Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

KURSUS PERNIAGAAN EMAS PUBLIC GOLD

kursus perniagaan emas
kursus perniagaan emas

Kursus perniagaan emas Jutawanemas Leardership Training untuk dealer public gold menjana pendapatan pasif dan kejayaan dengan berniaga emas pelaburan.

Jutawanemas Leardership Training, JLT dengan tema gold empiring your life adalah kursus untuk membina empayar atau kerajaan emas sendiri melalui perniagaan emas public gold. Kursus ini di adakan di The Regency Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah selama 3 hari 2 malam. Jutawanemas Leardership Training, JLT Gold Empiring Your Life siri 3 di adakan pada 11hb hingga 13 mac 2016.

Jutawanemas Leardership Training
Jutawanemas Leardership Training

Pada 11hb mac 2016, seawal pagi lagi aku bangun dengan semangat untuk menghadiri kursus Jutawanemas Leardership Training di Gunung Jerai kerana inilah pengalaman pertama kali menjejaki gunung jerai. Pagi jumaat, 11 mac berkabus tebal hingga hinggakan aku mula keluar dari rumah pukul 9 pagi. Walaupun pukul 9 pagi namun masih berkabus menyebabkan aku menunggang motosikal dengan perlahan-lahan kerana jarak penglihatan yang dekat.

Sampai di Jeli, berjumpa dan makan bersama kawan bikers yang mahu ke UUM menyambung pelajaran sambil bertanya jalan untuk ke gunung Jerai. Perjalanan melalui jalan Grik yang berbukit dan bengkang bengkok sudah menjadi kebiasaan bagiku dan apabila melintasi deretan kereta yang panjang mengikuti lori yang perlahan, aku terfikir betapa boringnya membawa kereta perlahan mengikuti deretan kereta yang panjang seperti kereta api. Sampai di Baling, aku terlepas simpang dan tersesat, terpaksa berhenti buka maps untuk melihat peta jalan.

gunung jerai
gunung jerai

Aku memang peminat motosikal semenjak di bangku sekolah lagi dan sentiasa berulang alik semasa belajar di itm pahang dan ukm bangi berseorangan atau bersama rakan-rakan. Semasa di ITM pahang aku dikenali sebagai “lone ranger” dan “mancho man” oleh kawan-kawan mungkin kerana aku minat bersendirian dan hensome masa muda dulu…ha ha ha

Pukul 1 lebih, sampai di Gurun dan berhenti untuk sembahyang jumaat dan meneruskan perjalanan menaiki puncak gunung Jerai. Jam 2.30 petang sampai di Regency Jerai Hill Resort dan terus ke cafe resort. Ingatkan makan tengahari masih ada, tapi telah di tutup dan di simpan pukul 2 petang, jadi order saja teh ais berharga RM7 untuk hilangkan dahaga. Selepas itu datang awek cun pekerja cafe membawakan makanan dan buahan untukku secara percuma. Belum sempat berkenalan dan bergambar dengan awek cun, aku dipanggil untuk berkursus.

the regency jerai hill resort
the regency jerai hill resort

Sebenarnya program jutawanemas leardership training bermula 8.30 pagi lagi, aku terlepas beberapa program pagi tersebut. Pukul 2.30 petang adalah aktiviti luar secara kumpulan untuk meningkatkan motivasi diri dalam memajukan perniagaan.

Aku tinggal sebilik dengan master dealer public gold, Mohd Zulkifli iaitu bekas akauntan yang kini menjadi speaker public gold dan menjalankan perniagaan emas public gold sepenuh masa dan telah mendapat pendapatan bulanan 5 digit.

Dato Wira Louis Ng, founder dan speaker public gold
Dato Wira Louis Ng, founder dan speaker public gold

Kursus JLT public gold ini memang padat dengan pelbagai program sehingga pukul 11 malam. Pengacara majlis Mr Kenneath Cheang bertindak bijak menjadikan peserta kursus menepati masa setiap program dalam suasana ceria, “yes,sir yes” hingga menghangatkan suasana di atas puncak gunung Jerai.

kursus pengedar emas public gold
kursus pengedar emas public gold

Hari kedua kursus, pengedar emas public gold di ajar mengenai PG ONE SYSTEM iaitu satu sistem pg untuk dealer public gold berjaya dalam perniagaan emas public gold dalam tempoh singkat. Paling menarik pada slot petang bertajuk objection handling and closing skills oleh Tricia, sales marketing public gold yang berceramah cara meningkatkan kemahiran, teknik serta skill untuk meningkatkan jualan. Walaupun sebelah petang dalam keadaan mengantuk, ceramahnya akan membuat mata segar dengan celoteh, pelbagai ilmu serta teknik kemahiran mendapatkan pelanggan, telatah yang menceriakan dan penceramah yang “comel lote”.

zaidiemas dan tricia sales marketing public gold
zaidiemas dan tricia sales marketing public gold

Sebelah malamnya tugasan berkumpulan, kongsi pengalaman untuk meningkatkan kemahiran dan motivasi dalam perniagaan dan lebih rancak lagi perkongsian ilmu, sejarah public gold, perancangan public gold dan motivasi bersemangat untuk pembinaan empayer perniagaan emas sendiri yang disampaikan oleh Founder Public Gold sendiri, Dato’ Wira Louis Ng. Pengasas Public Gold sentiasa bersama semasa kursus dijalankan dan sanggup berulang alik menaiki gunung jerai kerana malamnya ia tidur di kampung asalnya di Gurun.

mohd zaidi junus bersama pengasas public gold
mohd zaidi junus bersama pengasas public gold

Saya telah mengenali Dato’ Louis Ng sudah melebihi 6 tahun dan selalu bersama semasa forum master dealer public gold. Dia merupakan seorang yang baik, berkerja kuat, cekap, amanah, berwawasan, merendah diri dan di sukai oleh semua ahli dan staff public gold. Pengalaman bersama public gold dari 1 cawangan dan kini mempunyai 18 cawangan malaysia dan singapura dan cawangan baru public gold akan dibuka bulan jun 2016 di jakarta, Indonesia memberi semangat dan bukti perkembangan pesat dalam perniagaan emas Public Gold.

kerajaan emas public gold
kerajaan emas public gold

Kerjasama antara Arrahnu pos yang mempunyai 65 cawangan dan public gold akan lebih memberi keyakinan kepada pelabur emas dan akan mengembangkan lagi perniagaan emas public gold. Perniagaan emas public gold dengan menjadi dealer public gold adalah peluang pembinaan kerajaan emas sendiri tanpa sempadan untuk sepanjang hayat dan boleh diwarisi.

kerjasama arrahnu pos malaysia dan public gold
kerjasama arrahnu pos malaysia dan public gold

Hari ketiga iaitu hari terakhir adalah Goal Setting iaitu tetapan matlamat peserta atau dealer public gold. Kesemua peserta didapati bersemangat baru setelah selesai kursus. Kumpulanku iaitu kumpulan Toledo telah memenangi anugerah kumpulan terbaik kursus JLT dan mendapat hadiah. “Hadir JLT kursus perniagaan emas, pulang dengan semangat aura emas”

kursus berniaga emas public gold
kursus berniaga emas public gold

Mari sertai saya untuk bersama-sama membina perniagaan emas public gold bagi menjana kekayaan dan penambahan pendapatan pasif dengan menjadi dealar atau pengedar emas public gold. Klik PROMOSI GOLD-RIFY WOMEN AND FUTURE BULAN MAC khas untuk wanita menjadi dealer public gold dengan hanya membeli emas 80g bagi memulakan perniagaan emas fizikal atau CARA JADI DEALER PUBLIC GOLD untuk membeli emas terus jadi dealer atau pengedar emas public gold bagi sama-sama membina empayer perniagaan emas sendiri modal rendah tanpa kedai bersama public gold.

kursus asas berniaga
kursus asas berniaga

Perniagaan emas Public Gold amat mudah dan terjamin iaitu dengan hanya promosikan emas Public Gold dan jaminan jualan emas sentiasa meningkat dalam apa jua keadaan ekonomi. Emas pelaburan public gold tiada tandingan dalam Malaysia kerana jongkong emas dan emas dinar Public Gold adalah SATU-SATUNYA emas pelaburan yang diiktiraf LBMA yang mendapat pengecualian cukai gst. Pengedar emas public gold akan mendapat pendapatan pasif bulanan serta pelbagai insentif berupa wang tunai, pelancongan, kereta dan sebagainya. Alhamdulillah, saya telah mendapat insentif pelancongan ke Turki dibawah program Sales Insentif Program untuk tahun 2014/2015. “You are your own boss” “You Earn While You Introduce”

leardership seminar public gold
leardership seminar public gold

Pengedar emas public gold mesti hadiri Jutawanemas leardership Training, JLT ini untuk mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran berniaga, teknik perniagaan, motivasi, semangat dan keyakinan dalam perniagaan emas public gold untuk menjadi pengedar emas public gold yang berjaya.

Biasanya, apabila mendengar emas, anggapan kita adalah pelaburan emas fizikal memerlukan modal yang besar. Sebenarnya pelaburan emas public gold hanya perlukan modal serendah RM100 untuk mula membeli emas 999.9 atau emas berketulenan 24 Karat melalui program GAP, Gold Accumulation Program. Tahun 2016 adalah tahun terbaik memulakan pelaburan emas kerana jangkaan harga emas akan naik dan sebagai penyelamat daripada kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia dan krisis ekonomi. Klik LANGKAH PERTAMA MEMULAKAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli jongkong emas, emas dinar, jongkong perak dengan hanya modal serendah RM100 terus menjadi ahli Public Gold tanya yuran.

Bagi ahli atau pengedar baru public gold boleh menyertai Program SIP ( Sales Incentive Programme) Public Gold bagi mengenali syarikat pelaburan emas Public Gold dengan program lawatan ke Ibu Pejabat Public Gold, melawat Public Safe iaitu peti simpanan emas terbesar Malaysia, lawatan ke PG Gold Museum iaitu muzium emas pertama Malaysia dan lawatan tempat dan makanan menarik di Pulau Pinang. Klik PROGRAM SIP BAGI MENGENALI PUBLIC GOLD DAN PENANG untuk membaca pengalaman saya menghadiri program SIP di Penang.

GOLD EMPIRING YOUR LIFE