Posted in EMAS BERITA TERKINI

PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH

Pengalaman Mengerjakan Umrah
Pengalaman Mengerjakan Umrah

Pengalaman mengerjakan umrah di Mekah pertama kali dan ziarah mengunjungi Madinah pada musim dingin bersama keluarga

Alhamdulillah, syukur setelah lebih 40 tahun hidup di atas muka bumi, akhirnya saya diberi hidayah dan dipilih oleh Allah SWT untuk menunaikan umrah pertama kali bersama keluarga pada musim sejuk cuti sekolah iaitu pada 7 Disember 2017 hingga 18 Disember 2017. Saya mengerjakan umrah bersama keluarga yang terdiri dari 5 orang iaitu isteri, anak, ibu yang berkerusi roda dan adik. Saya juga di temani sahabat-sahabat keluarga bikers yang berpakat menunaikan umrah bersama-sama.

Pengalaman Umrah
Pengalaman Umrah

Perkongsian pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga disamping membawa bersama ibu yang berkerusi roda boleh dijadikan panduan menunaikan umrah bersendirian atau berkerusi roda. Jadi, ibu bapa yang uzur atau berkerusi roda tidak perlu risau, kerana banyak kemudahan di lapangan terbang atau kemudahan semasa mengerjakan umrah bagi pengguna berkerusi roda.

Lapangan Terbang Madinah
Lapangan Terbang Madinah

Pada 7 disember 2017, kami bersama rakan umrah melalui syarikat syaza travel menaiki kapal terbang Saudi Arabia ke Madinah. Kami tidak memakai pakaian ihram kerana kami mengunjungi dan berada di Madinah dahulu 4 hari sebelum menunaikan umrah di Mekah. Setelah menaiki kapal terbang selama lebih kurang 9 jam, kami tiba di lapangan terbang madinah pada pukul 3 pagi. Kami di tempatkan di Hotel Mawaddah yang hanya 100 meter dari Masjid Nabawi. Turun saja daripada bas terasa sangat sejuk dimana suhunya lebih kurang 10 darjah celcius kerana pada musim sejuk di Madinah. Walaupun keletihan dan mengantuk, kami gagahi untuk sembahyang subuh berjemaah di masjid Nabawi.

Masjid Nabawi Madinah
Masjid Nabawi Madinah

Bacaan surah oleh Imam Masjid Nabawi, sungguh enak didengar dengan taranum yang hebat, suara yang lantang dan bacaan yang betul membolehkan kita khusyuk dalam sembahyang. Entah kenapa semasa iman membacakan surah alquran semasa sembahyang subuh berjemaah di Masjid Nabawi, hatiku jadi sebak dan menitiskan air mata. Ku rasa pertama kali aku menitis air mata di dalam masjid. Solat subuh di Madinah atau mekah tiada doa qunut dan setiap selepas waktu solat terus diadakan solat jenazah.

Sebilik hotel hanya mempunyai 4 katil, namun kami sekeluarga berlima rapatkan 4 katil dan tidur berlima bersama dalam satu bilik walau tersedia satu katil di bilik lain. Umrah bersama keluarga lebih baik, tenang jiwa tanpa masalah, menambah kemesraan keluarga dan seterusnya akan dapat mengerjakan umrah sebaiknya. Jadi, jika ingin mengerjakan umrah serta berkemampuan, lebih baik bawa bersama ibu bapa atau bersama muhrim dan sebaiknya di awal usia kerana umrah perlukan kekuatan fizikal.

Masjid Quba madinah
Masjid Quba madinah

Hari berikutnya kami mengunjungi dan bersembahyang di masjid Quba. Masjid Quba adalah masjid pertama yang di dirikan oleh Nabi Muhammad. Sejarah pembangunan masjid di Quba sewaktu Nabi Muhammad melakukan perjalanan atau hijrah ke Madinah. Peletakan batu yang pertama untuk pembangunan masjid dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad tinggal di Kampung Quba selama 4 hari dan menyelesaikan pembangunan masjid bersama-sama dengan umat muslim. Nabi mendirikan sholat Jumat dan berkhutbah pertama kali di tempat tersebut. Sejak dari itu kota tersebut disebut sebagai madinatun nabi atau kotanya nabi.

Ziarah Madinah
Ziarah Madinah

Seterusnya ziarah madinah ke Bukit Badar bagi mengenang perang badar dan mengunjungi perkuburan shuhada yang mati syahid dalam peperangan tersebut, dimana sebahagian sahabat nabi yang mati syahid yang di pindahkan ke perkuburan baru, jasadnya tidak reput. Selepas itu kami mengunjungi ladang kurma, dimana memakan kurma ajwa atau kurma nabi, tapi harga di ladang kurma lebih mahal, jadi lebih baik beli kurma ajwa di pasar biasa di Madinah. Selepas ziarah madinah, kami melakukan ibadah di Masjid Nabawi sebelum berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah.

Masjid Nabawi di Madinah adalah masjid tercantik dan disucikan oleh semua umat islam kerana salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Nabawi adalah masjid kedua terbesar di dunia setelah Masjidil Haram di Mekkah. Masjid Nabawi juga bertujuan untuk tujuan umat islam yang ingin ziarah makam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat di mana terdapat kawasan Raudhah. Bumbung perkarangan Masjid Nabawi paling canggih yang terbuka waktu siang dan menutup waktu malam yang dapat mengawal suhu.Corak, ukiran serta warna masjid Nabawi adalah daripada emas dengan warna keemasan.

Kedai Emas Hadapan Masjid Nabawi
Kedai Emas Hadapan Masjid Nabawi

Apabila keluar saja dari masjid Nabawi, kedai utama di deretan bangunan di sekeling Masjid Nabawi adalah KEDAI EMAS yang di buka 24 jam sehari dan hanya di tutup pada waktu solat. Kedai emas sentiasa di kunjungi pelanggan setiap masa kerana sejak zaman dahulu lagi, orang Arab menganggap emas bukan sahaja digunakan sebagai emas perhiasan tapi emas juga sebagai mata wang dan untuk pelaburan bagi mengelak kejatuhan mata wang. Penyimpanan emas adalah sebagai pelaburan dan perlindungan dari kejatuhan nilai wang kerana emas sentiasa berharga dan penyimpanan emas adalah sunnah rasullullah. Pentingnya dan berharganya emas hingga emas di sebut dalam kitab alquran yang dikaitkan dengan matawang, masa dan syurga. Emas terbaik, termurah, bebas gst, patuh syariah untuk untuk pelaburan, perlindungan kejatuhan nilai wang dan menjana pendapatan adalah emas PUBLIC GOLD. Panduan membeli atau memulakan Pelaburan Emas Public Gold, whatsapp 019-9185593 Mohd Zaidi Junus, Pembimbing pelaburan emas fizikal berpengalaman semenjak 2010 atau KLIK panduan CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

Persediaan Umrah
Persediaan Umrah

Setelah 4 hari berada di Madinah kami siap berpakaian ihram dan bertolak dengan menaiki bas selama lebih kurang 7 jam ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Kami berhenti miqat di Masjid Bir Ali untuk sembahyang qasar jamak dan berniat ihram untuk mengerjakan umrah. Kami sampai di Kota Makkah selepas isyak dan berada di Hotel Anjum yang bertaraf 5 bintang yang berdekatan dengan Masjidil haram.

Rukun Umrah
Rukun Umrah

Setelah pembahagian bilik, makan dan persiapan ihram, kami berkumpul semula di lobi hotel untuk mengerjakan umrah dengan pimpinan mutawwif. Oleh kerana ini umrah pertamaku, jadi mutawwif mencadangkan supaya kami meninggalkan dulu ibu yang berkerusi roda di bilik untuk mengikuti mutawwif pertama kali bagi mempelajari cara mengerjakan umrah. Kami selesai menunaikan umrah pada pukul 2 pagi, lantas kami sekeluarga terus mengambil ibu yang berkerusi roda untuk menunaikan tawaf sunat dan umrah untuk ibu. Kami sekeluarga selesai menunaikan umrah sunat dan umrah wajib untuk ibu lebih kurang pukul 4 pagi dan terus sembahyang subuh di Masjidil Haram. Setelah menyelesaikan umrah, barulah dapat menanggalkan baju ihram iaitu tamat pantang larang dalam ihram.

Ziarah Jabal Mekah
Ziarah Jabal Mekah

Hari berikutnya kami ziarah Mekah untuk umrah kedua dengan ziarah Luar Ke Jabal Thur (Gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mina dan Miqat Di Jaaranah. Mekah adalah kawasan kering dengan bukit bukau berbatu. Jabal bermaksub bukit atau gunung. Ziarah jabal bagi mengenangkan peristiwa Nabi Muhammad SAW semasa berada di Mekah. Ziarah Jabal Thur adalah ziarah luar ke Jabal Thur bagi mengenangkan sejarah peristiwa Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Ziarah Jabal Rahmah adalah ziarah mengunjungi bukit Jabal Rahmah bagi mengenangkan peristiwa pertemuan antara nabi adam dan hawa setelah masing-masing terpisah dan diturunkan dari Syurga oleh Allah SWT. Jadi, bukit ini dipercayai bukit “jodoh” untuk berdoa. Namun, perkara ini adalah mitos sesat yang tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh menjadi syirik. Di puncak bukit inilah Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia.

Ziarah Mina iaitu mengunjungi Mina yang merupakan lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji. Ziarah Jabal Nur bagi mengenangkan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w telah menerima wahyunya yang pertama dari Allah dengan perantaraan Malaikat Jibril sebagai utusan dari Allah SWT dalam Gua Hira yang berada di Gunung Jabal Nur. Kami singgah di Miqat Jaaranah untuk niat dan sembahyang sunat bagi mengerjakan umrah kali kedua bagi yang mampu. Miqat Jaaranah adalah tempat bermiqat untuk penduduk Mekah dan di sini jugalah tempat miqatnya Rasullullah SAW. Selepas miqat di Jaaranah, kami terus ke Madjidil Haram bagi melakukan umrah ke dua. Kali ni kami tidak lagi mengikut mutawwif untuk mengerjakan umrah tetapi mengikut kesesuaian masa sendiri. Umrah perlukan tenaga dan stamina yang tinggi, umrah wajib hanya sekali jadi ada pendapat menyatakan lebih baik perbanyakkan tawaf sunat dari perbanyakkan umrah.

Muzium Mekah
Muzium Mekah

Ziarah luar Mekah berikutnya adalah mengunjungi Muzium Mekah dan niat umrah di miqat untuk umrah ke tiga. Muzium Mekah mempamerkan pelbagai artifak sejarah dan pembangunan Kota Makkah, masjidil haram, kaabah dari zaman dahulu hingga kini. Ziarah ke luar mekah biasanya hanya pada waktu pagi iaitu antara pukul 8.00 pagi sehingga sebelum masuknya waktu Zohor. Selain dari itu, adalah masa untuk berada di masjidil haram menunaikan ibadah di Masjidil haram kerana solat di Masjid Masjidil haram digandakan pahala sebanyak 100,000 kali.

Taif Mekah
Taif Mekah

Ziarah luar Mekah berikutnya adalah mengunjungi Taif yang jaraknya lebih kurang 90 km dari Mekah mengambil masa hampir 2 jam dan miqat di miqat Qarn Al-manazil untuk umrah yang ke empat. Kota Taif adalah tempat paling sejuk di Saudi Arabia seperti Cameron Highland Malaysia dan subur dengan tanaman. Seharian di Taif kami beberapa tempat bersejarah antaranya Masjid Khurk (Siku) iaitu tempat dimana Baginda Nabi Muhammad SAW berehat telah meletakkan sikunya disebuah batu menyebabkan batu itu menjadi lembut dan berlekuk selepas dihalau dan dilempar batu oleh penduduk Taif. Kami juga melawat Muzium Al Shareef muzium yang menempatkan pelbagai koleksi kuno artifak lama orang arab.

Ziarah Kota Taif
Ziarah Kota Taif

Kami juga melawat masjid Abdullah Ibn Abbas, kebun tempat Rasulullah berhenti selepas di baling batu oleh penduduk Taif, kilang pemprosesan minyak wangi bunga ros, makan nasi mandi dan terakhir masjid Qarnul Manazil (Miqat).

Ustaz Azhar Syaza Travel
Ustaz Azhar Syaza Travel

Satu kelebihan umrah bersama syaza tour and travel adalah pakej umrah murah kerana ziarah percuma ke taif sudah termasuk dalam pakej umrah. Maklumat mengenai umrah syaza boleh whatsapp 013-9207667 ustaz Azhar iaitu mutawwif berpengalaman, peramah, mudah berunding dan mesra yang merupakan ketua cawangan syaza travel Kelantan atau layari https://syazatravel.com.my

Kaedah Menunaikan Umrah
Kaedah Menunaikan Umrah

Selepas sembahyang isyak dan makan di hotel, saya dan isteri telah buat umrah badal untuk arwah ayah dan ibu masing-masing menggunakan skuter kerana keletihan. Umrah boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu berjalan kaki, berkerusi roda dan menggunakan skuter. Bayaran menggunakan skuter untuk umrah iaitu 50 rial seorang untuk tawaf dan 100 rial bagi tawaf dan sae. Terdapat 2 jenis skuter iaitu perseorangan atau berdua yang berada di aras 3 masjidil haram.

Pengalaman Umrah Pertama Kali
Pengalaman Umrah Pertama Kali

Hari terakhir berada di Mekah dan mesti melakukan tawaf wida’. Tawaf wida’ adalah tawaf selamat tinggal sebelum meninggalkan bumi Mekah. Sebelum melakukan tawaf wida’ kami mengambil peluang membeli belah di Bandar Mekah kerana selepas tawaf wida’ sudah tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti. Kami menaiki kereta sewa ke puat beli belah murah iaitu Jaafaria Souq. Rupa-rupanya harga barangan di sini lebih murah dari harga barangan di madinah. Setelah menunaikan tawaf wida’ bersama mutawwif, kami bertolak ke lapangan terbang Jeddah untuk pulang ke tanah air tercinta Malaysia yang subur dan menghijau.

Pengalaman mengerjakan umrah di tanah suci Mekah dan madinah adalah pengalaman terhebat dan luar biasa di bandingkan dengan pengalaman percutian keluar negara yang lain. Pelancongan ke luar negara untuk melihat keindahan ciptaan tuhan secara fizikal, namun umrah untuk melihat, mengenal, mendekati tuhan dalam bentuk rohani. Pengalaman mengerjakan umrah amat luarbiasa berharga yang melibatkan kerohanian untuk menyucikan diri. Di sini kita akan melihat kerohanian manusia sebenar yang memperhambakan diri kepada Allah dengan meninggalkan urusan dunia yang sementara seperti suasana manusia berbagai bangsa berkejar mengunjungi masjid apabila tiba waktu solat dengan suasana pemandangan  yang damai.

Umrah adalah satu ibadah yang paling mudah yang hanya perlukan kekuatan fizikal dan ilmu yang telah sedia ada. Contohnya, tawaf dan sai hanya perlu niat dalam bahasa melayu dan zikir asas seharian sahaja. Terima kasih kepada syarikat umrah syaza, mutawwif dan semua sahabat atas urusan terbaik, tunjuk ajar, kerjasama dan tolong menolong. Klik PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS untuk maklumat umrah, panduan umrah serta tips dalam menunaikan umrah dan ziarah di Madinah dan Mekah.