Posted in EMAS BERITA TERKINI

MAKLUMAT PENTING TINDAKAN SEGERA PENYIMPAN EMAS SEBELUM GST

maklumat dan tindakan pelabur emas sebelum gst dilaksanakan
maklumat dan tindakan pelabur emas sebelum gst dilaksanakan

Awas peringatan, berita dan maklumat penting serta tindakan segera penyimpan emas atau pelabur emas fizikal sebelum cukai gst dilaksanakan pada April 2015.

GST (Good & Services Tax) akan dimulakan pada 1 April 2015 akan memberi kesan serta impak yang besar terhadap pelaburan emas fizikal di Malaysia. Cukai GST atau CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) akan menyebabkan harga barang kemas atau emas pelaburan akan lebih mahal kerana kesan cukai gst sebanyak 6%. Maklumat penting dan tindakan segera mestilah di ambil oleh pelabur emas sebelum cukai gst dilaksanakan.

Pada 31 Januari 2015 telah berlangsung seminar bertajuk GST dan principal syariah ke atas emas fizikal yang diadakan di TH Hotel di Kelana Jaya. Pegawai Kastam Diraja Malaysia telah memberi ceramah dan soal jawab tentang Perlaksanaan GST ke atas Emas fizikal. Maklumat penting tentang perlaksanaan cukai GST ke atas emas fizikal ialah semua jenis emas di kenakan cukai kecuali emas pelaburan berketulenan 99.5% ke atas dan hanya emas yang diiktiraf mempunyai standard LBMA (London Bullion Market Association) yang mendapat pengecualian cukai gst. Public Gold adalah syarikat emas tempatan Malaysia yang telah mengeluarkan jongkong emas atau gold bar 24K 99.99% lbma Public Gold dan emas dinar 24 Karat 99.99% lbma yang akan dikecualikan dari cukai gst apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015. Saya sendiri telah melihat surat kelulusan pengecualian cukai gst ke atas gold bar dan emas dinar public gold yang di kecualikan cukai gst semasa forum master dealer public gold pada bulan disember 2014.

Makluman penting kepada pelabur emas, apabila gst di laksanakan emas yang tidak di kecualikan cukai gst akan dikenakan cukai 6% semasa membeli emas dan dikenakan cukai 6% juga semasa menjual emas. Pelabur emas yang menyimpan emas pelaburan yang tidak dikecualikan cukai gst perlu mengambil perhatian segera sebelum dilaksanakan cukai gst kerana kos urusniaga jual beli emas sahaja sebanyak 12%, jika di campur spread emas dan gold premium 8% akan menjadikan kos pelaburan lebih kurang 20% bagi setiap urusniaga jual beli emas. Perhatian untuk penyimpan emas yang tidak dikecualikan cukai gst, cukai 6% akan dikenakan apabila menjual emas selepas 1 april 2015, jadi tindakan segera harus di ambil untuk memaksimakan pelaburan emas atau mengelak kerugian.

emas pelaburan public gold di kecualikan cukai gst
emas pelaburan public gold di kecualikan cukai gst

Public Gold telah membuat persediaan awal untuk mengelak cukai gst dengan mengeluarkan emas pelaburan yang dikecualikan cukai gst iaitu gold bar 24k emas 99.99% LBMA dan emas dinar 24K emas 99.99% LBMA. Namun begitu ada kebaikkan dan keburukkan emas pelaburan LBMA yang diiktiraf dunia.

Kebaikkan emas pelaburan LBMA iaitu :

  • Dikecualikan cukai gst sama ada semasa membeli emas atau menjual emas jimat cukai gst 12%
  • Diiktiraf antarabangsa menyebabkan mudah menjual emas diluar Negara tanpa susut nilai emas atau dengan harga yang tinggi.
  • Bersalut dengan kemas dan cantik.
  • Boleh di pajak hanya di Arrahnu pos tanpa mengoyak pembalutnya.

Keburukkan emas pelaburan LBMA :

  • Emas pelaburan yang bersalut kekal yang tidak boleh dibuka pembalutnya. Jika di buka pembalut harganya akan di potong lebih kurang 15% kerana di anggap emas telah diguna atau ‘used gold’.
  • Hanya boleh di pajak di Arrahnu Pos Malaysia sahaja tanpa membuka pembalut kerana arrahnu lain perlu menguji emas dengan membuka pembalut emas.
  • Gold premium dikenakan apabila membeli emas pelaburan termasuk di cawangan public gold penang kerana membalut dan cop emas LBMA dari Nadir Metal Rafineri,Turki. Untuk makluman, Nadir Metal Rafinari, Turki adalah pengeluar emas no 2 dunia.

Pakar ekonomi, kewangan dan hartanah En Azizi Ali membentangkan cabaran pasaran emas fizikal terkini di Malaysia yang menyentuh tentang kepentingan menyimpan emas sebagai aset pelinddung harta atau ‘wealth protection” dan insurans masa depan terutama apabila berlaku kemelesetan ekonomi, financial collapsed atau huru-hara dalam negara yang menyebabkan emas paling berharga untuk ditukarkan untuk mendapat barangan berbanding barang lain kerana emas mudah dibawa dan laku seluruh dunia. Cabaran masa kini adalah pelaburan haram atau skim cepat kaya tumbuh berganti. Asas mengenali pelaburan scam atau pelaburan haram tipu adalah pulangan pelaburan. Jika sesuatu pelaburan memberi pulangan melebihi 30% setahun adalah merupakan pelaburan haram kerana pakar pelaburan dunia seperti George Soros atau Warren Buffett hanya mendapat pulangan pelaburan tertinggi antara 22% hingga 34% setahun sahaja.

Maklumat penting perlu tindakan segera pelabur emas sebelum GST di laksanakan adalah seperti berikut :

  1. Jual emas yang dikenakan cukai gst.

Bertindak segera dengan menjual emas pelaburan seperti gold bar atau emas dinar 916 yang tidak dikecualikan cukai gst kerana selepas 1 april 2015, cukai gst 6% akan di kenakan apabila menjual emas. Bagi pelabur atau penyimpan jongkong emas public gold lama atau emas dinar 916 public gold boleh menjual emas secara online 24 jam sehari. Kini harga emas tinggi dan masa sesuai menjual emas untuk membeli pula emas pelaburan lbma yang harga emas biasanya turun apabila menjelang tahun baru cina. Cara menjual gold bar atau emas dinar public gold secara online adalah seperti berikut :

cara jual emas public gold
cara jual emas public gold
  1. Tukar emas kepada Emas LBMA yang dikecualikan cukai gst.

Public Gold adalah salah satu syarikat emas Malaysia yang mendapat kelulusan pengecualian cukai gst serta memberi peluang kepada pelabur emas public gold atau jenama emas lain untuk menukar emas jenama lain kepada jongkong emas lbma atau emas dinar lbma yang di kecualikan cukai gst.

tukar emas dinar kepada emas dinar 24k lbma
tukar emas dinar kepada emas dinar 24k lbma

Caj yang dikenakan untuk menukar emas dinar kepada emas dinar 24K LBMA public gold yang dikecualikan cukai gst adalah seperti berikut :

  • Emas 1 dinar 916 lama Public Gold, caj tukar emas ialah RM60
  • Emas 1 dinar 916 jenama lain, caj tukar emas ialah RM100
  • Emas 1 dinar 999 jenama lain, caj tukar emas RM60

Cara menukar emas public gold atau emas jenama lain kepada emas pelaburan lbma public gold yang dikecualikan cukai gst ialah :

Kunjungi cawangan public gold terdekat anda, KLIK LIHAT 18 ALAMAT CAWANGAN PUBLIC GOLD SETIAP NEGERI dengan membawa kad pengenalan dan emas pelaburan anda, beritahu staf public gold untuk menukar emas anda kepada emas LBMA public gold dengan memberitahu nama introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan kod pg introducer PG001425.

  1. Tukar barang kemas atau emas pelaburan jenama lain melalui X-Plan public gold kepada emas LBMA yang dikecualikan cukai gst.

Cara mengelak cukai gst 6% yang akan dikenakan kerana menjual emas selepas 1 April 2015, pelabur atau penyimpan emas boleh menukar barang kemas atau emas lama kepada jongkong emas atau emas dinar 24K yang diiktiraf LBMA yang dikecualikan cukai gst.

Cara menukar barang kemas atau emas jenama lain kepada jongkong emas atau emas dinar 24K yang diiktiraf LBMA yang dikecualikan cukai gst ialah :

Kunjungi cawangan public gold terdekat anda dengan membawa barang kemas atau emas pelaburan lama, beritahu staf public gold untuk menukar emas anda kepada emas LBMA public gold dengan memberitahu serta isi borang ahli public gold nama introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan kod pg introducer PG001425. Klik TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS PUBLIC GOLD untuk maklumat mengenai program x-plan public gold.

  1. Jauhi pelaburan haram atau skim cepat kaya yang akan menyebabkan kerugian.

Jangan mudah terpedaya dan percaya dengan agen-agen emas atau syarikat yang menawarkan keuntungan berganda dalam masa yang singkat. Pelaaburan haram atau skim cepat kaya sentiasa hilang dan tumbuh berganti dengan memperdaya orang ramai melalui pulangan atau keuntungan berganda terutama dalam matawang asing dan sebagainya. Pulangan berganda terutama dalam matawang asing hanyalah nombor yang di cipta yang tidak boleh ditukar kepada ringgit Malaysia. Sebenarnya dalam urusniaga forex yang menggunakan matawang usd, tiada syarat penukaran wang iaitu pelabur boleh terus menukar matawang usd kepada ringgit Malaysia dalam masa yang singkat lebih kurang 24 jam. Berhati-hati jika pengeluaran wang matawang asing kepada ringgit Malaysia yang tertangguh. Dalam pelaburan emas pula, jangan terpedayaa dengan janji manis pulangan berganda dalam masa singkat ataupun pulangan tetap. Kita boleh fikir sendiri dengan keadaan harga emas yang tidak stabil rendah dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, bagaimana pelaburan emas atau kedai emas ciptaan pelabur haram boleh dapat keuntungan. Ingat, skim cepat kaya sebenarnya adalah skim cepat miskin. Klik CARA MENGENALI SKIM CEPAT KAYA untuk panduan mengenali pelaburan haram.

  1. Sertai syarikat emas yang mengeluarkan emas pelaburan yang di kecualikan cukai gst.

Perkara penting dalam pelaburan emas adalah mendapat keuntungan yang singkat tanpa kos cukai dan spread atau susut nilai emas. Emas pelaburan seperti gold bar atau emas dinar lbma yang dikecualikan dari cukai gst penting untuk mengelak cukai gst sebanyak 12% semasa proses jual beli emas. Cukai gst 12% bukan sedikit kerana purata kenaikkan harga emas setahun adalah 20% hingga 25% sahaja dalam keadaan harga emas stabil tidak termasuk tahun 2012 hingga 2014. Saya cadangkan pembeli emas syarikat pelaburan jenama yang bukan LBMA atau tiada pengecualian cukai gst, supaya menukar kepada syarikat emas yang ada produk LBMA kerana cukai gst akan memberi masalah kepada pelabur dan syarikat emas bukan LBMA. Bagi saya Public Gold adalah syarikat emas tempatan Malaysia terbaik yang mengeluarkan emas LBMA yang dikecualikan cukai gst yang membolehkan pelabur emas melabur seperti biasa dengan kemudahan jual beli emas online serta mendapat keuntungan maksima. Cara mudah menyertai public gold adalah mudah, tanpa yuran, hanya beli emas public gold akan dapat menjadi ahli public gold. Klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD OTOMATIK JADI AHLI.

Pelabur emas fizikal atau penyimpan emas hendaklah mengambil tindakan cepat untuk mengelak kerugian kerana cukai gst yang akan dilaksanakan. Perlaksanaan gst akan memberi kesan terhadap pasaran emas Malaysia. Ilmu adalah perkara utama untuk berjaya dalam semua bidang, namun ilmu teori yang banyak tidak memastikan kejayaan yang cemerlang. Untuk berjaya dengan cemerlang adalah melalui ilmu dan tindakan. Tiada professor ilmuan yang kaya dan berjaya walaupun berilmu, tapi ilmu serta tindakan yang membolehkan seseorang kaya dan berjaya dengan mengambil tindakan berani menceburi sesuatu bidang walau baru mempunyai sedikit ilmu.

Tindakan terbaik untuk menceburi pelaburan emas adalah melalui program GAP (Gold Accumulation Programme) kerana memerlukan modal yang kecil, kemudahan membeli emas secara online, tanpa kos penyimpanan emas dan boleh mengambil emas pelaburan fizikal diiktiraf lbma tanpa cukai gst bila-bila masa atau pelbagai jenis emas berdasarkan jumlah emas yang telah dikumpulkan. Klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP SECARA LANGSUNG JADI AHLI PUBLIC GOLD.