RAMALAN HARGA EMAS 2016 DAN RAMALAN JANGKA PANJANG

ramalan harga emas 2016
ramalan harga emas 2016

Ramalan harga emas tahun 2016 serta ramalan emas jangka panjang dari analisa emas, trend dan faktor menentukan harga emas

Emas merupakan pelaburan yang paling popular kerana menghasilkan pulangan yang baik di samping pelindung dan penyelamat kejatuhan nilai wang yang kalis inflasi. Harga emas sentiasa berubah bergantung kepada banyak faktor menyebabkan harga emas susah di analisa dan diramal. Dalam meramal harga emas hendaklah mengambil kira atau menganalisa beberapa faktor utama yang menyebabkan perubahan pada harga emas dan analisa teknikal graf emas.

Faktor utama menentukan harga emas :

1. Kekuatan matawang dolar Amerika Syarikat.
Harga emas akan meningkat apabila wang dolar AS menurun dan sebaliknya.

2. Ekonomi dunia dan sistem kewangan
Harga emas sering meningkat semasa krisis ekonomi atau ketegangan politik antarabangsa atau apabila sistem kewangan dunia menjadi kurang stabil. Dalam tempoh ini, aset biasanya dijual dan emas yang dibeli, kerana harga aset boleh jatuh pada masa-masa yang tidak stabil.

3. Kadar inflasi AS
Harga emas akan meningkat apabila kadar inflasi Amerika adalah lebih tinggi, kerana emas merupakan aset yang meningkat dengan kadar inflasi.

4. Permintaan dan penawaran di pasaran
Harga emas akan meningkat apabila permintaan untuk emas adalah lebih tinggi daripada bekalan di pasaran.

5. Bekalan emas di pasaran dan bank pusat
Bekalan emas dunia mempengaruhi harga emas di mana apabila bekalan emas sedikit maka harga emas akan naik dan sebaliknya. Bekalan emas dunia dipengaruhi oleh bekalan emas dari pengeluaran lombong emas, emas kitar semula, jualan kewangan oleh Bank-bank pusat dan sebagainya.

6. Nilai wang ringgit berbanding dengan dolar AS
Harga emas di Malaysia akan meningkat apabila kejatuhan nilai ringggit Malaysia berbanding dolar AS. Pasaran emas secara umum diniagakan dalam dolar Amerika Syarikat, jadi kadar pertukaran dolar amerika kepada ringgit malaysia akan mempengaruhi harga emas dalam Malaysia.

Berdasarkan faktor utama yang menentukan harga emas dan analisa teknikal emas, kita dapat meramal harga emas tahun 2016 dan tahun berikutnya. Emas digunakan sebagai pelaburan dan digunakan secara meluas untuk tujuan industri kerana rintangan yang tinggi kepada kakisan dan kekonduksian terma. Bekalan emas berkurang, peningkatan berterusan dalam permintaan menyebabkan harga emas naik dan sebaliknya. Kekuatan dolar mempengaruhi harga emas di seluruh dunia. Dimana jika dolar lemah, pelabur di seluruh dunia mula menjual mata wang dan membeli emas untuk keselamatan. Ini menyebabkan peningkatan dalam permintaan dan menyebabkan kenaikan harga emas. Sebaliknya, apabila dolar AS menguatkan, ia menyebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk emas. Bank-bank pusat dan syarikat perlombongan memegang rizab emas yang besar dimana jual beli emas oleh badan ini akan memberi kesan drastik terhadap perubahan harga emas.

Salah satu faktor yang paling penting yang mempengaruhi harga emas adalah keadaan ekonomi global dimana jika keadaan ekonomi lemah pelaburan emas menjadi pilihan kerana pelaburan wang amat berisiko atau memberi pulangan yang rendah. Kini, dunia berada dalam kemelesetan dengan kejatuhan minyak dan ekonomi Malaysia juga menghadapi kemelesetan dengan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia. Semenjak 2012 harga emas berada pada paras rendah menyebabkan perlombongan emas dan bekalan emas berkurang.

Pada tahun 2015 hingga kini berlaku kemelesetan ekonomi dunia dengan harga minyak dunia yang rendah menyebabkan kebanyakan pelaburan wang adalah berisiko atau memberi pulangan yang rendah, oleh itu pelabur akan mula beralih kepada pelaburan yang selamat iaitu emas semasa ekonomi yang lemah seperti berlaku pada tahun 1998. Pada tahun 1998 berlaku krisis ekonomi dunia dan harga emas selepas 1998 telah meningkat sehingga purata kenaikkan harga emas sehingga 2011 adalah 25% setahun.

Harga emas pada awal tahun 2016 telah naik meningkat dan memberi petunjuk bahawa harga emas telah mulai bersinar. Tahun 2016 dijangka tahun permulaan peningkatan harga emas berdasarkan faktor peningkatan harga emas dan analisa teknikal. Harga emas telah meningkat hingga paras 1250 dolar/oz pada bulan februari 2016 menunjukkan tanda harga emas mulai mengukuh.

Ramalan harga emas mulai 2016 akan mulai meningkat dengan harga yang kian mengukuh. Ramalan emas jangka pendek susah untuk di tentukan kerana harga emas sentiasa berubah. Berdasarkan analisi teknikal dan trend harga emas terkini, ramalan emas zaidiemas bagi tahun 2016 akan meningkat kepada 1550 us/oz atau lebih. Berikut adalah ramalan harga emas 2016 dan ramalan harga emas jangka panjang hingga 5 tahun.
Ramalan emas jangka pendek hingga 3 bulan : $ 1,350
Ramalan emas tahun 2016 : $ 1,550
Ramalan emas jangka sederhana hingga 3 tahun : $ 2,500
Ramalan emas jangka panjang hingga 5 tahun : $ 5,000

Trend atau pergerakan harga emas telah menurun hampir 5 tahun iaitu bermula tahun 2012 dan harga emas akan mulai naik tahun 2016. Sebelum kenaikkan harga emas awal tahun 2016, kebanyakan peramal emas telah membuat ramalan harga emas akan turun atau stabil rendah seperti ramalan Dundee Economics meramalkan harga emas pada tahun 2016 adalah $1,170, Morgan Stanley’s meramalkan harga emas pada tahun 2016 $1,149, HSBC meramalkan harga emas purata tahun 2016 ialah $1,205, Scotiabank menjangkakan harga emas purata tahun 2016 $1,090 dan sebagainya.

ramalan dan analisa harga emas 2016
ramalan dan analisa harga emas 2016

Ramalan harga emas tahun 2016 yang dibuat sebelum kenaikkan harga emas dari artikel bertajuk “Gold Price Forecast, Trends and Predictions” adalah ramalan harga emas tahun 2016 yang tepat. Ramalan harga emas ini adalah tepat kerana kenaikan harga emas mula meningkat hingga mencecah $1220 us/oz pada bulan februari 2016. Ramalan harga emas, trend dan jangkaan harga emas 2016 dan tahun berikutnya dari artkel tersebut ialah “The following represent our current short-term, medium-term and long-term gold price forecasts. Please note that short-term gold price forecasts are very unreliable in a market that is as managed and manipulated as the precious metals market. But this helps to give our readers some idea of what we expect the gold price to do in the coming months and years.
Short-Term Gold Price Forecast (0 – 3 months): $1,350
Medium-Term Gold Price Forecast (3 – 12 months): $1,500
Long-Term Gold Price Forecast (1 -3 years): $2,400
Peak Gold Price Forecast (3 – 5 years): $5,000 +”. Bagi membaca artikel tersebut klik http://goldstockbull.com/gold-price-forecast-prediction/

Ramalan emas sebelum kenaikkan harga emas februari 2016 oleh Jeff Gundlach bertajuk “Gold prices will spike 30%” meramalkan harga emas akan naik 30% pada tahun 2016.
Petikan berita “Gold will shoot up to $1,400 an ounce, according to Jeff Gundlach, the CEO of big bond house DoubleLine Capital. That would be a gain of about 30% from gold’s current price of $1,090”. Rujukan artIkel dari
http://money.cnn.com/2016/01/13/investing/gold-prices-jeff-gundlanch/

Ramalan emas terbaru selepas kenaikan harga emas telah berubah apabila peramal emas mula meramalkan harga emas meningkat bermula tahun 2016 kerana kekukuhan harga emas kini. Harga emas meningkat mendadak pada bulan februari daripada harga emas $1,090 kepada $US1,250 iaitu lebih kurang 15% menunjukkan pasaran logam berharga emas telah mula pulih.

Ramalan harga emas 2016 terbaru keluaran 17 februari 2016 bertajuk “Gold bugs predict $US2,000-plus prices” adalah ramalan emas terbaru selepas ramalan kenaikan harga emas tahun 2016 melebihi paras $2000 us/oz oleh Jordan Eliseo, Ketua Ekonomi di ABC Bullion meramalkan harga emas dengan yakin bahawa harga emas akan meningkat lebih tinggi dari $US2,000 per auns. Petikan dari Jordan Eliseo “Gold could not only reclaim $US1,800 to $US2,000 an ounce but actually move substantially higher,” Rujukan artikel klik
http://www.abc.net.au/news/2016-02-16/gold-prices-rise-most-to-start-year-since-1980/7173670

Sudah menjadi kelaziman harga emas, apabila harga emas turun ia akan turun hinggalah paras terendah, dan apabila harga emas naik ia akan terus mengukuh naik. Tahun 2016 adalah tahun permulaan terbaik untuk membeli emas kerana dijangkakan tahun 2016 harga emas akan mulai mengukuh naik berdasarkan faktor kenaikkan harga emas dan analisis teknikal graf emas.

Peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap simpanan dan pelaburan emas kini telah meningkat semenjak kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Perkembangan pelaburan emas fizikal bukan sahaja di malaysia tetapi seluruh dunia terutama rakyat negara yang mengalami krisis ekonomi serta kejatuhan harga minyak dunia. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan meningkatkan harga emas. Jadi mula menyimpan emas sekarang kerana kini harga emas masih di paras terendah, jangan pula apabila harga emas meningkat tinggi baru mula membeli emas. Lihat sejarah harga emas 16 tahun di atas untuk gambaran bahawa kini harga emas di paras terendah. Klik KENAPA MESTI SIMPAN EMAS 2016 untuk mengetahui sebab mesti simpan emas pada tahun 2016.

hadiah kahwin dinar emas
hadiah kahwin dinar emas

Emas dinar atau jongkong emas public gold LBMA bebas gst termurah dan cantik kini menjadi trend terbaru sebagai hadiah perkahwinan atau mas kahwin. Hadiah perkahwinan dengan dinar emas adalah tindakan bijak kerana emas adalah pelindung, insuran, penyelamat kejatuhan nilai wang ringgit dan sebagai pelaburan terbaik bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Bertindak sekarang mula membeli dan menyimpan emas fizikal di iktiraf dunia LBMA termurah tanpa cukai gst dengan klik LANGKAH PERTAMA DAFTAR PERCUMA ATAU MULA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk daftar ahli percuma menjadi ahli public gold untuk memulakan pelaburan emas fizikal atau hubungi whatsapp 019-9185593 untuk bimbingan percuma dalam pelaburan emas public gold.