Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

CARA MENGELAK KERUGIAN BILA HARGA EMAS JATUH

cara elak kerugian bila harga emas jatuh
cara elak kerugian bila harga emas jatuh

Cara mengelak kerugian bila harga emas jatuh dalam pelaburan emas dengan teknik dan tindakan apabila situasi harga emas menurun atau emas di pajak di arrahnu.

Harga emas mengalami penurunan paling teruk semenjak September 2011 hingga kini menyebabkan pelabur emas yang membeli emas pada harga tinggi akan merasakan kerugian terutamanya yang menggunakan teknik mengadai emas di pusat gadaian arrahnu.

Perkara utama yang mesti diketahui dalam pelaburan jongkong emas fizikal :

1. Tiada siapa dapat meramal harga emas. Risiko dalam pelaburan emas tetap ada sama juga risiko dalam pelaburan wang atau perniagaan. Contohnya, saya dulu adalah agen pelaburan dana amanah public mutual dan harga dana amanah PCIF ( Public China Ittikal Fund ) pada tahun 2007 berharga RM0.25 seunit dan terus turun kini RM0.17 seunit. Jadi pelabur dana amanah PCIF akan mengalami kerugian dan modal dari pelaburan tersebut tidak dapat digunakan. Berbeza dengan pelaburan emas, jika harga emas turun, pelabur emas mempunyai emas yang dapat digunakan sebagai modal pusingan melalui pajakkan emas di arrahnu.

2. Tiada keuntungan atau kerugian dalam pelaburan emas sehinggalah pelabur bertindak menjual emas. Dalam pelaburan emas fizikal, pelabur emas tidak akan rugi walaupun harga emas turun jika tidak menjual emas tersebut.

3. Tiada arrahnu yang tidak menerima gadaian emas. Satu kelebihan melabur emas iaitu emas boleh dimanupulasikan melalui gadaian emas untuk tujuan yang berfaedah atau kecemasan.

4. Tiada manusia yang tidak mengenali emas. Semua orang dalam dunia mengenali, meminati dan mahukan emas. Jadi emas adalah pelindung harta untuk masa depan

5. Tiada saintis yang dapat mencipta emas. Emas semakin berkurangan di perut bumi untuk kegunaan teknologi moden sedangkan populasi manusia semakin bertambah. Jadi harga emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga emas kini berada di peringkat terendah dan sentiasa menurun dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini dan merupakan kejatuhan harga emas paling teruk. Pelabur emas yang telah membeli emas pada tahun 2012 akan merasai kerugian dengan membeli emas pada harga tinggi ataupun bagi pelabur yang mengadaikan emas di arrahnu. Jadi apakah cara atau tindakan jika membeli emas pada harga tinggi atau bagi pelabur yang memajak emas di arrahnu untuk mengelak kerugian dalam pelaburan emas.

Dalam pelaburan emas public gold, pembeli emas adalah pengurus pelaburan iaitu pelabur sendiri yang mengurus pelaburan emas berdasarkan harga emas yang dibeli sendiri dan situasi kewangan pelabur emas tersebut. Di sini disenaraikan pilihan tindakan yang boleh di ambil jika membeli emas pada harga emas tinggi dan tindakan menyelesaikan masalah jika memajak emas di arrahnu.

Penyelesaian masalah membeli emas harga tinggi dalam tempoh baru 2 atau 3 bulan.

Pembeli emas yang membeli emas baru 2 atau 3 bulan pada harga tinggi dan harga emas turun lagi rendah tiada mengalami apa-apa kerugian

Tindakan mengelak kerugian :

Tindakan pertama : Simpan saja emas anda dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangkamasa panjang. Adakah pelabur emas akan menjual emas jika harga emas kini tinggi? Ketahuilah apabila harga emas mulai naik ianya akan terus menaik hingga 20% ke atas hanya dalam sebulan atau dua bulan sahaja.
Tindakan kedua : Membeli lagi emas pada harga rendah bertujuan untuk merendahkan lagi jumlah harga emas anda apabila dikira purata iaitu melalui konsep pemurataan harga. Jika berani boleh memajak emas anda di arrahnu dan membeli emas lagi dengan wang gadaian yang diperolehi dari gadaian emas.

Penyelesaian masalah membeli emas harga tinggi dalam tempoh setahun lepas.

Pembeli emas yang membeli emas pada harga tinggi setahun lepas dan harga emas turun lagi rendah tiada mengalami apa-apa kerugian

Tindakan mengelak kerugian :

Tindakan pertama : Simpan saja emas anda dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas ini di untuk jangkamasa lama. Emas yang di beli adalah sebagai penyimpan nilai kekayaan masa depan dan mengelak kebocoran wang. Betulkan fikiran bahawa jika anda tidak membeli emas setahun lepas, mungkin wang anda mengalir tanpa tujuan atau membeli barangan lain yang nilainya semakin rendah. Fikirkan kenapa kita tidak merasa rugi membeli barangan elektronik atau kenderaan dan menjualnya atau rosak pada harga rendah?.
Tindakan kedua :  Menjual emas pada harga rendah walaupun sedikit kerugian wang, namun tidak rugi kuantiti emas pada harga rendah. Klik STRATEGI CUT LOSS PELABURAN EMAS.

Penyelesaian masalah membeli emas harga tinggi dan pajak di arrahnu.

Pembeli emas yang membeli emas pada harga tinggi dan memajak emas di arrahnu setahun lepas dan harga emas turun lagi rendah akan mengalami kerugian kerana perlu membayar upah simpah gadai emas.

Tindakan mengelak kerugian gadai di arrahnu bergantung kepada situasi kewangan dan jumlah emas yang digadai di arrahnu  :

Tindakan pertama : Tebus emas di arrahnu dan simpan. Jika anda mempunyai wang tebus emas di arrahnu sedikit demi sedikit di arrahnu dan simpan. Cara terbaik mendapatkan wang adalah melalui pinjaman peribadi yang murah kini.
Tindakan kedua :  Tebus emas di arrahnu dan jual emas. Jika anda memajak banyak emas dan mempunyai sedikit wang dan tidak mahu membuat pnjaman peribadi, tebus sedikit emas di arrahnu dan jualkan emas yang ditebus dan terus menjual emas anda. Wang jualan emas digunakan untuk menebus emas yang lain.
Tindakan ketiga : Sambung bayar upah gadaian emas. Tempoh matang gadai emas di arrahnu adalah 9 bulan atau setahun, apabila cukup tempoh gadai pemajak emas perlu pergi ke arrahnu dan bayar sambung gadaian iaitu membayar upah simpan dan mendapat surat gadaian baru.
Tindakan keempat : Biarkan emas anda dilelong di arrahnu. Tindakan terakhir adalah membiarkan saja emas di lelong oleh arrahnu dan anda akan mendapat sedikit wang dari lebihan harga emas yang dilelong setelah di tolak wang gadaian 60% yang telah diberikan kepada pengadai emas.

Perkara utama mengelak kerugian dalam pelaburan emas adalah mengelak skim pelaburan emas haram yang menjanjikan pulangan lumayan, pulangan tetap dan membeli emas tanpa di berikan emas. Pelaburan emas yang sah dan terbesar di Malaysia adalah pelaburan emas public gold yang menjanjikan pembelian dan penjualan emas online 24 jam.

promosi jongkong emas raya haji
promosi jongkong emas raya haji

Intipati untuk mengelak kerugian dalam pelaburan emas dikala harga emas rendah adalah menjadi dealer public gold kerana pelabur akan memperolehi komisen setiap kali membeli emas atau menjual emas. Sempena hari raya haji public gold telah membuat promosi menarik HARI RAYA HAJI DEALER RECRUITMENT DRIVE (DRD) untuk menjadi dealer public gold yang murah dan mudah iaitu dengan pembelian jongkong emas 100gm BungaMas public gold dalam satu invois, anda layak menjadi pengedar baru atau new dealer public gold. Klik Daftar Public Gold untuk melihat harga emas terkini public gold. Rebut peluang terbaik pada harga emas murah kini untuk menjadi usahawan emas, mengelak kerugian dalam pelaburan emas dan mendapat banyak keeuntungan dalam pelaburan emas.Promosi ini bermula dari 1 Oktober 2013 hingga 31 Oktober 2013 sahaja. Klik CARA MENJADI DEALER untuk membeli jongkong emas 100 g bungamas public gold dan dapat menjadi dealer public gold.

Harga emas kini turun jadi amat sesuai membeli emas atau memulakan pelaburan emas dan mula menambah serta melindung nilai harta untuk masa depan dengan start beli emas sedikit demi sedikit dengan menjadi pelanggan public gold. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mendaftar jadi pelanggan dan mula membeli emas atau melabur dalam pelaburan emas online public gold.