ARRAHNU TEMPAT PAJAK TERIMA GOLD BAR JONGKONG EMAS DINAR

arrahnu terima pajak emas dinar gold bar public gold
arrahnu tempat terima pajak emas dinar gold bar

Arrahnu tempat pajak dan terima jongkong emas gold bar atau emas dinar di Malaysia senarai terbaru dapat mengadai emas public gold cara mudah dapat wang.

Pembeli emas atau penyimpan emas pastinya perlukan wang untuk masa kecemasan atau untuk memanipulasikan emas fizikal dengan teknik pelaburan emas. Kebaikkan utama dalam menyimpan emas fizikal adalah kerana kebolehannya untuk digadaikan dengan mudah, tanpa penjamin hanya perlu pajakkan emas di arrahnu dan akan mendapat wang.

Barang kemas public gold yang berbentuk rantai tangan,tali leher dan sebagainya dari jenis i-series atau d-series diterima oleh semua arrahnu di Malaysia. Cuma kebelakangan ini arrahnu atau pusat gadaian emas islam atau bank tidak menerima emas pelaburan yang terdiri dari jongkong emas atau gold bar dan syiling emas dinar. Arrahnu atau arrahnu bank bukan saja tidak menerima pajakkan gold bar emas dinar public gold tetapi semua emas pelaburan.

Kini perubahan telah berlaku, terbaru semua cawangan ar-rahn telah menerima gadaian emas public gold  seperti jongkong emas atau emas dinar.

Pada 5 april 2013, saya ditugaskan sebagai penceramah untuk kursus NDO iaitu kursus Orientasi New Dealer public gold yang diadakan di public gold cawangan Kota Bharu.Salah seorang new dealer public gold adalah kakitangan ar-rahn kota bharu dan telah menerangkan bahawa jongkong emas gold bar dan syiling dinar emas public gold telah diterima untuk gadaian oleh semua cawangan ar-rahn. Yang lebih menarik, ia menjelaskan ar-rahn hanya menerima 2 jenama jongkong emas dinar sahaja dan salah satunya adalah public gold. Kenapa ini berlaku ? Kerana kepercayaan ar-rahn diatas ketulenan emas public gold dan kepercayaan kepada syarikat public gold.

Senarai terbaru ar-rahnu, bank dan koperasi yang menerima gadaian gold bar, jongkong emas dan emas dinar seluruh Malaysia 2013 adalah seperti dibawah untuk rujukan pelabur emas fizikal :

1. Ar-Rahn PKB-permodalan Kelantan.
Cawangan seluruh negeri dalam Malaysia. Untuk mendapatkan alamat cawangan Ar-Rahn sila klik : http://www.arrahn.pkb.net.my/transaksi-gadaian
2.  Ar-Rahnu Koperasi Tentera
Arrahnu Koperasi Tentera juga mempunyai cawangan di Sungai Besi Kuala lumpur,Sg. Udang Melaka, Kluang Johor, Petaling Jaya dan Kajang
Alamat cawangan Ar-Rahnu Koperasi Tentera KT Cawangan Sg Besi,
No 57 Jalan Tasik Utama 4,
The Trillium Lake Fields, Sungai Besi,
Kuala Lumpur. Tel : 03-90545900
Untuk maklumat lanjut layari website:  http://www.katmb.com.my/infoterkini/Ar-Rahnu.asp

3. Arrahnu Bank Islam
Cawangan hanya baru di Kelantan iaitu di Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tanah Merah.
4. Arrahnu@Pos Malaysia
Cawangan arrahnu pos Malaysia di Bandar Baru Bangi, KL, Kuala Terengganu, Al-Muktafi Billah Shah, Jerantut, Sandakan, Tawau, Ulu Tiram, Tangkak, Pontian.
Maklumat lanjut layari : ARRAHNU POS SELURUH MALAYSIA
5. Koperasi Dagang Emas
Arrahnu gadaian islam anak syarikat public gold di Relau, Penang.
Juga menerima gadaian jongkong perak
6. Ar-Rahnu Express (by HABIB JEWELS)
Cawangan Arrahnu express :
Ar-Rahnu Time Zone ( Ampang point)
Al-Amin Ar Rahnu Sdn Bhd (Kuantan)
Star Diamond & gems Corporation Sdn Bhd (Penang)
7. Chantique
Pusat gadai emas Chantique di Ampang
8. Perkasa Ar-Rahnu
Ar-Rahnu Perkasa di Kuching, Sarawak
9. Koperasi Permodalan Melayu Johor
Arrahnu Koperasi Permodalan Melayu Johor di Johor Bahru, Johor
10. MAIDAM
Arrahnu MAIDAM di Kuala Terengganu,terengganu
11. KOKITAB
Arrahnu KOKITAB hanya menerima emas dinar di Kuala Terengganu
12. Maxi-cash
Pusat gadai emas di Singapura.

Senarai terbaru arrahnu yang menerima gadai emas public gold ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. Senarai arrahnu di atas adalah untuk rujukan sahaja dan mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa. Untuk maklumat terkini anda hendaklah menghubungi ar-rahnu berkenaan.Jika anda mengetahui arrahnu lain yang menerima jongkong emas,gold bar dan syiling dinar ditempat anda, sila kongsikan dengan memberi komen di bawah.

Bagi pelabur emas fizikal atau penyimpan emas pelaburan senarai arrahnu yang terima pajakkan gold bar dan emas dinar penting, sebagai tempat mendapatkan wang semasa kesulitan duit atau jika ingin menambah keuntungan dengan cara manipulasikan emas pelaburan anda, klik TEKNIK PELABURAN EMAS DAPAT WANG PERCUMA TANPA GUNA MODAL

Terdapat pembeli emas yang membeli emas pada harga tinggi bertanyakan kepada saya apa yang perlu dilakukan bila sudah beli emas gold bar pada harga tinggi. Cadangan saya jika anda telah membeli emas pada harga mahal adalah dengan menggunakan teknik pemurataan harga, iaitu gadaikan emas yang disimpan dan beli emas lagi pada harga murah. Jadi harga emas yang kita dapati adalah lebih murah secara purata. Contohnya, harga emas gold bar 20g yang anda beli pada harga tinggi adalah RM3600 dan bila harga emas turun menjadikan harga emas gold bar 20g adalah RM3400, pajak gold bar di arrahnu dan beli gold bar murah. Teknik purata harga emas ini menjadikan harga gold bar 20g anda semakin murah iaitu RM3600+RM3400/2 iaitu berharga RM3500.Sebaiknya anda menjadi dealer atau pengedar emas public gold untuk mendapat lebih keuntungan atau dapat komisen dari belian emas. Klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk mngetahui keistimewaan menjadi dealer public gold dan klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk panduan menjadi dealer atau pengedar emas public gold.