Posted in BINA WEBSITE

APA KELEBIHAN ORACLE DATABASE

apa kelebihan oracle database
apa kelebihan oracle database

Apa kelebihan menggunakan database oracle yang sangat mahal oleh syarikat atau perusahaan besar seperti Syarikat Pelaburan Emas Public Gold.

Database oracle adalah software DBMS yang handal, efisien, cekap dan efektif kerana berkemampuan tinggi dapat menampung data dalam sekala yang besar serta dapat menangani jumlah data yang sangat banyak dalam suatu sistem pengolahan database hingga menjadi pengeluar DMBS terkemuka dunia.

Oracle dibangunkan oleh Larry Ellison, Bob Miner dan Ed Oates pada tahun 1977 dengan nama Software Development Laboratories (SDL). Pada tahun 1983, perusahaan ini berubah nama menjadi Oracle Corporation hingga kini. Oracle berjaya mencipta suatu sistem pengolahan database dalam jumlah yang sangat besar dan kemudahan para user ataupun programmer mengolah database. Kini Oracle mulai mengembangkan sistemnya dan menjadi salah satu vendor DBMS terkemuka di dunia.

Database Oracle memiliki banyak kelebihan dan keistimewaan namun database ini hanya mampu dimiliki oleh syarikat atau perusahaan yang besar kerana harga software DBMS tinggi dan sangat mahal dibandingkan dengan software DBMS yang lainnya. Oracle memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi untuk menjalankan software DMBS Oracle supaya berjalan dengan stabil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Database Orache sangat mahal dan penggunaan Oracle memerlukan perbelanjaan yang tinggi tidak sesuai untuk perusahaan kecil atau perusahaan sederhana.

Apakah Kelebihan Database Oracle ?

  1. Mampu mengawal data sangat besar

Sistem Database Oracle mampu mengawal data dalam jumlah yang sangat besar dengan mudah, cepat dan sangat efektif untuk syarikat perusahaan yang besar atau syarikat korporat.

  1. Mampu mengurus sistem database dengan sempurna.

Kelebihan utama database Oracle yang adalah kemampuannya mengurus sistem data dengan baik dan sempurna.

  1. Dapat memproses data dengan cepat dan cekap.

Database Oracle merupakan salah satu pemrosesan data yang sangat cepat, cekap dan open source tanpa ada kesalahan. Ini akan menjimatkan masa dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

  1. Memiliki kemampuan flashback

Flashback adalah kemampuan untuk memulihkan ralat pada database. Flashback pada database oracle adalah kemampuan untuk restore semula database beberapa waktu (flash back) yang mengalami error kerana database oracle tersimpan secara otomatik semasa pemprosesan data.

  1. Sokongan Backup dan Pemulihan

Oracle menyediakan sokongan kekuatan perindustrian untuk sandaran dalam talian, pemulihan perisian yang baik, backup data, melakukan pemulihan point-in-time dan menyokong simpanan data arkib berterusan.

  1. Kemampuan melakukan cluster server

Database Oracle mampu untuk mengimplementasikan pengurusan asas data dari multi server atau dalam istilah Database Oracle disebut sebagai Technology Cluster Server. Database Oracle dapat melakukan pengurusan data dengan menggunakan lebih dari 1 server iaitu jika sesuatu perusahaan memiliki 50 server, maka Database Oracle boleh memproses seluruh data yang dimiliki oleh ke-50 server tersebut secara aktif  tanpa ada gangguan sama sekali.Technology Cluster Server merupakan keunggulan dari Database Oracle, yang mungkin tidak dimiliki oleh vendor DBMS lainnya.

  1. Kemampuan High Transaction Processing Performance.

High Transaction Processing Performance adalah pemprosesan prestasi tinggi dimana perjalanan manipulasi data berjalan lancar dan stabil walaupun pada trafik data yang sangat besar.

  1. Memiliki Virtual Private Database.

Database oracle meningkatkan jaminan keselamatan untuk melakukan transaksi melalui Internet.

  1. Dapat melakukan management User

Database Oracle juga memiliki kelebihan lain iaitu mampu untuk melakukan management user dan hal berkaitan dengan pembatasan hak yang dimiliki oleh user atau pengguna.

  1. Dapat melakukan Multi-Platform

Database Oracle boleh beroperasi pada pelbagai platform sistem operasi seperti Mac, dan juga Linux.

  1. Terdapat Kemudahan Client-Server Environment.

Database Oracle mempunyai kemudahan klien-server iaitu kemudahan mengakses data oleh banyak user pada masa yang sama.

  1. Keselamatan

Satu lagi faedah menggunakan pangkalan data Oracle adalah faktor keselamatan. Pentadbir dapat menyekat apa yang dapat dilihat, menubuhkan tahap keselamatan yang berbeza jika diperlukan dengan pelbagai kata laluan, membantu melindungi aliran maklumat dan memastikan bahawa orang yang tepat melihat maklumat. Ini disarankan bagi pemilik perniagaan yang mempunyai sistem yang luas dalam kumpulan yang besar.

lbma gold bar
lbma gold bar

Database oracle mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan bagi perusahaan yang besar. Public Gold iaitu syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia telah berbelanja melebihi RM1.5 juta untuk menggunakan database oracle bagi pengurusan data pelaburan emas yang semakin berkembang. Pada 15 januari 2016 Public Gold telah menangani perjanjian dengan pihak Oracle bagi penggunaan Oracle dan perjanjian usahasama dengan Nadir Metal rafineri bagi pengeluaran jongkong emas dan perak yang diiktiraf dunia, LBMA bagi mendapat pengecualian cukai gst. Klik SENARAI EMAS DAN PERAK PELABURAN LBMA PUBLIC GOLD.

usahasama public gold, nadir metal dan oracle
usahasama public gold, nadir metal dan oracle

Saya masih ingat lagi, pada tahun 2011 semasa zaman kegemilangan dalam pelaburan emas, apabila waktu harga emas rendah website public gold akan mengalami masalah/down kerana banyak trafik ahli yang mahu lock harga beli emas atau pada masa harga emas tinggi dimana ramai pelabur emas berlumba-lumba lock harga menjual emas online. Pada waktu itu, tahun 2011 bilangan ahli Public Gold hanya baru 4 atau 5 ribu orang sahaja. Kini tahun 2016, ahli Public Gold telah melebihi 70 ribu orang, namun website Public Gold tak pernah alami masalah kerana penggunaan database Oracle.

Tindakan Public Gold mengeluarkan modal yang besar untuk menggunakan database oracle adalah suatu tindakan bijak dan kedepan untuk pengurusan data yang lebih cekap dan mengembangkan lagi perusahaan emas public gold. Public gold akan melancarkan produk terbaru iaitu PG MALL dan akan mengembangkan lagi sayap perniagaan dengan pembukaan cawangan baru Public Gold di Jakarta, Indonesia pada bulan Jun 2016.

pg mall public gold
pg mall public gold

PG Mall adalah jual beli barangan online pertama di Malaysia atau dunia yang menggunakan emas sebagai medium pertukaran. Pg mall is online marketplace, exchange your service or products with goldcash. PG MALL adalah kemudahan membeli belah atau shopping iaitu pusat jual beli barangan secara online meggunakan emas Public Gold GAP sebagai pembayaran. Contoh aplikasi pertama melalui Pg mall adalah 10 DINAR TO UMRAH melalui syarikat Safari Haramain Travel and Tour Sdn Bhd. Kini syarikat yang telah mendaftar sebagai merchant di PG Mall ialah PG Gold Museum,  Safari Haramain Travel and Tour Sdn Bhd, Hudrich Décor Sdn Bhd, Al Quds Sdn Bhd, Jutawanemas Trading, A & A Empire Consultant, FRZ Berkat Enterprise, Peliontech Solution Sdn bhd, Public Safe Manegement Sdn Bhd dan Public Gold Foundation. PG Mall masih baru dan membuka peluang kepada pedagang atau peniaga sebagai merchant untuk mendaftar sebagai merchant secara percuma bagi 300 merchant pertama. Pendaftaran sebagai merchant atau pertanyaan boleh emelkan ke pgmall@publicgold.com.my

Mari mula buka akaun GAP dengan hanya modal permulaan RM100 atau beli emas 1 gram GAP terus jadi ahli Public Gold tanpa yuran atau caj hangus untuk sertai jual beli menggunakan emas di PG Mall bersama Public Gold. Banyak keistimewaan dengan menyimpan emas dalam program kumpul emas, Gold Accumulation Program (GAP) selain dapat berurusan jual beli dalam PG Mall, boleh mengeluarkan gold bar/emas dinar lbma bebas gst, dapat mengerjakan umrah atau boleh terus menjual emas dalam akaun GAP secara online. Klik CARA BELI EMAS GAP PUBLIC GOLD untuk mula start membeli emas gap minima RM100 otomatik menjadi ahli Public Gold.

public gold indonesia
public gold indonesia

Public Gold kini giat mempromosikan jongkong emas dan perak yang murah kepada warga Indonesia sempena pembukaan cawangan Public Gold baru di Indonesia pada bulan jun 2016. Pembukaan cawangan baru di Indonesia, emas dan perak pelaburan diiktiraf dunia lbma bebas gst, perlaksanaan pg mall akan merancakkan lagi industri pelaburan emas fizikal Public Gold dan pastinya akan memberi keuntungan kepada dealer atau pengedar emas Public Gold. Rebut peluang menjadi pengedar emas Public gold tanpa yuran melalui PROMOSI DRD APRIL UNTUK BINA PERNIAGAAN EMAS SENDIRI untuk membina perniagaan emas sendiri yang boleh diwarisi serta menjana pendapatan pasif