Posted in RAMALAN HARGA EMAS

MASA TERBAIK SIMPAN EMAS BERBANDING SIMPAN WANG

masa terbaik simpan emas berbanding simpan wang
masa terbaik simpan emas berbanding simpan wang

Alasan kenapa kini masa terbaik simpan emas fizikal berbanding simpan wang di bank pada waktu harga barang naik, nilai ringgit jatuh dan kegawatan ekonomi.

Krisis ekonomi yang melanda dunia kini termasuk Malaysia telah menyebabkan nilai matawang ringgit Malaysia jatuh. Nilai matawang ringgit Malaysia jatuh paras terendah yang akan memberi kesan nilai ringgit yang murah apabila di tukar dengan matawang negara lain. Ini akan menyebabkan kos sara hidup meningkat dan kemerosotan kuasa beli bagi peniaga.

Apakah tindakan yang perlu di ambil sebagai pelindung harta masa depan?. Tindakan terbaik menangani krisis ekonomi adalah menyimpan emas atau mengeluarkan sebahagian simpanan wang di bank untuk membeli emas fizikal. Emas merupakan komuditi yang berharga, dikenali dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa hinggakan emas dijadikan hadiah atau warisan berzaman sesebuah keturunan.

kejatuhan nilai ringgit malaysia
kejatuhan nilai ringgit malaysia

Simpanan emas adalah satu pelaburan menguntungkan dan selamat yang dapat menyelamatkan kita daripada krisis ekonomi yang kemungkinan akan melanda berbanding simpan wang di bank. Simpanan wang di bank, dana amanah, ASB, Tabung haji dan sebagainya adalah pelaburan yang merugikan dan tidak selamat pada waktu krisis ekonomi atau kejatuhan matawang ringgit kerana peratus dividen lebih rendah daripada kejatuhan nilai wang ringgit. Dalam tempoh setahun terkini, nilai mata wang Ringgit Malaysia jatuh antara 17% sedangkan dividen simpanan wang hanyalah antara 4% hingga 8% sahaja. Jadi sebenarnya, simpanan wang kertas adalah rugi walaupun mendapat dividen apabila dibanding kejatuhan nilai ringgit Malaysia.

Krisis ekonomi yang melanda Greece sehinggakan bank Greece ditutup sebagai langkah kawalan modal terhadap institusi kewangan mulai 28 Jun hingga 6 Julai dan ditandatangani Presiden, Prokopis Pavlopoulos dan Perdana Menteri, Alexis Tsipras untuk menyelamatkan kewangan negara Greece. Krisis ekonomi Greece ini akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan akan mempengaruhi ekonomi dunia.  Jadi kita mesti bersedia terhadap krisis ekonomi global dengan bertindak pada masa terbaik kini untuk membeli emas fizikal dan mula menyimpan emas sebagai pelindung harta terbaik ( ultimate wealth protector ).

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS BERBANDING SIMPAN WANG :

  1. Nilai mata wang ringgit jatuh.

Ringgit hari Ini jatuh kepada tahap terendah, prestasi matawang Paling Buruk Di Asia. Nilai Matawang Ringgit Malaysia hari ini telah jatuh kepada paras terendah hari ini selepas tiada lagi tambatan ringgit pada dolar Amerika sejak tahun 2005.

Memetik laporan Astro Awani, menurut penganalisis, kejatuhan nilai ringgit ini didorong oleh situasi semasa negara Greece yang disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isu wang 1MDB yang didedahkan World Street Journal. Menurut laporan Bloomberg, sehingga jam 9.30 pagi tadi, nilai matawang ringgit telah jatuh sebanyak 0.6% kepada RM3.8025 iaitu lebih teruk berbanding semasa kegawatan ekonomi tahun 1998 di mana Tun Dr Mahathir telah menambat nilai ringgit dengan dolar Amerika Syarikat RM3.80. Kesan kontroversi 1MDB juga turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi  matawang paling buruk di Asia selain situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit. Selain itu penganalisis turut menjangkakan nilai ringgit akan terus jatuh pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu.

Petikan artikel 6 Julai 2015 klik http://www.siakapkeli.my/2015/07/ringgit-hari-ini-jatuh-kepada-tahap.html

Nilai ringgit terus jatuh hingga paras 3.82 berbanding dolar amerika pada masa artikel ini ditulis pada 7 julai 2015. Nilai ringgit sekarang adalah pada paras terendah lebih kurang paras kejatuhan ringgit pada kegawatan ekonomi tahun 2008. Saya masih ingat lagi, pada tahun 2008 kerajaan Malaysia telah mengabungkan bank untuk menangani krisis ekonomi 2008. Untuk melihat kadar tukaran wang semasa klik www.xe.com

Pada waktu kegawatan ekonomi atau kejatuhan nilai ringgit malaysia, simpanan emas fizikal adalah tindakan yang bijak berbanding simpan wang kertas. Ini adalah kerana harga emas adalah kalis inflasi atau tidak dipengaruhi sangat oleh kegawatan ekonomi atau kejatuhan wang ringgit. Penyimpanan emas adalah pelaburan yang selamat serta menguntungkan berbanding melabur duit dalam ASB, Tabung Haji, Dana Amanah dan sebagainya yang berhadapan dengan risiko kerugian kerana kejatuhan nilai ringgit. Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan kemerosotan kuasa beli, harga barangan naik, pertambahan kos tukaran wang ke luar negara, kos perniagaan dan sebagainya.

Pada hakikatnya simpan wang adalah lebih berisiko berbanding penurunan harga emas, jadi adalah lebih baik dan selamat menyimpan emas.

  1. Harga emas murah.

Harga emas kini stabil berada pada paras terendah dan masa yang sesuai untuk membeli emas sebagai simpanan.

Harga emas kini di paras terendah semenjak kenaikkan harga emas tertinggi pada september 2011. Jika di perhatikan sejarah harga emas 10 tahun, pola graf harga emas pada masa kegawatan ekonomi pada tahun 2008 adalah hampir sama dengan pola graf harga emas sekarang dan boleh dibuat kesimpulan bahawa harga emas kini berada pada harga terendah dan berkemungkinan harga emas akan naik selepas ini.

pola graf harga emas
pola graf harga emas

Jadi rebut peluang membeli emas pada harga murah kini supaya dapat emas yang berharga rendah untuk menjana keuntungan masa depan. Bukti juga menunjukkan pengeluaran emas semakin berkurang semenjak tahun 2014 dengan penutupan lombong atau pengurangan pengeluaran emas di sebabkan harga emas yang rendah. Bekalan emas yang sedikit akan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap emas dan menyebabkan harga emas naik. Jadi, kini adalah masa paling sesuai untuk menyimpan emas berbanding simpan wang ringgit yang nilainya semakin berkurang.

  1. Emas pelindung harta terbaik ( Ultimate Wealth Protector ).

Emas adalah perlindung harta kekayaan yang unggul dari dahulu hingga kini. Dari zaman dahulu, semenjak zaman firaun emas merupakan barang berharga yang disimpan sebagai penganti matawang, pengekal nilai kekayaan dan penambah nilai kekayaan dan kekuasaan. Emas adalah pelindung harta terunggul kerana ianya berharga, mudah dibawa, mudah dicairkan, tidak boleh dimanupulasikan, kalis inflasi dan laku seluruh dunia. Simpanan emas adalah pelindung dan keselamatan jika berlaku peperangan atau malapetaka yang tidak diingini seperti bank ditutup dan sebagainya kerana emas mudah alih, berharga dan laku seluruh dunia.

Ultimate Wealth Protector atau pelindung harta benda terunggul adalah moto syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold. Public Gold adalah syarikat pengeluar emas yang mempunyai kilang emas sendiri yang menjual serta membeli emas dengan harga rendah dan telus mengikut harga emas antarabangsa. Emas dinar Public Gold adalah satu-satunya emas dinar yang mendapat pengecualian cukai gst kerana diiktiraf LBMA. Jongkong emas dan jongkong perak public gold juga mendapat pengiktirafan LBMA yang bebas gst yang membolehkan penyimpan emas membeli emas dengan harga rendah dan dapat menjual balik emas dengan harga tinggi seluruh dunia kerana diiktiraf LBMA ( London Bullion Metal Association).

Simpanan emas terbaik adalah menyimpan jongkong emas atau emas dinar public gold yang diiktiraf dunia, LBMA dan dikecuali cukai GST. Sekarang adalah masa paling sesuai menukar simpanan duit kertas kepada simpanan yang lebih selamat iaitu emas fizikal. Harta tidak akan menyusut sedikit pun sekiranya anda tukarkan nilai kekayaan anda kepada emas malah akan makin bertambah dan selamat.

  1. Penyusutan kuasa beli.

Nilai wang kertas semakin lama semakin menyusut tanpa kita sedari. Dahulu, zaman saya membawa wang ke sekolah hanya 10 sen sehari, boleh makan nasi dan air. Kini, anak-anak kita membawa wang sekurangnya RM3 sehari untuk makan nasi dan air sirap. Sebenarnya dalam keadaan ekonomi normal akan berlaku penyusutan nilai matawang ringgit, apatah lagi jika dalam keadaan krisis ekonomi dimana nilai ringgit jatuh terendah akan menyebabkan inflasi.

Sebenarnya, simpanan wang di bank, tabung haji atau Amanah Saham dengan dapatan dividen 4% hingga 8% setahun hanyalah dapat menampung penyusutan nilai wang atau inflasi. Jika di ambil kira dengan penyusutan kuasa beli akibat penyusutan nilai wang antara 10% hingga 15% setahun, simpanan wang adalah merugikan. Jadi adakah selamat menyimpan wang? Selamat simpan wang untuk jangka masa pendek tapi simpanan emas selamat selama-lamanya hingga ke anak cucu.

  1. Keruntuhan Nilai Matawang.

Keruntuhan nilai matawang adalah disebabkan kegagalan wang kertas atau hyperinflasi yang menyebabkan nilai matawang menjadi kurang bernilai. Sejarah telah membuktikan, keruntuhan matawang pisang jepun di Malaysia yang menyebabkan wang tidak laku. Duit kertas pisang berguni tidak dapat membeli sekati beras. Hyperinflasi di negara Zimbabwe menyebabkan wang 100 billion hanya untuk membeli 3 biji telur. Pada masa itu wang kertas tidak laku dan urusan jual beli hanya dilakukan dengan emas kerana emas laku seluruh dunia. Contoh kegagalan Sistem mata wang kertas yang sudah berlaku adalah seperti negara Peru, Angola, Belarus, Mexico, Zimbabwe, Cycrus, iraq dan sebagainya.

Krisis ekonomi pada tahun 1997 dimana duit ringgit jatuh, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan syiling emas pertama iaitu Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia. Ini adalah kerana kesedaran bahawa keruntuhan mata wang boleh berlaku dimana nilai matawang akan menjadi tidak berharga. Pada ketika ini, emas sahaja barang berharga yang boleh dan mudah dijadikan pertukaran jual beli “sistem barter”. Jadi langkah keselamatan, perlindungan dan insurans masa depan adalah simpanan emas. Simpanan emas fizikal adalah lebih baik dan selamat berbanding simpanan wang.

Cara penyimpanan emas terbaik adalah dengan menyimpan dan melabur emas iaitu dengan membeli emas pelaburan seperti jongkong emas atau emas dinar. Klik CARA PILIH EMAS TERBAIK UNTUK KEUNTUNGAN MAKSIMUN.

Program GAP ( Gold Accumulation Program ) atau program pengumpulan emas adalah cara terbaik menyimpan emas dengan modal yang rendah iaitu minima RM100. Program GAP pertama di Asia ini melibatkan pembelian emas minima RM100 atau 1 gram emas 24 Karat mengikut harga emas dunia, menambah belian emas bila-bila masa dan mendapatkan emas fizikal sama ada jongkong emas atau emas dinar 24 K lbma tanpa cukai gst di cawangan public gold terdekat. Klik CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP PUBLIC GOLD.

Teknik pelaburan emas terbaik adalah dengan menjadi pelabur dan peniaga emas untuk menjana keuntungan emas dengan lebih pantas iaitu dengan menjadi pengedar emas Public Gold. Sempena hari raya Aidilfitri, public gold menawarkan promosi raya untuk memberi peluang yang lebih mudah menjadi pengedar emas Public Gold. Klik PROMOSI RAYA BELI EMAS MURAH DAPAT JADI PENGEDAR EMAS untuk memulakan langkah menyimpan emas sambil berniaga emas.

SIMPAN EMAS SELAMAT DARI LEMAS

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2015