Notice: Undefined variable: galink_author_id in /home/pelabur1/public_html/wp-content/plugins/google-author-link/google-author-link.php on line 148

Tag Archives: pelaburan jongkong emas

RAMALAN HARGA EMAS TAHUN 2018

Ramalan Harga Emas Tahun 2018

Ramalan Harga Emas Tahun 2018

Ramalan harga emas tahun 2018 daripada faktor-faktor utama memberi kesan kepada harga emas, analisis teknikal emas, alasan emas naik 2018 dan pengalaman dalam pelaburan emas

Harga emas tidak dapat di ramal oleh sesiapa namun ia boleh di ramal daripada faktor-faktor utama semasa yang mempengaruhi harga emas, petunjuk analisis teknikal harga emas, ramalan penganalisis emas dunia dan pengalaman meneliti harga emas. Tahun 2018 adalah isu berkaitan inflasi ekonomi dunia, perang perdagangan, krisis geopolitik dan sebagainya yang dapat memberi kesan positif kepada harga emas.

FAKTOR UTAMA PENINGKATAN HARGA EMAS TAHUN 2018 :

  1. Matawang Dolar Amerika Syarikat

Secara umum, wang dolar AS berkadar songsang dengan harga emas, iaitu jika matawang dolar lemah maka harga emas akan meningkat. Dolar AS jatuh 10.5% pada tahun lepas, penurunan yang ketara bagi mata wang dan kejatuhan terbesar sejak 2003. Faktor-faktor yang memberi kesan kepada dolar pada tahun lepas dijangka memberi tekanan sama sekali lagi tahun ini. Faktor yang paling besar adalah pentadbiran Trump dan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin secara terang-terangan menyatakan ia mahu dolar yang lemah untuk perdagangan dan dengan tarif import baru.

Ramalan Emas Naik 2018

Ramalan Emas Naik 2018

Faktor lain yang memberi kesan kelemahan matawang dolar ialah perang perdagangan, trade war AS dengan Cina serta kesan geopolitik lain akan menyebabkan matawang dolar lemah dan seterusnya harga emas di ramalkan naik tahun 2018. Kelemahan dolar menyebabkan  pakar pelaburan emas meramalkan harga emas naik $1450 pada tahun 2018.

  1. Permintaan Emas fizikal

Faktor yang mempengaruhi harga emas ialah permintaan terhadap emas dimana apabila permintaan terhadap emas tinggi, maka harga emas akan meningkat. Senario tahun 2018 dengan pergolakan geopolitik dunia terutamanya Amerika Syarikat seperti perang perdagangan dengan cina “trade war”, pergolakan AS dengan Rusia, Syria, inflasi dan sebagainya menyebabkan permintan terhadap emas meningkat.

Permintaan Emas Meningkat Tahun 2018

Permintaan Emas Meningkat Tahun 2018

Permintaan terhadap emas meningkat 253% kerana ketegangan geopolitik amerika. Kedai emas London, Sharps Pixley, mengalami kenaikan 253% dalam jualan emas fizikal pada bulan Mac 2018 kerana ketakutan terhadap peningkatan ketegangan geopolitik. Ancaman di Syria dan pertikaian perdagangan antara Beijing dan Washington telah melemahkan keyakinan pasaran saham, sementara emas secara tradisi menjadi aset yang selamat bagi pelabur.

Ekonomi dunia kini berada dalam situasi inflasi yang menyebabkan pelabur beralih kepada pelaburan yang lebih selamat iaitu pelaburan emas. Petikan kata-kata penganalisis Barron yang menjangka inflasi meningkat pada 2018 di seluruh pasaran maju terutama Amerika Syarikat. “We expect to see inflation go up in 2018 across developed markets relative to where it is today with the United States leading the way”. Kiplinger: “Inflasi akan meningkat tahun ini.” PIMCO: “Inflasi global mungkin meningkat pada 2018.”

Peningkatan inflasi global pada tahun 2018 akan menyebabkan harga emas akan meningkat dengan sewajarnya.

  1. Analisis Teknikal Emas 2018

Petunjuk analisa teknikal emas adalah ramalan harga emas berdasarkan teknikal graf sejarah harga emas. analisa teknikal graf emas menunjukkan harga emas akan “pecah harga” untuk bergerak meningkat.

Analisis Teknikal Emas 2018

Analisis Teknikal Emas 2018

Mengikut analisa teknikal Dominick Graziano seperti graf analisa teknikal graf di atas, bentuk harga emas semasa kini (bulatan garis merah) seperti graf tahun 2011 dan 2014 iaitu tanda teknikal harga emas akan menaik pada masa akan datang. Purata Indeks Arah (ADX) juga menunjukkan emas sedang membina tenaga. Semakin lama penyatuan garis ini berterusan seperti tahun 2011 maka lebih besar tenaga dan lebih banyak kenaikkan harga emas. Dominick mengatakan “long-term consolidations are the most powerful when they finally break out.”

Analisa teknikal tidak menunjukkan bilakah harga emas akan “pecah” menaik, tapi apabila harga emas “pecah” harganya akan meningkat tinggi.

  1. Bekalan Dan Permintaan emas

Bekalan emas dunia kini tahun 2018 semakin berkurang kerana pengeluaran emas berkurang disebabkan kejatuhan harga emas semenjak 2012. Bekalan emas masih banyak dari tahun 2013 hingga 2017 dan kini telah berkurang dimana dijangkakan tahun 2019 bekalan emas mengalami defisit yang akan menyebabkan permintaan terhadap emas bertambah dan seterusnya harga emas akan meningkat.

Ramalan Harga Emas 2018

Ramalan Harga Emas 2018

Carta di atas menunjukkan sasaran purata harga tahunan harga emas terhadap bekalan emas. Pada tahun 2008, 2010 dan 2011 bekalan emas mengalamai defisit bekalan yang menyebabkan harga emas melonjak naik. Tahun 2018 bekalan emas berkurang dan diramalkan harga emas akan mulai naik tahun 2018 dan seterusnya melonjak naik tahun 2019 apabila defisit bekalan emas.

  1. Pengalaman Pelaburan Emas

Pengalaman saya sendiri dalam pelaburan emas kuat mengatakan bahawa harga emas akan mulai naik pada tahun 2018. Penganalisis emas yang saya ikuti dan percayai dalam ramalan emas ialah Goldman Sachs. Saya masih ingat pada tahun 2011 dimana kebanyakan semua penganalisis emas dunia meramalkan harga emas menaik, tapi goldman sachs meramalkan harga emas jatuh dan sememangnya tepat, selepas tahun 2011 harga emas mengalami kejatuhan. Pada bulan februari 2018 Goldman Sachs meramalkan harga emas tahun 2018 adalah 1450 us/oz. Artikel terbaru Goldman Sachs pada 26 mac 2018 menjangka harga emas tahun 2018 akan meningkat lebih tinggi. Klik Goldman Sachs Newly Bullish on Gold Again. Inilah pertama kali, penganalisis komoditi Goldman Sachs menaikkan harga logam berharga dalam tempoh lebih daripada lima tahun. Para penganalisis mencadangkan bahawa tanda-tanda peningkatan dalam inflasi dan “peningkatan risiko” pembetulan pasaran saham akan membantu memantapkan harga emas pada bulan-bulan yang akan datang.

“This marks a significant shift for the major bank, as it is the first time that commodity analysts from Goldman are bullish on the precious metal in more than five years. The analysts suggested that signs of an boost in inflation and “increased risk” of a correction to the stock market would help to bolster the price of gold in the months to come”

Dari pengalaman dalam pelaburan jongkong emas semenjak tahun 2010, faktor kenaikkan emas dan analisa emas saya juga meramalkan harga emas akan mulai naik bermula bulan mei atau jun 2018 kerana sudah menjadi kelaziman, bermula bulan jun harga emas akan mulai meningkat kerana pasaran dunia yang lebih aktif. Kini 18 April 2018 harga emas dunia ialah $1343 us/oz, ramalan emas tahun 2018 adalah :

  • Ramalan harga emas minima 2018 ialah$ 1,420 us/oz
  • Ramalan emas tahun 2018 dengan krisis ekonomi ialah$ 1,500 us/oz hingga $ 1,600 us/oz

Emas adalah harta yang boleh di warisi dan terbukti logam berharga sepanjang zaman. Kita beli tanah sebagai harta untuk simpanan tanpa perolehi dividen atau bonus tahunan, kenapa takut beli emas yang sememangnya harta yang boleh di warisi yang berharga sepanjang zaman dengan banyak kelebihan lain seperti pemilikan emas hanya perlukan modal kecil, dana kecemasan yang mudah di cairkan atau digadai dan pelindung kejatuhan nilai wang. Bagi pelabur emas yang berilmu dan berpengalaman, kenaikkan harga emas hanyalah sebagai bonus sahaja kerana pemilikan emas sendiri telah punya banyak faedah. Klik RAHSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK PELABURAN JONGKONG EMAS PUBLIC GOLD.

Kini adalah masa yang amat sesuai untuk pelaburan modal kecil dengan membeli emas bagi memiliki harta yang boleh di warisi. Fikirkan, “jika simpan RM130 pada 5 tahun lepas dengan simpan 1 gram emas yang bernilai Rm13o pada 5 tahun lepas…Kini nilai wang RM130 adalah bernilai seperti Rm100 sekarang kerana nilainya merosot disebabkan kuasa beli berkurang. Tapi simpanan 1 gram 5 tahun lepas, kini sudah berharga RM184 segram”. Ini menunjukkan “nilai wang semakin berkurang, sedangkan harga emas semakin meninggi”. Bertindak segera mula beli emas untuk pelaburan serendah gold bar 0.5 g 24 karat LBMA bebas gst PATUH SYARIAH dengan Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD bagi mula menyimpan emas untuk mengumpul harta sebagai pelindung kejatuhan nilai wang, penjana harta, bekalan dana kecemasan dan pengelak kebocoran wang.