Posted in PG MALL

IKLAN PERCUMA PERNIAGAAN ONLINE DI PG MALL

Iklan Percuma Perniagaan
Iklan Percuma Perniagaan

Iklan percuma perniagaan online di pg mall iaitu platform promosikan barang dan perkhidmatan bisnes free secara online untuk kembangkan perniagaan

PG MALL adalah platform jual beli barang dan perkhidmatan terbaru yang di kelolakan oleh Syarikat emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold yang menawarkan pembelian dan tempahan barang dan perkhidmatan secara online yang mudah dan selamat. Pembelian secara online kini amat popular kerana boleh membeli belah dengan selesa dirumah tanpa kos minyak petrol yang meningkat atau kesesakan jalan raya, dapat membandingkan harga barang, dapat diskaun, membeli barang tanpa sempadan dan boleh membeli belah setiap masa 24 jam sehari. Contoh platform jual beli popular masa kini adalah seperti lazada, zalora, mudah, lelong, ebay malaysia, nile, popLook dan sebagainya dan kini pusat jual beli online terbaru yang memasarkan semua produk antarabangsa dan tempatan ialah pg mall.

PG MALL Public Gold adalah SATU-SATUNYA platform yang menawarkan jual beli barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan WANG dan EMAS. Pembeli boleh memilih untuk membeli produk barangan dengan menggunakan wang atau emas untuk membuat pembelian dan sebaliknya peniaga juga boleh menerima pembayaran menggunakan wang atau emas. Pembeli yang membeli barangan menggunakan emas adalah di kalangan pelanggan Public Gold yang kini berjumlah melebihi 150,000 orang dari Malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia yang mempunyai akaun emas GAP. Contohnya, pelanggan Public Gold yang berada di Indonesia boleh membeli budu dari pg mall dengan menggunakan emas GAP dan budu akan sampai kepada pelanggan di Indonesia. Jadi pg mall adalah perniagaan merentasi sempadan dengan mudah menggunakan emas. Kini Public Gold mempunyai 19 cawangan di Malaysia, Singapura dan Indonesia akan memberi peluang peniaga untuk mengembangkan perniagaan dengan mudah tanpa sempadan dengan tersedianya pelanggan Public Gold yang sudah melebihi 150,000 orang. Klik MAKLUMAT PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat mengenai akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) serta panduan beli emas gap.

iklan percuma di pg mall
iklan percuma di pg mall

Urusniaga shopping online di pg mall amat mudah iaitu menggunakan  wang tunai (Ringgit Malaysia) atau emas sebagai transaksi bayaran. Bagi bukan pelanggan Public Gold yang tiada akaun emas GAP boleh membeli barang di pg mall dengan menggunakan wang ringgit malaysia melalui akaun bank. Bagi pelanggan Public Gold yang berjumlah melebihi 150,000 orang boleh menggunakan akaun emas GAP iaitu emas dalam akaun GAP di tukar kepada mata wang emas dikenali Gold Cash (GC). PG Mall memudahkah pembelian diatas talian bagi pemilik akaun emas GAP menukar gram emas kepada Gold Cash atau dikenali GC. Emas dalam akaun GAP di tukar kepada Gold Cash (GC) kerana memudahkan pembelian barangan yang kecil. Contohnya, harga barang di PG mall ialah RM1.90, jadi jika emas ianya seberat 190/1.90 iaitu 0.01g emas, susah dikira…jika pengiraan Gold Cash lebih mudah iaitu RM1.90 iaitu 1GC dimana 1g emas bersamaan 100GC. Gold Cash adalah mata wang digital emas Pertama Di Dunia yang telah di daftarkan, dicipta dan ditrademark oleh Public Gold.

Public Gold kini mempunyai pelanggan melebihi 150k dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunai merupakan peluang terbaik peniaga online dan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, IKS mengembangkan perniagaan secara online bukan sahaja dalam malaysia tapi seluruh dunia. Peniaga boleh mengiklankan semua jenis produk di PG Mall kecuali yang emas dan alkohol secara percuma hingga jun atau julai 2017. Rebut peluang mengiklankan atau memasarkan produk perniagaan secara percuma bagi meluaskan pasaran dan mengembangkan perniagaan.

pg mall public gold
pg mall public gold

Pg mall kini telah mempunyai lebih dari 10,000 pilihan produk tempatan atau luar negara dan telah mendapat sokongan dari pelbagai agensi tempatan. PG Mall telah bekerjasama dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA), Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA) dan terbaru Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia(PKKM) untuk membantu ahli-ahli mereka menyertai PG Mall bagi mengembangkan pasaran perniagaan.

PROSES PERNIAGAAN DI PG MALL

proses pengiklanan perniagaan di pg mall
proses pengiklanan perniagaan di pg mall

Proses perniagaan di pg mall amat mudah iaitu orang awam atau ahli public gold membeli barangan di pg mall secara online dengan pembayaran online banking dan peniaga atau merchant akan menerima order pembelian, peniaga atau merchant pg mall akan menghantar barangan secara pos dan pembayaran akan di terima kedalam akaun peniaga dalam bentuk wang tunai atau emas, Gold Cash dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja. Peniaga boleh memilih sama ada mahu menerima bayaran dalam bentuk wang ringgit atau emas.

KELEBIHAN IKLAN PERNIAGAAN DI PG MALL

Banyak kelebihan menyertai pg mall iaitu iklan produk barangan dan perkhidmatan tempatan secara percuma di PG MALL iaitu :

kelebihan pg mall
kelebihan pg mall
  1. Sudah tersedia pelanggan seramai 150,000 yang terdiri pelanggan Public Gold

Pemilik akaun emas GAP Public Gold yang kini melebihi 150k merupakan pelanggan sedia ada yang berpotensi membeli belah dalam Pgmall.

  1. Perkhidmatan Pengiklanan Percuma.

Peniaga atau merchant boleh memasarkan barangan dan produk secara percuma buat masa ini dalam tempoh promosi.

  1. Pusat jual beli belah online 24 jam sehari.

Website Pg mall beroperasi 24 jam 7 hari seminggu sepanjang tahun akan memberikan keselesaan kepada pembeli untuk membeli belah tanpa mengira waktu.

  1. Pemasaran Perniagaan Tanpa Sempadan.

Pemilik perniagaan dapat memasarkan produk barangan tanpa batas sempadan ke seluruh dunia selain pasaran yang telah sedia ada di Indonesia, Brunai dan Singapura yang terdiri daripada pelanggan Public Gold.

  1. Penjimatan Pengiklanan

Peniaga yang memasarkan produk atau perkhidmatan di Pgmall akan dapat penjimatan melakukan iklan dan penjenamaan kerana Public Gold melakukan pengiklanan, promosi, marketing dan penjenamaan tentang Pgmall dan secara tidak langsung produk atau servis peniagaan dalam pg mall dikenali tanpa melibatkan kos pengiklanan. Pengedar emas dan ahli public gold juga yang melebihi 150k secara tidak langsung memberi nilai tambah mengiklankan barangan di pg mall.

  1. Pemasaran perniagaan yang Mudah

Pengiklanan di pg mall amat mudah yang boleh dilakukan di rumah dengan hanya mengambil gambar produk perniagaan dan masukkan ke pg mall.

  1. Pengiklanan Produk Perniagaan Tanpa Had

Pengiklanan produk perniagaan di PG MALL adalah tanpa had iaitu boleh mengiklankan produk seberapa banyak produk perniagaan.

  1. Pelindung Susut Nilai Wang

Peniaga atau merchant pg mall boleh dapat hasil jualan dengan wang ringgit atau emas. Peniaga yang bijak akan menyimpan sebahagian keuntungan dalam bentuk emas sebagai pelindung kejatuhan nilai wang atau pelindung susut nilai wang. Hasil perniagaan yang terkumpul dalam bentuk emas pastinya meningkat nilainya selari peningkatan harga emas  setelah di simpan lama, berbanding simpanan wang yang semakin turun nilainya.

  1. Pemasaran Produk Barangan Tanpa Had

Pemasaran barangan dan perkhidmatan di PG Mall tanpa had, di mana peniaga boleh memasarkan apa saja barangan perniagaan.

  1. Pusat Beli Belah Online Telus Dan Mudah

Pg Mall yang menggunakan emas dalam urusniaga memudahkan jual beli online di semua negara kerana dimana sahaja 1 gram emas bersamaan 100GC iaitu jika pembeli yang berada di luar negara yang mempunyai akaun emas gap dengan mudah, adil dan telus membeli barangan tanpa perlu menukar mata wang.

  1. PG Mall Merchant page adalah diberi PERCUMA

Peniaga di PG Mall diberikan PG Mall Merchant page panel dashboard secara percuma. Setiap penjual PG Mall yang mendaftar pernigaan mereka di PG Mall akan menerima login dan password untuk akses PG Mall Merchant page yang mana penjual boleh menguna panel dashboard pengurusan stok produk mereka dan pesanan pelanggan. PG Mall Merchant page ini adalah diberi PERCUMA kepada penjual di PG Mall.

CARA IKLAN PERNIAGAAN PERCUMA DI PG MALL
Cara iklan perniagaan di pg mall amat mudah, dengan 2 cara berikut :

  1. PENIAGA DAFTAR SENDIRI ONLINE DI PG MALL

Panduan peniaga atau merchant mendaftar sendiri di PG MALL online untuk pengiklanan percuma bagi mengembangkan perniagaan. Sebelum mendaftar pg mall secara online, sediakan dahulu gambar berbentuk pdf gambar kad pengenalan depan dan belakang bagi pengiklanan perniagaan individu atau gambar pendaftaran SSM syarikat bagi pengiklanan perniagaan syarikat atau kompeni. Klik VIDEO YOUTUBE PANDUAN DAFTAR PERNIAGAAN DI PG MALL untuk IKLAN PERNIAGAAN PERCUMA ONLINE.

CARA DAFTAR PRODUK PERNIAGAAN DI PG MALL ONLINE :

cara daftar pg mall
cara daftar pg mall

Klik DAFTAR PERNIAGAAN PERCUMA DI PG MALL atau Layari website PG MALL iaitu klik https://pgmall.my

Scroll ke bahagian bawah sekali dan klik REGISTER HERE pada Merchant

daftar bisnes di pg mall
daftar bisnes di pg mall

Langkah pertama lengkapkan maklumat Merchant, Pilih sama ada Individu ( tiada SSM) atau Company (mempunyai SSM). Tuliskan maklumat perniagaan dan pemilik perniagaan dengan betul dan pada ruangan INTRODUCER PGCODE tuliskan PG001425 dan klik CHECK dan terpapar MOHD ZAIDI BIN JUNUS sebagai pembimbing dalam pengiklanan perniagaan di pg mall.

promosi perniagaan di pg mall
promosi perniagaan di pg mall

Langkah kedua lengkapkan maklumat penerimaan bayaran, Pilih sama ada ahli Public Gold yang mempunyai kod pg atau bukan ahli public gold. Pada pilihan penerimaan bayaran bagi peniaga, boleh pilih sama ada mahu menerima bayaran dalam bentuk emas, GC settlement atau dalam bentuk wang tunai Cash Settlement yang akan di masukkan kedalam akaun bank peniaga.

iklan perniagaan percuma
iklan perniagaan percuma

Langkah akhir ialah mengupload dokumen perniagaan iaitu gambar pdf kad pengenalan depan dan belakang bagi INDIVIDU atau gambar pdf daftar perniagaan SSM bagi Company atau syarikat. Klik SUBMIT apabila telah selesai.

Tahniah, kerana telah bertindak bijak menyertai pg mall untuk mengembangkan perniagaan secara online secara percuma. Dalam tempoh 24 jam bekerja, peniaga/merchant akan memerima emel pengesahan pendaftaran perniagaan dan boleh mula mengiklan produk perniagaan di PG MALL. Setelah mendapat pengesahan pendaftaran, login menggunakan alamat email anda serta password yang anda pilih semasa pendaftaran untuk mengupload produk perniagaan di PG MALL. Panduan mengupload produk perniagaan di PG MALL boleh lihat video youtube pada tajuk MERCHANT PG MALL TUTORIAL

Panduan, bimbingan, maklumat lanjut atau latihan whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Bin Junus Master Dealer Public Gold Semenjak 2010. Maklumat terkini pg mall boleh like fanpage manager pg mall, TRICIA GOLD PG MALL.

  1. DEALER PUBLIC GOLD DAFTAR PERNIAGAAN DI PG MALL.

Dealer Public Gold seperti saya, boleh daftarkan perniagaan di pg mall dengan menghantar maklumat butiran di bawah ke whatsapp saya, 019-9185593 dan panduan seterusnya akan di berikan.

Maklumat yang perlu di hantar :

  • Nama Penuh :
  • Kad Pengenalan :
  • Alamat :
  • Nama Perniagaan :
  • Emel :
  • No telefon :
  • Nama dan nombor akaun bank :
  • Gambar ic depan dan belakang atau gambar daftar niaga SSM.

Rebut peluang iklan bisnes online percuma dalam tempoh promosi bagi mengembangkan perniagaan dengan promosikan perniagaan secara online. Jual beli dalam talian atau online shopping kini amat popular di zaman maklumat di hujung jari dengan kesibuKkan masa, waktu kemelesetan ekonomi, kos hidup yang meningkat dan kenaikkan harga barangan. Bertindak segera sebelum promosi pengiklanan percuma berakhir.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017, MAAF ZAHIR BATIN