Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

TEMPAT PAJAK EMAS TERBAIK UNTUK GADAI EMAS ATAU PERAK

Tempat Pajak Emas Terbaik Untuk Gadai Emas Atau Perak
Tempat Pajak Emas Terbaik Untuk Gadai Emas Atau Perak

Tempat pajak emas terbaik untuk gadai emas dan perak dengan panduan, cara, maklumat asas, tips pajak emas dan cara pengiraan pajak emas di Arrahnu

Pelaburan emas fizikal mempunyai banyak kelebihan kerana simpanan emas boleh dimanipulasi dan menyebabkan pelaburan emas tidak beku. Hakikatnya emas adalah wang yang ditukar bentuknya dan selamat berada dalam simpanan sendiri sebagai aset harta, pelaburan, dana kecemasan dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Jika simpan wang dalam bank, Tabung Haji ataupun ASB, wang dipegang oleh bank menyebabkan susah untuk keluarkan dalam jumlah banyak dan risiko tidak dapat keluarkan wang jika berlaku bencana atau trajedi. Wang di dalam bank digunakan oleh pihak bank untuk membuat pelaburan atau pusing modal pinjaman untuk gandakan keuntungan. Sedikit keuntungan dalam bentuk dividen dibahagikan kepada penyimpan wang, namun jika penyimpan wang telah mengeluarkan wang walau sekejap, penyimpan tidak dapat (dapat sedikit) dividen tahunan.

Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan
Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan

Berbeza dengan pelaburan emas, dimana penyimpan emas memiliki pegangan mutlak yang dapat mengurus sendiri emas, dimana jika waktu kecemasan wang tidak perlu menjual emas, hanya perlu pajak atau gadai emas di Arrahnu untuk mendapat duit segera tanpa syarat. Pajak emas telah lama digunakan oleh peniaga-peniaga luar negara atau peniaga tempatan seperti peniaga di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu untuk pusing modal perniagaan. Peniaga wanita di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu memakai banyak barang kemas untuk dipajak sebagai modal pusingan perniagaan. Bandar Kota Bharu mempunyai banyak kedai emas, termasuklah di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu untuk beri kemudahan pajak atau jual beli emas.

TEMPAT PAJAK EMAS TERBAIK

Pada hari ini terdapat banyak kedai pajak gadai emas seperti di kedai pajak emas cina atau pajak emas cara Islam seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya. Di manakah tempat pajak emas terbaik?. Tempat untuk pajak emas terbaik bagi orang islam ialah di Arrahnu yang menggunakan sistem pajak gadai yang patuh syariah, ciri kedua yang penting bagi kakitangan kerajaan ialah pajak emas yang tidak direkodkan CCRIS atau CTOS, ciri-ciri lain tempat pajak emas terbaik ialah kemudahan tunai, tak perlu penjamin dan sebagainya.

Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas KDE
Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas KDE

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang memajak emas sejak tahun 2010 di pelbagai Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu YAPIEM mendapati tempat pajak emas dan perak terbaik yang memenuhi kriteria di atas adalah Ar-rahnu Koperasi Dagang Emas, KDE Public Gold.

KELEBIHAN ARRAHNU KOPERASI DAGANG EMAS, KDE PUBLIC GOLD

Arrahnu KDE Public Gold Kelantan
Arrahnu KDE Public Gold Kelantan

Arrahnu Koperasi Dagang Emas, KDE adalah anak syarikat Public Gold yang beroperasi di SEMUA 18 CAWANGAN PUBLIC GOLD. Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) Public Gold Kota Bharu beroperasi pada 1 mac 2017. Koperasi Dagang Emas  adalah arrahnu pertama yang terima  gadaian jongkong perak di Malaysia. Kelebihan pajak emas di Arrahnu Koperasi Dagang Emas Kelantan :

  • Sistem gadaian mengikut syariah.
  • Bebas rekod CCRIS atau CTOS
  • Terima pajakan jongkong perak
  • Kemudahan pajak emas di semua 17 cawangan Public Gold
  • Waktu operasi yang panjang bermula 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad.
  • Kemudahan pajak emas pada hari cuti iaitu hari Jumaat dan sabtu.
  • Kemudahan pajak emas online melalui akaun emas GAP
  • Nilai marhum yang tinggi.
  • Harga gadaian yang tinggi (60%).
  • Tempoh gadaian yang panjang (6+2).
  • Upah simpan yang rendah (1%).

KENAPA PAJAK EMAS ?

Pajak Emas Di Arrahnu KDE Public Gold Kelantan
Pajak Emas Di Arrahnu KDE Public Gold Kelantan

Pajak emas sepatutnya di lakukan kerana kepentingan yang tertentu seperti waktu kecemasan wang, pusing modal perniagaan atau untuk membeli sesuatu yang berharga. Contohnya saya pajak emas di arrahnu kde Kota Bharu Kelantan untuk membeli emas. Rakan mahu menjual emas gold bar 20g Public Gold, oleh kerana ketiadaan wang jadi digadai gold bar 20g rakan dan syiling 5 dinar kepunyaan sendiri di Arrahnu KDE Public Gold kelantan. Wang pajakan emas yang diperolehi diguna untuk membayar belian gold bar 20g rakan.

Emas 5 dinar lama Public Gold kepunyaanku dibeli pada tahun 2010. Dulu emas dinar Public Gold berketulenan 916, selepas 2014 diubah kepada ketulenan 999 untuk dapat pengecualian cukai gst. Aura penyimpan emas sayang untuk jual dan minat untuk beli menyebabkan disiplin menabung mengelak kebocoran wang.

Sememangnya simpan emas saja terus dapat untung kerana ia boleh digunakan untuk berniaga, pusing modal perniagaan, bekalan kecemasan, pelindung kejatuhan nilai wang, pengelak kebocoran wang dan pastinya dapat untung dari kenaikkan harga emas. Tahun 2019 harga emas naik stabil dengan ramalan harga emas yang positif adalah masa selamat tanpa risiko untuk pajak emas klik MENGAPA HARGA EMAS NAIK TERTINGGI 2019 DAN RAMALAN EMAS.

CARA PAJAK EMAS

Cara pajak emas di Arrahnu KDE Public Gold,

Cara pajak Emas di Arrahnu KDE Public Gold
Cara pajak Emas di Arrahnu KDE Public Gold
  1. Bawa emas atau perak ke Arrahnu Koperasi Dagang Emas di cawangan Public Gold.

Bawa emas atau perak yang dimiliki beserta dengan resit belian serta kad pengenalan. Jika emas atau perak jenama Public Gold, resit belian tidak diperlukan.

  1. Serah emas atau perak untuk di uji ketulenan dan dinilai.

Serah emas atau perak untuk diuji ketulenan, ditimbang berat dan dinilaikan. Nilai marhum emas semasa telah di paparkan sebagai rujukan.

  1. Dapat Duit Tunai Pajakan Emas.

Apabila telah setuju memajak emas, terus dapat wang tunai pajakan emas setelah tandatangan surat pajak gadai Arrahnu KDE. Simpan surat pajak dengan baik untuk tebus semula emas yang dipajak.

Hanya 3 langkah untuk pajak gadai emas di Arrahnu KDE Public God Kelantan dan terus dapat duit tunai segera melalui pembiayaan atau pinjaman peribadi yang patuh syariah tanpa riba’ tanpa perlu jual emas atau perak.

TIPS PAJAK EMAS

Tips Pajak Emas Di Arrahnu
Tips Pajak Emas Di Arrahnu
  1. Pajak emas hanya untuk kegunaan penting atau urusan mustahak, kerana pajak emas dikenakan upah simpan. Gunakan duit tunai pajakan emas untuk aktiviti yang menguntungkan seperti kecemasan wang,pusing modal perniagaan atau mengembangkan perniagaan.
  2. Buat banyak surat pajak gadai supaya mudah menebus balik emas yang di pajak. Contoh, jika memajak 2 keping emas dinar, buat 2 surat pajakan untuk setiap 1 dinar.
  3. Simpan wang sedikit demi sedikit sebagai bekalan untuk menebas emas pajakan dan sebaiknya terus menebus emas pajakan apabila wang telah mencukupi.

MAKLUMAT ASAS PAJAK EMAS DI ARRAHNU

Panduan pajak emas di Arrahnu :

  1. Polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza seperti nilai emas, dokumen yang diperlukan, banyak pinjaman yang diberikan, lama tempoh pinjaman memang berbeza antara setiap ar-rahnu.
  2. Nilai pajakan emas dikenali nilai “marhum” berbeza-beza setiap Arrahnu berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold.
  3. Caj pajakan Ar-rahnu dikenali “upah simpan” adalah caj ar-rahnu simpankan emas supaya patuh syariah. Sebenarnya upah simpan adalah caj pinjaman dari pajakan emas di Arrahnu. Upah simpan yang dikenakan sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (marhun), bukan atas nilai pinjaman.
  4. Upah simpan atau caj pajakan dalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Upah simpan bebas untuk dibayar samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas.
  5. Tempoh pajakan standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 11 bulan. Setelah cukup masa tempoh pajakan, emas hendaklah di tebus balik ataupun emas pajakan akan dilelong, jadi perlu tebus atau boleh sambung paajakan dengan menbayar upah simpan dahulu.
  6. Tebus emas boleh dibuat bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat dengan membayar pinjaman pajakan. Contoh, jika tebus emas dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.
  7. Pajakan emas boleh disambung dengan membayar upah simpan sahaja apabila tamat tempoh pajakan 6 bulan. Sambung pajakan emas akan dapat surat pajak baru mengikut harga semasa emas. Jika harga emas semasa tinggi dimana nilai emas tinggi maka, pemajak mungkin tidak perlu bayar upah simpan atau dapat wang lebihan pajakan emas.

CARA PENGIRAAN PAJAK EMAS DI ARRAHNU KDE PUBLIC GOLD

Cara Kira dan Penebusan Emas di Ar-Rahnu KDE

Nilai Pajakan Emas Di Arrahnu KDE
Nilai Pajakan Emas Di Arrahnu KDE

Cara pengiraan, nilai marhun dan upah simpan pajak gadai di Ar-Rahnu KDE. Nilai marhun 1 gram emas bergantung kepada nilai harian di kedai emas, berubah setiap hari dan dipapar di Arrahnu KDE Public Gold. Contoh, nilai marhun 1 gram emas 999 atau 24 karat pada 6 Ogos 2019 ialah RM247/g, nilai marhum emas 916 atau 22K ialah Rm227 dan berikutnya. Upah simpan arrahnu KDE hanyalah pada kadar 1% sebulan dan anda boleh tebus pada bila-bila masa dalam tempoh 6 hingga 8 bulan. Jumlah pinjaman duit tunai yang adalah sebanyak 60% daripada nilai marhun.

Surat Pajak Emas ArRahnu KDE Public Gold
Surat Pajak Emas ArRahnu KDE Public Gold

Contoh surat pajak emas Arrahnu KDE Public Gold untuk pengiraan pajakan emas  5 dinar lama public gold 22 karat atau emas 916. Kini iaitu sejak 2014 emas dinar Public Gold berketulenan 24 karat atau emas 999 untuk dapat pengecualian cukai gst.

Harga 1g emas 916 = RM227/g

Nilai marhun 5 dinar = 21.25 X RM227 = RM4,823.75

Upah simpan (1%/bulan) = RM4,823.75 X 1% = 48.23 (RM48.00/bulan)

Jumlah duit tunai = RM4,823.75 X 60% = RM2890

Maksubnya, jika tebus emas pada bulan pertama, perlu bayar RM2890 + RM48.00 = RM2938 dan seterusnya. Upah simpan boleh dibayar sekaligus apabila tamat tempoh pajakan iaitu 6 bulan atau setiap bulan.

Pajak Emas GAP Online
Pajak Emas GAP Online

Tempat pajak emas terbaik bagi ahli atau dealer Public Gold atau pekerja awam atau swasta yang mahu bebas dari rekod CCRIS atau CTOS, patuh syariah dengan waktu operasi yang panjang adalah di arrahnu Koperasi Dagang Emas, KDE Public Gold. Bagi pemegang akaun emas GAP dapat pajak emas dengan mudah secara online di Arrahnu KDE. Klik CARA BELI RM100 EMAS GAP UNTUK KUMPUL EMAS FIZIKAL untuk beli emas gap minima RM100 untuk mulakan pelaburan emas fizikal dengan kumpul emas sedikit demi sedikit bagi menjana aset harta, tabung simpanan kecemasan, pelaburan selamat patuh syariah, pelindung inflasi dan pengelak kebocoran wang. Lihat video youtube MENGENAI EMAS GAP PUBLIC GOLD DI BAWAH

“Selamat Hari Raya Aidiladha 2019”

“Pengorbanan adalah langkah pertama kejayaan”