MENGENAI PUBLIC GOLD DAN PERISTIWA PENTING

Mengenai Public Gold
Mengenai Public Gold

Mengenai Public Gold dari sejarah penubuhan, peristiwa penting dan perkembangan semasa public gold dalam pelaburan emas dan perak bebas gst patuh syariah

Public Gold di tubuhnya secara rasmi pada 23 Mei 2008 dimana pada tahun 2018 Public Gold menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 10 tahun, #PG10. Mengenai Public Gold iaitu pengenalan tentang Public Gold dari sejarah penubuhannya, peristiwa penting, kemajuan dan perkembangan akan memberi keyakinan penuh dalam pelaburan emas dan perak fizikal. Public Gold telah diyakini sebagai pelaburan emas dan perak fizikal terbaik kerana menyediakan emas pelaburan termurah, bebas gst dan patuh syariah menyebabkan Public Gold telah telah berkembang maju, kukuh, dipercayai dan berjaya dalam perniagaan emas dan perak fizikal.

Jongkong Emas Public Gold bersama Tun Dr Mahathir
Jongkong Emas Public Gold bersama Tun Dr Mahathir

Public Gold bermula dengan hanya kedai dan kilang emas di Penang menjadi perintis kepada pelaburan emas dan perak fizikal setelah mencipta jongkong emas dan perak untuk pelaburan pada tahun 2008 hasil dari saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menasihati orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin, kalis inflasi, pelindung kejatuhan nilai wang, pelindung nilai yang tidak boleh dibinasa, penjana harta, pelaburan terbaik modal rendah dan pengelak kebocoran wang.

Public Gold 10 Tahun #PG10
Public Gold 10 Tahun #PG10

Selepas 10 tahun iaitu tahun 2018 Public Gold telah berkembang maju setelah mempunyai 19 cawangan Public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia dan telah menambah pelbagai cabang perniagaan. Public Gold bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas dan perak fizikal untuk pelaburan telah berkembang maju dengan membina cabang perniagaan baru seperti membina 3 cawangan arrahnu emas dan perak iaitu Arrahnu koperasi Dagang Emas, jual barang kemas Aurora Italia, bina muzium emas pertama Malaysia iaitu PG Gold Museum dan pusat beli belah online tempatan Malaysia iaitu PG Mall.

Sejarah tentang Public Gold dari mula ditubuhkan, peristiwa penting (Public Gold Milestone) dan perkembangan semasa Public Gold seperti di bawah.

MENGENAI PUBLIC GOLD DAN PERISTIWA PENTING

Public Gold ditubuhkan secara rasmi pada 23 Mei 2008 dengan nama korporat Public Fine Gold International Sdn Bhd. Pada 1 september 2008 Public Gold telah membuka cawangan pertama di Bukit jambul Penang dengan menambah modal kepada RM1 juta. Pada 18 Oktober 2018 public gold telah melancarkan Public Gold Bar iaitu jongkong emas pelaburan yang terdiri daripada gold bar 999.9 dan emas dinar 916. Gold bar Public Gold telah disenaraikan dalam Malaysia Book Of Record sebagai jongkong emas bersijil dan termurah di Malaysia pada 8 April 2009. Seterusnya Public Gold telah membuka cawangan kedua dan ketiga di Jalan Bishop Penang dan Bandar Sunway petaling Jaya. Arrahnu Public Gold iaitu Koperasi Dagang Emas telah ditubuhkan pada 29 November 2009. Public Gold telah menambah lagi modal syarikat kepada RM10 juta.

Pada 23 Februari 2010 Public Gold telah membuka cawangan Public Gold ke empat di Jalan Kebun Sultan, kota Bharu, Kelantan. Pada Masa inilah saya memulakan pelaburan emas Public Gold setelah menghadiri seminar emas dan belajar ilmu pelaburan emas fizikal. Pada waktu ini terdapat banyak pelaburan emas termasuklah pelaburan emas tipu atau skim cepat kaya. Klik PANDUAN KENALI SKIM CEPAT KAYA. Setelah membuat penelitian dan perbandingan dalam semua aspek seperti harga emas, kemudahan jual beli emas, peratus spread, ketelusan harga, kekukuhan syarikat, daya maju syarikat, peluang perniagaan dan sebagainya, saya telah memilih Pelaburan Emas Fizikal Public Gold.

Barang Kemas 916 Public Gold
Barang Kemas 916 Public Gold

Public Gold telah melancarkan barang kemas untuk perhiasan 916 dan jongkong perak pada 28 Februari 2010 dimana Diana Danielle adalah duta barang kemas Public Gold di Public Jewellery. Jongkong perak Public Gold juga telah tersenarai dalam Malaysia Book of Record sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan jongkong perak. Kepesatan dalam pelaburan emas dan perak menyebabkan public gold meluaskan lagi empayar perniagaan emas dengan membuka cawangannya ke 5 di Ipoh, ke 6 di Sungai Petani dan cawangan ke 7 di Johor. Klik KELEBIHAN EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk maklumat kelebihan produk emas dan perak Public Gold.

Public Gold telah menukar nama korporat dari Public Fine Gold International Sdn Bhd kepada Public Gold Marketing Sdn. Bhd pada 25 januari 2011. Tahun 2011 adalah tahun kegemilangan emas kerana harga emas yang sentiasa meningkat. Public Gold terus mengembangkan sayap perniagaan dengan membuka banyak lagi cawangan seperti di Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Ampang. Pada bulan jun 2011 Public Gold telah membuka cawangan Public Gold Singapura atas nama Public Gold Marketing Pte. Ltd.

Perasmian Ibu Pejabat Public Gold
Perasmian Ibu Pejabat Public Gold

Ibu Pejabat atau Headquarters, Hq Public yang dikenali Public Gold Corporate Office di Bayan Lepas Pulau Pinang di rasmikan pada 15 mac 2012 oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan seterusnya dilancarkan koleksi emas dinar dan dirham khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong. Cawangan Public Gold ke 15, 16 dan 17 telah dibuka di Kajang, Kota Kinabalu dan Klang.

Public Safe Peti Simpanan Emas Public Gold
Public Safe Peti Simpanan Emas Public Gold

Pada 9 Ogos 2012, Public Gold secara rasmi telah membuka Public Safe iaitu peti simpanan emas terbesar Malaysia. Yayasan Public Gold atau Public Gold Foundation ditubuhkan pada 17 Oktober 2012 yang menjadi penaja utama untuk Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) dan beberapa persatuan anak yatim dan ibu tunggal. Akhir tahun 2012 Public Gold telah melancarkan gold bar Tai Fook dan seterusnya gold bar Bungamas.

Kilang Emas Muslim Nadir Metal Rafineri Turki
Kilang Emas Muslim Nadir Metal Rafineri Turki

Tahun 2014 adalah tahun bagi pelaksanaan cukai GST terhadap barangan dan perkhidmatan termasuklah emas. Public Gold telah berusaha keras dan mendapat penyelesaian supaya emas pelaburan Public Gold bebas dari cukai gst. Syarat mendapat pengecualian cukai gst terhadap emas adalah mesti emas pelaburan berketulenan 999.9 dan emas lbma di iktiraf dunia. Jadi Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat emas antarabangsa dari Turki iaitu Nadir Metal Rafineri bagi mengimport gold bar dan emas dinar 999.9 LBMA yang bebas gst. Nadir metal Rafineri adalah syarikat emas ke-tiga terbesar di dunia kepunyaan billionair usahawan muslim iaitu Nadir Tutuncu dan anaknya mr Abdullah. Saya sendiri sempat berjumpa dan melihat pemprosesan emas LBMA di kilang Nadir Metal Rafineri di Turki.

Perkembangan Emas Public Gold
Perkembangan Emas Public Gold

Pada 13 oktober 2014, emas LBMA diketegorikan sebagai emas pelaburan, Investment Precious Metal (IPM) yang bebas cukai gst pada perkara Order P.U. (A) 271 oleh kerajaan Malaysia menyebabkan produk emas Public Gold bebas cukai gst. Ini menyebabkan Public Gold adalah SATU-SATUnya syarikat emas di Malaysia yang menjual dan membeli emas pelaburan tanpa cukai gst.

Mengenai Program GAP Public Gold Patuh Syariah
Mengenai Program GAP Public Gold Patuh Syariah

Public Gold juga telah melancarkan Program GAP (Gold Accumulation Program) iaitu program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia pada 15 Julai 2014. Program Penggumpulan Emas (GAP) membolehkan orang awam mengumpul emas dalam akaun emas GAP dengan modal rendah dan di sokong oleh 100% emas fizikal, iaitu boleh mengeluarkan jongkong emas fizikal di semua cawangan Public Gold. Program GAP mendapat sambutan hangat dari semua lapisan masyarakat kerana peluang membeli dan mengumpul emas modal rendah menyebabkan Public Gold telah meningkatkan perkhidmatan dan sistem online dengan menggunakan Oracle Database. Majlis tandatangan rasmi antara Public Gold dan Nadir Metal Rafineri San. Ve Tic. A.Ş & Oracle Corporation dibuat pada 15 Januari 2015 di Public Gold Global Business Centre, Bayan Lepas Penang.

Cawangan Public Gold Indonesia
Cawangan Public Gold Indonesia

Peristiwa penting Public Gold pada tahun 2015 adalah pembukaan SATU-SATUnya muzium emas di Malaysia iaitu PG Gold Museum yang bertempat di Bishop, Penang dan menjalin kerjasama dengan Arrahnu Pos Malaysia iaitu agen korporat Public Gold dalam memasarkan emas fizikal Public Gold melalui lebih 65 cawangan POS Arrahnu seluruh Malaysia. Tahun 2016 adalah peristiwa bersejarah apabila Public Gold telah mengembangkan perniagaan di di Indonesia iaitu Negara terbesar Asean dengan membuka cawangan Public Gold di Jakarta, Indonesia. Maklumat pengalaman mengunjungi cawangan Public Gold Indonesia klik PENGALAMAN PERCUTIAN KE CAWANGAN PUBLIC GOLD JAKARTA.

Public Gold mengembangkan lagi sayap perniagaan apabila telah daftar dan melancarkan pembelian online PERTAMA di dunia menggunakan GoldCash dan wang melalui PG MALL melalui url www.pgmall.my pada 16 julai 2016. PG MALL adalah pusat beli belah online tempatan Malaysia dengan usahasama Pos Laju Malaysia dan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) untuk BELI BELAH ONLINE MALAYSIA DI PG MALL atau PENGIKLANAN PERCUMA PERNIAGAAN DI PG MALL.

Public Gold semakin kukuh dan berkembang maju apabila semakin banyak cawangan telah di pindahkan ke bangunan Public Gold sendiri seperti :

  • Cawangan Public Gold Ipoh telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di No 28, Jalan Yang Kalsom,30250 Ipoh, Perak
  • Cawangan Public Gold Kota Bahru telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di Lot 342, Seksyen 21, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bahru, 15200 Kota Bahru, Kelantan pada 1st August 2016
  • Cawangan Public Gold Sg. Petani telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di No.24-C, Jalan Kampung Baru, 08000 Sg Petani, Kedah pada 15th November 2016
  • Cawangan Public Gold Kuala Terengganu telah dipindah kepada bangunan 3 tingkat di No. 1F, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu pada 1st November 2017

Public Gold juga telah semakin banyak membuka kedai atau Kiosk untuk jualan barang kemas AURORA ITALIA seperti di Lot GF-K6 Queensbay Mall, Penang pada 15th July 2017 dan Kiosk di Lot GF-K6, Ground Floor Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 19th August 2017.

Pelaburan Emas Patuh Syariah
Pelaburan Emas Patuh Syariah

Peristiwa paling menggembirakan ialah apabila Pelaburan Emas Public Gold DI SAHKAN PATUH SYARIAH. Pada 8 februari 2017 Public Gold mendapat pengiktirafan Syarikat emas PERTAMA di dunia yang mendapat pengiktirafan jual beli emas dan perak fizikal dan belian emas ansuran (EPP) PATUH SYARIAH dari Amanie Advisors Sdn Bhd. Seterusnya pada 29 september 2017 telah menerima sijil PROGRAM KUMPUL EMAS (GAP) DAN PROGRAM KUMPUL PERAK (SAP) PATUH SYARIAH dari Amanie Advisors Sdn Bhd melalui pengerusi dan perunding syariah Public Gold iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan pengerusi syariah advisory Council (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Kepercayaan ke atas produk dan perkhidmatan Public Gold adalah faktor utama kejayaan Public Gold semenjak 2008 bertepatan dengan falsafah founder Public Gold Datuk Wira Louis Ng iaitu “Built On A Decade Of Trust” pada tahun 2018.

Peristiwa penting dan perkembangan semasa Public Gold akan sentiasa di kemaskini dari masa ke semasa.

Pelaburan Emas terbaik Bebas GST Patuh Syariah
Pelaburan Emas terbaik Bebas GST Patuh Syariah

Public Gold telah di yakini sebagai syarikat pelaburan emas fizikal terbesar, kukuh dan terbaik Malaysia melalui produk serta perkhidmatan terbaik. Public Gold adalah SATU-SATUnya pengeluar emas dan perak termurah, diiktiraf dunia LBMA, bebas gst, disahkan patuh syariah di Malaysia. Public Gold adalah perintis dalam pelaburan emas fizikal yang menyediakan produk emas, servis dan perkhidmatan terbaik yang tiada di mana-mana syarikat emas lain seperti Akaun Emas Fizikal GAP, belian emas ansuran EPP dan sebagainya. Pelbagai servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Public Gold mengikut kemampuan dan kehendak pelabur seperti :

  1. PROGRAM KUMPUL EMAS, GAP (Gold Accumulation Program) iaitu program penggumpulan emas fizikal dalam akaun GAP denganbelian emas minima RM100 untuk mengumpul emas terus jadi ahli Public Gold yang paling mudah dan murah untuk semua lapisan masyarakat menyimpan emas modal kecil, termurah, bebas gst, selamat dan juga Patuh Syariah. Klik CARA BELI 1 GRAM EMAS GAP UNTUK MULA KUMPUL EMAS untuk panduan mula beli 1g emas GAP terus menjadi ahli Public Gold bagi mula mengumpul emas sedikit demi sedikit dan apabila emas banyak terkumpul boleh upgrade menjadi dealer Public Gold.
  2. PEMBELIAN EMAS RUNCIT iaitu belian biasa (non gap), beli emas minima gold bar 0.5 gram 24 Karat lbma bebas gst patuh syariah terus jadi ahli dan terus dapat emas atau belian emas secara ansuran, EPP (Easy Payment Purchase) untuk beli emas dan mesti mengambil emas yang dibeli di mana-mana 19 cawangan Public Gold atau Arrahnu Pos Malaysia. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan beli emas secara online atau beli emas di cawangan Public Gold berdekatan.
  3. BELI EMAS TERUS JADI DEALER PUBLIC GOLD untuk melabur emas disamping menjadi pengedar atau peniaga emas Public Gold. Public Gold SATU-SATUnya syarikat emas yang memberi peluang perniagaan emas yang kukuh untuk sepanjang hayat dengan menjadi dealer public Gold dengan hanya membeli produk emas public gold tanpa apa-apa yuran, syarat maintain dan sebagainya. Apabila menjadi dealer Public Gold akan dapat komisen di setiap belian dan jualan emas iaitu bermaksub dapat membeli emas dengan lebih murah, dan dapat menjana pendapatan aktif dan pasif dengan berniaga emas paling mudah dengan mempromosikan emas Public Gold, pg mall, aurora italia dan sebagainya. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD unuk maklumat lanjut.

Bertindak segera menyimpan emas sebagai pelindung kejatuhan wang di sebabkan kenaikkan harga barang, peningkatan kos sara hidup, kemelesetan ekonomi dan inflasi kerana emas telah terbukti sebagai pelaburan terbaik dan selamat, penjana harta, bekalan dana kecemasan, pengelak kebocoran wang dan peluang menambah pendapatan aktif dan pasif. Cara terbaik adalah dengan membeli emas 1g GAP sebagai tapak pelaburan untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit dan seterusnya dapat menjadi dealer Public Gold apabila banyak emas yang terkumpul. Maklumat Pelaburan Emas Dan Perak Public Gold Whatsapp 019-9185593, Mohd zaidi Junus (PG001425) Star Master Dealer Public Gold Berpengalaman Semenjak 2010.