Posted in ILMU EMAS

PERBANDINGAN HARGA EMAS

perbandingan harga emas
perbandingan harga emas

Perbandingan harga emas adalah pilihan beli emas paling murah daripada syarikat pengeluar emas di Malaysia untuk dapat keuntungan maksima.

Syarikat emas baru telah muncul dengan banyak di Malaysia kerana mengetahui bahawa emas adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Pelabur emas mestilah memilih syarikat emas paling baik dan sah di sisi undang-undang untuk memulakan pelaburan emas. Kriteria pemilihan emas dan pememilihan syarikat emas amat penting untuk dapat keuntungan maksima dalam pelaburan emas fizikal.

CARA PILIH EMAS UNTUK PELABURAN

1#. Kira Spread Harga Emas

Perkara utama dan terpenting bagi memilih syarikat emas paling baik adalah spread harga emas iaitu susut nilai emas yang menentukan berapa cepat kita dapat keuntungan dalam pelaburan emas. Jika spread harga emas rendah, kita boleh mula selidiki lebih detail tentang emas tu. Kalau spread harga emas tinggi, ketepikan dulu kerana spread harga emas tinggi tak sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau emas untuk digunakan sebagai perhiasan atau sebagai simpanana harta karun, itu tak ada masalah. Bagi mengetahui cara mengira spread harga emas dan jenis emas public gold terbaik klik DISINI. Cara kira spread harga emas ialah harga syarikat jual – harga syarikat beli / harga syarikat jual X 100. Contoh, bagi harga emas 1 dinar public gold di atas, spread harga emas 1 dinar public gold ialah RM700-RM658/RM700 X 100 = 6%

#2. Pilih Harga Emas Paling Murah Dan Harga Telus Mengikut Harga Pasaran Dunia

Pilih harga emas yang dijual adalah paling murah dan mengikut harga pasaran semasa antarabangsa. Tujuannya untuk dapat keuntungan maksima apabila ingin menjual emas. Harga emas mestilah mengikut harga emas antarabangsa yang telus bukan mengikut harga emas ikut tauke emas. Namun begitu jika harga emas murah, bukan pilihan syarikat emas terbaik kerana perlu di semak spread harga emas dan kriteria lain kerana emas pelaburan mesti dijual beli pada syarikat emas yang sama untuk mengelakkan harga emas kita susut nilai.Contohnya jika anda membeli emas berjenama syarikat A dan ingin menjual emas A tersebut ke syarikat emas B, maka harga emas A tersebut dipotong atau susut nilai lebih kurang 20%. Jadi pilih syarikat emas yang teguh untuk mengelakkan kerugian susut nilai jika sesuatu syarikat emas mengalami masalah atau emas susah untuk di jual.

#3. Harga Emas Terkini dan sentiasa update

Pilih syarikat emas yang menawarkan harga emas terkini, sentiasa update dan kemudahan menjual emas pada masa harga tinggi dan dapat membeli emas pada harga emas rendah untuk mendapat keuntungan maksimun. Contohnya harga emas public gold berubah atau diupdate setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa.

#4. Pastikan Jenama Emas Terkenal Diiktiraf Dunia.

jongkong emas tanpa cukai gst
jongkong emas tanpa cukai gst

Pastikan memilih emas yang diiktiraf dunia iaitu diterima dan bernilai tinggi apabila dijual di dalam Malaysia atau di luar negara. Caranya adalah dengan melihat pengiktirafan yang di cop pada jongkong emas tersebut. Contohnya, gold bar public gold di cop LBMA ( London Bullion Metal Association ), maka emas public gold diiktiraf antarabangsa dan bernilai tinggi seluruh dunia. Bayangkan, contoh saja ( semoga dijauhi) jika Malaysia berada dalam ekonomi tidak stabil dan berlaku pergolakkan, maka kita terpaksa berhijrah ke luar negara maka emas paling mudah di bawa, diterima dan bernilai tinggi di luar negara.

#5. Beli Emas Ikut Harga Emas Semasa Tanpa Yuran Hangus.

Pembelian sejumlah emas mestilah mendapat sejumlah emas yang dibeli tanpa yuran hangus atau kos tersembunyi. Contoh, jika harga jongkong emas 1g semasa adalah RM160 segram, maka hendaklah membayar RM160 sahaja untuk pembelian jongkong emas 1g tersebut tanpa yuran hangus seperti yuran ahli, yuran promosi atau kos tersembunyi. Contoh, Public Gold tidak mengenakan apa-apa yuran untuk menjadi ahli atai dealer public gold, hanya beli emas sahaja terus jadi ahli atau dealer public gold tanpa yuran hangus. Klik DAFTAR PERCUMA MENJADI AHLI PUBLIC GOLD untuk daftar percuma (free register) menjadi ahli public gold bagi memulakan pelaburan emas fizikal tanpa cukai gst.

#6. Pilih Membeli Jongkong Emas Tanpa Cukai GST.

Cukai barangan dan perkhidmatan, GST adalah sebanyak 6% dari harga emas. Cukai gst akan menyebabkan harga emas menjadi mahal dan meninggikan peratus susut nilai. Jadi pembelian emas bebas cukai gst amat penting untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas. Gold bar dan syiling emas dinar public gold diiktiraf dunia yang bercop LBMA membolehkan emas pelaburan public gold dikecualikan dari cukai gst. Emas dinar public gold adalah satu-satunya emas dinar di malaysia yang bebas cukai gst.

#7. Pilih Emas Fizikal.

Pembelian emas fizikal yang boleh dipegang dan disimpan dapat memaksimakan keuntungan dan mengelak dari di tipu. Pastikan apabila membeli emas mendapat emas fizikal tulen yang boleh dipegang, digadaikan dan di jual. Simpanan emas fizikal adalah kaedah bijak menabung untuk masa depan. Selain harganya yang sentiasa naik dalam jangkamasa panjang, emas fizikal juga sebagai pelan kecemasan jika berlaku kesempitan wang, negara darurat, kejathan nilai wang ringgit malaysia atau pusingan modal bagi peniaga. Dengan emas fizikal kita boleh gadaikan apabila kesempitan wang di saat kecemasan. Apabila berlaku rusuhan atau darurat, semua bank akan ditutup dan hanya emas fizikal yang berharga dan mudah dijual di dalam Negara atau di luar Negara. Bagi peniaga pula simpanan emas boleh di gunakan untuk pusing modal perniagaan dengan mengadai emas di Arrahnu.

#8. Beli Emas Pelaburan Bukan Barang Kemas.

Pastikan membeli emas pelaburan seperti gold bar, emas dinar atau silver bar untuk pelaburan bagi memaksimakan keuntungan. Ini adalah kerana emas pelaburan dicipta untuk pelaburan dengan bentuk yang ringkas dan mempunyai spread atau susut nilai emas yang rendah diantara 4% hingga 8% sahaja. Emas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya mempunyai peratus spread atau susut nilai yang tinggi di antara 20% hingga 25% tidak sesuai untuk pelaburan kerana berharga lebih mahal, dikenakan caj bayaran upah tukang sehingga 10% daripada harga emas dan dikenakan cukai gst.

#9. Pilih Syarikat Emas Terkenal, Paling Kukuh dan Emas Paling Laris.

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang, maka pemilihan syarikat emas paling terkemuka, kukuh dan emas yang paling laris amat penting untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas. Ini adalah kerana harga jualan emas kepada syarikat yang berlainan akan dipotong. Contoh, emas berjenama A ingit dijual kepada syarikat emas B, maka harga emas jenama A akan dipotong lebih kurang 10% dari harga semasa. Pemilihan emas paling laris juga penting untuk kemudahan menjual emas dengan harga tinggi dan juga penting bagi dealer atau pengedar emas bagi meningkatkan jualan dalam perniagaan emas. Public gold menyediakan peluang perniagaan kepada orang ramai atau ahli public gold untuk menjadi peniaga emas atau pengedar emas dengan membeli emas sejumlah RM30k dan otomatik menjadi dealer public gold tanpa yuran hangus. Klik CARA MENJADI PENGEDAR EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas terus jadi dealer public gold untuk memulakan perniagaan emas public gold yang terkenal dan paling laris di Malaysia.

Kriteria lain pemilihan syarikat pengeluar emas paling baik

Kebolehan menjadi pengedar emas tanpa yuran atau bayaran tambahan. Pengedar emas akan diberi komisen setiap jualan emas. Jadi komisen ini akan member pendapatan tambahan dan merendahkan spread harga emas.Contohnya, jika spread harga emas 10 dinar public gold adalah 5% dan pengedar emas diberikan komisen 2% bila beli emas dan diberikan komisen 0.5% apabila jual emas, maka spread harga emas yang sebenarnya hanyalah 2.5%. Namun begitu, jika syarikat emas memberikan komisen yang banyak kepada pengedar emas, sila teliti harga emas,spread harga emas dan faktor-faktor lain seperti kemudahan untuk berniaga emas dan sebagainya. Bagi saya pemberian komisen yang rendah,berpatutan dan tidak berbentuk piramid kepada pengedar emas adalah penting untuk lebih mengukuh dan memajukan syarikat emas.

Kriteria lain pilih syarikat pelaburan emas adalah bekalan stok emas, kemudahan beli jual emas seperti cawangan yang banyak ( contohnya public gold kini mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia memudahkan kita mengambil stok emas yang dibeli dan menghantar stok emas yang dijual, klik CAWANGAN PUBLIC GOLD ), syarat jual balik emas, kelulusan syarikat emas oleh bank Negara malaysia dan sebagainya.

Perbandingan harga emas oleh syarikat pengeluar emas online pada website pengeluar emas Malaysia adalah :

Klik lihat HARGA EMAS PUBLIC GOLD

Klik lihat HARGA EMAS GCP

Klik HARGA EMAS DINAR KELANTAN

Klik HARGA EMAS KELANTANGOLD

Klik HARGA EMAS POWER GOLD untuk melihat harga emas semasa power gold

Klik lihat HARGA EMAS SERI AYU

Artikel ini adalah artikel berkaitan atau update terbaru dari artikel saya sebelum ini mengenai perbandingan syarikat pelaburan emas, klik artikel berkaitan sebelum ini NAK BELI EMAS TERBAIK PERBANDINGAN SYARIKAT PELABURAN EMAS untuk membanding dengan syarikat emas lain. Artikel ini sebagai panduan untuk memilih syarikat pengeluar emas terbaik bagi memulakan pelaburan emas fizikal.

Sahabat semua boleh bandingkan kesemua pengeluar emas di atas, dan buatlah keputusan terbaik bagi menceburi pelaburan emas fizikal.