Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

TEKNIK GANDAKAN KEUNTUNGAN PELABURAN EMAS

gandakan keuntungan pelaburan

Teknik menggandakan keuntungan dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang bagi memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas.Tips memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas anda perlu lakukan untuk menggandakan keuntungan. Faktor utama dalam pelaburan emas fizikal adalah cara gandakan keuntungan bermula dari pembelian emas,cara manipulasikan emas dan penjualan emas pada masa yang sesuai.

Teknik gandakan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal adalah :

1. Beli emas pada masa sesuai iaitu membeli emas pada harga emas rendah.

Masa yang paling baik membeli emas adalah pada masa harga rendah.Masa harga rendah adalah apabila berlaku sesuatu peristiwa atau krisis dunia yang menyebabkan indeks harga emas jatuh mendadak.Tapi kita tidak tahu bilakah masa harga emas turun mendadak kerana tiada orang yang mengetahuinya.Jadi terbaik beli emas adalah pada masa harga emas dibawah resistance (harga emas tertinggi) seperti sekarang kerana harga emas akan naik melepasi harga tertinggi dahulu baru harga turun sedikit.Contohnya pada bulan julai 2012 harga emas terendah kerana krisis wang euro negara eropah, saya buat loan pinjaman wang peribadi lagi untuk membeli emas, kerana tidak mahu lepaskan peluang keemasan harga emas rendah. Saya dapat keuntungan dalam masa singkat,tidak sampai sebulan dari kenaikkan harga emas.Bagi pelabur baru yang ingin memulai pelaburan emas, anda boleh beli sekarang sebagai penanda aras harga. Jangan bimbang jika anda membeli emas pada harga tinggi sedikit, kerana harga emas akan naik.

Cara menggandakan keuntungan jika anda membeli emas pada harga tinggi sedikit, adalah dengan kaedah pemurataan harga iaitu anda gadaikan emas tersebut dan beli emas pada harga rendah. Jadi emas berharga tinggi yang anda beli sudah semakin murah bila dikira purata harga emas. Jangan tunggu untuk membeli emas kerana harga emas akan sentiasa naik dan rezeki adalah ditangan yang maha kuasa. Contoh, Wahid membeli emas pada harga RM100 dan Wahad membeli emas pada harga murah RM90, selepas 6 bulan pada hari yang sama mereka mahu jualkan emas tersebut, Wahid jual emas pada pukul 10 malam pada harga RM130 dan Wahad jualkan emas pada pukul 2 pagi dengan harga RM110, kita akan dapati Wahid mendapat untung RM30 sedangkan Wahad dapat untung RM20 sahaja. Kesimpulannya Wahid dapat untung lebih walaupun membeli emas pada harga tinggi, jadi jangan bimbang beli emas sekarang…

Masa yang kurang sesuai membeli emas berdasarkan graf harga emas adalah pada akhir tahun kerana harga emas pada akhir tahun tinggi dan selepas itu akan turun apabila hari raya cina.Negara Cina merupakan pengguna emas terbesar dunia dan mempengaruhi harga emas.

2. Guna teknik pemurataan harga.

Harga emas tidak dapat di ramal oleh sesiapa, cuma kita dapat ramal harga emas akan naik dalam jangkamasa sederhana atau panjang. Dalam jangkamasa singkat, harga emas turun naik, jadi cara paling selamat dan mengandakan keuntungan ialah dengan dengan menggunakan teknik pemurataan harga.Lihat CARA MUDAH MERAMAL HARGA EMAS. Contoh teknik pemurataan harga ialah katakan anda beli emas 1 dinar pada harga RM800, selepas itu harga turun anda beli lagi emas 1 dinar dengan harga RM780 dan beli lagi dengan harga RM760, jadi harga emas 1 dinar anda sebenarnya adalah RM800+RM780+RM760 bahagi 3 iaitu RM780.

 3. Belajar mengenai emas dan belajar cara meramal harga emas.

Cari ilmu,kenali emas dan tingkatkan pengetahuan tentang emas.Untuk mengandakan keuntungan dalam pelaburan emas, anda mestilah belajar dan dapatkan ilmu tentang emas. Cara mendapatkan ilmu mengenai emas adalah dengan menaip kata kunci yang anda ingin pelajari atau Tanya saja pakcik google http://www.google.com. Saya juga sedang belajar meramal harga emas melalui bntuk graf melalui internet seperti join halaman facebook dan melihat graf secara langsung melalui forex seperti http://www.instaforex.com. Disini kita dapat melihat harga emas pada graf metal gold secara live dan dapat meramal harga emas.

4. Beli jenis emas yang menguntungkan yang mempunyai spread harga emas yang rendah.

Sewaktu ingin membeli emas,pilih emas pelaburan yang mempunyai spread yang rendah supaya mendapat keuntungan yang cepat iaitu seperti syiling dinar atau goldbar.Syiling emas dinar yang mempunyai spread harga emas yang rendah ialah 10 dinar dan gold bar pula adalah 100g gold bar atau 250g gold bar.Barang kemas tidak berapa sesuai kerana mempunyai spread yang tinggi.Lihat JENIS EMAS TERBAIK UNTUK PELABURAN EMAS.

5.Tambah modal pelaburan emas terutama apabila harga emas turun.

Harga emas sentiasa turun dan naik, jadi apabila harga turun dan mempunyai wang,belilah emas untuk menambah modal pelaburan emas. Jika harga emas turun mendadak dan mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman wang peribadi,inilah masa yang paling sesuai untuk menambah modal pelaburan emas. Interest pinjaman wang peribadi dari bank hanya dalam 5% sahaja sedangkan purata kenaikkan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun.Jadi anda tidak akan rugi membuat pinjaman peribadi dan lebih baik dan selamat jika merendahkan bayaran bulanan pinjaman peribadi anda dengan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman peribadi. Lihat TEKNIK PELABURAN EMAS PINJAMAN PERIBADI UNTUK MEMBELI EMAS

6. Manipulasikan emas fizikal.

Satu kelebihan emas fizikal adalah kerana kita dapat manipulasikan emas dengan teknik arrahnu dan sebagainya.Jika menggunakan teknik Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan pelaburan emas, cuba mengurangkan pinjaman arrahnu dengan menebus sedikit demi sedikit emas yang anda gadaikan.Sebenarnya inilah tujuan sebenar arrahnu iaitu menambah modal melalui pinjaman arrahnu dan akhirnya emas yang anda beli dari pinjaman arrahnu menjadi milik anda sepenuhnya.Lihat TEKNIK GADAI EMAS DI ARRAHNU

7. Cara mengandakan keuntungan yang paling cepat adalah  berniaga emas iaitu jual beli emas kepada rakan-rakan bagi dealer public gold.

Kelebihan dealer public gold adalah dapat berniaga emas atau jual beli emas kepada rakan-rakan atau kenalan.Syarikat pelaburan emas terbaik untuk berniaga emas tanpa menyewa kedai emas atau tempat menyimpan emas adalah public gold. Untuk berniaga emas anda mestilah dealer public gold.Lihat CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD. Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual emas,tapi anda hendaklah jual emas walaupun harga rendah Contohnya, anda adalah new dealer Public Gold dan mempunyai emas 1 dinar yang anda beli berharga RM777, semasa membeli emas anda telah mendapat komisen 1% iaitu RM7.77 dan ada rakan mahu membeli emas, ada dua pilhan menjual emas :

i) Jika harga emas pada masa tersebut  tinggi, katakan RM800, anda jual emas anda. Anda akan dapat keuntungan RM800 – RM777 = RM23 dan Komisen yang telah anda perolehi RM7.77 iaitu berjumlah RM30.77

ii) Jika harga emas pada masa tersebut  rendah, katakan RM700, anda jangan jual emas anda tapi anda kunci harga emas pada masa tersebut untuk kawan anda.Berikan emas 1 dinar anda kepada kawan anda dan ambil emas 1 dinar anda di public gold yang anda kunci harga untuk kawan anda. Anda akan dapat keuntungan komisen belian emas sahaja iaitu RM7 + RM7.77  iaitu berjumlah RM14.77.

Dealer dapat jual beli emas dengan mudah kerana public gold menyediakan semakkan harga emas terkini 24 jam melalui website public gold iaitu http://www.publicgold.com.my atau semak harga menggunakan SMS iaitu dengan menaip “PG GOLDPRICE” untuk menyemak harga jongkong emas 999.9 atau menaip  “PG DINARPRICE” untuk  menyemak harga syiling dinar 916 atau menaip “PG SILVER PRICE” untuk menyemak harga silver/perak atau menaip “PG JEWELPRICE” untuk menyemak harga barang kemas , hantar ke 36828. Semakan harga melalui SMS dikenakan cas 30 senBerniaga emas dengan jual beli emas dengan bagi dealer public gold.

8. Pelbagaikan pelaburan emas.

Bagi menggandakan keuntungan dalam pelaburan emas dimana kita telah mempunyai ilmu dan telah tahu mengenai pergerakkan naik turun harga emas adalah dengan mempelbagaikan pelaburan emas. Contohnya, saya juga melabur dalam pelaburan akaun emas public bank atau GIA Gold Investment Account. Pelaburan akaun emas ini lebih rendah spreadnya iaitu dalam 4% tapi tiada komisen.Pelaburan emas akaun ini boleh online iaitu boleh membeli emas atau menjual emas melalui website public bank pada waktu pejabat sahaja. Pelaburan emas akaun ini hanyalah pelaburan emas alternatif kerana jika dibandingkan dengan pelaburan emas fizikal, jauh lebih baik pelaburan fizikal.Buktinya dari segi spread harga, gold bar atau dinar mempunyai spread harga dalam  5% tapi dealer diberi komisen 1% hingga 2%, jadi spread bersih dalam pelaburan emas fizikal lebih rendah dalam 3% hingga 4% dan yang penting emas fizikal boleh dimanipulasi,digadaikan dan sebagainya.

Selamat melabur emas dan gandakan keuntungan melalui pelaburan emas fizikal public gold.