SYARAT PANGKAT DAN KOMISEN PENGEDAR EMAS PUBLIC GOLD

Syarat Pangkat Dan Komisen Pengedar Emas Public Gold
Syarat Pangkat Dan Komisen Pengedar Emas Public Gold

Syarat pangkat dan komisen pengedar emas Public Gold serta anugerah insentif dealer dalam perniagaan untuk menjana pendapatan pasif sepanjang hayat

Pengedar emas atau dealer Public Gold adalah agen perniagaan Public Gold adalah pemilik perniagaan sendiri atau dikenali, PGBO (Public Gold Business Owner) yang menjalankan perniagaan sendiri semua produk Public Gold Group yang boleh di warisi. Public Gold Group adalah syarikat pelaburan emas menjual dan membeli emas secara langsung dan online yang menumpukan kepada dealer atau pengedar emas public gold untuk mempromosikan produk emas dan perak pelaburan, emas perhiasan 916, pg jewel, pg mall, Aurora Italia, Arrahnu KDE dan sebagainya. Dealer atau pengedar emas Public Gold adalah PG Business Owner (PGBO) di bawah empayar PG Group.

PG Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:
1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.
2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.
3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.
4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.
5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.
Pengedar emas adalah pemilik perniagaan sendiri iaitu PGBO iaitu dealer Public Gold secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas dan berpeluang untuk anda membangunkan bisnes secara sambilan atau serius.

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan 5 angka setiap bulan dengan bisnes Public Gold Group ?

Jawapannya: Konsep Consumerchant (®)
Untuk pengetahuan anda, PG Group beroperasi menggunakan konsep Consumerchant(®). Ia adalah gabungan 2 perkataan iaitu Consumer (pengguna) dan Merchant (peniaga). Di dalam platform PG dealer mendapat insentif sebagai pengguna ataupun peniaga.

Dealer Pasif adalah seorang PGBO yang hanya membeli untuk dirinya sendiri samada di Public Gold, PG Jewel, Aurora Italia dan PGMall akan mendapat rebate atau komisen ke atas pembelian diri sendiri.
Dealer aktif yang dapat membangunkan bisnes akan mendapat insentif lebih besar kerana platform PG menawarkan insentif komisen seumur hidup keatas pembelian pelanggan-pelanggan yang dealer perkenalkan kepada PG. Selagi mana pelanggan yang dealer perkenalkan aktif membeli maka dealer akan mendapat insentif yang akan menjana pendapatan secara pasif seumur hidup.

Pengedar emas atau dealer public gold akan mendapat komisen setiap belian emas atau jualan emas kepada saudara atau rakan secara langsung atau secara tidak langsung. Jualan emas secara tidak langsung adalah jualan secara online atau melalui website dengan meletakkan nama dealer dan nombor kod PG dealer sebagai introducer. Contohnya, jika anda ingin membeli emas public gold, sila masukkan nama saya MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan kod introducer (PG KOD) saya PG001425.

PANGKAT DEALER PUBLIC GOLD

Pangkat dealer public gold atau sistem pangkat pengedar emas public gold terdiri dari tiga peringkat atau status yang memberikan komisen yang berlainan dalam pembelian emas public gold iaitu :
a) Master dealer public gold
b) Priority dealer
c) New dealer atau Normal dealer.

SYARAT MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Syarat menjadi dealer Public Gold amat mudah iaitu hanya membeli emas dalam jumlah tertentu tanpa yuran. Syarat menjadi dealer iaitu belian emas pelaburan sentiasa berubah mengikut promosi setiap masa.

Syarat Menjadi Dealer Public Gold
Syarat Menjadi Dealer Public Gold

Customer atau pembeli emas atau apa-apa produk Public Gold Group akan terus menjadi ahli Public Gold. Klik CARA BELI EMAS untuk cara mendaftar menjadi pelanggan public gold dengan membeli emas dan perak public gold. Untuk menjadi dealer atau agen Public Gold hendaklah membeli emas atau perak dalam jumlah tertentu seperti rajah di atas atau melalui promasi tertentu.

SYARAT MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Syarat untuk menjadi dealer atau agen Public Gold adalah dengan membeli emas atau perak dalam jumlah tertentu tanpa yuran.

a) Syarat menjadi New dealer atau Normal dealer ialah dengan membeli emas 200 gram atau ahli dapat mengrekrut atau mendapatkan downline 50 orang dalam tempoh 3 bulan.

b) Syarat menjadi Priority Dealer ialah dengan membeli emas 500 gram atau mempunyai ahli downline seramai 200 orang downline.

Syarat Menjadi Master Dealer Public Gold
Syarat Menjadi Master Dealer Public Gold

c) Syarat menjadi Master Dealer Public Gold ialah mempunyai frontline minima 300 orang atau personal sales RM300k.

Namun, syarat menjadi dealer di atas adalah syarat biasa, pelbagai promosi menjadi dealer modal rendah diadakan setiap masa seperti membeli emas RM5k untuk menjadi dealer secara bayaran penuh atau secara ansuran. Maklumat promosi dealer whatsapp 0199185593 atau boleh di lihat di Facebook Page rasmi Public Gold iaitu PUBLIC GOLD INTERNATIONAL BHD

KOMISEN DEALER ATAU AGEN PUBLIC GOLD

Komisen Public Gold akan diperolehi oleh dealer apabila membuat belian sendiri dan belian oleh downline sepanjang hidup yang akan dapat menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup. Downline dealer membuat belian pertama menggunakan nama dealer sebagai introducer akan kekal menjadi downline dimana dealer akan mendapat komisen setiap belian downline selamanya.

Komisen Dealer Public Gold
Komisen Dealer Public Gold

Komisen dealer atau agen Public Gold diperolehi berdasarkan pangkat dealer tersebut. Sistem perniagaan Public Gold adalah one level bukan multilevel. Jadi, Public Gold hanya memberikan komisen 2% lebih setiap transaksi. Contoh, customer membuat belian RM100 dari Normal Dealer, Normal Dealer akan mendapat komisen 1%, Priority Dealer akan mendapat 0.5% dan Master Dealer akan mendapat 0.5% yang menjadikan jumlah komisen 2% dari Public Gold. Jika pangkat dealer yang sama akan dapat komisen 0.15%.

KOMISEN NORMAL DEALER ATAU NEW DEALER PUBLIC GOLD
Dapat komisen 1.0 % daripada belian emas peribadi atau belian emas pelanggan (downline) seumur hidup
Dapat 0.15 % komisen daripada jumlah belian dealer dibawah kita
Dapat 0.3 % komisen daripada jumlah jualan balik emas.

KOMISEN PRIORITI DEALER PUBLIC GOLD
Dapat 1.5 % komisen daripada belian emas peribadi atau belian emas downline sepanjang hidup
Dapat 0.5 % komisen daripada jumlah belian dealer dibawah kita
Dapat 0.15% komisen daripada jumlah belian downline Priority dealer
Dapat 0.3% komisen daripada jumlah jualan balik emas.

KOMISEN MASTER DEALER PUBLIC GOLD
Dapat komisen 2.0 % komisen daripada belian emas peribadi atau belian emas pelanggan downline
Dapat komisen 1.0 % komisen daripada jumlah belian Normal dealer dibawah kita
Dapat komisen 0.5 % komisen daripada jumlah belian priority dealer dibawah kita
Dapat komisen 0.15 % komisen daripada jumlah belian downline master dealer
Dapat komisen 0.3% komisen daripada jumlah jualan balik emas.

KAEDAH PEMBAYARAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD

Kaedah pembayaran komisen dealer melalui dua cara iaitu melalui bank atau c-wallet. Dapatan bulanan komisen dealer kurang dari RM100 akan dimasukkan kedalam c-wallet di PG Mall manakala dapatan komisen bulanan dealer melebihi RM100 akan dimasukkan kedalam akaun bank dealer Public Gold.

Kaedah Pembayaran Komisen Dealer
Kaedah Pembayaran Komisen Dealer

Komisen dealer akan dikumpulkan setiap bulan dan dimasukkan kedalam akaun bank dealer pada 21 hb setiap bulan.

ANUGERAH DEALER PUBLIC GOLD

Pelbagai anugerah atau award untuk dealer atau agen Public Gold yang aktif berdasarkan jualan atau sales yang terkumpul setiap bulan atau setiap tahun.

1.ANUGERAH BULANAN MONTHLY TOP PRODUCER AWARD

Anugerah bulanan Public Gold iaitu Monthly Top Producer Award adalah anugerah bulanan dealer disetiap cawangan berdasarkan jualan atau personal sales dalam tempoh sebulan setiap bulan.

Anugerah Bulanan Dealer Public Gold
Anugerah Bulanan Dealer Public Gold

2. ANUGERAH TAHUNAN PUBLIG GOLD GROUP

Anugerah tahunan Public Gold adalah berdasarkan sales dan perkembangan dealer dalam tempoh setahun dan disampaikan anugerah melalui Makan Malam Tahunan, Gala Dinner Public Gold yang diadakan setiapa tahun :

  • Club 100 iaitu dealer yang dapat rekrut downline minima 100 orang dalam tempoh setahun. Recruitment direct downline 100pax and above
  • Club 365 iaitu dealer public gold yang dapat rekrut downline minima 365 dalam tempoh setahun. Recruitment direct downline 365pax and above
  • Superstar Dealer iaitu dealer Public Gold yang dapat jumlah personal sales RM500k ke atas dalam tempoh setahun. Total Personal Sales RM500k and above
  • Million Dollar Dealer adalah dealer Public Gold yang dapat jumlah jualan personal sales  minima RM1 juta dalam tempoh setahun. Total Personal Sales RM1 mil and above
  • SIP Public Gold iaitu Sales Incentive Program yang merupakan percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke luar negara.

INSENTIF PERCUTIAN PERCUMA

Dealer Public Gold berpeluang mendapat insentif percutian percuma setiap tahun melalui program Sales Incentive Program, SIP Public Gold.

Percutian Percuma Iceland
Percutian Percuma Iceland

Insentif pelancongan percuma setiap tahun adalah percutian percuma tajaan penuh Public Gold ke luar negara bersama Founder Public Gold sendiri sejak tahun 2010.

2010-2011: Perth, Australia
2011- 2012: Cape Town, South Africa
2012 – 2013: Tokyo, Japan
2013 – 2014: Germany, Switzerland
2014 – 2015 : Turkey
2015 – 2017 : Spain
2017 – 2018 : Finland & Iceland
2018 – 2019 : Balkans
2019 – 2020 : New Zealand
2020 – 2021 : Russia
Calculation period: 1st April 2020 – 31st March 2021

Public Gold SIP Pelancongan Percuma Luar Negara
Public Gold SIP Pelancongan Percuma Luar Negara

Walaupun saya bermula Pelaburan Emas Public Gold sejak tahun 2010, namun saya mendapat pelancongan percuma bermula tahun 2014 kerana membuat perniagaan Public Gold secara sambilan dan perniagaan sebenar adalah seperti menanam pokok buluh cina. Perniagaan bersama Public Gold adalah seperti menanam pokok buluh cina yang mengambil masa panjang membina tapak kukuh dan apabila pokok membesar ia berkembang dengan cepat RAHSIA BISNES ORANG CINA DARI KISAH POKOK BULUH 

SYARAT KELAYAKAN DAPAT PELANCONGAN PERCUMA, PUBLIC GOLD SIP

Syarat kelayakan mendapat percutian percuma melalui Public Gold Sales Incentive Program adalah berdasarkan sales atau jumlah jualan semua produk Public Gold yang telah dibuat oleh dealer dalam tempoh setahun seperti rajah di bawah.

Syarat Kelayakan Percutian Pecuma Public Gold
Syarat Kelayakan Percutian Pecuma Public Gold

Kini peluang baru pelancongan percuma, mini sip Public Gold untuk dealer Public Gold baru atau berkelayakan sales sederhana mengunjungi negara berdekatan secara percuma.

SYARAT KELAYAKAN MINI SIP PUBLIC GOLD

Mini SIP Public Gold
Mini SIP Public Gold

PENILAIAN STATUS PENGEDAR EMAS ATAU DEALER PUBLIC GOLD

Dealer Public Gold atau pengedar emas dan perak Public Gold merupakan pelabur dan peniaga produk Public Gold yang kekal iaitu akan mendapat komisen atas belian semua produk Public Gold.  Namun dealer Public Gold dianggap tidak aktif apabila tidak membuat belian atau tidak aktif mempromosikan emas dan produk Public Gold.

Kelayakan Dealer Dapat Komisen
Kelayakan Dealer Dapat Komisen

Sistem kenaikan pangkat, komisen, insentif atau anugerah pelu diketahui oleh dealer public gold untuk memaksimunkan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal public gold dari komisen yang diberikan oleh pihak syarikat public gold. Komisen yang diberikan oleh syarikat public gold kepada pengedar emas public gold mungkin rendah berbanding syarikat emas lain, kerana harga emas public gold adalah termurah dan spread harga emas yang rendah. Harga emas termurah dan spread harga jongkong emas public gold dari 4.3% hingga 9% akan mempercepatkan keuntungan, meninggikan permintaan terhadap emas seterusnya merancakkan urusniaga jual beli emas dan menyebabkan syarikat bertambah maju dah kukuh. Yang paling penting adalah dealer Public Gold berpeeluang menjana pendapatan pasif sepanjang hayat apabila memiliki ramai downline. Bagi saya, “Keuntungan 10% hanya sekali, lebih baik dari komisen 1.0% setiap bulan seumur hidup”

Public gold sentiasa melancarkan promosi dari masa ke semasa untuk memudahkan ahli pembeli atau pelabur emas menjadi dealer public gold melalui promosi setiap bulan atau promosi BWM, Branch Weeky Meeting setiap minggu dengan modal kecil. Klik KELEBIHAN KEUNTUNGAN MENJADI PENGEDAR EMAS untuk maklumat lanjut keistimewaan apabila telah bergelar pengedar emas public gold. Pengedar emas public gold adalah pelabur dan peniaga emas yang tidak akan rugi kerana harga emas akan sentiasa naik dalam jangkamasa panjang. Harga emas public gold adalah termurah, tetap dan mengikut harga emas dunia yang berubah setiap 20 minit untuk 24 jam membolehkan pelabur emas memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas.

KENAPA JADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD ?

Dealer emas Public Gold adalah pelabur dan peniaga emas fizikal yang patuh syariah yang dapat menjana pendapatan pasif sepanjang hayat apbila dilakukan berterusan membina empayer perniagaan yang kukuh tanpa sempadan. Perniagaan emas memang diketahui tiada risiko dan tiada tarikh luput yang sentiasa bernilai dikehendaki oleh manusia sepanjang masa. Selain dealer dapat menyimpan aset emas dengan harga murah kerana dapat komisen, dealer Public Gold juga berpeluang berniaga emas dan semua produk Public Gold dengan mudah, tanpa modal, secara online, tanpa kedai, tanpa kos pengangkutan dan sebagainya kerana semuanya telah di sediakan oleh Public Gold. Kesimpulannya, mesti rebut peluang menjadi dealer Public Gold dan seterusnya rebut peluang berstatus dealer untuk bina perniagaan bersama Public Gold Group. Hubungi whatsapp 0199185593 Mohd Zaidi Bin Junus, PG001425 Master Dealer Public Gold sejak 2010 untuk maklumat promosi terkini menjadi dealer public gold atau Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *