Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

BOSNIA TEMPAT PELANCONGAN TERBAIK DI BALKAN

Bosnia Tempat Pelancongan Terbaik Di Balkan
Bosnia Tempat Pelancongan Terbaik Di Balkan

Bosnia tempat pelancongan terbaik di Balkan dan Eropah dari pengalaman percutian mengunjungi tempat menarik di Bosnia dan negara-negara Balkan.

Balkan atau dikenali semenanjung Balkan terdiri dari 13 negara iaitu Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo (kedaulatan dipertikai), Yugoslavia, Macedonia, Serbia, Moldova, Romania, Slovenia dan Turki. Bosnia dan Herzegovina adalah sebuah negara yang berbentuk jantung dan terletak di selatan Eropah, di bahagian tengah Semenanjung Balkan.

Bosnia Herzegovina
Bosnia Herzegovina

Bosnia dan Herzegovina ialah dua negara yang bersatu tetapi dibawah pemerintah berparlimen yang sama di semenanjung Balkan di selatan Eropah dengan keluasan sebesar 51,129 km² (19,741 batu persegi) dengan jumlah sekitar empat juta penduduk. Negara Bosnia dikenali dalam bahasa rasminya sebagai Bosna i Hercegovina. Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagai Bosnians dalam bahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Ibu negara dan bandar terbesar Bosnia ialah Sarajevo.

Bosnia Herzegovina adalah tempat pelancongan terbaik antara negara-negara Balkan berdasarkan pengalaman sendiri melawat negara-negara Balkan. Cantik memukau indah, itulah gambaran negara Bosnia dan orang Bosnia merupakan salah satu negara yang mesti dilawati apabila melancong ke Balkan atau Eropah. Bosnia telah diketahui umum tentang konflik berdarah pada tahun 1990 an, tapi kini Bosnia Herzegovina telah berkembang maju sehinggakan kini Bosnia merupakan negara paling cepat membangun dan salah satu destinasi paling menarik di Eropah. Pada tahun 2010, majalah Lonely Planet mencatat bahawa Sarajevo sebagai salah satu dari 10 kota “Best in Travel” tahun 2010.

Pengalaman bercuti ke negara-negara Balkan dan Eropah mendapati negara Bosnia adalah tempah paling menarik untuk di lawati dari fakta menarik mengenai Bosnia.

FAKTA MENARIK MENGENAI BOSNIA SEBAGAI TEMPAT PELANCONGAN TERBAIK DI BALKAN

  1. ORANG BOSNIA CANTIK, AYU, BAIK DAN PERAMAH

Orang Bosnia cantik, ayu, baik, mudah mesra, sopan dan peramah dengan layanan terbaik terutama kepada rakyat Malaysia yang dikenali dan dihormati oleh kerana bantuan Malaysia ketika Perang Bosnia. Semasa berjalan-jalan di bandar Sarajevo atau makan-makan penduduk Bosnia dapat mengenali rakyat Malaysia dan boleh mesra dengan cepat, tambahan lagi kerana sesama islam adalah bersaudara.

Orang Bosnia Terbaik
Orang Bosnia Terbaik

Orang Bosnia bukan lagi berkongsi kepedihan dan konflik masa lalu, tetapi keindahan kota dan semangat kental orang-orang Bosnia pasti menaungi kesedihan yang lepas. Orang-orang Bosnia lebih peramah, mudah mesra dan bersopan berbanding penduduk eropah lain daripada pengalaman sendiri mengunjungi negara-negara Balkan dan eropah. Orang Bosnia amat cantik dan ayu secara semulajadi seperti bidadari dunia terutama yang memakai tudung .Pakej penduduk bosnia yang peramah, cantik, ayu, menawan, makanan yang lazat dan murah dengan sejarah dan budaya yang menarik menjadikan kesemuanya terbaik di Bosnia Herzegovina.

  1. SARAJEVO TEMPAT TARIKAN PELANCONG DENGAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Sarajevo Bosnia Herzegovina adalah tempat tarikan pelancong, bandar terbaik dan tempat terbaik untuk dilawati di Bosnia atau Balkan kerana menyimpan sejarah dan kepelbagaian budaya. Sarajevo adalah Ibu kota terbesar Bosnia dan Herzegovina memiliki bangunan hebat dari pelbagai budaya dan agama. Sarajevo indah dan dikenali “Yerusalem Eropah”. Kota Sarajevo terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama seperti Masjid Gazi Husrez-beg, jambatan Latin, bascarsija Bazaar, Old Town Bazaar, Sarajevo Sebilj dan banyak lagi tempat yang terkenal di Sarajevo.

Sarajevo Bosnia Herzegovina
Sarajevo Bosnia Herzegovina

Sarajevo berubah di awal 1990-an ketika kota Sarajevo di kepung oleh pasukan tentera serbia dan sekarang Sarajevo telah menjalani pemulihan pasca-perang dan merupakan kota yang paling cepat berkembang di Bosnia dan Herzegovina. Sarajevo, ibu dan pusat budaya Bosnia dan Herzegovina. Ia terletak di lembah sempit sungai Miljacka di kaki Gunung Trebević. Bandar Sarajevo mengekalkan watak Muslim, mempunyai banyak masjid, rumah-rumah kayu hiasan ukiran dalaman, dan pasar kuno turki (the Baščaršija) dimana majoriti penduduknya adalah Muslim. Masjid utama Kota Sarajevi adalah Masjid Gazi Husreff-Beg atau Begova Džamija (1530), dan Masjid Ali Pasha (1560-61).

Masjid Gazi Husrev-beg Sarajevo
Masjid Gazi Husrev-beg Sarajevo

Pengalaman hebat di Sarajevo dapat bersembahyang di Masjid Gazi Husrev-beg, adalah masjid di bandar Sarajevo Bosnia dan Herzegovina yang dibina pada abad ke-16 merupakan masjid sejarah terbesar di Bosnia dan Herzegovina dan salah satu struktur Uthmaniyyah yang paling terkenal di Balkan.

Sarajevo adalah kota pertembungan pelbagai era, ideologi, kepelbagaian kepercayaan, kepelbagaian maakanan lazat dan budaya. Jika ke kota lama Stari Grad, pastikan anda melawat Bascarcija Square dan nikmati keindahan senibina Uthmaniyah dan Austria-Hungary. Untuk yang gemar membeli-belah ada pelbagai butik menjual pakaian, barangan perhiasan dan cenderamata.

Klik video youtube SARAJEVO PENDUDUK TERBAIK DAN TEMPAT TERBAIK UNTUK DILAWATI

  1. MOSTAR BANDAR SEJARAH DAN TERKENAL DUNIA

Mostar Bosnia Herzegovina adalah salah satu tempat paling popular yang menjadi tarikan pelancong dan tempat paling ramai dikunjungi di Bosnia dan Herzegovina dengan keindahan alam semula jadi, senibina, tempat paling terkenal Stari Most sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Bandar Mostar merupakan salah satu bandar menarik, popular dan indah di Bosnia dan Herzegovina yang menjadi tarikan pelancong seluruh dunia melalui tempat popular seperti jambatan stari most, Old Bazar, Koski Mehmed Paša atau Blagaj Tekija.

Mostar Bosnia
Mostar Bosnia

Mostar penuh dengan seni bina Ottoman klasik, dengan pelbagai restoran tradisional, gerai pasar, masjid-masjid dan lain-lain bangunan-bangunan bersejarah. Salah satu tempat paling terkenal di mostar dan juga Bosnia ialah Stari Most atau ‘Jambatan Lama’. Jambatan telah dibina di zaman Othmaniah di abad ke-16 berasaskan seni bina Islam dan kejuruteraan yang hebat. Jambatan Stari Most yang berketinggian 24 meter dari puncak merupakan tempat popular orang eropah membuat terjunan ke dalam Sungai Neretva di bawah.

Berjalan melalui jalan berbatu di Old Town, seperti kembali ke Abad ke-16 dan penuh sesak dengan restoran tradisional, kedai perhiasan dan cenderamata. Old Town ini dipenuhi restoran tradisional yang menyajikan hidangan tempatan dan minuman terkenal kopi Bosnia.

Masjid Koski Mehmed Paša bukan saja mempunyai daya tarikan tersendiri, tetapi juga merupakan tempat untuk pemandangan terbaik melihat Stari Most. Masjid telah dibina di awal tahun 1600-an di zaman Utsmani dan merupakan masjid yang dipelihara terbaik di Bosnia dan Herzegovina. Klik video youtube TEMPAT MENARIK DI MOSTAR POPULAR DAN INDAH DI BOSNIA HERZEGOVINA

  1. TEMPAT PENINGGALAN SEJARAH ISTANA, MASJID DAN KUBU LAMA

Bosnia mempunyai banyak tempat menarik hasil tinggalan sejarah seperti istana, masjid atau kubu lama. Tempat bersejarah di Bosnia seperti masjid-masjid lama ataupun Kota Lama Tesanj yang terkenal dengan Istana dan Kubu Tesanj.

Blagaj Tekija
Blagaj Tekija

Salah satu dari bangunan peninggalan sejarah semasa pemerintahan Ottoman paling indah di Bosnia adalah Rumah Dervish (Darwis) yang dikenal dengan Blagaj Tekija di sumber mata air alam di sungai Buna di Blagaj, 12 km dari Mostar. Bangunan ini dibangun pada abad ke-16 dan mempunyai nilai keagamaan dan sejarah khusus bagi Bosnia. Blagaj Monsatery adalah Biara Blagaj yang terletak di kaki bukit, dengan pemandangan indah kolam dan contoh seni bina ottoman klasik, dengan bingkai tingkap kayu dan bumbung tergantung. Biara yang menempatkan restoran dengan meja yang menghadap air memberi pemandangan indah dan tenang sewaktu makan tengah hari.

  1. BOSNIA AMAN DENGAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN AGAMA

Bosnia dan Herzegovina aman dengan kepelbagaian budaya dan agama melalui bangunan hebat. Ibu Kota Sarajevo indah dan dikenali “Yerusalem Eropah”. Kota Sarajevo terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama seperti Masjid Gazi Husrez-beg, jambatan Latin, bascarsija Bazaar, Old Town Bazaar, Sarajevo Sebilj dan banyak lagi tempat yang terkenal di Sarajevo. Di bandar Sarajovo akan dapat mendengar azan di masjid dan diikuti bunyi loceng gereja. Di pusat bandar Sarajevo terdapat masjid, sinnagogue, gereja Katolik dan gereja Orthodox boleh ditemui di blok bangunan yang sama.

Sarajevo adalah satu-satunya bandar di Eropah yang mempunyai masjid, Gereja Katolik, Gereja Ortodoks, dan sinagoga Yahudi di kawasan yang sama menunjukkan kerjasama dan kepelbagaian agama dan budaya yang harmoni.

  1. KOS PERBELANJAAN DI BOSNIA PALING MURAH
Makanan Bosnia Murah
Makanan Bosnia Murah

Pelancongan di Bosnia murah dengan kos perbelanjaan termurah di Eropah terutama di kawasan luar bandar. Makanan di Bosnia lebih murah antara 3-5 Marks Bosnia (kurang daripada $3) iaitu jauh lebih murah jika dibandingkan dengan negara jiran Croatia atau negara Eropah lain. Sarajevo amat sesuai untuk membeli belah, bukan sahaja makanan murah di Bosnia, namun barang keperluan atau cenderamata juga lebih murah, sehinggakan kawan membeli banyak minyak wangi dan sebagainya di Bascarsija Bazaar dan Old Town Bazaar Sarajevo. Selain tempat-tempat menarik di Bosnia, kos penginapan, pengangkutan dan makanan sangat murah jika dibandingkan dengan destinasi pelancongan lain di Eropah.

  1. BOSNIA PALING MUDAH MENDAPAT MAKANAN HALAL DI EROPAH

Bosnia adalah tempat pelancongan yang paling mudah untuk mendapat makanan halal di Eropah. Makanan asasi Bosnia seperti cevapcici, burek, tajin atau kopi bosnia adalah halal dan mudah diperolehi di semua restoran halal Bosnia dengan bahan segar sumber tempatan. Pelbagai makanan halal yang enak dan murah boleh diperolehi dengan mudah di restoran halal jika dibandingkan dengan destinasi pelancongan lain di Eropah. Pelancongan ke Bosnia tidak lengkap jika tidak mencuba hidangan tempatan Bosnia seperti cevapcici, burek dan tajin dan kopi Bosnia.

  1. KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Perjalanan merentasi Bosnia dan Herzegovina dapat melihat keindahan landskap alam semulajadinya. Pergunungan berbatu yang dramatik, Sungai biru Turquoise, air terjun dan rumput seperti permaidani akan memukau mata memandang. Pelbagai tempat yang boleh dilawati untuk melihat keindahan alam semulajadi Bosnia seperti pergunungan Bjelašnica untuk bermain salji dan menawarkan kemudahan resort ski yang hebat, keindahan Vrelo Bune iaitu sungai daripada mata air semulajadi bawah tanah dengan air yang kebiruan, taman Nasional Una adalah tempat yang mewakili keunikan alam di bagian Eropah yang sangat bermanfaat untuk biodiversiti dan Taman Nasional Una di Bosnia.

Percutian Ke Bosnia
Percutian Ke Bosnia

Percutian ke Bosnia adalah pelancongan terbaik di eropah kerana mempunyai banyak tempat menarik, penduduk Bosnia terbaik, banyak tempat bersejarah, kemudahan makanan halal dan kos pelancongan yang murah menjadikan Bosnia adalah destinasi terbaik untuk pelancongan ke Eropah.

Leadership Seminar Public Gold Balkan 2019
Leadership Seminar Public Gold Balkan 2019

Saya amat beruntung dapat mengunjungi tempat menarik di Bosnia, melawat Sarajevo, bertemu dengan penduduk bosnia yang cantik dan ayu, makan makanan tempatan bosnia dan mendengar pengalaman perang Bosnia tahun 1990 melalui percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke Balkan dari program SIP (Sales Incentive Program) Leadership Seminar Public Gold Balkan 2019. Pelaburan dan perniagaan emas dan Perak Public Gold terbaik untuk menjana pendapatan, percutian, aset dan pendapatan pasif sepanjang hayat klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD