Posted in EMAS BERITA TERKINI

KENAPA MULA MENYIMPAN EMAS FIZIKAL

kenapa mula menyimpan emas
kenapa mula menyimpan emas

Apakah sebab, alasan kenapa mula menyimpan emas fizikal seperti jongkong emas, syiling dinar atau jongkong perak dan masa terbaik membeli emas dari analisis teknikal.

Harga emas telah mengalami penurunan harga semenjak 2 tahun lepas setelah kenaikkan harga emas tertinggi pada bulan September 2011. Harga emas tertinggi pada bulan September 2011 adalah 1900 us/oz ataupun harga 1 dinar public gold pada masa tersebut adalah RM800. Harga emas telah mengalami penurunan harga terendah pada januari 2014 kepada harga 1200 us/oz iaitu persamaan harga 1 dinar emas public gold lebih kurang RM500. Kini bulan mac 2014 harga emas telah mengukuh dan mula menunjukkan kenaikkan harga emas yang membuktikan harga emas sudah mulai mengukuh dan akan terus menaik. Klik Daftar Public Gold untuk melihat harga emas semasa public gold yang berubah setiap 20 minit atau membeli dan mendaftar sebagai pelanggan public gold.

Alasan kenapa mula membeli emas dan menyimpan emas fizikal sekarang :

ANALISIS HARGA EMAS MENUNJUKKAN HARGA EMAS MULAI NAIK

masa terbaik beli emas 2014
masa terbaik beli emas 2014

Analisa teknikal emas jangka panjang menunjukkan harga emas mulai mengukuh dan mulai naik iaitu masa terbaik untuk memulakan pelaburan emas fizikal. Berdasarkan analisis teknikal harga emas mingguan atau weekly, ramalan harga emas akan mulai naik daripada persilangan indicator MACD. Klik BELAJAR CARA ANALISA TEKNIKAL EMAS untuk belajar asas meramal emas daripada analisa teknikal indicator.

EMAS FIZIKAL MUDAH DICAIRKAN KEPADA WANG KERTAS

Emas fizikal merupakan aset yang paling mudah untuk dicairkan iaitu paling senang untuk ditukarkan kepada wang kertas bila-bila masa dan dimana saja anda berada. Menyimpan emas akan membolehkan kehidupan anda stabil kewangan, iaitu jika anda memerlukan sebarang tunai untuk sebarang urusan atau kecemasan anda boleh memilih menjual emas atau memajakkan emas di arrahnu tanpa perlu menjual emas. Memajak emas di Ar-rahnu bukan sahaja memberikan kemudahan pinjaman tetapi mengekalkan emas sebagai milik anda tanpa perlu menjual emas tersebut. Klik SENARAI ARRAHNU TEMPAT PAJAK JONGKONG EMAS DINAR untuk melihat senarai dan alamat arrahnu yang terima gadaian gold bar dan syiling emas dinar.

EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK, SELAMAT DAN MENGUNTUNGKAN

Emas fizikal seperti jongkong emas, emas dinar, jongkong perak atau barangan emas adalah perlaburan yang terbaik, pelaburan selamat dan menguntungkan. Dalam pelaburan emas fizikal, dimana anda sendiri yang memegang dan menguruskan simpanan emas anda. Dari tahun 2001 hingga tahun 2011 purata kenaikkan harga emas adalah 15% hingga 30% setahun berbanding pelaburan  ASB, Tabung haji, KWSP, Unit Trust dimana dividen setahun sekitar 5% hingga 12% setahun. Saya dahulu adalah agen Unit Trust iaitu agen Public Mutual, anda akan dikenakan kos pengurusan iaitu 5% pada pertama kali melabur dalam pelaburan dana amanah public mutual. Harga emas rendah kini adalah waktu terbaik untuk memulakan pelaburan emas fizikal atau menambah simpanan emas anda kerana harga emas yang termurah.

EMAS ADALAH PELINDUNG KEKAYAAN DAN MENGELAK KEBOCORAN WANG

Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita mnyimpan emas sebagai pelindung harta kekayaan ,status kekuasaan dan mengelak kebocoran wang dengan membeli barangan yang kurang berfaedah. Ini adalah kerana nenek moyang kita cerdik dan mengetahui emas adalah penyimpan nilai yang terbaik iaitu harga emas akan bertambah dalam jangkamasa panjang. Jika anda memiliki duit kertas yang banyak minta cepat-cepatlah tukarkan duit tersebut kepada simpanan yang lebih selamat iaitu emas fizikal. Harta anda tidak akan menyusut sedikitpun sekiranya anda tukarkan nilai kekayaan anda kepada emas malah makin bertambah dan selamat.

NILAI SIMPANAN EMAS SEMAKIN NAIK SEDANGKAN NILAI WANG SEMAKIN MENYUSUT.

Nilai mata wang menyusut dengan cepat kerana cetakkan berlebihan sesebuah Negara. Nilai matawang amerika syarikat sekarang rendah yang akan membolehkan harga emas meningkat. Begitu juga nilai matawang Malaysia berbanding Negara jiran seperti singapura dan Thailand adalah rendah berbanding sebelum ini. Saya rasa anda boleh rasai sendiri perubahan ini dengan kenaikkan harga barang yang akan merendahkan nilai wang. Berbeza sekali dengan emas, dimana nilai emas tetap naik walau apapun yang berlaku kepada ekonomi dunia. Malah harga emas akan naik jika US dollar amerika menurun kerana harga emas berlawanan dengan matawang US dollar.

Sejarah telah membuktikan bahawa wang kertas menjadi tidak bernilai atau kegagalan wang kertas yang telah berlaku di beberapa Negara di dunia. Kegagalan Sistem mata wang kertas yang pernah berlaku adalah seperti Negara Perancis (1715), Republik Weimer Jerman (1922-1923),Hungary (1945-1946),Chile (1971-1981),Peru (1988-1991),Angola (1991 – 1999), Zimbabwe (2000-2009), Iraq (1998), Cycrus (2012~2013) dan sebagainya.

EMAS FIZIKAL KEKAL DAN MUDAH ALIH

Emas fizikal adalah kekal, tidak boleh dimusnahkan dan mudah di alihkan atau mudah dibawa. Jongkong emas 500g yang kini berharga lebih kurang RM75,000 anda boleh membawa dan menyimpan gold bar tersebut dalam poket seluar tapi tidak boleh membawa wang RM75,000 dalam poket seluar. Emas walaupun kecil amat berharga dan nilainya adalah sama walaupun dijual di Negara lain. Emas sangat mudah alih atau senang dibawa jika dibandingkan dengan aset lain seperti rumah, tanah atau pelaburan matawang. Jika berlaku bercana atau perperangan emas adalah bekalan untuk memulakan hidup baru kerana ianya mudah alih, pada waktu ini bank-bank sudah tidak beroperasi, tanah, rumah dan harta benda tidak berharga. Ingatkah lagi tentang pencerobohan di Lahab Datu tahun lepas yang menyebabkan bank-bank ditutup di Labad Datu Sabah dan berlaku perpindahan penduduk, ini hanyalah baru krisis atau peperangan yang kecil.

Emas pula tidak akan hancur atau terhakis walaupun terbakar atau terbenam dalam dasar laut kerana emas tidak bertindak balas dengan kebanyakkan bahan kimia sebab itulah emas merupakan logam yang selamat di pakai atau dijadikan perhiasan wanita.

EMAS TIDAK BOLEH DICIPTA DAN SENTIASA BERKURANG

Emas adalah logam yang tidak boleh dicipta oleh mana-mana ahli sains. Emas dilombong di bawah tanah dan jumlahnya kini semakin berkurang yang akan menyebabkan harga emas akan naik. Tambahan lagi, semenjak 2 tahun kebelakangan ini harga emas mengalami penurunan yang menyebabkan pelombong emas seluruh dunia menghentikan perlombongan dan menghentikan projek carigali lombong emas baru mengukuhkan bukti bahawa harga emas akan naik pada masa depan. Klik BUKTI HARGA EMAS NAIK

EMAS SIMPANAN TERBAIK MENJANA SUMBER PENDAPATAN MASA DEPAN

emas fizikal public gold
emas fizikal public gold

Emas fizikal adalah simpanan terbaik dan penjana pendapatan di masa hadapan dengan kenaikkan harga emas. Purata pulangan emas setahun sekitar 15% hingga 30% setahun menunjukkan bahawa simpanan emas adalah terbaik dan memberikan pendapatan sekiranya perlaburan anda tersebut disertakan dengan ilmu dan teknik yang betul.

Kini adalah masa paling sesuai menukar wang anda kepada emas kerana harga emas kini adalah rendah. Emas merupakan perniagaan dan perlaburan yang menguntungkan walaupun harga emas naik atau turun. Ramalan harga emas akan naik sehingga RM500/g pada tahun 2020. Rasanya masih mampukan kita memiliki emas pada ketika itu? sekarang anda masih lagi mampu untuk membeli emas pada harga yang masih rendah jadi jangan lepaskan peluang ini. Mulalah membeli dan menyimpan syiling emas 1 dinar yang kini berharga lebih kurang RM600 sahaja berbanding harga pada September 2011 dimana harga 1 dinar adalah RM800. Cara mudah membeli emas dinar, jongkong emas perak atau barangan kemas public gold adalah menghantar SMS/whatssapp kepada saya 019-9185593 dengan menyertakan :

Nama Penuh, nombor i.c, alamat emel, nombor telifon, jenis emas mahu dibeli dan cawangan public gold terdekat anda untuk saya kunci harga beli emas dan daftarkan anda sebagai pelanggan public gold supaya selepas didaftarkan sebagai pelanggan public gold, anda dapat membeli atau menjual emas sendiri online terus menerus dengan public gold.

Menyimpan emas mempunyai berkat, emas juga boleh digunakan sebagai persediaan pergi Haji, untuk pendidikan anak-anak, modal perniagaan, mas kahwin perkahwinan dan bermacam-macam lagi.

Syarikat emas terbaik, terkukuh dan terbesar di Malaysia yang mempunyai 18 cawangan dalam Malaysia dan cawangan di Singapura adalah Public Gold. Memilih syarikat yang kukuh atau besar adalah penting untuk memaksimunkan keuntungan simpanan emas anda. Ini adalah kerana syarikat berlainan akan mengenakan potongan harga emas yang lebih. Pastikan emas yang anda beli mudah dijual pada syarikat emas yang sama. Contoh, anda membeli emas dari Syarikat emas A, kerana kekurangan pengedar atau kekurangan cawangan menyebabkan anda terpaksa menjual emas kepada cawangan syarikat emas public gold, harga emas A anda dipotong lebih kurang 15% dari harga emas semasa. Perkara ini memang berlaku di depan mata saya semasa berada di pejabat cawangan public gold. Klik KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD untuk membanding emas public gold dengan syarikat emas lain.

Emas merupakan satu aset simpanan yang unik dan paling berharga di dunia serta dikenali dan diterima oleh semua negara di dunia. Emas dan perak bernilai selama-lamanya, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal; Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda, ” Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”