Notice: Undefined variable: galink_author_id in /home/pelabur1/public_html/wp-content/plugins/google-author-link/google-author-link.php on line 148

Tag Archives: Akaun Muamalat Gold-i (MGi)

15 KESILAPAN BELI EMAS DAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

15 Kesilapan Beli Emas

15 Kesilapan Beli Emas

15 Kesilapan beli emas dan kaedah penyelesaian masalah sebagai panduan mengatasi kesilapan setelah membeli jongkong emas pelaburan atau barang kemas.

Kesilapan pembeli emas yang biasa dilakukan semasa membeli emas untuk pelaburan atau untuk perhiasan di senaraikan sebagai panduan bagi mengelak kerugian. Semenjak 8 tahun lepas, saya telah menerima rungutan, persoalan, pandangan, masalah yang melibatkan kesilapan dalam pembelian, penyimpanan atau pelaburan emas yang merugikan atau mendapat keuntungan yang sedikit apabila menjual balik emas yang di beli. Kesilapan utama pelabur emas adalah di sebabkan kurang ilmu emas semasa membeli emas. Cara mengatasi masalah di sebabkan kesilapan setelah membeli emas di sertakan sebagai panduan kaedah penyelesaian masalah dan semoga kesilapan beli tidak di lakukan oleh pembeli emas kali pertama bagi mengelak kerugian dalam pembelian emas.

Dalam pelaburan emas kita mesti tahu dan berilmu mengenai emas untuk mengelak kerugian dalam penyimpanan atau pelaburan emas. Ramai yang menghubungi saya mengatakan tiada untung atau kerugian pelaburan emas dan apabila di tanya, jawapannya kerana beli jongkong emas di kedai emas, beli barang kemas, beli emas masa harga tinggi, beli gold bar tiada jenama atau tidak popular yang menyebabkan kesukaran atau dapat hasil jualan emas yang rendah. Emas sama juga barangan lain, jika sesuatu emas itu popular, berjenama atau laris akan bernilai tinggi. Kesilapan yang dilakukan dalam pembelian emas akan menyebabkan penyimpan atau pelabur emas merasakan penyimpanan atau pelaburan emas tidak berbaloi atau satu kerugian.

Jadi, saya kumpul dan senaraikan 15 kesilapan pembeli emas yang selalu di lakukan sebagai panduan sebelum membeli emas bagi mengelak dari kerugian atau penyesalan dan cara mengatasi kesilapan setelah membeli emas.

15 KESILAPAN PEMBELI EMAS DAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH 

  1. Kesilapan beli emas : Membeli Dan Menyimpan Emas Perhiasan

Kesilapan yang paling banyak di lakukan oleh kaum wanita ialah membeli emas perhiasan sebagai pelaburan. Mereka menganggap emas semuanya sama dan tidak tahu mengenai peratus spread, susut nilai emas dan jongkong emas untuk pelaburan. Emas perhiasan atau barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan atau mendapat keuntungan kerana emas perhiasan di buat khas untuk perhiasan yang boleh di warisi turun temurun. Barang kemas dibuat untuk kecantikan dimana harga emas perhiasan lebih mahal, harganya mengikut bentuk, di kenakan upah tukang yang tinggi dan dikenakan cukai gst. Ini menyebabkan peratus susut nilai atau peratus spread barang kemas tinggi iaitu lebih kurang 30%, sedangkan peratus spread jongkong emas pelaburan hanya 5% hingga 9% sahaja. Maksubnya, jika kenaikkan harga emas 15% setahun, maka penyimpanan emas perhiasan perlukan masa 2 tahun untuk mendapat keuntungan. Namun, dalam jangkamasa panjang, penyimpanan emas perhiasan tetap menguntungkan.

Kaedah Penyelesaian Kesilapan Beli Emas

Kaedah Penyelesaian Kesilapan Beli Emas

Bagaimana cara mengatasi kesilapan apabila telah membeli barang kemas untuk pelaburan ?

Kaedah penyelesaian masalah kesilapan menyimpan barang kemas untuk pelaburan iaitu :

a). Jika barang kemas masih di sayangi, terus memakai dan menyimpan emas perhiasan tersebut sebagai pelindung, penjana harta dan bekalan kecemasan kerana penyimpanan emas tetap menguntungkan dan boleh di manipulasikan iaitu mudah digadaikan.

b) Jika barang kemas lama yang sudah tidak di perlukan, TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS PUBLIC GOLD program x-plan Public Gold.

2. Kesilapan pembeli emas : Tidak Mengetahui Spread Atau Susut Nilai Emas

Kesilapan utama pembeli emas ialah tidak mengetahui peratus spread emas atau susut nilai emas. Pembelian emas di kedai emas tidak dinyatakan atau diberitahu peratus spread emas dan tidak di paparkan harga jual balik emas.

Cara mengatasi kesilapan, perlu tahu dan kira peratus spread emas yang di beli agar mendapat keuntungan atau mendapat harga jual yang tinggi. Peratus spread emas adalah PERBEZAAN harga jualan dan harga belian emas dengan  formula peratus spread ialah :

Peratus spread = Harga jualan – Harga belian/Harga jualan X 100

Lebih kecil peratus spread lebih bagus dan lebih untung. Jongkong emas pelaburan yang lebih besar, lebih murah dan lebih rendah peratus spread. Peratus spread emas tiada kawalan atau ketetapan daripada badan-badan tertentu daripada kerajaan, maka peratus spread spread ditentukan oleh pengeluar/bank/tauke kedai sendiri.

  1. Kesilapan beli emas : Membeli Dan Mengumpul Emas Kecil

Ramai pelabur emas yang mengumpul koleksi emas yang kecil seperti mengumpul gold bar 1g kerana ingin melabur emas modal kecil. Emas yang kecil seperti gold bar 1g atau emas setengah dinar sebenarnya berharga lebih mahal kerana kos buatan yang lebih tinggi dan peratus spread yang tinggi jadi lambat atau sedikit untung. Dalam pelaburan emas, emas yang besar berharga lebih murah dan lebih rendah peratus spread. Jadi, memiliki sekeping gold bar 20g lebih menguntungkan dari memiliki 20 keping gold bar 1g.

Cara penyelesaian masalah, BELI EMAS PROGRAM GAP (GOLD ACCUMULATION PROGRAM) PUBLIC GOLD untuk mengumpul emas modal kecil minima RM100 dan dapat memiliki gold bar yang besar yang lebih rendah peratus spread dengan mengumpul emas dalam akaun gap sedikit demi sedikit untuk keuntungan maksima.

  1. Kesilapan Pelabur emas : Membeli Jongkong Emas Tidak Berjenama Atau Di Kedai Emas
Kesilapan Pelabur Emas Beli Jongkong Emas Di Kedai Emas

Kesilapan Pelabur Emas Beli Jongkong Emas Di Kedai Emas

Kedai emas adalah tempat khusus untuk membeli emas perhiasan. Adalah satu kesilapan membeli emas pelaburan seperti gold bar atau emas dinar di kedai emas atau emas tidak berjenama atau emas luar negara walau harganya lebih murah kerana peratus spread tinggi, susah untuk di jual, dikenakan cukai gst, dan harga jual yang tidak telus iaitu tidak mengikut harga emas semasa. Jongkong emas tidak berjenama walaupun harganya lebih murah, tapi bila dijual kepada syarikat emas lain, harga jual akan dipotong atau bernilai rendah yang menyebabkan tiada atau sedikit untung.

Cara penyelesaian apabila telah memiliki emas pelaburan dari kedai emas, emas tidak berjenama atau emas luar negara iaitu jual kepada syarikat emas yang dibeli, leburkan emas tersebut untuk dibuat emas perhiasan untuk keluarga atau tukar jongkong emas tersebut kepada jongkong emas atau emas dinar Public Gold iaitu program XPLAN Public Gold.

  1. Kesilapan beli emas : Membeli Emas Murah

Ramai yang terpedaya dengan harga emas yang murah seperti emas mentah, emas sadur, habuk emas, emas tiada jenama dan sebagainya. Emas murah tidak semestinya paling baik untuk pelaburan kerana perlu mengambil kira kadar spread (susut nilai), harga jual balik emas, ketulenan emas, susah gadai emas dan sebagainya. Walaupun harga emas murah, tetapi jika harga jual balik emas rendah iaitu peratus spread tinggi, keuntungan adalah sedikit. Jenama emas juga penting untuk membina kepercayaan dan permintaan tinggi yang menyebabkan emas mudah dan bernilai tinggi apabila di jual.

Kaedah penyelesian jika memiliki emas murah ialah lebur emas untuk membuat barang kemas atau tukar emas kepada jongkong emas Public Gold yang mempunyai banyak KELEBIHAN BELI EMAS PUBLIC GOLD seperti keyakinan dan keteguhan syarikat serta kemudahan jual beli emas dengan harga telus mengikut harga emas semasa dunia untuk keuntungan maksima.

  1. Kesilapan beli emas : Beli Emas Akaun Bank

Akaun emas bank harganya lebih murah dengan peratus spread lebih rendah kerana ia menawarkan akaun emas maya tanpa emas fizikal iaitu hanya dapat buku akaun emas bank. Kelemahan akaun emas bank ialah tiada emas fizikal, maka pelabur tiada bekalan kecemasan untuk mengadai emas fizikal dan risiko jika bank di tutup. Namun kini sudah ada bank yang menawarkan akaun emas fizikal, tapi susah atau bersyarat untuk mendapatkan emas fizikal dari dalam akaun emas bank kerana bank bukan pengeluar emas.

Cara penyelesaian telah memiliki akaun emas bank ialah menjual sebahagian emas dalam akaun emas bank dan beli akaun emas fizikal GAP Public Gold yang menawarkan penggumpulan emas modal rendah dalam akaun seperti akaun emas bank dimana banyak KELEBIHAN AKAUN EMAS FIZIKAL GAP PUBLIC GOLD seperti dapat keluarkan pelbagai emas fizikal dengan mudah bila-bila masa di semua 20 cawangan Public Gold.

  1. Kesilapan pembeli emas : Beli Akaun Emas Fizikal Terlalu Sedikit
Akaun Emas Muamalat

Akaun Emas Muamalat

Pembelian akaun emas fizikal terlalu sedikit adalah merugikan kerana secara tidak sedar kita kehilangan gram emas yang di beli. Akaun emas fizikal yang sah adalah seperti akaun emas fizikal GAP Public Gold, akaun emas fizikal Kuwait Finance dan akaun emas fizikal Bank Muamalat. Contoh, jika membeli emas dengan modal RM10 dengan harga emas semasa RM183 segram, maka kita membeli emas sebanyak 0.0546448g dan belian emas di bundar kepada 4 titik perpuluhan, maka kita membeli emas 0.0546g dimana kita kerugian 0.0000448g setiap kali membuat belian emas. Jika kita membeli banyak kali dengan modal rendah maka sentiasa kerugian berat emas yang di beli dan kerugian kerana hanya memiliki emas yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Contoh, Akaun Muamalat Gold-i (MGi) dari Bank Muamalat Malaysia Bhd yang menawarkan pelaburan RM10 melalui akaun emas Bank Muamalat, maka pembelian emas RM10 sebulan dalam tempoh setahun belum dapat 1g emas, maka kerugian sedikit gram emas dan peratus  spread emas.

Cara penyelesaian beli emas modal terlalu rendah ialah menyimpan wang di bank atau  membeli emas minima segram dengan cukup atau genapkan gram.

  1. Kesilapan beli emas : Beli Emas Dengan Wang Yang Mahu Di Guna.

Pelaburan emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang dengan minima pelaburan dalam tempoh setahun kecuali emas fizikal yang besar yang rendah peratus spread. Ramai antara pelanggan saya yang mahu membeli emas dan mahu jual selepas sebulan atau 2 bulan. Jika wang yang mahu digunakan lebih baik simpan wang daripada membeli emas kerana pelaburan emas mempunyai peratus spread dan jika di jual dalam masa yang singkat akan mengalami kerugian.

Kaedah penyelesaian pelaburan emas dari wang yang mahu digunakan ialah sebaiknya simpan wang di bank, jangan beli  emas kecuali mahu beli emas dan gadai emas. Tujuan utama pelaburan emas ialah sebagai disiplin menabung, pelindung kejatuhan nilai wang, penjana harta dan pengelak kebocoran wang dan sebaiknya daripada wang lebihan atau wang yang tidak digunakan.

  1. Kesilapan Pelabur emas : Melabur Emas Tanpa Ilmu

Semua pelaburan atau bidang perniagaan perlukan ilmu dan pengalaman untuk mendapat keuntungan maksima dan berjaya. Kebanyakan pelabur emas membeli emas kerana ikut-ikut atau setelah mendengar khabar tentang keuntungan pelaburan emas. Pembelian emas untuk pelaburan juga perlu ilmu, pengalaman serta teknik untuk mendapat keuntungan.

Cara penyelesaian untuk mendapat ilmu emas ialah mula beli emas terus menjadi ahli sebagai tapak pelaburan emas untuk dapat pengalaman pertama dan hadiri seminar Public Gold setiap minggu di semua cawangan Public Gold atau membeli buku mengenai pelaburan emas atau menghubungi pelabur emas yang berpengalaman.

  1. Kesilapan beli emas : Pinjam duit untuk beli emas

Pelaburan emas sebenar ialah pembelian emas menggunakan duit lebihan yang tidak digunakan bukan meminjam wang untuk beli emas. Namun jika pinjam wang di bank untuk beli emas dan berniaga emas iaitu menjadi dealer Public Gold digalakkan kerana dapat menjana pendapatan tambahan untuk seumur hidup. Saya juga dulu meminjam wang di bank RM20k bagi membeli emas untuk menjadi dealer Public Gold. Pinjaman wang di bank akan dikenakan interest namun dengan melabur dan berniaga emas akan dapat menampung interest bank malah dapat menjana pendapatan seumur hidup dengan menjadi dealer Public Gold. Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas yang memberi peluang perniagaan emas sendiri yang dapat menjana pendapatan pasif seumur hidup.

Kaedah penyelesaian beli emas tanpa meminjam wang di bank ialah dengan membeli emas secara ansuran, EPP (Easy Payment Purchase) Public Gold iaitu beli emas dan bayar ansuran 4 atau 10 bulan terus jadi dealer Public Gold. Klik 10 KELEBIHAN BELI EMAS SECARA ANSURAN EPP PUBLIC GOLD.

  1. Kesilapan beli emas : Pajak Emas Di Arrahnu

Emas yang di beli sebaiknya jangan di pajak atau gadai di Arrahnu kecuali kecemasan kerana memajak emas di Arrahnu di kenakan upah simpan. Teknik manipulasi pelaburan emas dengan cara pajak emas di Ar-rahnu hanya sesuai apabila kecemasan, membeli emas kerana harga emas turun mendadak, pajak emas untuk beli emas atau menggunakan wang pajakan untuk perkara berfaedah seperti pusing modal perniagaan.

Cara penyelesaian setelah pajak emas di Arrahnu ialah cepat-cepat tebus balik emas yang di pajak atau sambung pajakan emas atau jual surat pajakan kepada pembeli surat pajak jika tidak mampu tebus balik emas. Jika ahli atau dealer Public Gold boleh menjual surat pajak kepada Public Gold jika tidak mampu tebus emas balik.

  1. Kesilapan Pelabur emas : Tamak dengan menyertai skim pelaburan emas haram.
Di Tipu Pelaburan Jongkong Emas

Di Tipu Pelaburan Jongkong Emas

Ramai pelabur yang telah terjebak dengan menyertai skim pelaburan emas haram atau skim cepat kaya yang bertopengkan emas dengan menjanjikan pendapatan lumayan, cepat, tetap setiap bulan kerana tiada ilmu atau tamak yang menyebabkan kerugian atau bebanan bayar hutang tanpa ada emas. Pelaburan emas sebenar adalah sama seperti membeli barang kemas iaitu beli emas terus dapat emas. Pelaburan emas sebenar iaitu membeli atau menyimpan jongkong emas atau perak pelaburan atau emas dinar sendiri dan menjual emas pada harga tinggi untuk mendapat keuntungan,  tiada kena mengena dengan dapatan dividen, komisen atau pendapatan tetap secara bulanan. Jika pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan setiap bulan, pendapatan lumayan atau beli emas tak dapat/dapat sebahagian emas/emas tertangguh adalah ciri skim cepat kaya.

Cara mengatasi terjebak pelaburan emas haram klik PANDUAN MENGENALI SKIM CEPAT KAYA

  1. Kesilapan beli emas : Salah Teknik Penyimpanan Dan Penjualan Emas

Ramai yang minat membeli emas tetapi takut menyimpan emas sendiri. Ada yang beli emas dalam jumlah sedikit tapi ingin menyewa peti simpanan emas dengan sewa peti simpanan emas lebih kurang RM200 setahun, adalah tidak berbaloi. Jadi, jika takut simpan emas sendiri tanpa dikenakan sewa peti simpanan emas, emas termurah bebas gst dan patuh syariah adalah dengan CARA BELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD.

Emas laku seluruh dunia dan mudah dijual di mana-mana syarikat atau kedai emas di seluruh dunia pada bila-bila masa. Namun tempat terbaik menjual emas ialah di syarikat emas yang sama membeli emas untuk mendapat mendapat harga jual tertinggi. Contoh, jika beli emas Public Gold, hendaklah menjual balik emas kepada Public Gold untuk elak dari harga jual emas rendah atau di potong kerana kos lebur semula emas. Jadi, cara mengatasi harga jual emas dipotong ialah membeli emas dari syarikat emas paling teguh dan kukuh. Di Malaysia, syarikat emas paling kukuh, sah dan teguh ialah Public Gold yang telah berusia 10 tahun, klik MENGENAI PUBLIC GOLD DAN PERISTIWA PENTING

  1. Kesilapan beli emas : Beli Emas Dikenakan Yuran Atau Cukai GST

Pembelian emas hendaklah mengikut harga emas semasa tanpa yuran, cukai gst atau kos tersembunyi. Emas perhiasan 916 memang dikenakan gst oleh kerajaan Malaysia dan upah tukang yang dikenakan oleh pekedai emas. Upah tukang emas berlainan bagi setiap kedai emas. Untuk membeli barang kemas 916 hendaklah meninjau (survey) harga emas, gst dan upah tukang termurah. Kesilapan dalam pembelian emas pelaburan apabila membeli emas yang dikenakan yuran ahli hangus atau dikenakan cukai gst. Satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang menjual jongkong emas dinar tanpa yuran ahli atau cukai gst adalah Public Gold. Jadi beli emas dan perak pelaburan Public Gold yang diiktiraf dunia, LBMA termurah bebas gst dan patuh syariah.

  1. Kesilapan beli emas : Tunggu Beli Emas

Harga emas dunia sentiasa berubah setiap masa kecuali hari ahad, maka jangan tunggu beli emas terutama pembelian emas pertama sebagai tapak pelaburan. Sebenarnya masa terbaik membeli emas pada harga rendah adalah 10 tahun lepas, jadi terus beli emas sekarang kerana tiada siapa yang dapat ramal harga emas dan telah diakui harga emas akan sentiasa meningkat. Pembelian emas pertama penting sebagai tapak pelaburan dan penanda (benchmark) harga emas. Tindakan selanjutnya selepas membeli emas kali pertama adalah pemurataan harga iaitu jika harga emas turun, tambah beli lagi emas untuk mendapat harga emas purata yang lebih rendah.

Pedagang Emas Dan Perak Patuh Syariah Pertama Di Dunia

Pedagang Emas Dan Perak Patuh Syariah Pertama Di Dunia

  • Jangan tunggu beli emas kerana keuntungan bukan bergantung kepada harga emas yang di beli, tetapi juga kepada harga emas masa jual.
  • Jangan tunggu beli emas, kerana wang amat cair terlalu cepat dibelanja dan hilang, terus beli emas masa mempunyai wang
  • Jangan tunggu beli emas kerana beli emas takkan rugi kerana harga akan sentiasa meningkat atau jika harga rendah boleh digadai
  • Jangan tunggu beli emas kerana malang tak berbau, emas sebagai bekalan dana kecemasan
  • Jangan tunggu beli emas kerana nilai wang memang semakin berkurang sedangkan nilai emas semakin meningkat…

JANGAN TUNGGU BELI EMAS !!! Klik segera DAFTAR PERCUMA ATAU TERUS BELI EMAS ONLINE PUBLIC GOLD TERMURAH BEBAS GST PATUH SYARIAH    untuk memulakan Pelaburan Emas Patuh Syariah Public Gold.

Sila KONGSI atau SHARE posting ini untuk sahabat sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesilapan semasa membeli emas dan panduan penyelesaian setelah melakukan kesilapan beli emas. Sekian, terima kasih.