CARA GADAI EMAS DI ARRAHNU TEKNIK MEMANIPULASI EMAS FIZIKAL

gadai emas public goldCARA GADAI EMAS DI ARRAHNU TEKNIK MEMANIPULASI EMAS FIZIKAL

Pelabur emas fizikal akan seronok dan gembira bila tengok harga emas naik dan bila tengok harga emas turun,seronok dan gembira juga….pelik..inilah  keistimewaan melabur emas fizikal…pelabur emas sentiasa  gembira…tak percaya sila sertai pelaburan emas public gold malaysia. Pelabur emas fizikal public gold sentiasa gembira dan tidak risau kerana harga emas akan sentiasa naik iaitu pelabur emas fizikal tidak akan rugi dan bila harga emas naik, kita boleh jual, dapat untung dan apabila harga emas turun kita boleh  beli emas lagi atau gadai emas tersebut untuk mendapatkan wang bagi menambah stok emas kita. Fungsi gadai emas atau pajak emas adalah untuk mendapatkan wang bagi membeli emas pada harga terkini yang murah, selain itu stok emas kita adalah selamat berada di arrahnu atau tempat pajak emas.  
Saya ingin berkongsi  ilmu, pengalaman, cara dan teknik pelaburan terbaik  dalam pelaburan emas fizikal iaitu teknik pajak emas fizikal di Arrahnu gadaian islam Bank Islam. Dulu saya pajakkan emas saya di Arrahnu agrobank tapi Arrahnu agrobank sudah tidak lagi menerima emas jongkong atau syiling dinar.Bagi anda yang susah untuk gadai emas berbentuk gold bar atau syiling dinar bolehlah jadi dealer public gold dan gadai emas di cawangan public gold berdekatan anda.Bagi yang belum berpengalaman mengadai emas sila hubungi saya segera untuk membeli emas fizikal Public Gold dan dapat pengalaman mengadai emas iaitu satu teknik memanipulasi emas yang tidak dapat di lakukan melalui pelaburan wang. Inilah satu keistimewaan emas yang tidak dapat diperolehi dari logam lain. Sebab itulah emas dikenali sebagai logam mulia oleh orang indonesia.

Namun begitu kita gadai emas mesti mempunyai tujuan yang penting atau yang akan dapat memberi pulangan balik yang menguntungkan kerana  gadai emas adalah kita meminjam wang yang mempunyai interest atau faedah dalam 8% hingga 10% setahun. Gadai emas adalah pinjaman wang yang paling mudah dan selamat. Jika  hendak mengadai emas mestilah mempunyai tujuan yang penting seperti berikut :

  • 1) Membeli Emas lagi, kerana harga emas rendah. Ini akan menyebabkan harga emas yang kita beli lebih murah dengan teknik pemurataan serta  menambah koleksi emas kita juga sebagai tempat simpanan emas yang selamat.
  • 2) Membeli tanah atau rumah yang murah atau lelong. Dua perkara yang tidak akan turun harganya iaitu tanah dan emas kerana pertambahan manusia yang semakin meningkat.
  • 3) Membuka perniagaan baru atau sebagai modal pusingan perniagaan.Satu per sepuluh rezeki adalah dari perniagaan. Saya  juga guna wang gadaian sebagai modal pusingan perniagaan saya secara kecil-kecilan iaitu sebagai pembekal garam.Jika anda perlukan garam halus atau kasar untuk kedai runcit, sebagai ganti baja tanaman, peneutral  kolam ikan, pengeras air batu dan sebagainya boleh hubungi saya atau layari http://www.guawa593.com
  • 4) Membayar hutang kad  Kredit atau hutang-hutang  yang interestnya tinggi.
  • 5) Melabur dalam dana yang memberi pulangan lebih baik iaitu pulangan lebih 10% setahun atau membuka perniagaan.

Kini saya gadai gold bar syiling dinar public gold di Pusat Gadaian Arrahnu Bank Islam. Kelantan mempunyai banyak cawangan Arrahnu Bank Islam iaitu di Kota Bharu (sebelah bangunan MARA), pasir puteh (di Bandar ), Pasir Mas dan sebagainya. Banyak  pusat gadaian di malaysia yang memerima jongkong emas,gold bar,syiling dinar public gold.Jika anda ingin mengadai emas gold bar atau syiling dinar KLIK DISINI. Anda juga dapat gadai gold bar, syiling dinar di cawangan public gold dengan menjadi dealer public gold.
Cara gadai emas fizikal public gold seperti gold bar, syiling dinar atau barangan kemas di Arrahnu Bank Islam.

  • 1. Pergi ke cawangan Pusat Gadaian Arrahnu, bawa jongkong emas dan sijil, syiling dinar dan sijil atau barang kemas yang anda hendak gadai dan ambil nombor giliran.
  • 2.Serahkan emas beserta sijil dan kad pengenalan kepada pegawai pusat gadaian tersebut dan bagitau ingin mengadai emas. Pegawai akan mencetak resit gadaian dan kita akan menandatangani resit tersebut.
  • 3. Jika pegawai Arrahnu bertanya jumlah wang yang kita mahu,kita katakan semuanya atau limit. Ini adalah kerana interest atau faedah gadai adalah sama samada anda mengambil wang gadaian sedikit atau banya.Kita akan diberi tunai 70% daripada harga semasa emas ( nilai marhum) bank islam. Untuk makluman nilai marhum bank islam adalah lebih rendah daripada nilai marhum Agrobank namun pendapatan pinjaman dan upah simpan dari gadaian yang kita adalah hampir sama dengan gadai di agrobank kerana agrobank  hanya memberi 60% sahaja.
  • 4. Simpan resit gadaian dengan baik dan selamat.Kita hanya dapat duit pinjaman gadaian dengan cepat, yang mudah dan selamat..

Pada pendapat saya pinjaman wang yang paling mudah, paling banyak dan paling selamat juga menguntungkan adalah pinjaman dari gadaian emas fizikal. Jika anda gadai tanah anda, pihak bank hanya akan memberi pinjaman 50% daripada harga semasa tanah. Kenapa pihak  bank atau arrahnu boleh bagi pinjaman sebanyak 60% hingga 70% daripada nilai emas?.Jawapannya kerana nilai emas akan sentiasa meningkat. Gadai emas juga akan menguntungkan dalam keadaan ekonomi biasa iaitu purata kenaikkan harga emas biasanya 20% hingga 40% setahun. Pengiraan ringkas, jika kenaikan emas 20% anda akan dapat keuntungan percuma 10% setahun selepas ditolak upah simpan gadai 10% setahun.Masa sekarang amat sesuai untuk membeli emas atau gadai emas kerana harga emas murah. Ambil peluang masa harga emas rendah untuk anda dapat keuntungan dari gadaian iaitu kaedah gadai semula atau  overlapped di tahun hadapan.

Mulai melabur dalam pelaburan emas fizikal public gold bermula sebagai pelanggan public gold dengan hanya membeli 1 dinar yang berharga RM700 lebih dengan meghantar SMS : NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT, NOMBOR HANDPHONE DAN EMEL kepada saya, Zaidi 019-9185593 segera dimana pun anda berada kerana public gold kini mempunyai cawangan seluruh negeri. Apabila anda sudah menjadi customer public gold yang mempunyai nombor pg kod, anda boleh lock harga beli emas atau jual emas sendiri melalui website atau SMS 24 jam dan sudah cukup modal RM20,000,anda bolehlah lock sendiri beli emas sekaligus RM20,000 keatas untuk anda menjadi dealer public gold.

5 Responses to CARA GADAI EMAS DI ARRAHNU TEKNIK MEMANIPULASI EMAS FIZIKAL

  1. Razif says:

    Saya dengar banyak Ar-Rahnu sudah tak terima jongkong2 emas utk digadai. Mereka hanya menerima brg kemas, adakah benar? Jika benar, maka Ar-Rahnu yg mana yg akan terima dinar PG utk digadaikan. Satu lagi, betul ke jadi dealer PG boleh gadai emas2 kita di PG?

  2. zaidiemas says:

    Razif..kebanyakkan arrahnu tidak terima gold bar atau syling dinar..saya kat kelantan gadai emas di arrahnu bank islam,terima goldbar/syiling dinar..betul..bila jadi dealer public gold boleh gadai emas gold bar di cawangan public gold..thanks

    • Razif says:

      Oh begitu. Jadi kalau saya gadai dinar PG di Ar-Rahnu Bank Islam KL atau Johor, mereka akan terima insyaAllah? Ke tak? Sebab sy tgk berbaloi lagi dinar atau gold bar berbanding i-series jewellery PG andai sy ingin guna teknik manipulasi Ar-Rahnu? Tuan ada apa2 syor utk sy yg jahil ini?

  3. zaidiemas says:

    Razif..arrahnu bank islam baru ada 4 cawangan semua di kelantan..Ia tidak sekali/bersama dengan bank islam..gadai guna i-series tidak sesuai kerana spread harga emasnya tinggi..

  4. asraf says:

    salam. Sy ingin tanya tuan berapakah jumlah minimum emas yg kita boleh gadai di arrahnu?

TINGGALKAN PESANAN, PERTANYAAN ATAU KOMEN...

BACA LAGI CARA MELABUR EMAS DAN BINA WEB SENDIRIclose