkan masa, kesibukkan jalanraya, kos pengangkutan yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. PG Mall Malaysia Online Shopping merupakan pusat beli belah online terbesar di bawah satu bumbung yang mempamerkan pelbagai kategori produk antarabangsa dan tempatan dalam kategori fesyen dan aksesori, elektronik, telefon bimbit dan tablet, peralatan rumah, rumah & kehidupan, kesihatan & kecantikan, kanak-kanak & bayi, barangan runcit dan sebagainya. PG Mall menyediakan produk kualiti terbaik pada harga yang paling berpatutan dengan mengadakan promosi setiap hari untuk membantu penjimatan besar dalam perbelanjaan. Pg mall membolehkan pembeli membeli-belah bila-bila masa, di mana sahaja dari komputer anda dan telefon mudah alih dengan mudah tanpa kos pengangkutan serta menjimatkan masa. Perkhidmatan penghantaran adalah cepat dan boleh dipercayai, dimana pembeli hanya perlu membuat pesanan di rumah, berehat dan pakej akan sampai ke rumah melalui perkhidmatan pos laju. PG MALL menyediakan pembeli dengan pelbagai pilihan pembayaran yang selamat termasuk pemindahan perbankan dalam talian segera daripada semua bank-bank utama di Malaysia. Bersama-sama menyokong peniaga tempatan Malaysia dengan membeli belah di PG MALL iaitu pusat beli belah online tempatan Malaysia. Jadi, pembelian secara online di PG MALL adalah satu tindakan yang bijak untuk penjimatan wang dan waktu. Aplikasi pg mall boleh di dapati di google play. Muat turun aplikasi pg mall pada telefon pintar untuk menikmati tawaran hebat, diskaun dan pengalaman membeli belah online pelbagai barangan dan perkhidmatan. Klik PANDUAN BELI-BELAH ONLINE DI PG MALL untuk panduan daftar percuma bagi membeli barangan dan perkhidmatan secara online di PG MALL.

Promosi Beli Emas Bayar Ansuran
Promosi Beli Emas Bayar Ansuran

Promosi Public Gold bulan Oktober 2017 adalah peluang mendapat wang tunai percuma untuk membeli belah di PG MALL dengan membeli jongkong emas pelaburan secara ansuran 10 bulan dan dapat menjadi dealer Public Gold. Dealer atau pengedar emas Public Gold akan berpeluang menjana pendapatan tambahan sepanjang hayat bukan sahaja dengan berniaga emas fizikal namun akan dapat pendapatan dengan promosikan pg mall. Maklumat lanjut, Klik PROMOSI BELI EMAS ANSURAN JADI DEALER PUBLIC GOLD DAN PERCUMA WANG.