Posted in RAMALAN HARGA EMAS

RAMALAN HARGA EMAS 2021 MASA DEPAN DAN RAMALAN EMAS MALAYSIA

Ramalan Harga Emas 2021 Masa Depan Dan Ramalan Emas Malaysia
Ramalan Harga Emas 2021 Masa Depan Dan Ramalan Emas Malaysia

Ramalan harga emas 2021 dan ramalan harga emas masa depan daripada analisis harga emas serta ramalan harga emas Malaysia

Harga emas 2020 adalah sejarah harga emas naik paling tinggi pada bulan Ogos iaitu 2075 us/oz yang telah melintasi harga emas tahun 2011. Penyebab utama kenaikkan harga emas tertinggi tahun 2020 adalah ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia disebabkan oleh pandemik Covid-19, pasaran saham jatuh disebabkan Black Monday dan Black Thursday, perang harga minyak Rusia-Arab Saudi, Brexit dan pilihan raya presiden AS yang melonjakkan harga emas. Dengan ketidaktentuan politik dan ekonomi yang semakin meningkat, emas telah menjadi aset utama bagi banyak pelabur yang ingin mengurangkan risiko dan mempelbagaikan portfolio mereka.

Kini bulan Mei tahun 2021 harga emas menurun stabil rendah memberi tanda tanya dan persoalan adakah harga emas akan naik melebihi $ 2,000 per auns pada tahun 2021 ?   Jadi disertakan analisis harga emas 2021 dan masa depan serta ramalan harga emas Malaysia.

ANALISIS HARGA EMAS 2021

Harga emas bersinar pada tahun 2020 dengan kenaikkan harga emas tertinggi pada 6 Ogos 2020 dimana harga logam emas mencecah $ 2,070 per auns iaitu melonjak 35 peratus sejak awal tahun 2020 dan 40 peratus dari harga terendah bulan Mac. Pertumbuhan itu didorong oleh melemahnya dolar AS dan sejumlah peristiwa geopolitik dan ekonomi yang signifikan di arena global, seperti perjanjian EU mengenai dana pemulihan koronavirus dan penutupan konsulat China di Houston, AS.

Selepas itu harga emas terus merosot akibat daripada kenaikkan harga dolar dan penemuan vaksin covid19 hingga bulan Mac 2021. Harga emas lantai, bottom price pada bulan Mac 2021 pada paras $ 1673 us/oz dan seterusnya harga emas naik secara perlahan hingga terbentuk double bottom pada bulan Mei 2021.

Analisis Harga Emas 2021
Analisis Harga Emas 2021

Analisis harga emas tahun 2021 berdasarkan bentuk graf double bottom dan kitaran harga emas bulan mei 2021 yang menandakan permulaan kenaikkan harga emas. Graf emas mengesahkan penembusan double bottom pada bulan mei 2021 dan dijangka harga emas akan mulai melangkah naik ke tahap $ 2000 mungkin menjelang bulan Ogos 2021 untuk bergerak kepada harga emas puncak bulan Ogos 2020

Analisis Ramalan Emas 2021
Analisis Ramalan Emas 2021

Analisa kitaran 40 hari (40 day cycle) dari kenaikkan harga emas tertinggi bulan ogos 2020 menunjukkan penurunan harga dengan kitaran 40 hari harga emas puncak pada anak panah merah dan kenaikkan harga emas pada kitaran 40 hari dari harga lantai pada bulan mac 2021 (anak panah hijau).

Kitaran 40 hari selepas harga lantai adalah 37 hari dimana kitaran 40 hari seterusnya pada akhir bulan jun 2021. Kitaran 40 hari emas ditutup minggu lalu pada hari ke-37. Sedikit awal tetapi tidak mengejutkan memandangkan kitaran sebelumnya dilanjutkan hingga 42 hari. Kitaran 40 hari berikutnya dijangka harga emas terus naik hingga akhir bulan Jun. Secara keseluruhan, harga emas dijangkakan akan terus kembali ke tahap menguji pada harga emas $ 2000 us/oz pada bulan Julai atau Ogos.

RAMALAN HARGA EMAS 2021

Ramalan harga emas 2021 dan ramalan emas masa depan daripada sebilangan bank dan penganalisis emas dunia seperti di bawah

Ramalan Harga Emas 2021 Dan Ramalan Emas Masa Depan
Ramalan Harga Emas 2021 Dan Ramalan Emas Masa Depan

Daripada rajah mendapati kebanyakan penganalisis emas meramalkan harga emas akan melebihi $ 2,000 per auns pada tahun 2021 kecuali hanya dua penganlisa yang meenjangkakan harga emas pada paras $1900 us/oz bagi ramalan harga emas 2021.

Perkara menarik daripada penganalisis ramalan harga emas 2021 dan masa depan adalah penganalisis Ross Norman yang meramalkan harga emas tahun 2021 adalah $2275 yang merupakan penganalisa hebat yang telah memenangi tempat pertama dalam tinjauan harga emas LBMA sembilan kali. Dia meramalkan emas akan meningkat 20% tahun 2021. CPM Group’s projection yang meramalkan harga emas rendah iaitu $ 1922 pada tahun 2021 menyatakan bahawa “kami menjangkakan harga akan meningkat tajam pada suatu ketika di masa depan, kepada rekod baru yang jauh lebih tinggi daripada $ 2000 us/oz”.

Ramalan Harga Emas
Ramalan Harga Emas

Penganalisis di Goldman Sachs mempertahankan prospek kenaikan harga untuk tahun yang akan datang, menetapkan sasaran harga logam emas pada $ 2.300 per auns: “Pada pandangan kami, pasaran bull struktural untuk emas belum berakhir dan akan beroperasi semula tahun depan apabila jangkaan inflasi bergerak lebih tinggi, dolar AS melemah dan permintaan runcit pasaran baru muncul terus pulih”

Ramalan harga emas purata dari penganalisis-penganlisis harga emas 2021 adalah $ 2,228. Ramalan emas daripada pengalaman sendiri pada akhir tahun 2021 adalah harga emas dijangka mencecah paras harga $2100 berdasarkan pengalaman daripada harga double bottom pada bulan mei, perayaan serta kemelesetan ekonomi akibat gelombang kedua covid19.

APAKAH FAKTOR KENAIKKAN HARGA EMAS 2021

Faktor utama kenaikkan harga emas tahun 2021 adalah ketidaktentuan ekonomi dan politik dunia. Tahun 2021 juga tidak terkecuali dari ketidaktentuan politik dan ekonomi dunia akibat wabak covid19 yang semakin bertambah walaupun sudah mempunyai vaksin terutama di India. Untuk melindung nilai portfolio, pastinya para pelabur akan terus membeli atau menambah aset komuditi emas sebagai pelaburan dan “save haven” yang akan menyebabkan harga emas tahun 2021 terus meningkat.

Pakej Ransangan Ekonomi covid19
Pakej Ransangan Ekonomi covid19

Faktor kenaikkan harga emas 2021 juga adalah kejatuhan nilai wang dolar akibat rangsangan ekonomi global untuk melawan pandemik covid19 yang akan menyebabkan berlaku inflasi.  Berdasarkan kajian dari McKinsey, rangsangan ekonomi tahun 2021 sudah melebihi ukuran yang diambil semasa krisis global 2008-2009. Semasa pelonggaran monetari, pelabur lebih cenderung beralih dari dolar AS kepada emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan dijangka berlaku kejatuhan nilai wang dolar seterusnya harga emas naik tahun 2021.

Faktor penting lain yang akan menentukan harga emas pada masa akan datang adalah pandemik coronavirus. Gelombang kedua covid19 telah melanda dunia, dengan jumlah kes meningkat setiap hari dibanyak negara akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi sesebuah negara malah dunia. Apabila sesuatu kerajaan menambah rangsangan fiskal baru dan monetari untuk melawan coronavirus seperti negara India akan menyebabkan berlaku ketidaktentuan politik dan ekonomi global yang akan menaikkan harga emas tahun 2021.

Ramalan harga emas pada tahun 2021 adalah dari pengalaman dan berdasarkan persekitaran hasil nyata yang negatif, dolar yang lemah, jangkaan inflasi yang meningkat, dan rangsangan monetari dan fiskal yang berterusan dan pengalaman kelaziman pergerkan harga emas lebih aktif bermula bulan Jun apabila ekonomi dunia lebih aktif pada pertengahan tahun. Jadi, berdasarkan keadaan semasa tahun 2021, jika ekonomi global terus mengalami kemerosotan akibat pandemik dan peningkatan ketegangan geopolitik telah mengganggu perdagangan antarabangsa, harga emas dijangka naik lebih tinggi tahun 2021 dan bahkan akan memecahkan rekod sebelumnya.

RAMALAN HARGA EMAS MASA DEPAN

Ramalan harga emas masa depan daripada pakar analisa emas dunia majoriti meramal harga emas terus naik pada masa depan. Banyak faktor yang mendorong harga emas naik lebih tinggi pada masa depan adalah satu kelebihan memiliki aset emas. Sejarah telah membuktikan bahawa harga emas terus naik dalam jangkamasa panjang selari dengan kejatuhan nilai wang, krisis dan inflasi.

Ramalan Harga Emas 2021 Dan Masa Depan
Ramalan Harga Emas 2021 Dan Masa Depan

Jeff Clark, Senior Analyst, GoldSilver.com meramalkan harga emas tahun 2021 adalah $2250 dan ramalan harga emas 5 tahun adalah $3000 hingga $10,000 us/oz.

Ramalan Harga Emas Masa Depan
Ramalan Harga Emas Masa Depan

Harga emas kini mula bersinar dan membentuk patern “a cup and handle” yang dijangka harga emas akan terus bersinar masa depan seperti graf di atas. Penulis buku Rich Dad, Poor Dad” iaitu Richard Kiyosaki meramal harga emas mencecah $ 3,000, dan pelbagai bank kini telah menyesuaikan ramalan mereka kepada paras melebihi $ 2,000.

RAMALAN HARGA EMAS MALAYSIA

Ramalan harga emas Malaysia iaitu harga emas dalam ringgit Malaysia pastinya akan terus naik kerana faktor utama kejatuhan nilai wang ringgit berbanding dolar. Harga emas dalam ringgit Malaysia dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu :

  1. Harga emas dunia dalam dolar Amerika
  2. Nilai ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika

Harga emas dunia diniagakan dalam dolar amerika iaitu us/oz. Maka harga emas dalam sesuatu negara berubah apabila nilai matawang berubah kerana perubahan nilai matawang berbanding matawang dolar. Ini bermaksub, kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam ringgit malaysia.

Seluruh dunia termasuk kerajaan malaysia telah menyuntik inisiatif menangani wabak pandemik covid19 yang belum tahu bila berakhir. Sejumlah wang yang banyak akan disuntikkan ke dalam ekonomi dan akan menyebabkan inflasi. Inflasi berlaku apabila kenaikan harga barang disebabkan oleh pencetakan matawang, perkenalan wang baru atau kekurangan bekalan. Percetakan matawang baru akan menyebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia.

Perbandingan Harga Emas Ringgit Malaysia Dengan Harga Emas Dunia
Perbandingan Harga Emas Ringgit Malaysia Dengan Harga Emas Dunia

Kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia akan menyebabkan harga emas naik walaupun harga emas dunia rendah seperti graf perbandingan harga emas dunia dalam dolar berbanding harga emas dalam ringgit Malaysia. Ini membuktikan bahawa emas adalah kalis inflasi dan pelindung kejatuhan nilai wang. Klik HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA untuk maklumat dan pengiraan penukaran harga emas dunia kepada harga emas dalam ringgit Malaysia.

Dalam rajah yang di ambil di  https://goldprice.org/ menunjukkan harga emas dalam ringgit Malaysia terus naik walaupun harga emas dunia dalam dolar Amerika rendah. Kenaikkan harga emas 20 tahun adalah 642.34% iaitu purata kenaikkan harga emas setahun adalah 32% setahun pada harga semasa rendah menunjukkan simpanan emas adalah simpanan terbaik untuk jangka panjang.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu akibat wabak covid19 tahun 2021, kini waktu sesuai untuk memulakan pelaburan emas bagi memantapkan lagi ekonomi dan sebagai dana kecemasan, pelindung inflasi dan pelindung kejatu

han nilai wang. Cara terbaik mula pelaburan emas bagi yang mempunyai modal besar adalah dengan belian runcit emas dinar atau gold bar yang besar untuk memulakan pelaburan emas fizikal public Gold. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula beli pelbagai jongkong emas, emas dinar atau jongkong perak untuk pelaburan masa depan.

Bagi yang mempunyai modal kecil, cara terbaik memulakan pelaburan emas dengan membeli emas program GAP (Gold Accumulation Program) untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit. Klik CARA BELI EMAS GAP untuk maklumat beli emas GAP minima RM100 bagi mengumpul emas 999.9 iaitu emas khas untuk pelaburan.

Selain daripada simpanan emas, pelaburan emas Public Gold juga dapat peluang berniaga emas untuk menjana pendapatan pasif dengan menjadi dealer Public Gold.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021”

Maaf Zahir Batin

[custom-facebook-feed]