Posted in ILMU EMAS

PANDUAN PERCUTIAN DAN PERSIAPAN KE TEMPAT SEJUK

Panduan Percutian Dan Persiapan Ke Tempat Sejuk
Panduan Percutian Dan Persiapan Ke Tempat Sejuk

Panduan percutian dan persiapan percutian ke tempat sejuk atau musim salji dari pengalaman bercuti di Iceland iaitu negara sejuk bawah takat beku di Kutub Utara.

Percutian ke negara sejuk atau musim salji hendaklah dibuat persiapan awal dari rumah untuk mengelak pelbagai masalah, penyakit atau gangguan percutian. Pengalaman melancong di negara-negara Eropah dan pengalaman terbaru percutian ke Iceland dan Amsterdam pada 23 November 2018 hingga 3 Disember 2018 boleh dijadikan panduan percutian dan persiapan percutian ke tempat sejuk atau musim salji.

Republik Iceland atau Islandia ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Atlantik Utara yang mempunyai penduduk hanya seramai kira-kira 320,000 orang sahaja walaupun keluasan negara Iceland hampir sama dengan keluasan Malaysia. Ibu negara Iceland dan bandar terbesarnya ialah Reykjavík. Islandia adalah sebuah pulau terpencil di utara laut Atlantik dan terkenal kerana rupa buminya yang unik, kewujudan cahaya Aurora Borealis, matahari tengah malam, lampu northen, Viking, geysier, glasier dan banyak tempat-tempat menarik dan unik. Islandia dikenali negara api dan ais atau “fire and ice” kerana memiliki ais glasier terbesar di Eropah dan merupakan salah satu tempat gunung berapi paling aktif di bumi. Rupa bumi Iceland yang unik dan menarik menyebabkan Iceland selalu di pilih sebagai lokasi pengambaran filem seperti Game of Thrones,  The Secret Life of Walter Mitty, Oblivion, Interstellar, Dilwale dan sebagainya. Klik video youtube LAGU DAN LIRIK GERUA DILWALE DI LOKASI ICELAND untuk melihat lokasi menarik filem Dilwale di Iceland.

PANDUAN PERCUTIAN DAN PERSEDIAAN KE TEMPAT SEJUK ATAU MUSIM SALJI

Panduan percutian dan persediaan penting percutian ke tempat sejuk atau musim salji dari pengalaman sendiri bercuti di Iceland iaitu negara yang berada di Kutub Utara dengan suhu dibawah takat beku. Tips percutian musim sejuk dan persediaan awal percutian ke negara musim sejuk atau eropah dari pengalaman sendiri melancong ke Iceland dan negara eropah.

  1. Panduan Persediaan Pakaian Sejuk

Persediaan pakaian sejuk yang sesuai amat penting untuk memastikan percutian berjalan lancar dan mengelak pelbagai masalah. Pakaian musim sejuk adalah bergaantung kepada suhu negara yang akan dilawati. Pakaian musim sejuk adalah jenis pakaian thermal sama ada dari lapisan dalam (long john), tshirt therma, jaket therma, sarung tangan therma dan sarung kaki thermal.

Panduan Persiapan Pakaian Percutian Musim Sejuk
Panduan Persiapan Pakaian Percutian Musim Sejuk

Percutian ke Iceland dengan suhu di bawah sifar, hendaklah memakaian pakaian cuaca ekstrim iaitu suhu bawah sifar dengan sekurang-kurangnya 3 lapisan baju, 2 lapisan seluar, sarung tangan, skaf dan topeng muka.

Pakaian Musim Sejuk
Pakaian Musim Sejuk

Pakaian pada suhu -0ºC hendaklah menutup kesemua tubuh termasuk muka kerana terlalu sejuk, hinggakan tidak sanggup buka sarung tangan untuk mengambil foto. Pakaian ke negara sejuk tidak perlu bawa banyak kerana tidak berpeluh, tidak perlu tukar baju dan hanya bergaya dengan jaket di bahagian luar.

  1. Kasut Kalis Air

Pemakaian kasut kalis air atau kasut sesuai dan hendaklah sembur waterproof spray untuk menghalang ais atau salji meresap masuk membasahi stoking yang boleh menyebabkan kaki jadi kejang atau krem. Sebaiknya bawa botol waterproof spray bersama kerana pengalaman saya dan sahabat, kaki kebas dan hampir kejang kerana ais memasuki kasut, membasahi stoking menyebabkan kaki teramat sejuk.

Panduan Percutian Musim Salji
Panduan Percutian Musim Salji

Negara sejuk di bawah takat beku seperti Iceland, jalan raya atau bahagian luar bangunan di selaputi ais, menyebabkan ais boleh menyerap kedalam kasut dan membasahi stoking, jadi bahagian luar dan tapak kaki kasut hendaklah selalu di sembur dengan spray waterproof terutama jika memakai kasut biasa.

Panduan Pakaian Ke Iceland
Panduan Pakaian Ke Iceland

Aku beli Spray waterproof jenama Eykosi secara online di shoppee dengan harga RM6 lebih sahaja. Adikku, Jessie terpaksa berehat dalam bas seketika kerana kejang kaki, apabila kasut butnya diserap ais dan tak dapat berjalan

  1. Bekalan Air Minuman

Air minuman amat penting di tempat sejuk untuk mengelak daripada terhidrasi, jadi hendaklah sentiasa membawa air minuman, terutamanya air panas dalam thermos.

Panduan Percutian Ke Iceland
Panduan Percutian Ke Iceland

Hotel penginapan di Iceland menyediakan air panas dan pelbagai minuman teh, kopi atau nescafe setiap masa 24 jam. Terima kasih Public Gold kerana hadiahkan botol thermos yang cantik dan sangat berguna di Iceland. Jadi, saya bawa bekal teh panas yang disediakan oleh hotel dalam termos apabila mahu travel atau  kunjungi tempat-tempat menarik di Iceland.

  1. Bekalan Makanan Dari Rumah

Di negara eropah atau Iceland, tiada sos cili atau rasa makanannya pelik iaitu bukan citarasa Malaysia atau susah dapatkan makanan halal, jadi sebaikya bawa sedikit perasa makanan dari rumah seperti sos cili, sambal, serunding, biskut dan sebagainya sebagai pelengkap rasanya yang tawar. Suhu sejuk menjamin makanan tidak basi pada musim sejuk.

  1. Persiapan Alat Pelindung Kulit Dan Pelembap

Persiapan alat pelindung diri akibat perubahan cuaca yang menyebabkan kulit gatal, kering, bibir pecah dan sebagainya. Jadi hendaklah membawa sunblock, moisturizer, lipbalm atau cermin mata UV block sunglasses. Pengalaman saya selepas 2 hari berada di Iceland, tubuh mula gatal-gatal dan bibir pecah.

  1. Panduan Tukar Wang

Panduan tukar wang lebih jimat ialah menukar wang di pengurup wang masa berada di Malaysia. Jika tukar wang di Air port, kadar tukarannya lebih tinggi dan jika bercuti ke negara eropah, tukar wang kepada matawang Euro untuk kemudahan yang laku dan boleh digunakan di semua negara eropah.

  1. Simkad Telefon

Simkad telefon atau data mobil boleh dibeli di Air Port negara yang dikunjungi. Sebaiknya hanya beli simkad minima untuk kecemasan kerana biasanya masa travel tidak sempat guna dan semua tempat persinggahan atau hotel penginapan disediakan wifi yang laju.

Simkad Iceland
Simkad Iceland

Aku beli simkad siminn prepaid di Airport Reykavik Iceland dan tidak kehabisan data. Rakanku kata, lebih baik dan jimat beli simkad eropah (lupa nama simkad) yang boleh digunakan di semua negara eropah.

  1. Panduan Tandas

Tandas di eropah bersih namun tidak di sediakan air basuhan. Jadi, sebaiknya bawa botol mineral apabila travel dan apabila berhajat boleh guna botol mineral untuk basuh.

  1. Heat Pack

Pek pemanas atau heat pack perlu dibawa dan diguna apabila tubuh, tangan atau kaki terasa kebas yang boleh diletakkan dalam poket pakaian. Pek pemanas juga akan dapat memanjangkan bateri telefon daripada kesejukkan yang melampau. Heat pack boleh didapati di kedai daiso atau kedai Do It Yourself (DIY).

  1. Bekalan Kecemasan Kad Kredit Atau Emas

Bawa kad kredit atau emas sebagai bekalan kecemasan kerana wang ringgit tidak diterima di negara luar.

Emas Bekalan Kecemasan Ke Luar Negara
Emas Bekalan Kecemasan Ke Luar Negara

Saya sentiasa membawa jongkong emas dalam dompet sebagai bekalan kecemasan, kerana emas adalah wang antarabangsa yang bernilai dan laku seluruh dunia. Setiap orang seharusnya memiliki emas sebagai dana kecemasan dan pelaburan kerana emas sentiasa bernilai tinggi, mudah dicairkan seluruh dunia dan berharga hingga akhir zaman. Nilai wang semakin berkurang, lebih baik tukar kepada simpanan emas yang nilainya sentiasa meningkat.  Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk maklumat mengenai jongkong emas pelaburan termurah, sah dan patuh syariah untuk bekalan dana kecemasan, pelaburan terbaik masa depan, penjana harta, pelindung kejatuhan wang dan pengelak kebocoran wang.

Pengalaman percutian di Iceland iaitu negara yang berada di kutub utara dengan suhu di bawah sifar iaitu bersuhu -10ºC pada bulan November adalah pengalaman yang amat menakjubkan dan tidak akan dapat dilupakan. Rupa bumi yang unik menghijau tanpa tumbuhan dan putih glasier sangat menakjubkan seperti berada di angkasa lepas. Cuaca di Iceland amat ekstrim dengan cuaca tidak menentu, sejuk melampau dan angin yang kuat kerana buminya yang tiada halangan tumbuhan dan sedikit awam. Persediaan awal hendaklah dilakukan untuk mengelak sebarang masalah atau kelancaran apabila bercuti ke negara sejuk atau artik. Klik KISAH PENGALAMAN PERCUTIAN KE ICELAND untuk kisah pengalaman pertama kali melancong ke Iceland.