Posted in EMAS BERITA TERKINI

KEPINGAN EMAS FLEXI BAR PUBLIC GOLD PERTAMA DI ASIA

Public Gold flexibar
Public Gold flexibar

Public Gold telah melancarkan produk kepingan emas terbaru iaitu flexi-bar pertama di Asia yang mudah diceraikan kepada kepingan yang kecil untuk di jual.
Kepingan emas flexi bar ini mengandungi emas tulen 999.9 seberat 50g yang mempunyai 50 kepingan emas 1g yang mudah di patahkan untuk di jual atau di gadaikan. Flexi bar public gold atau wafer gold ini adalah emas wafer yang pertama di Asia yang dikeluarkan oleh Public Gold. Kepingan emas flexi-bar ini adalah peluang terbaik bagi pelabur emas membeli dan menyimpan emas untuk pelaburan masa depan, perdagangan atau perlindungan di saat kesempitan wang kerana flexibar ini amat mudah untuk di ceraikan mengikut kemahuan untuk di jual atau di pajakkan mengikut tahap keperluan anda. Harga emas flexibar Public Gold adalah mengikut harga emas dunia 24 jam yang telus di paparkan pada website Public Gold. Proses pembelian atau penjualan emas juga amat mudah melalui booking harga beli atau lock harga jual emas secara online 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Public Gold Group adalah syarikat pelaburan emas fizikal Malaysia yang mempunyai 18 cawangan dalam Malaysia dengan pelanggan berdaftar melebihi 40,000 orang bukan saja menjalankan perdagangan atau urusniaga emas fizikal dalam Malaysia tetapi juga di luar Negara. Kumpulan Public Gold, yang menyediakan perkhidmatan bersepadu dalam perniagaan dagangan emas, memberi tumpuan dagangan luar Negara terhadap negara Singapura, Vietnam dan Timur Tengah untuk pertumbuhan perniagaan dalam tiga tahun akan datang.
Pengerusi Public Gold, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata Singapura adalah usaha pertama syarikat Public Gold menjalankan perdagangan luar Negara dan telah beroperasi tahun lepas. Ng berkata Public Gold juga menerima tempahan dari VietinBank, salah satu bank terbesar di Vietnam dan ini akan menyediakan platform bagi Public Gold untuk berkembang di Vietnam. Di pasaran Timur Tengah, Public Gold telah menandatangani perjanjian bekerjasama dengan Arabian Investors Group Pte Ltd, yang membolehkan syarikat itu untuk menyediakan produk emas manakala rakan kongsinya akan menyediakan pelesenan dan pelanggan asas. Beliau berkata terdapat peluang besar di Vietnam dan Timur Tengah kerana permintaan untuk emas fizikal amat menggalakkan.
Public Gold juga telah menjalankan operasi urusniaga produk emas dengan persijilan London Bullion Market Association (LBMA) dari Timur Tengah. Produk emas dengan pensijilan LBMA dikecualikan daripada cukai perkhidmatan barangan di Singapura. Public Gold juga akan melancarkan dua kedai emas Public Gold di Dubai dan Arab Saudi pada bulan Disember yang akan beroperasi mengikut model perniagaan Public Gold.
Jadi kini, selain daripada produk emas terbaru flexi-bar, Public Gold juga telah menerima atau jual beli emas dengan persijilan London Bullion Market Association (LBMA). Harga semasa emas LBMA juga di paparkan di website Public Gold.
Rebut peluang dikala harga emas murah kini untuk membeli emas secara online dan seterusnya menjadi pelanggan Public Gold untuk kemudahan urusniaga jual beli emas. Klik CARA MUDAH JADI PELANGGAN PG BELI EMAS SECARA ONLINE untuk membeli emas flexibar atau emas bersijil LBMA sebagai pelaburan masa depan dan pelindung mengelak kebocoran wang.

usahawan emas
usahawan emas

Jangan lepaskan peluang yang tinggal beberapa hari untuk menjadi pengedar emas Public Gold kerana bermula 1 september 2014, syarat baru untuk menjadi dealer emas atau usahawan emas akan di naikkan. Kini, hanya dengan pembelian emas atau perak berjumlah RM20,000 ke atas anda akan bergelar pengedar emas tapi selepas 1 september 2014 syarat menjadi pengedar emas akan di naikkan. Bertindak sekarang dengan membeli emas flexi-bar yang berharga lebih kurang RM7,000 dan tambahan pembelian gold bar atau dinar berharga RM12,000 untuk menjadikan anda pengedar emas Public Gold. Banyak kelebihan apabila anda bergelar pengedar emas atau usahawan emas Public Gold. Klik KELEBIHAN MENJADI PENGEDAR EMAS ATAU DEALER PUBLC GOLD. Anda juga boleh menjadi dealer atau pengedar emas public gold dengan membeli emas secara ansuran EPP ( Easy Payment Purchase) iaitu pembelian emas melalui bayaran ansuran selama 4 bulan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, jangan segan SMS atau Whatsapp 019-9185593, MOHD ZAIDI BIN JUNUS ( Master Dealer Public Gold Kod PG001425)