Posted in ILMU EMAS

PG GOLDEN TOUR PENANG

PG Golden Tour Penang
PG Golden Tour Penang

Pg Golden Tour Penang adalah percutian tempat dan makanan menarik di penang serta lawatan ke Public Gold Syarikat Pelaburan Emas Terbesar Malaysia

PG GOLDEN TOUR PENANG adalah program percutian jelajah Pulau Pinang untuk mengenali syarikat emas pelaburan terbesar Malaysia iaitu public gold melalui program lawatan ke ibu pejabat public gold iaitu Public Gold Global Business Centre (PGGBC), PG gold Museum iaitu muzium emas pertama Malaysia, PG Mall iaitu online shopping terbesar Malaysia, Public Safe iaitu peti simpanan emas terbesar Malaysia dan mengunjungi tempat-tempat menarik dan makanan menarik di Pulau Penang. Pg Golden Tour adalah percutian 2 hari satu malam dengan bas yang disediakan oleh Public Gold untuk jelajah Pulau Pinang, bermalam di hotel 4 bintang iaitu Hotel Eastin berdekatan Queensbay Mall, disediakan makanan yang terkenal di Pulau Pinang dan berpeluang membawa balik jongkong emas percuma melalui cabutan bertuah.

Pg Golden Tour Public Gold Penang
Pg Golden Tour Public Gold Penang

Pengalaman percutian ke Penang melalui PG Golden Tour adalah pengalaman kedua setelah menyertainya pada tahun 2015 secara bersendirian. Pengalaman percutian ke Penang kali ini melalui program PG Golden Tour adalah bersama keluarga dengan bas adalah pengalaman yang baru dan menyeronokkan bersama keluarga yang jarang menaiki bas bersama untuk makan angin, mengeratkan kekeluargaan, memupuk minat dan ilmu pengetahuan terhadap emas kepada keluarga.

Public Gold Branch Kelantan
Public Gold Branch Kelantan

Pada pukul 9 malam 4 Oktober 2018 peserta Pg Golden Tour bertolak menaiki bas dari Cawangan Public Gold Kota Bharu Kelantan dengan perlahan-lahan kerana hujan renyai-renyai. Kami berhenti solat dan rehat di Puncak Titiwangsa dan makan di Grik. Semasa makan di Grik, saya tertarik dengan anak muda yang menunjukkan jongkong emas yang dibawa bersama, di anggarkan nilai emas tersebut lebih kurang RM7,000. Saya kagum anak muda yang hanya baru habis belajar telah sedar kepentingan menyimpan emas untuk masa depan dan bekalan dana kecemasan. Sikap disiplin menyimpan emas sememangnya adalah tabungan terbaik mengelak kebocoran wang kerana sudah tabiat lumrah manusia “Emas Untuk Di Simpan, Wang Untuk Di Belanjakan”.

Percutian Ke Penang
Percutian Ke Penang

Bagaimana dengan anda yang sudah bekerja? Sudahkah memiliki dana bekalan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji?. Pakar ekonomi telah menyeru untuk memiliki sekurang-kurangnya simpanan 6 bulan gaji sebagai dana bekalan kecemasan. Cara simpanan terbaik sambil mengelak kebocoran wang adalah dengan TABUNGAN EMAS GAP PUBLIC GOLD untuk menyimpan emas sedikit demi sedikit untuk menjana harta, dana bekalan kecemasan dan pengelak kebocoran wang. Seterusnya kami berhenti solat subuh di Masjid Jamek Bagan Ajam, Butterworth. Setelah mandi dan makan pagi yang ditangung Public Gold, kami meneruskan perjalanan ke Hq Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

PG GOLDEN TOUR PUBLIC GOLD PENANG

HQ Public Gold
HQ Public Gold

Pada pukul 9.00 pagi kami sampai di Ibu Pejabat Public Gold, Public Gold Global Business Centre (PGGBC) yang beralamat di Global Business Center Public Gold Marketing Sdn Bhd, Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas Phase IV, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia. Tel : +604-6439999 Fax: +604-6450916. Kedatangan peserta PGT, Pg Golden Tour di sambut oleh staff public gold yang ramah serta isteri pengasas public gold sendiri iaitu Datin’ Wira Yvonne Lim dengan ucapan alu-aluan dan ucapan pengenalan setiap bahagian pengurusan Public Gold. Faunder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng tiada bersama kerana berada di Hongkong untuk peluang pasaran Aurora Italia di negara Cina.

Ronda Penang
Ronda Penang

Kami di bawa ke setiap bahagian pengurusan Public Gold dan diberi penerangan mengenai tugasan dan urusan kerja setiap bahagian di Ibu pejabat Public Gold. Selepas itu, semua peserta Public Gold Golden Tour, PGT di beri peluang menaiki kereta mewah Rolls Royce yang berharga 2.8 juta dan Porshe mengelilingi kawasan sekitar.

Mee Udang Cantik Penang
Mee Udang Cantik Penang

Sepanjang tour selama 2 hari di Pulau Pinang, kami di uruskan oleh staf Public Gold dan diiringi oleh kereta polis bantuan Public Gold. Seterusnya kami di bawa dengan bas yang diiringi oleh Polis Bantuan Public Gold untuk makan mee udang cantik Penang iaitu salah satu makanan menarik di Pulau Pinang. Makan mee udang cantik penang sedap dan banyak udang besar hingga anak bongsu berkata “letih nak kupas kulit udang”. Jadi, ku tolong kupaskan kulit udang dan masukkan ke mulutku. Dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang, kami singgah di Kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk membeli pelbagai jenis jeruk untuk makan atau bekalan di bawa pulang.

Public Safe Public Gold Relau
Public Safe Public Gold Relau

Seterusnya kami ke Public Gold Relau Penang untuk lawatan Public Safe Tour, iaitu memasuki dan melihat sendiri peti simpanan emas terbesar Malaysia yang terdiri daripada lebih 5000 peti simpanan keselamatan Public Safe yang boleh menyimpan emas atau barangan berharga dengan selamat. Keselamatan emas dan barang berharga di sini terjamin dengan keselamatan yang ketat seperti sistem pintu kedap udara dan pintu 3 lapis. Selepas itu perkongsian ilmu, promosi emas Public Gold dan taklimat perancangan perniagaan dalam Business Plan Presentation. Pembentangan perancangan perniagaan oleh Miss Yap Xinlyn bertajuk “From Suri Rumah, To Beli Rumah” adalah cara menjana pendapatan pasif tanpa kerja, tanpa modal, tanpa keluar rumah oleh suri rumah untuk membeli rumah melalui platform PG MALL iaitu Malaysia Largest e-commerce iaitu online shopping tempatan Malaysia. Klik DAFTAR PERCUMA DI PG MALL untuk free register di Pg Mall untuk beli belah online, penjimatan, kemudahan dan menjana pendapatan pasif seumur hidup dengan platform pg mall pertama di Malaysia melalui “consumerchant” iaitu “shop, share and earn”.

Aurora Italia Queensbay Mall Penang
Aurora Italia Queensbay Mall Penang

Lawatan PG Golden Tour seterusnya ke Queensbay Mall Penang untuk jalan-jalan singgah di outlet Aurora Italia Queensbay Mall. Kedai Aurora Italia di Queensbay mall dekat dengan kedai Pandora. Jadi, boleh buat pilihan nak beli emas perhiasan Aurora Italia atau barang perhiasan perak Pandora.

Makanan menarik Penang
Makanan menarik Penang

Lebih kurang pukul 7 malam kami di bawa makan malam di restoran nasi 7 benua. Restoran nasi 7 benua adalah 7 set nasi yang berwarna warni. Anak bongsu tidak makan satu tompok nasi yang berwarna hitam. Katanya “nasi kotor” kerana berwarna hitam. Peserta Pg Golden Tour Kelantan seterusnya dibawa menginap di Hotel Eastin yang bertaraf 4 bintang.

Hotel Eastin Penang
Hotel Eastin Penang

Pada 6 Oktober 2018 selepas sarapan pagi di Hotel Eastin, kami berkumpul di Lobby hotel Eastin untuk lawatan ke tempat menarik di penang iaitu Penang Street Arts.

Penang Street Arts
Penang Street Arts

Tidak lengkap datang ke Penang jika tidak kunjungi jalan dan bangunan sejarah di Penang iaitu Penang Street Arts sambil kuruskan badan percuma kerana perlu bersenam berjalan kaki menyusuri jalan dan bangunan lama yang berseni dengan pelbagai lukisan, termasuklah lukisan tema pada emas gold bar 0.5g lbma Public Gold. Gold bar 0.5g lbma Public Gold yang bertema pada lukisan di street arts ialah lukisan kucing (skippy cat), basikal (kids on bicycle), motor lama dan buaian. Namun lukisan di street arts dah pudar, boleh bandingkan gambar kucing yang diambil masa PG Golden Tour 2015 dengan gambar kucing masa kini. jadi untuk dapat lihat lukisan sebenar, kena beli gold bar 0.5g lbma dengan whatsapp klik www.wasap.my/60199185593

Nasi Kandar Pulau Pinang
Nasi Kandar Pulau Pinang

Setelah penat berjalan, kami makan tengahari dengan jamuan Nasi kandar Pelita. Penang memang terkenal dengan nasi kandar, jadi tak lengkap datang penang tak makan nasi kandar. Memang berbaloi ikuti program pg golden tour kerana kita dibawa tempat dan makanan menarik penang dengan mudah, tenang dan selamat dengan diiringi polis bantuan public gold.

Pg Gold Museum Penang
Pg Gold Museum Penang

Setelah kenyang kumpulan PGT di bawa ke PG Gold Museum iaitu muzium emas pertama di Malaysia dan Asia hasil dari idea pengasas Public Gold Dato Wira Louis semenjak  tahun 2014 dan dibuka secara rasmi pada tahun 2015. Menurut staf PG Gold Museum, muzium ini sentiasa dikunjungi oleh pelancong asing, mungkin kerana lokasinya yang strategik berada di tengah bandar George Town. Jika pelancong asing mengunjungi PG Gold Museum, sepatutnya rakyat  Malaysia berbangga untuk mengunjungi muzium emas pertama Malaysia untuk maklumat, pengalaman dan ilmu mengenai emas dan perak.

Muzium Emas Malaysia
Muzium Emas Malaysia

PG Muzium akan memberi pengalaman seperti berada di gua lombong emas, pengalaman mendulang emas, berpeluang melihat sendiri bagaimana emas di buat atau dibentuk dan memegang jongkong emas dan perak terbesar iaitu jongkong emas 50kg dan jongkong perak terbesar 30kg. Dalam Muzium emas Public Gold terdapat satu replika hubungan nilai emas dengan nilai wang. Replika emas dan timbunan wang ringgit menunjukkan pada tahun 2001, nilai wang RM400,000 untuk membeli 12.5g emas, manakala kini tahun 2018 diperlukan RM2.5 juta untuk membeli 12.5g berat yang sama. Maksub tersirat hubungan masa dengan nilai emas dan nilai wang,  Jika tahun 2001 telah membeli emas 12.5g, nilai emas kini taun 2018 adalah RM2.5 juta TAPI jika wang RM400,000 tahun 2001 di simpan, nilainya kini sudah berkurang iaitu KUASA BELI BERKURANG. Contohnya, Jika RM400k tahun 2001 boleh beli 5 buah rumah, kini tahun 2018 hanya boleh beli 1 buah rumah. Ramai yang belum faham, walau kini harga emas dunia rendah namun harga emas Malaysia sentiasa naik KERANA harga emas bukan sekadar bergantung kepada graf harga emas dunia, TAPI BERGANTUNG JUGA KEPADA NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA. Iaitu walau harga emas dunia rendah, nilai emas tetap naik selari kejatuhan nilai wang ringgit.  Sebab itulah emas adalah kalis inflasi atau pelindung kejatuhan nilai wang iaitu pelaburan terbaik dan paling selamat.

Cabutan Bertuah Emas
Cabutan Bertuah Emas

Selepas itu semua peserta PG golden Tour diberi sijil penyertaan dan majlis cabutan bertuah. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat cabutan bertuah emas, sekeping gold bar 0.5g daripada 6 cabutan bertuah emas dan satu gold case. Aturcara berikutnya adalah menaiki feri Pulau pinang, tapi kami bersepakat tidak mahu sertai program menaiki feri kerana lewat dan mahu balik awal.

Pengalaman Indah Pg Golden Tour
Pengalaman Indah Pg Golden Tour

Penyertaan PG golden Tour adalah pengalaman dan mengamit memori indah bersama rakan atau keluarga. Percutian ke Penang melalui PG golden Tour bersama keluarga amat berfaedah untuk keluarga yang bukan sahaja makan angin tetapi percutian bermunafaat bagi memberi ilmu emas, minat, kefahaman dan memupuk minat anak-anak menabung. Pg Golden Tour penting untuk keyakinan pelaburan atau menjadi peniaga emas Public Gold dengan menjadi dealer Public Gold. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk maklumat cara dan syarat jadi dealer Public Gold untuk menjana pendapatan aktif serta pendapatan pasif untuk seumur hidup.

KELEBIHAN PG GOLDEN TOUR PUBLIC GOLD ?

  1. Percutian makan angin yang berfaedah dan berilmu terutama untuk anak-anak.
  2. Percutian ke Penang yang menarik, mudah dan selamat dengan bas dan diiringi polis bantuan.
  3. Dapat mengenali Public Gold secara mendalam agar dapat memberi keyakinan kepada orang ramai, pelanggan atau dealer untuk melabur atau berniaga emas fizikal public gold.
  4. Dapat mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta, ahli public gold serta kakitangan public gold.
  5. Dapat pengalaman mengunjungi PG gold Museum iaitu muzium emas pertama di Malaysia serta rangkaian public gold lain.
  6. Dapat pengalaman yang menyeronokkan mengunjungi tempat dan makanan menarik di Pulau Pinang.
  7. Dapat menambah ilmu pengetahuan dan teknik pelaburan emas fizikal public gold untuk menjadi pelabur atau pengedar emas yang berjaya.
Yuran Dan Jadual Pg Golden Tour
Yuran Dan Jadual Pg Golden Tour

PG GOLDEN TOUR adalah program percutian terbaik dan pertama yang dilakukan oleh syarikat emas di Malaysia. Percutian berilmu Pg Golden Tour terbuka kepada semua peringkat umur dengan yuran penyertaan yang berpatutan dan berbaloi. Yuran Pg Golden tour bagi 2 orang sebilik adalah 3g emas atau bayaran wang Ringgit Malaysia, kanak-kanak di bawah 4 tahun adalah percuma. Yuran penyertaan adalah termasuk semua kos pengangkutan, makan minum, hotel, tiket dan sebagainya. Maklumat lanjut, pendaftaran atau diskaun PG GOLDEN TOUR Public Gold seluruh Malaysia, Brunai, Indonesia atau Singapura klik whatsapp 0199185593.Terima kasih dan tahniah kepada  Public Gold, semua kakitangan Public Gold, polis bantuan Public Gold, sahabat dan rakan yang telah bekerjasama dan menyertai PG Golden Tour Public Gold.